Tuesday, May 30, 2006

Salima And Haziq - In Mawi's Footsteps

Arabesque girl Salima Habibi of Ipoh, Perak (blogger's hometown) and Super Squirrel Haziq Rosebi of Kluang, Johor (near Mawi Ani's hometown Kulai), seem to be following Magical Mr World's footsteps.

Salima and Haziq, both 18, are fans of Mawi, and performed songs that were spiritual and traditional (Asli) during the Akademi Fantasia 4 (AF4) prelude concert on May 28, 2006.

Salima sang 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu' ('Heaven Lies At The Mother's Feet'), a spiritual song made popular by Wan Aishah Wan Ariffin, Malaysian Idol judge Paul Moss' former band mate from 1980s New Zealand-Malaysian pop band The Fan Club.

Haziq sang 'Umpan Jinak Di Air Tenang' ('Worm Is Tame When Water Is Still'), a traditional Malay pop song popularised by Ahmad Jais, Malaysia's answer to Andy Williams.

While both Salima and Haziq still have a long way to go, they can be as good as Mawi if they make full use of their daily lessons in Akademi Fantasia (AF) and appreciate the guidance of their professional trainers.

(No offence, Haziq. But the blogger's sister, Joanne, thinks U R as cute as a squirrel)

BAHASA MALAYSIA VERSION
Salima & Haziq - Ikut Jejak Mawi

Si gadis keAraban Salima Habibi dari Ipoh, Perak (rakan kampung blogger) dan Si Tupai Handal Haziq Rosebi dari Kluang, Johor (dekat Kulai, kampung asal Mawi Ani), rupa-rupanya ikut jejak langkah Mr World sendiri.

Salima dan Haziq, kedua-duanya 18 tahun, meminati Mawi, dan menyanyikan lagu bercorak keagamaan dan asli semasa Konsert Prelud Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 28 Mei, 2006.

Salima menyanyikan lagu bercorak keagamaan 'Syurga Di Telapak Kaki Ibu', yang dipopularkan oleh Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah, rakan lama hakim Malaysian Idol (MI) Paul Moss dari kumpulan pop sensasi 1980an New Zealand-Malaysia, The Fan Club.

Haziq menyanyikan lagu 'Umpan Jinak Di Air Tenang', lagu asli yang dipopularkan oleh Ahmad Jais.

Salima dan Haziq masih baru dalam bidang seni, dan kena rajin belajar untuk menjadi sehebat Mawi.

Tidak mustahil Salima dan Haziq boleh menjadi sehebat Mr World jikalau mereka menghayati segala ilmu yang ditimba dari tenaga pengajar AF.

(Maaf, Haziq. Adik blogger iaitu Joanne berpendapat Haziq comel sangat macam Sang Tupai)

Farhan Azizan - AF4's R&B Queen?

Lovely Farhan Azizan of Seremban, Negeri Sembilan rocked the house during the Akademi Fantasia 4 (AF4) Prelude Concert on May 28, 2006, singing Natalie Cole's 'Route 66'.

She does remind the blogger of lovely Sufiah Mohamad Noor or Opie, who finished 11th in Malaysian Idol 1 (MI1) and who is now an up-and-coming jazz singer.

Akademi Fantasia's last R&B specialist was Wan Muhammad Khair Wan Azami or Kaer, Sufiah's family pal. He finished sixth in Akademi Fantasia 2.

Coincidentally, Kaer is partly from Negeri Sembilan. His mother is from Kuala Pilah, Negeri Sembilan's royal capital.

AF4's youngest contestant Zila Seeron also hails from Kuala Pilah, Kaer's mother's hometown. She is a specialist in dangdut, the Arab and Indian-influenced Malaysian disco.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Farhan Azizan - Ratu R&B AF4?

Jelitawan Farhan Azizan dari Seremban, Negeri Sembilan membuat persembahan hebat di Konsert Prelud Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 28 Mei, 2006 dengan menyanyikan lagu hit Natalie Cole berjudul 'Route 66'.

Ketika menonton persembahannya, blogger ini teringat Sufiah Mohamad Noor atau Opie iaitu pemenang ke-11 Malaysian Idol 1 (MI1) yang kini seorang penyanyi jazz yang sedang melonjak naik.

Penyanyi R&B dalam musim Akademi Fantasia (AF) yang lalu ialah Kaer atau Wan Muhammad Khair Wan Azami, kawan keluarga Sufiah serta pemenang ke-6 Akademi Fantasia 2 (AF2).

Kebetulannya, keluarga Kaer sebelah ibunya berasal dari Negeri Sembilan. Ibunya berasal dari Kuala Pilah, bandar diraja Negeri Sembilan.

Peserta termuda AF4 Zila Seeron juga berasal dari Kuala Pilah, kampung halaman ibu Kaer. Zila pandai membawa lagu-lagu dangdut.

Velvet & Karen - The New Marsha & Linda?

Lovely Marsha Londoh wishes fellow Sabahan Velvet Aduk from Kota Kinabalu and Kelantanese sweetie Karen Tan all the best in Akademi Fantasia 4 (AF4).

Marsha, who finished fourth in Akademi Fantasia 3 (AF3) and her cousin Linda Nanuwil, the runner-up of Akademi Fantasia 2 (AF2) have something in common with Velvet and Karen.

The four of them are staunch fans of the first Akademi Fantasia (AF) and first Malaysian Idol (MI) champions Vincent (Vince) Chong and Jaclyn (Jac) Victor respectively.

Karen is the second Malaysian Chinese AF contestant after Vince, and she hails from Kota Baru, Kelantan, the hometown of pop star Nora Ariffin, who once performed a duet with Vince, "Di Persimpangan Dilema" ("At The Crossroads Of A Dilemma").




