Tuesday, September 26, 2006

New Idol Fellowship Members (In The Nemo Novels)

Here are the latest additions to Nemo's Idol Fellowship. They are from One In A Million (OIAM), the Malaysian reality show that replaces Malaysian Idol.

1 Suki Low - Sweet Suki shares the powers of Karen Tan and Velvet Aduk. She's a trusted member of Kelly's circle.

2 Aliya Hasan - A dear friend of Nita, Farhan, Farah Z and Xerra, she shares their powers and circle.

3 Anny Shariff - Like Aliya, Anny clicks well with Nita, Farhan, Farah Z and Xerra in their circle.

4 Mimi Shamsuddin - Mimi is devoted to Nita, Farhan, Farah Z and Xerra, and is a quiet but reliable member of their circle.

5 Zaihanee Zainal Abidin - Zai is a dear friend of Zahid and Elliza. She is the Malaysian Mandisa Hundley.

6 Faizal Tahir - The Superman of Terengganu is the male version of Nana "The Little Mermaid" Mahazan. He is a dear friend of Faizal Ramly, too.

7 Alif Satar - He's like a kid brother of Dina. His avatar is the pussycat that can cause a great itch.

8 Alif Azfar Ishak - He's Salima's dear friend. He shares Alif's powers.

9 Lokman Mutalip - A dear friend of Haziq, he possesses the same powers as Alif and Alif Azfar.

10 Shahmeen Shah Halim Shah - Lokman and Shahmeen are distant kin from Johor Baru. They share the same powers. He is also distantly related to Khai, who is like an elder brother to him.

11 Dayang Nurfaizah Awang Dowty - A Sarawakian pop star who is also called the Malaysian Beyonce. She is a dear friend of Nurul, Saiful, Amy and members of their circle.

12 Awal Ashaari - He is a distant relative of Sufiah and is a devoted member of her circle. He is a man of high speed, not unlike another close pal of his, Adam.
Awal failed to make it to the Top 12 of Malaysian Idol 1, unlike Sufiah, but Nemo made him a member of the Idol Fellowship for his services to the Idols, as host of One In A Million (OIAM).
Awal represents the OIAM Top 12 contestants and takes the place of Farah Z, who is also one of the OIAM Top 12.
Farah Z is already a member of the Idols as a Top 12 contestant of Malaysian Idol 2.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Ahli Baru Kekawan Idola Nemo (Dalam Novel Nemo)

Ini dia ahli baru Kekawan Idola Nemo. Mereka adalah dari One In A Million (OIAM), rancangan nyanyian realiti yang menggantikan Malaysian Idol.

1 Suki Low - Si comel jelita Suki memiliki kuasa yang sama dengan Karen Tan dan Velvet Aduk. Dia seorang ahli bulatan Kelly yang amat berdisiplin dan bertanggungjawab.

2 Aliya Hasan - Kawan karib Nita, Farhan, Farah Z dan Xerra, dia memiliki kuasa ajaib mereka dan juga adalah ahli bulatan mereka.

3 Anny Shariff - Seperti Aliya, Anny adalah ahli bulatan dan kawan rapat Nita, Farhan, Farah Z dan Xerra.

4 Mimi Shamsuddin - Mimi adalah teman setia Nita, Farhan, Farah Z dan Xerra, serta ahli bulatan mereka yang pendiam tetapi berdisiplin dan rajin.

5 Zaihanee Zainal Abidin - Zai seorang kawan rapat Zahid dan Elliza. Dialah Mandisa Hundley Malaysia.

6 Faizal Tahir - Superman dari Terengganu ini adalah versi jantan Nana "Puteri Duyung" Mahazan. Dia juga kawan baik Faizal Ramly.

7 Alif Satar - Dia semacam adik comel Dina. Avatarnya ialah anak kucing yang menyebabkan penjahat berasa gatal di seluruh badan.

8 Alif Azfar Ishak - Kawan karib Salima ini berkongsi kuasa dengan Alif.

9 Lokman Mutalip - Kawan rapat Haziq ini memiliki kuasa yang sama dengan Alif dan Alif Azfar.

10 Shahmeen Shah Halim Shah - Lokman dan Shahmeen bersaudara jauh dan berasal dari Johor Baru. Mereka berkongsi kuasa. Mereka berdua juga bersaudara jauh dengan Khai, yang semacam abang kepada mereka.

11 Dayang Nurfaizah Awang Dowty - Bintang pop dari Sarawak ini digelar Beyonce Malaysia. Dia adalah kawan rapat Nurul, Saiful, Amy dan ahli bulatan mereka.