BAHASA MALAYSIA VERSION
Velvet & Karen - Pengganti Marsha & Linda?

Si comel dan jelita Marsha Londoh, pemenang tempat ke-4 Akademi Fantasia 3 (AF3) mengirim salam maju jaya kepada rakan senegerinya dari Sabah, Velvet Aduk, dan si comel dan jelita dari Kota Baru, Kelantan, Karen Tan.

Velvet, dari Kota Kinabalu, dan Karen adalah peserta wanita dalam Akademi Fantasia 4 (AF4).

Marsha dan sepupunya, naib juara Akademi Fantasia 2 (AF2) Linda Nanuwil mempunyai idola yang sama dengan Velvet dan Karen dalam dunia televisyen realiti.

Mereka berempat amat menyokong juara musim pertama Akademi Fantasia iaitu Vince Chong dan juara musim pertama Malaysian Idol iaitu Jaclyn Victor.

Karen adalah peserta kedua Akademi Fantasia yang berketurunan China Malaysia selepas Vince.

Kebetulannya, Karen adalah rakan sekampung penyanyi popular Nora Ariffin yang berduet dengan Vince dalam lagu "Di Persimpangan Dilema".

Cute Amirul Will Shine - Farah Anuar

Adorable Farah Anuar thinks cute Sarawakian contestant of Akademi Fantasia 4 (AF4) Amirul Ghazali will shine in the reality show's fourth season.

Farah thinks Amirul has a good voice and is cute as a kitten.

"He's got what it takes to make it to the top," she says.

"But he must work hard and be consistent in his weekly performances. If he does so, he has already won half the battle."

Amirul is from Kuching, the hometown of Farah's best friend Nurullah (Nurul) Abdul Hamid. She and Farah are from Akademi Fantasia 2 (AF2).

Farah finished fourth while Nurul finished eighth.

Amirul slightly resembles Nurul's adorable 'kid brother' Saiful Bakeri, from Malaysian Idol 1 (MI1).

Farah believes Amirul will click well with 'Irish Honey' Amy Azlan who is also from Kuching and finished 10th in Akademi Fantasia 3 (AF3).

The blogger shared a joke with her that Amy would make a good 'bodyguard' to Amirul.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Si Comel Amirul Bakal Menyerlah - Farah Anuar

Jelitawan Akademi Fantasia 2 (AF2) Farah Anuar berpendapat si comel Akademi Fantasia 4 (AF4) dari Kuching, Sarawak, Amirul Ghazali bakal menyerlah dalam pertandingan Akademi Fantasia (AF) tahun ini.

Farah berpendapat Amirul memiliki suara merdu dan amat comel, bagaikan anak kucing.

"Adik Amirul mempunyai potensi besar untuk menang," kata Farah.

"Tapi dia mesti bekerja keras dan membuat persembahan yang konsisten setiap minggu untuk berjaya.

"Jikalau dia konsisten dalam persembahannya, tidak mustahil dia akan menang AF4."

Amirul adalah rakan sekampung Nurullah (Nurul) Abdul Hamid iaitu kawan karib Farah di AF2.

Farah mendapat tempat ke-4 dalam AF2 manakala Nurul mendapat tempat ke-8.

Wajah Amirul adalah mirip 'adik kesayangan' Nurul iaitu Saiful Bakeri dari Malaysian Idol 1 (MI1).

Farah yakin Amirul mudah berinteraksi dengan 'Madu Ireland' Amy Azlan, pemenang tempat ke-10 Akademi Fantasia 3 (AF3) yang berasal dari Kuching.

Blogger ini telah membuat lawak di depan Farah baru-baru ini mengatakan bahawa Amy boleh menjadi 'body guard' Amirul yang handal.

Sunday, May 28, 2006

The Akademi Fantasia 4 Top 12 (Top 12 Akademi Fantasia 4)

All pictures from www.astro.com.my
(Gambar dari www.astro.com.my)

LADIES (WANITA)

Karen Tan, 22, of Kota Baru, Kelantan
(Karen Tan, 22, dari Kota Baru, Kelantan)

Farhan Azizan, 22, of Seremban, Negeri Sembilan
(Farhan Azizan, 22, dari Seremban, Negeri Sembilan)

Zila Seeron, 18, of Bahau, Negeri Sembilan
(Zila Seeron, 18, dari Bahau, Negeri Sembilan)

Salima Habibi, 18, of Ipoh, Perak
(Salima Habibi, 18, dari Ipoh, Perak)

Velvet Aduk, 19, of Kota Kinabalu, Sabah
(Velvet Aduk, 19, dari Kota Kinabalu, Sabah)

Nora Daud, 21, of Sandakan, Sabah
(Nora Daud, 21, dari Sandakan, Sabah)

GENTLEMEN (LELAKI)


Amirul Ghazali, 18, of Kuching, Sarawak
(Amirul Ghazali, 18, dari Kuching, Sarawak)

Haziq Rosebi, 18, of Kluang, Johor
(Haziq Rosebi, 18, dari Kluang, Johor)

Diddy Muhid, 21, of Kuala Lumpur
(Diddy Muhid, 21, dari Kuala Lumpur)

Faizal Ramly, 22, of Marang, Terengganu
(Faizal Ramly, 22, dari Marang, Terengganu)

Lotter Edin, 24, of Membakut, Beaufort, Sabah
(Lotter Edin, 24, dari Membakut, Beaufort, Sabah)

Rich Gimbang, 24, of Kota Kinabalu, Sabah
(Rich Gimbang, 24, dari Kota Kinabalu, Sabah)

'Lady Hawk' Amylea Blows Birthday Kisses To 'Magic Kitten' Saiful

Cute and adorable Saiful Bakeri has just turned 20.

Lovely Amylea Azizan has become the latest beauty from the world of entertainment to greet him.

The beauty with a soulful voice from Sungai Petani, Kedah, says she is very proud of Saiful's progress as a recording artiste and she hopes he will win himself more fans in his first movie role.

Saiful is going to appear in "Cinta Terakhir" ("Last Love") a Malay movie scheduled to be ready by the year's end.

"Abang, happy birthday, and may God be with you always. Muah!" she said in her greeting to Saiful.

Amylea's fellow Sungai Petani native Farah Anuar, who is the best pal of Saiful's loving "elder sister" Nurullah (Nurul) Abdul Hamid, also sent a similar greeting to the Kuching cutey.

Farah said: "Love U so much Adik Saiful. Keep well and strive to be the best. Muah!"




BAHASA MALAYSIA VERSION
'Puteri Langkawi' Amylea Mengirim Salam Hari Jadi Kepada 'Anak Kucing Sakti' Saiful

Si comel dari Kuching, Sarawak, Saiful Bakeri, baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-20.

Si jelita Amylea Azizan adalah jelitawan dunia hiburan terbaru mengirim salam hari jadi kepada Saiful.

Si jelita dengan suara yang merdu dan mantap dari Sungai Petani, Kedah ini berkata dia amat berbangga dengan kejayaan Saiful sebagai artis rakaman popular, dan berharap Saiful akan berjaya menarik lebih ramai peminat sebagai pelakon filem.

Saiful akan muncul dalam filem "Cinta Terakhir" yang dijangka siap pada hujung tahun ini.

"Abang, selamat hari jadi, dan semoga abang diberkatiNya selalu. Muah!" kata Amylea dalam mesej selamat hari jadinya kepada Saiful.

Rakan sekampung Amylea, Farah Anuar, iaitu sahabat karib "kakak penyayang" Saiful, Nurullah (Nurul) Abdul Hamid, turut mengirim salam hari jadi kepada Saiful.

Farah berkata: "Kak amat sayangimu, Adik Saiful. Berusahalah dengan tekun agar adik berjaya mencapai segala cita-cita mu. Muah!"

Wednesday, May 24, 2006

American Idol Top Winners

Champions
American Idol 1 - Kelly Clarkson
American Idol 2 - Ruben Studdard
American Idol 3 - Fantasia Barrino
American Idol 4 - Carrie Underwood
American Idol 5 - Taylor Hicks

Runners-Up
American Idol 1 - Justin Guarini
American Idol 2 - Clay Aiken
American Idol 3 - Diana DeGarmo
American Idol 4 - Bo Bice
American Idol 5 - Katharine McPhee

Second Runners-Up
American Idol 1 - Nicole McKibbin
American Idol 2 - Kimberley Locke
American Idol 3 - Jasmine Trias
American Idol 4 - Vonzell Solomon
American Idol 5 - Elliott Yamin




BAHASA MALAYSIA VERSION
Pemenang Teratas American Idol

Juara
American Idol 1 - Kelly Clarkson
American Idol 2 - Ruben Studdard
American Idol 3 - Fantasia Barrino
American Idol 4 - Carrie Underwood
American Idol 5 - Taylor Hicks

Naib Juara
American Idol 1 - Justin Guarini
American Idol 2 - Clay Aiken
American Idol 3 - Diana DeGarmo
American Idol 4 - Bo Bice
American Idol 5 - Katharine McPhee

Naib Juara Kedua
American Idol 1 - Nicole McKibbin
American Idol 2 - Kimberley Locke
American Idol 3 - Jasmine Trias
American Idol 4 - Vonzell Solomon
American Idol 5 - Elliott Yamin

The Men Behind The Bunny Masks - Taylor Hicks & Adam Mat Saman

American Idol 5 champion Taylor Hicks was once an Easter Bunny.

That makes him not unlike Akademi Fantasia 2 second runner-up Adam (Mohamad Aizam) Mat Saman, who is an up-and-coming hip hop artiste.

Adam, who is nicknamed the Sugar Bun Rabbit, wore a Bugs Bunny mask in the romantic comedy Main-Main Cinta (Puppy Love) where he acted alongside 'Malaysian Kelly Clarkson' Misha Omar.

Sugar Bun is the leading fast food chain in Sabah, Adam's home state.

Sugar Bun used to have a rabbit mascot.

Adam used to perform with his hip hop band Esprit De Corps in the Sugar Bun restaurant of Kota Kinabalu, Sabah's capital and his hometown.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Lelaki Bertopengkan Arnab - Taylor Hicks & Adam Mat Saman

Juara American Idol 5 Taylor Hicks pernah menjadi Arnab Easter.

Pengalamannya hampir sama dengan pengalaman naib juara kedua Akademi Fantasia 2 dari Kota Kinabalu, Sabah iaitu Adam (Mohamad Aizam) Mat Saman yang kini seorang artis hip hop yang sedang melonjak naik.

Adam kekadang digelar Arnab Sugar Bun sempena bekas maskot restoran Sugar Bun iaitu restoran makanan segera yang paling terkenal di Sabah.

Sugar Bun kini tidak memakai maskot lagi.

Adam dahulunya membuat persembahan bersama bandnya iaitu Esprit De Corps, di perkarangan restoran Sugar Bun Kota Kinabalu.

Dia memakai topeng arnab Bugs Bunny dalam filem romantik Main-Main Cinta yang turut dijayakan oleh Kelly Clarkson Malaysia, Misha Omar.

Congrats, Taylor - American Idol 5 Champion

Congratulations, Taylor Hicks.
He's the second man to win American Idol.
And Ruben is his middle name.
The first man to win, in 2003, was Ruben Studdard.