12 Awal Ashaari - Seorang saudara jauh dan kawan rapat Sufiah, Awal memiliki kuasa memecut seperti Adam, yang juga kawan rapatnya.
Awal tidak mendapat tempat dalam Top 12 Malaysian Idol 1, tetapi telah menabur jasa kepada Kekawan Idola sebagai hos One In A Million (OIAM).
Oleh itu, Nemo telah menjadikannya seorang ahli Kekawan Idola bagi mewakili peserta Top 12 OIAM.
Awal mengambil tempat Farah Z di kalangan pemenang Top 12 OIAM, kerana Farah Z telahpun menjadi ahli Kekawan Idola sebagai pemenang Top 12 Malaysian Idol 2.

Congrats, Suki

Congrats to Suki Low, champion of One In A Million (OIAM), the reality show
that replaces Malaysian Idol this year.

And congrats, too, to second-placed Faizal Tahir and third-placed Alif Satar.

OIAM may be back next year on 8TV, in the event that Simon Fuller and Simon
Cowell fail to set a reasonable price for the Malaysian TV station to
organise a third Malaysian Idol season.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah, Suki.

Tahniah kepada juara One In A Million (OIAM) Suki Low, naib juara pertama
Faizal Tahir dan naib juara kedua Alif Satar.

OIAM menggantikan Malaysian Idol di rangkaian televisyen Malaysia 8TV tahun
ini.

Ia mungkin diteruskan tahun depan jikalau Simon Fuller dan Simon Cowell tidak
menawarkan harga berpatutan untuk 8TV bagi menganjurkan musim ketiga
Malaysian Idol.

Saturday, September 23, 2006

One In A Million Pictures

This post is in English only.


(R to L) Lokman Mutalip & Mentor 1 second-placed Nabil Damanhuri.

Thursday, September 21, 2006

Vincey With Pam

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Here's Vince Chong with his kid sister, Pamela.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Vince Dan Adiknya, Pam

Ini dia Vince Chong bersama adik perempuannya, Pamela.

Wednesday, September 20, 2006

Sazzy & Friends


Sazzy Falak & Awal Ashaari.




Sazzy Falak & Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer).

Stunning TV host, model and actress Sazzy Falak of Ampang in Selangor is sometimes called the Amanda Bynes of Malaysia.

Here she is with her fellow Astro TV host and One In A Million (OIAM) host Awal Ashaari, who was an early reject of Malaysian Idol 1, and Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), who is a close pal of another Astro TV host and Era Radio DJ Nurul Hana (Nana) Che Mahazan.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Sazzy & Kawannya

Ini dia hos TV, model dan aktres jelita Sazzy Falak dari Ampang di Selangor. Dia kekadang digelar Amanda Bynes Malaysia.

Ini gambarnya bersama rakan setugasnya di Astro TV merangkap hos One In A Million (OIAM), Awal Ashaari, yang terkeluar awal dari Malaysian Idol 1, dan Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), kawan karib seorang lagi rakan setugas Sazzy merangkap DJ Era Radio, Nurul Hana (Nana) Che Mahazan.

Tuesday, September 19, 2006

One In A Million (OIAM) Contestants

This post is in English only.

1 Suki Low Sook Yee, 17, of Seremban, Negeri Sembilan.
2 Faizal Tahir, 28, of Kuala Terengganu, Terengganu.
3 Alif Satar, 16, of George Town, Penang.
4 Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 25, of Kuching, Sarawak.
5 Farah Asyikin Zulkifli, 27, of Kota Baru, Kelantan.
6 Alif Azfar Ishak, 22, of Tapah, Perak.
7 Lokman Mutalip, 19, of Johor Baru, Johor.
8 Zaihanee Zainal Abidin, 23, of Kuala Kangsar, Perak.
9 Aliya Abu Hasan, 26, of Pekan, Pahang.
10 Shahmeen Shah Halim Shah, 17, of Johor Baru, Johor.
11 Anny Johanna Shariff, 26, of Johor Baru, Johor.
12 Mimi Shamsuddin, 21, of Kajang, Selangor.


Zaihanee Zainal Abidin.


(L to R) Faizal Tahir, Alif Satar, Shahmeen Shah Halim Shah, Lokman Mutalip & Alif Azfar Ishak.


(L to R) Farah Asyikin Zulkifli, Aliya Abu Hasan, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Anny Johanna Shariff & Mimi Shamsuddin.

Pix from oneinamillion.bluehyppo.com.

Dayang Fails To Win RM1 Million

Malaysian Beyonce Dayang Nurfaizah has failed to win RM1 million in 8TV reality show One In A Million, the replacement for Malaysian Idol.

She only finished fourth in the SMS-based contest.

Dayang's fellow Kuching-born singers, Deja Moss and Dayang Camelia Abang Khalid, have pledged to fully support Dayang in her singing and acting career.

Deja said Dayang's defeat in OIAM would not reduce her popularity. Instead, she would gain fans because of her courage in taking risks.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Dayang Gagal Menang RM1 Juta

Beyonce Malaysia Dayang Nurfaizah gagal memenangi RM1 juta dalam pertandingan nyanyian 8TV One In A Million (OIAM) yang menggantikan Malaysian Idol.

Dayang mendapat tempat ke-4 dalam OIAM.

Deja Moss, rakan sekampungnya dari Kuching, Sarawak, berkata, walaupun Dayang kalah dalam OIAM, popularitinya sebagai artis akan meningkat, kerana peminat akan berasa kagum dengan keberaniannya mengambil risiko.

Deja dan seorang lagi artis dari Kuching, Dayang Camelia Abang Khalid, berikrar akan memberi sokongan penuh kepada Dayang dalam perjalanan seninya.

Dayang juga adalah seorang pelakon.

Sunday, September 10, 2006

Be Strong In Life, Mei Mei - Dina 2 Elliza

Green Teddy Bear Dina Nadzir, the Malaysian Idol 1 runner-up, advises adorable Elliza Razak of Akademi Fantasia 3 to be strong in facing the challenges of showbiz.

She describes Elliza as a sweet, adorable and friendly young singer, who has what it takes to be famous.

"I'm proud of you, Elliza. You are beautiful, loveable and always a picture of joy. You've got what it takes to be a star, and I know you can do it. Have faith in yourself and always be strong," she said.

Dina, who is a family friend of Elliza's hero, Akademi Fantasia 2 champion Zahid Baharuddin (both Zahid and Elliza share the same birthday date), hopes Elliza and Zahid will take care of each other.

She thinks they would make a wonderful team, as singers, actors or television hosts, if given the chance to collaborate.

Dina paid tribute to Zahid as a jolly good "big brother", and a positive influence to all his juniors in the world of reality shows.

Both Dina and Zahid hope Elliza will get to sing with adorable Daniel Lee, the Malaysian Idol 2 winner, whom she greatly admires.

Elliza is riding high with her hit song "Mari Berpesta" ("Let's Party"), a duet with hip hop singer Yogi B. She is also an actress with Astro Television, the Akademi Fantasia producer.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Kuatkan Azam Dan Semangat, Mei Mei - Dina Kepada Elliza

Si comel berbaju hijau Dina Nadzir, naib juara Malaysian Idol 1, menasihati si comel Elliza Razak dari Akademi Fantasia 3 supaya sentiasa bersemangat waja dalam menghadapi cabaran dalam dunia seni.

Dina menyifatkan Elliza seorang gadis yang comel, jelita, ceria dan mesra, serta seorang bakat baru yang berpotensi menjadi penyanyi terkenal.

"Aku bangga dengan Kak Elliza. Kak memang cantik, penyayang dan sentiasa membawa sinar dalam hidup.

"Kak mempunyai potensi bergelar bintang, dan adik yakin kak boleh berjaya. Sentiasa yakin kepada diri sendiri dan kuatkan semangat," katanya.

Dina, kawan keluarga idola Elliza, juara Akademi Fantasia 2 Zahid Baharuddin (Elliza dan Zahid menyambut hari jadi pada tarikh yang sama), berharap Elliza dan Zahid akan sentiasa tolong-menolong dalam perjalanan seni mereka.

Dina yakin Elliza dan Zahid boleh menjadi pasangan artis yang hebat, sebagai penyanyi, pelakon mahupun hos TV, jika diberi peluang untuk maju.

Dina berkata Zahid adalah seorang abang yang hebat, dan seorang idola yang membawa pengaruh positif kepada semua artis muda yang dilahirkan oleh rancangan realiti nyanyian di Malaysia.

Dina dan Zahid kedua-duanya berharap Elliza akan dapat berjumpa dan menyanyi dengan juara Malaysian Idol 2 Daniel Lee yang amat dikaguminya.

Elliza kini terkenal sebagai penyanyi lagu "Mari Berpesta", iaitu duet dengan penyanyi hip hop Yogi B. Dia juga seorang pelakon di stesen televisyen Astro, iaitu penerbit Akademi Fantasia.