Great show by runner-up Katharine McPhee.
She's a possible successor to Kelly Clarkson, the American Idol of Akademi Fantasia 1 champion Vince Chong (Who interviewed Kelly in Singapore back in 2003) and Akademi Fantasia 2 runner-up "Udoi" Linda Nanuwil, the highest ranked female contestant in the Malaysian reality show.
Coincidentally, Katharine was born in 1984, not unlike "Udoi" Linda.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah, Taylor - Juara American Idol 5.

Tahniah, Taylor Hicks, juara American Idol 5 dan lelaki kedua memenangi American Idol selepas Ruben Studdard, juara American Idol 2.
Kebetulannya, Taylor juga bernama Ruben, seperti Ruben Studdard.

Syabas kepada Katharine McPhee, naib juara yang memberi persaingan sengit kepada Taylor.
Dia boleh digelar pewaris Kelly Clarkson, iaitu juara American Idol 1.
Kelly adalah juara yang dikagumi oleh juara Akademi Fantasia 1 Vince Chong (yang menginterbiu Kelly di Singapura dalam tahun 2003) dan naib juara Akademi Fantasia 2 "Udoi" Linda Nanuwil, iaitu wanita teratas dalam Akademi Fantasia.
Kebetulannya, Katharine sebaya dengan Linda. Mereka lahir dalam tahun 1984.

Sunday, May 21, 2006

Nemo's New AF4 Recruits

Meow! This is Nemo the magical cat and the power behind the Idol Fellowship.
I have added 6 ladies and 6 gentlemen from Akademi Fantasia 4 (AF4) into the Idol Fellowship.

I am confident that they will do their best to uphold good and prevent evil across the planet.

Here are the AF4 Idols.

LADIES

Karen Tan - She is from Kota Baru, Kelantan, and shares the same hometown as Kaer, Nik Aidil, Idayu and Farah Z.
Everything she draws, even in the air, comes to life.
While she is a member of Kelly's circle, she is also devoted to members of Burn's and Kaer's circles.

Farhan Azizan - She hails from Seremban, Negeri Sembilan. Farhan can travel through space and time, without influencing events. She can also teleport and throw objects to any location she wants.
Farhan can create tunnels to connect the Idols to their destinations.
She is devoted to members of Kaer's circle especially Kaer, Nana, Sufiah, Akma and Idayu.

Salima Habibi - Salima is from Ipoh, Perak. She can influence the weather, change colours and change moods at the click of her hand phone button. She is the kid sister Mawi never had.

Velvet Aduk - Felix's protege can influence the weather, change colours, and change the texture of objects at the click of her hand phone button.
A dear friend of Burn's and Felix's circle, she is also devoted to Jaclyn, Vince, Linda, Marsha and members of their circle.

Nora Daud - She's a protege of Adam and Ekin. Ekin and Nora share the same destructive water mouse avatar. Nora is from Sabah's second largest town, Sandakan.

Zila Seeron - Zila of Kuala Pilah, Negeri Sembilan, possesses similar powers to Daniel. But her avatar is a wolf. Zila can also move objects at the click of her hand phone button.
She is a devoted pal of Kaer, Nana and Sufiah.

GENTLEMEN

Faizal Ramli - This rocker from Kuala Terengganu, Terengganu has the power to become any creature on the planet, especially cold-blooded ones. He protects the turtles of Terengganu from hunters.
He is a dear friend of Kaer, Nana, Akma and Idayu.

Diddy Muhid - Diddy has the power to become all members of the wolf family and cat family. He is a dear friend of Nik Aidil and Kaer.

Haziq Rosebi - Haziq is from Johor Baru, Johor. He can either become a fragrant squirrel or a stinking skunk, depending on the person he meets. The skunk is meant to fight evil. The squirrel is meant to do good.
While he is from Mawi's circle, he is also devoted to Khai and Zahid.

Lotter Edin - Lotter is a disciple of Felix. He can transform into any insect he wants. He is particularly fond of bees, and his hometown Beaufort in Sabah begins with a B.

Amirul Ghazali - Amirul's avatar is a magical kitten whose scratch mark on the ground quickly becomes a vacuum hole which sucks all bad guys deep into the centre of the Earth.
Amirul of Kuching, Sarawak, is like a sweet kid brother to Amy, and she is very protective and loving towards him.

Rich Gimbang - Rich of Kota Kinabalu, Sabah, is truly lion-hearted. He possesses the Golden Lion avatar.
While he is from Felix's and Yazer's circle, he is also a dear friend of Edlin, Zarina, Liza, Nija and Andrew.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Rekrut Baru Nemo Dari AF4

Meow! Ini kucing sakti Nemo, kuasa di sebalik Kekawan Idola.
Nemo dah tambah 6 ahli wanita dan 6 ahli lelaki baru ke dalam Kekawan Idola dan mereka ialah peserta Akademi Fantasia 4 (AF4).

Nemo yakin bahawa mereka semuanya akan menambah kebaikan dan memusnahkan kejahatan di muka bumi ini.

Ini dia Idola AF4.

WANITA

Karen Tan - Berasal dari Kota Baru, Kelantan, iaitu kampung asal Kaer, Nik Aidil, Idayu dan Farah Z.
Apa sahaja yang dilukisnya, termasuk di udara, akan menjadi realiti.
Walaupun Karen adalah ahli kumpulan Kelly, dia juga amat prihatin dan penyayang terhadap ahli kumpulan Burn dan Kaer.