Saturday, September 09, 2006

Little Mermaid And Shere Khan Stand By Sophie And Farah Z


Johorean artistes Nana (Nurul Hana) Che Mahazan and Diddy (Syamsul Hirdi) Muhid pray for the success of up and coming jazz singer Sufiah (Sophie) Mohamad Noor and Kelantanese beauty Farah Asyikin Zulkifli.

Nana and Diddy are from Akademi Fantasia while Sufiah and Farah Asyikin are from Malaysian Idol. Nana is a DJ with radio station Era, part of Astro Television's parent company.

Nana said Sufiah and Farah Asyikin were beauties inside and out, and had great vocals.

While their road to fame is not an easy one, Nana has faith in "Kak Opie" and "Kak Fa", and is confident they will achieve their dreams.

She said while Farah Asyikin failed to win in 8TV reality show One In A Million (OIAM), which promises a RM1 million reward, the Kelantan lass was truly "one in a million" amongst singers.

Diddy described Sufiah and Farah Asyikin as true ladies, and pledged to stand by them in their journey to fame. He said they worked very hard and were worthy of emulation.

(Note: Diddy loves tigers)

BAHASA MALAYSIA VERSION

Puteri Duyung Dan Datuk Harimau Setia Kepada Sophie Dan Farah Z

Anak seni Johor, Nana (Nurul Hana) Che Mahazan dan Diddy (Syamsul Hirdi) Muhid, mendoakan kejayaan Sufiah (Sophie) Mohamad Noor, penyanyi jazz yang sedang melonjak naik, dan penyanyi jelita Kelantan, Farah Asyikin Zulkifli.

Sufiah dan Farah Asyikin adalah peserta Malaysian Idol manakala Nana dan Diddy adalah peserta Akademi Fantasia. Nana ialah DJ di stesen radio Era, di bawah syarikat televisyen Astro.

Nana berkata Sufiah dan Farah Asyikin adalah penyanyi yang jelita di dalam dan luar, serta bersuara mantap.

Walaupun perjalanan seni mereka agak rumit, dia yakin "Kak Opie" dan "Kak Fa" akan berjaya bergelar artis ternama.

Walaupun Farah Asyikin gagal memenangi pertandingan nyanyian 8TV One In A Million (OIAM atau Satu Dalam Sejuta), yang membawa hadiah RM1 juta, Nana berkata Farah Asyikin sememangnya penyanyi "satu dalam sejuta".

Diddy berkata Sufiah dan Farah Asyikin adalah dua orang wanita dalam erti kata yang sebenar, dan dia sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam dunia seni.

Katanya, usaha gigih mereka patut dicontohi oleh penyanyi baru.

(Peringatan: Diddy sukakan harimau)

Handsome Sabahan Gentlemen Part 2 (Jejaka Kacak Sabah Bahagian 2)


Lotter Edin or Fring The Sting (left) and Felix Agus or Felix The Hilton Cat.

Fring is Lotter's HP ring tone.

Kota Belud, Felix's hometown, means Hill Town (Hilton) in the Bajau language.


[Lotter Edin atau Fring Si Penyengat (kiri) dan Felix Agus atau Felix Si Kucing Bukit.

Fring ialah bunyi HP Lotter.

Kota Belud, kampung Felix, maksudnya Kota Bukit dalam bahasa Bajau]


The Mighty Lions Rich Gimbang (left) of Keningau and Yazer Yusof of Tawau.

[Rich Gimbang, Singa Gagah Dari Keningau (kiri) dan Yazer Yusof, Singa Gagah Dari Tawau]

Farah Z Fails To Win RM1 Million

Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) has failed to win RM1 million in 8TV reality show One In A Million (OIAM).

The Kelantan beauty finished 5th in the SMS-based singing contest which is filling in the shoes of Malaysian Idol this year.

Farah Z, the Malaysian Idol 2 third-placed, said it would be her last attempt in a singing contest, as she is "very tired". Furthermore, her maiden album is "80 per cent ready".

Farah Z's former school mate Sufiah Mohamad Noor (of Malaysian Idol 1) said even though she did not win, Farah Z had a bright future as an entertainer, as she was well-versed in Bahasa Malaysia and English, capable of giving great performances, and always carried herself well.

Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, who finished 7th in Malaysian Idol 2, hoped Farah Z would not give up in her quest to be a successful recording artiste. She described Farah Z as a sweet and likeable person.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Farah Z Gagal Menang RM1 Juta

Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) gagal memenangi RM1 juta dalam rancangan nyanyian realiti 8TV One In A Million (OIAM).

Jelitawan dari Kelantan itu mendapat tempat kelima dalam pertandingan yang menggantikan Malaysian Idol untuk tahun ini.