Farhan Azizan - Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan. Farhan boleh mengembara merentasi ruang dan masa, tanpa mempengaruhi kejadian. Dia juga boleh membawa atau membaling sesebuah objek ke mana sahaja dengan menekan butang HPnya.
Farhan boleh menghasilkan terowong untuk membawa Idola ke destinasi yang diingini.
Dia amat prihatin dan penyayang terhadap Kaer, Nana, Sufiah, Akma, Idayu dan ahli kumpulan mereka.

Salima Habibi - Salima berasal dari Ipoh, Perak. Dia boleh mempengaruhi cuaca, menukar warna dan menukar mood seseorang dengan menekan butang HPnya. Dia semacam adik kepada Mawi.

Velvet Aduk - Dia semacam adik dan anak murid Felix. Velvet boleh mempengaruhi cuaca, menukar warna dan mengubah bentuk sesebuah objek dengan menekan butang HPnya.
Velvet amat rapat dengan kumpulan Felix dan Burn, serta amat prihatin dan penyayang terhadap ahli kumpulan Jaclyn termasuk Jaclyn, Marsha, Vince dan Linda.

Nora Daud - Dia semacam adik dan anak murid Adam dan Ekin. Nora memiliki avatar tikus pemusnah yang sama dengan Ekin. Nora berasal dari Sandakan, Sabah.

Zila Seeron - Zila dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, memiliki kuasa yang sama dengan Daniel tetapi avatarnya seekor serigala. Zila juga boleh memindahkan objek dengan hanya menekan butang HPnya.
Zila amat prihatin dan penyayang terhadap Sufiah, Kaer dan Nana.

LELAKI

Faizal Ramli - Mat rock ini berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Dia boleh menjadi semua haiwan terutamanya haiwan berdarah sejuk. Dia melindungi penyu di Terengganu dari ancaman pemburu.
Faizal adalah sahabat setia Kaer, Nana, Akma dan Idayu.

Diddy Muhid - Diddy boleh menjadi semua ahli keluarga serigala dan kucing. Dia berkawan baik dengan Kaer dan Nik Aidil.

Haziq Rosebi - Haziq berasal dari Johor Baru, Johor. Dia boleh menjadi tupai yang melepaskan gas wangi ataupun skunk yang melepaskan gas busuk. Skunk bertujuan melawan musuh. Tupai bertujuan mengubati pesakit.
Haziq adalah ahli kumpulan Mawi, tetapi juga bersahabat baik dengan Khai dan Zahid.

Lotter Edin - Lotter semacam anak murid Felix. Dia boleh menjelma sebagai semua serangga di dunia termasuk lebah.
Dia berasal dari Beaufort di Sabah, yang namanya bermula dengan huruf B (lebah dalam bahasa Inggeris ialah 'bee').

Amirul Ghazali - Amirul memiliki avatar anak kucing yang boleh mencakar lantai serta menghasilkan lubang vakum di atas muka bumi.
Lubang vakum ini bertujuan menyerap penjahat ke dalam bumi.
Amirul berasal dari Kuching, Sarawak, dan semacam seorang adik comel kepada Amy Azlan yang amat menyayangi dan menghormatinya.

Rich Gimbang - Rich dari Kota Kinabalu, Sabah, berani macam singa. Avatarnya singa emas.
Walaupun Rich adalah ahli kumpulan Felix dan Yazer, dia juga bersahabat baik dengan Edlin, Zarina, Liza, Nija dan Andrew.

Thursday, May 18, 2006

The 20 Contestants Of The AF4 Prelude Concert

Astro Television will telecast live the Akademi Fantasia 4 (AF4) prelude concert on May 28, 2006.

Ten men and 10 women have been shortlisted for the selection of the Top 12 AF students this year.

Astro's panel of judges will pick 5 men and 5 women after watching the concert. Voters will pick 1 man and 1 woman.

The 12 AF4 students will spend 10 weeks in their academy, trained in song and dance by their professional teachers headed by principal Ramli (Papa Rock) Sarip.

The positions of the students in the race for the title of champion will be determined by a weekly elimination process.

Here are the 20 hopefuls.

LADIES
Salima Habibi, 18, of Ipoh, Perak.
Karen Tan, 22, of Kota Baru, Kelantan.
Rosliza (Leez) Rosli, 19, of Kuala Lumpur.
Farhan Azizan, 22, of Kuala Lumpur.
Lydia (Liya) Khairul, 21, of Kajang, Selangor.
Mazlinda (Lynn) Khalil, 24, of Shah Alam, Selangor.
Nora Daud, 21, of Sandakan, Sabah.
Tasha Nordin, 24, of Seremban, Negeri Sembilan.
Velvet Aduk, 19, of Kota Kinabalu, Sabah.
Azilah (Zila) Seeron, 18, of Bahau, Negeri Sembilan.

GENTLEMEN
Amirul Ghazali, 18, of Kuching, Sarawak.
Hirdi (Diddy) Muhid, 21, of Kuala Lumpur.
Faizal Ramly, 22, of Marang, Terengganu.
Haider Arif, 21, of Kota Kinabalu, Sabah.
Hazama Azmi, 22, of Kuala Lumpur.
Haziq Rosebi, 18, of Kluang, Johor.
Jeffry Nasir, 23, of Petaling Jaya, Selangor.
Lotter Edin, 24, of Membakut, Beaufort, Sabah.
Richard Gimbang, 24, of Kota Kinabalu, Sabah.
Shazrul Zahari, 21, of Kuala Lumpur.




BAHASA MALAYSIA VERSION
20 Peserta Konsert Prelud AF4

Stesen TV Astro akan menyiarkan secara langsung Konsert Prelud Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 28 Mei, 2006.

Sepuluh peserta lelaki dan 10 peserta wanita telah dipilih untuk konsert ini bagi tujuan memilih 12 peserta AF tahun ini.

Para hakim profesional Astro akan memilih 5 calon lelaki dan 5 calon wanita untuk menjadi pelajar AF selepas konsert manakala seorang lelaki dan seorang wanita akan dipilih menerusi undi SMS penonton.

12 pelajar AF4 itu akan berada di Akademi Fantasia selama 10 minggu, dan akan diajar dan dilatih dalam seni muzik, tarian dan persembahan oleh tenaga pengajar Akademi yang dipimpin oleh Bapa Rock Ramli Sarip selaku pengetua AF4.

Kedudukan setiap pelajar akan ditentukan oleh proses eliminasi selepas setiap konsert mingguan AF.

Berikut ialah 20 calon pelajar AF4.

WANITA
Salima Habibi, 18, dari Ipoh, Perak.
Karen Tan, 22, dari Kota Baru, Kelantan.
Rosliza (Leez) Rosli, 19, dari Kuala Lumpur.
Farhan Azizan, 22, dari Kuala Lumpur.
Lydia (Liya) Khairul, 21, dari Kajang, Selangor.
Mazlinda (Lynn) Khalil, 24, dari Shah Alam, Selangor.
Nora Daud, 21, dari Sandakan, Sabah.
Tasha Nordin, 24, dari Seremban, Negeri Sembilan.
Velvet Aduk, 19, dari Kota Kinabalu, Sabah.
Azilah (Zila) Seeron, 18, dari Bahau, Negeri Sembilan.

LELAKI
Amirul Ghazali, 18, dari Kuching, Sarawak.
Hirdi (Diddy) Muhid, 21, dari Kuala Lumpur.
Faizal Ramly, 22, dari Marang, Terengganu.
Haider Arif, 21, dari Kota Kinabalu, Sabah.
Hazama Azmi, 22, dari Kuala Lumpur.
Haziq Rosebi, 18, dari Kluang, Johor.
Jeffry Nasir, 23, dari Petaling Jaya, Selangor.
Lotter Edin, 24, dari Membakut, Beaufort, Sabah.
Richard Gimbang, 24, dari Kota Kinabalu, Sabah.
Shazrul Zahari, 21, dari Kuala Lumpur.

Zahid Hopes A 'She' Wins AF4

Handsome Zahid Baharuddin, the Akademi Fantasia 2 (AF2) champion, hopes a woman takes home the title of Akademi Fantasia 4 (AF4) champion this year.

To date, all Akademi Fantasia (AF) winners have been men. Vincent (Vince) Chong won in AF1 and Asmawi (Mawi) Ani won in AF3.

The highest ranked woman in AF history is Linda (Udoi) Nanuwil, who narrowly lost to Zahid in AF2.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Zahid Berharap Wanita Akan Menang AF4

Si kacak Zahid Baharuddin, juara Akademi Fantasia 2 (AF2), berharap Akademi Fantasia 4 (AF4) akan dimenangi oleh seorang wanita.

Semua pemenang Akademi Fantasia (AF) setakat ini adalah lelaki. AF1 dimenangi oleh Vincent (Vince) Chong manakala Asmawi (Mawi) Ani memenangi AF3.

Wanita yang mendapat tempat teratas dalam sejarah AF ialah Linda (Udoi) Nanuwil yang mendapat naib juara dalam AF2.

Taylor Versus Katharine For AI5 Finale

Taylor Hicks and Katharine McPhee face off for the American Idol 5 grand finals on May 24, 2006. May the best person win.

Congrats to second runner-up Elliott Yamin.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Taylor Lawan Katharine Untuk Juara AI5

Taylor Hicks dan Katharine McPhee akan bersaing merebut gelaran juara American Idol 5 pada 24 Mei, 2006. Semoga peserta yang terbaik akan menang.

Tahniah kepada pemenang tempat ketiga, Elliott Yamin.

Tuesday, May 16, 2006

Darling Saiful, Kak Nurul Always Wishes U The Best

Beautiful Nurullah Abdul Hamid of Kuching, Sarawak has nothing but love and praise for adorable Saiful Bakeri, her old friend who is now a Sony-BMG recording artiste with his own debut album.

Nurul, who is completing her business administration diploma course in Kuching's Tun Abdul Razak University, is confident that Saiful, who turns 20 on May 18, will become a successful entertainer.

Saiful's hit song 'Ku Juga Mencintai Mu' ('I Luv U 2') which is a cover version of Taiwanese singer Harlem Yu's theme from Taiwanese TV series 'Meteor Garden', is often played on Malaysian radio stations these days.

"Adik Saiful, I love U so much and always think of U. Work hard, never forget your loved ones, and always be moderate and true to yourself. Muah! Muah!

"I may not be in KL so often, but there's Kak Farah (Anuar) around. Hope U guys can team up as U always wished," she said in her birthday greeting to her 'cute kid brother'.

Farah Anuar is Nurul's best friend and hostel mate during their stint in Akademi Fantasia Season 2 (AF2).

Nurul also wished her fellow Akademi Fantasia singers/actresses Amy Azlan, Amylea Azizan, Atie Abu Bakar and Azza Suaymi well.

Amy and Amylea are from Akademi Fantasia Season 3 (AF3) while Atie and Azza are from Akademi Fantasia Season 1 (AF1).

She said that Saiful was in good company with them around.

Nurul said she was happy to perform alongside Saiful's pal from Malaysian Idol 2 (MI2), Adam Alli Kawi, during a concert to mark the Kaul Festival in Mukah, Sarawak recently.

The Kaul Festival is a traditional festival of the Melanau community, the third largest indigenous tribe in Sarawak after the Ibans and Bruneians (also called Sarawakian Malays or Kedayans).