Farah Z, naib juara kedua Malaysian Idol 2, berkata OIAM ialah pertandingan nyanyiannya yang terakhir, kerana dia sudahpun berasa "letih". Album sulungnya pula sudah "80 peratus siap".

Bekas rakan sekolah Farah Z, penyanyi jazz Sufiah Mohamad Noor (dari Malaysian Idol 1) berkata walaupun dia tidak menang, Farah Z mempunyai masa depan cerah sebagai artis, kerana dia fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, mampu menyengat sebagai penyanyi, dan sentiasa sopan dan peramah.

Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, pemenang tempat ketujuh Malaysian Idol 2, berharap Farah Z tidak akan putus asa dalam mengejar impiannya menjadi artis yang berjaya. Katanya, Farah Z seorang gadis yang manis dan disayangi ramai.

Sunday, September 03, 2006

Keep Up Your Winning Ways, Faizal - Xerra

Beautiful Terengganu princess Tengku Zaharah Tengku Zaimi Azlan or Xerra Zaimi hopes Akademi Fantasia 4 champion Faizal Ramly, also from Terengganu, keeps up his winning ways as an entertainer.

She would love to meet Faizal, who is a close pal of her aunt, 1990s pop star Tengku Anis Suraya Baharin.

Congratulating Faizal for his victory in Akademi Fantasia 4, Xerra said: "It's not easy to stay afloat in the music industry. One must always strive hard and knock on all doors to achieve success."

Xerra also wished her Malaysian Idol pals Sufiah Mohamad Noor, Norhanita (Nita) Hamzah and Farah Asyikin Zulkifli all the best in their careers.

Likewise with her staunch Akademi Fantasia supporters Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer Azami), Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nik Aidil Nik Zamri, Zila Seeron, Farhan Azizan and Hirdi (Diddy) Muhid.

Xerra is happy that Farhan won third place in Akademi Fantasia 4, and both are giving their full support to Farah Asyikin in her quest to win RM1 million in the new reality talent show One In A Million, produced by 8TV.

Xerra also sent her best wishes to handsome Terengganu rocker Faizal Tahir, who is Farah Asyikin's competitor in One In A Million.

He has been described by many female fans as the Malaysian Bo Bice and Malaysian television's newest sex symbol.

Xerra also advised unsuccessful One In A Million contestants Alia Hasan, Anny Shariff and Mimi Shamsuddin not to give up in pursuing their dreams of making it in the entertainment industry.

The three female contestants are staunch supporters of Farhan in Akademi Fantasia 4.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Terus Menempuh Kejayaan, Faizal - Xerra

Puteri jelita Terengganu Tengku Zaharah Tengku Zaimi Azlan atau Xerra Zaimi berharap rakan senegerinya dan juara Akademi Fantasia 4 Faizal Ramly akan mengekalkan kecemerlangan dalam persembahannya setelah bergelar juara.

Xerra ingin berjumpa dengan Faizal, kawan karib ibu saudaranya, bintang pop 1990an Tengku Anis Suraya Baharin.

Dalam perutusan tahniahnya kepada Faizal atas kemenangannya dalam Akademi Fantasia 4, Xerra berkata: "Dalam industri muzik yang penuh cabaran, adik kena sentiasa berusaha untuk memuaskan peminat dan berani 'mengetuk semua pintu' untuk mencari jalan ke arah kejayaan."

Xerra turut mengirim salam maju jaya kepada rakannya dari Malaysian Idol Sufiah Mohamad Noor, Norhanita (Nita) Hamzah dan Farah Asyikin Zulkifli, serta penyokong setianya dari Akademi Fantasia Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer Azami), Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nik Aidil Nik Zamri, Zila Seeron, Farhan Azizan dan Hirdi (Diddy) Muhid.

Xerra amat gembira dengan kejayaan Farhan merangkul tempat ketiga dalam Akademi Fantasia 4.

Mereka berdua sedang menyokong usaha Farah Asyikin untuk memenangi RM1 juta dalam rancangan nyanyian realiti baru One In A Million, terbitan 8TV.

Xerra turut mengirim salam maju jaya kepada rocker kacak dari Terengganu Faizal Tahir, yang bersaing dengan Farah Asyikin dalam One In A Million.

Faizal amat diminati oleh ramai wanita Malaysia dan digelar Bo Bice Malaysia serta lelaki terseksi di televisyen.

Xerra menasihati peserta One In A Million yang gagal Alia Hasan, Anny Shariff dan Mimi Shamsuddin supaya tidak putus asa dalam mengejar impian untuk bergelar penghibur.

Alia, Anny dan Mimi adalah penyokong setia Farhan di Akademi Fantasia 4.