Nurul, Saiful, Amy and Adam Alli Kawi are of Bruneian (Sarawakian Malay or Kedayan) ancestry. They hail from Kuching, Sarawak's state capital, even though Adam Alli Kawi was born in Sri Aman (a town formerly called Simanggang).

Farah and Amylea are from Sungai Petani, Kedah. Atie is from Bentong, Pahang. Azza is from Ampang, Selangor (near Kuala Lumpur).




BAHASA MALAYSIA VERSION

Adik Saiful Tersayang, Kak Nurul Sentiasa Doakan Kejayaanmu

Si jelita Nurullah Abdul Hamid dari Kuching, Sarawak amat menyayangi dan menyanjung tinggi si comel dan kacak Saiful Bakeri, kawan lamanya yang kini seorang artis rakaman Sony-BMG dengan album sulungnya.

Nurul, yang kini sedang menghabiskan kursus diploma bisnes di Universiti Tun Abdul Razak, Kuching, yakin bahawa Saiful, yang genap berumur 20 tahun pada 18 Mei, akan menjadi penghibur yang berjaya.

Lagu hit Saiful 'Ku Juga Mencintai Mu' iaitu versi 'cover' lagu tema siri TV Taiwan 'Meteor Garden' yang dinyanyikan oleh penyanyi Taiwan Harlem Yu, kerap dimainkan oleh stesen radio di Malaysia sekarang.

"Adik Saiful, kak amat sayangi mu dan ingati mu. Berusahalah dengan rajin, sentiasa timba ilmu, ingat orang tersayang, amalkan kesederhanaan dan sentiasa jujur terhadap diri sendiri. Muah! Muah!

"Mungkin kak jarang di KL sekarang, tapi Kak Farah (Anuar) ada kat KL. Harap adik dan Farah dapat berganding suara seperti yang adik berdua impikan," katanya dalam mesej selamat hari jadinya kepada Saiful yang merupakan 'adik comelnya'.

Farah Anuar adalah kawan karib Nurul dan rakan hostelnya di Akademi Fantasia 2 (AF2).

Nurul turut mengirim salam kepada rakannya di Akademi Fantasia 1 (AF1) Atie Abu Bakar dan Azza Suaymi, dan rakannya di Akademi Fantasia 3 (AF3) Amy Azlan dan Amylea Azizan.

Katanya, Saiful amat bertuah menceburkan diri dalam dunia seni bersama mereka.

Nurul berkata dia gembira menyanyi bersama rakan Saiful dari Malaysian Idol 2 (MI2), Adam Alli Kawi, semasa konsert Pesta Kaul di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

Pesta Kaul adalah perayaan tradisi kaum Melanau iaitu kaum bumiputera ketiga terbesar di Sarawak selepas kaum Iban dan Brunei (Melayu Sarawak atau Kedayan).

Nurul, Saiful, Amy dan Adam Alli Kawi berketurunan Brunei (Melayu Sarawak atau Kedayan). Mereka berasal dari Kuching, ibu negeri Sarawak, walaupun Adam Alli Kawi lahir di Sri Aman (dahulu dipanggil Simanggang).

Farah dan Amylea berasal dari Sungai Petani, Kedah. Atie berasal dari Bentong, Pahang. Azza berasal dari Ampang, Selangor (dekat Kuala Lumpur).

Monday, May 15, 2006

Malaysian Info Minister Extends Condolences To Zamil

Malaysian information minister Datuk Zainuddin Maidin extends his condolences to Zamil Idris, whose father, Datuk Idris Ibrahim passed away recently.

Zainuddin said Idris and he worked together in Malaysian newspaper Utusan Malaysia (Malaysian Paper) in the 1980s when they were group editor and general manager respectively.

He said he greatly respected Idris as a man of dedication and integrity, and commended him for his tireless efforts to combat drug abuse which was common amongst indigenous Malaysians.

Zainuddin, who hails from Sungai Petani, Kedah's former capital and the hometown of Akademi Fantasia stars Farah Anuar and Amylea Azizan, said Idris' death was a great loss to the nation.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Menteri Penerangan Mengirim Salam Takziah Kepada Zamil

Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin mengirim salam takziah kepada Zamil Idris atas kematian ayahnya Datuk Idris Ibrahim.

Zainuddin berkata Allahyarham Idris pernah bekerja bersamanya dalam akhbar Utusan Malaysia. Zainuddin adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia manakala Idris adalah pengurus besar syarikat surat khabar itu.

Zainuddin berkata Idris seorang pemimpin yang jujur serta berdedikasi, serta seorang wira negara yang berjuang bermati-matian memerangi gejala penyalahgunaan dadah yang berleluasa di kalangan masyarakat bumiputera Malaysia.

Zainuddin yang berasal dari Sungai Petani iaitu bekas ibu negeri Kedah serta kampung asal penyanyi Akademi Fantasia Farah Anuar dan Amylea Azizan, berkata pemergian Idris adalah kehilangan besar kepada Malaysia.

Azza Wishes Saiful Happy 20th Birthday

Cutey Saiful Bakeri turns 20 on May 18. Akademi Fantasia 1 graduate Azzariah (Azza) Suaymi and her elder brother cum manager Azli Suaymi have been among the first to greet him.

Azza said she hoped Saiful would continue his march towards stardom and, as their dear friend Suriati (Atie) Abu Bakar always says, stay on the middle path.

Beautiful Nurullah (Nurul) Hamid, Saiful's family friend and her fan club have also sent their love and greetings to the up-and-coming star.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Azza Kirim Salam Hari Jadi Ke-20 Kepada Saiful

Si comel Saiful Bakeri akan genap berusia 20 tahun pada 18 Mei ini.

Graduan Akademi Fantasia 1 Azzariah (Azza) Suaymi dan abangnya serta pengurusnya Azli Suaymi adalah di antara selebriti pertama mengirim salam hari jadi kepada Saiful.

Azza berkata dia sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Saiful dan menasihatinya mengikut kata-kata kawan karibnya yang amat menyayangi Saiful iaitu Suriati (Atie) Abu Bakar.

Atie telah menasihati Saiful supaya sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.

Si jelita Nurullah (Nurul) Abdul Hamid, kawan keluarga Saiful, dan kelab peminat Nurul, turut mengirim salam hari jadi kepada Saiful yang merupakan 'hero comel tersayang' di hati Nurul.

Sunday, May 14, 2006

Condolences, Zamil

HOT Pussycat Zamil Idris' father, Datuk Idris Ibrahim, passed away on May 14, 2006, after a long battle with liver cancer.

He was 68.

Idris was the deputy president of the Malaysian Association for the Prevention of Drug Abuse (Pemadam), and a reputable social worker who spent years campaigning against drug abuse and helping the Malaysian government design rehabilitation programmes for hard core addicts.

Idris was also a politician who served as a member of the Malaysian parliament between 1978 and 1982.

Idris is survived by his wife Datin Zawiyah Jaafar, 63, and six children, Zuhri, Zakhair, Izmah Nor, Zaid, Zamil and Fadzli.

May God bless him. Al-Fatihah.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Takziah, Zamil

Bapa kepada Si Kucing HOT Zamil Idris, Datuk Idris Ibrahim, meninggal dunia pada 14 Mei, 2006, setelah sekian lama mengidap barah hati.

Beliau berumur 68 tahun.

Idris adalah timbalan presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), serta seorang pekerja sosial yang amat berjasa memerangi penyalahgunaan dadah serta membantu kerajaan Malaysia memperkenalkan program pemulihan untuk penagih dadah.

Idris juga seorang ahli politik dan pernah menjadi ahli parlimen Malaysia dari tahun 1978 ke 1982.

Idris meninggalkan seorang isteri Datin Zawiyah Jaafar, 63, dan enam orang anak, Zuhri, Zakhair, Izmah Nor, Zaid, Zamil dan Fadzli.

Semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atasnya. Al-Fatihah.

Wednesday, May 10, 2006

Congrats To American Idol 5 Top 3s

Congratulations to the Top 3 of American Idol 5, Elliott Yamin, Taylor Hicks and Katharine McPhee.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah Kepada Top 3 American Idol 5

Tahniah kepada Top 3 American Idol 5, Elliott Yamin, Taylor Hicks dan Katharine McPhee.

Monday, May 01, 2006

Burn Salutes Lisa Tucker And Elliott Yamin

Handsome Rueben (Burn) Thevandran, X-Fresh FM DJ and Akademi Fantasia 1 (AF1) contestant, wishes Lisa Tucker and Elliott Yamin of American Idol 5 all the best in their singing careers.

He says that the duo have the potential to excel as entertainers, and even though Lisa crashed out early (at number 10), she has a bright future, and youth on her side.

Burn finds Lisa a sweet and brave young artiste, trying to express herself, but not quite confident yet.

He hopes she will build up her self-confidence and never give up in her quest to be a successful entertainer.

Elliott is an inspiration to Burn, because he has proven to the world that being deaf is no hindrance to becoming a successful recording artiste.

One has to look no further than Ray Charles, Stevie Wonder and Andrea Bocelli, great blind artistes, to realise this.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Burn Hormati Lisa Tucker Dan Elliott Yamin

Si kacak Rueben (Burn) Thevandran, DJ X-Fresh FM dan peserta Akademi Fantasia 1 (AF1), mengirim salam maju jaya kepada peserta American Idol 5 Lisa Tucker dan Elliott Yamin.

Katanya, Lisa dan Elliott mempunyai potensi untuk berjaya sebagai penghibur. Walaupun Lisa hanya mendapat tempat ke-10 dalam American Idol 5, Burn berkata Lisa mempunyai masa depan yang cerah, sebagai peserta termuda dalam American Idol 5.

Burn menyifatkan Lisa seorang yang berani, manis dan comel. Katanya, Lisa kena memupuk semangat yakin pada diri sendiri untuk berjaya sebagai artis.

Dia berharap Lisa akan terus menimba ilmu, membina keyakinan diri dan memupuk semangat juang yang kental untuk berjaya sebagai penghibur.

Elliott adalah inspirasi Burn sebab dia telah membuktikan bahawa orang cacat boleh berjaya dalam apa bidang sekalipun, termasuk dunia seni.

Elliott mengikut jejak langkah artis cacat yang berjaya, seperti Ray Charles, Stevie Wonder dan Andrea Bocelli, iaitu penyanyi buta yang terkenal.

All The Best, Mr Universe

'Mr Universe' Zainal Alam Kadir left The Malay Mail to be a full-time TV presenter on May 1, 2006.

The blogger will miss his wonderful neighbour.

Nevertheless, the blogger will still be meeting Alam in entertainment assignments of The New Straits Times, as well as Akademi Fantasia events.

All the best in your new job, Alam.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Selamat Maju Jaya, Mr Universe

'Mr Universe' Zainal Alam Kadir kini sudah meninggalkan The Malay Mail. Dia meninggalkan The Malay Mail untuk menjadi hos TV sepenuh masa pada Mei 1, 2006.

Blogger ini akan rindukan jiran lamanya.

Walau bagaimanapun, blogger ini akan tetap berjumpa dengan Alam semasa menghadiri acara sebagai reporter hiburan The New Straits Times, serta acara Akademi Fantasia.

Selamat maju jaya, Alam.