Wednesday, November 15, 2006

Dealova Stars & AF Beauties (Bintang Dealova & AF)

The stars of Indonesian romantic movie Dealova, Jessica Iskandar, MTV VJ Evan Sanders, and Benjamin Joshua, are in Malaysia for a 5 day visit.

They met up with lovely Akademi Fantasia 4 stars Salima Habibi, Karen Tan, Nora Daud, and Zila Seeron.

Jessica will be appearing in Diva next year with Nora's dear friend Adam Mat Saman, pop queen Ning Baizura, Awal Ashaari, and Adam's and Nora's dear friend Balkish Khan, a Sabahan singer from NTV7 pop contest Audition.

The Indonesians wish all Malaysian reality show stars success and health, and a Happy New Year.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Bintang Dealova & Jelitawan AF

Bintang Dealova, filem romantis Indonesia, iaitu Jessica Iskandar, VJ MTV Evan Sanders, dan Benjamin Joshua, melawat Malaysia hari ini.

Mereka telah bertemu dengan gadis jelita Akademi Fantasia 4 iaitu Salima Habibi, Karen Tan, Nora Daud dan Zila Seeron.

Jessica akan muncul tahun depan dalam filem Diva bersama kawan baik Nora iaitu Adam Mat Saman, selain Ning Baizura, Awal Ashaari dan seorang lagi kawan Adam dan Nora, Balkish Khan, penyanyi Sabah dari pertandingan nyanyian NTV7, Audition.

Bintang Indonesia ini mengirim salam maju jaya dan sihat sejahtera, serta salam Tahun Baru, kepada semua bintang rancangan pop realiti Malaysia.

Friday, November 10, 2006

Hafidah Samat, Jac's "Elder Sister" Moves On

Hafidah Samat, a dear friend of the blogger, who bears an uncanny resemblance to Jaclyn Victor, has called it a day in The New Straits Times.

A dedicated, award-winning entertainment journalist, she will be furthering her studies in mass communications.

The blogger wishes Hafidah or Fida all the best in life.





BAHASA MALAYSIA VERSION
"Kakak" Jaclyn Victor Sambung Pelajaran

Hafidah Samat, kawan baik blogger yang wajahnya mirip Jaclyn Victor, akan menyambung pelajarannya dalam bidang komunikasi massa.

Beliau seorang wartawan hiburan The New Straits Times yang tekun dan berdedikasi dalam kerjayanya, serta pemenang hadiah kewartawanan.

Blogger mendoakan kejayaan Hafidah atau Fida dalam pelajaran dan kerjayanya di masa depan.

Wednesday, November 08, 2006

Trish's Uncle, Fredo The Crooner, Passes On

Wilfredo Andre Gayondato, better known as Uncle Fredo or Fredo The Crooner has passed away of heart failure aged 56.

The uncle of Malaysian Idol 2 finalist Trish De Cruz and her cousin Dianne Guerzo who finished in the Top 24 of the contest, Fredo was a much loved icon in The New Straits Times.

He died on November 8, 2006.

Dianne is the lead singer of Freedom, a band founded by the late pop queen Seha Abu Bakar.

The company’s advertising manager who recently retired, Fredo was a man who enjoyed life and had a great sense of humour.

He was also a brilliant singer, not unlike his cousins in the famous Soliano family, the maternal family of Trish and Dianne.

Fredo is survived by two sons, Chris, 21, and Justine, 16. His wife Anne Peter passed away in June.

Trish last year described Fredo as a wonderful person who always made others happy. She said he always made friends and never made foes.





BAHASA MALAYSIA VERSION

Bapa Saudara Trish, “Datuk” Fredo, Meninggal Dunia

Wilfredo Andre Gayondato, yang juga dikenali sebagai “Datuk” Fredo, meninggal dunia pada November 8, 2006 akibat penyakit jantung.

Beliau berusia 56 tahun.

Bapa saudara kepada finalis Top 12 Malaysian Idol 2, Trish De Cruz, dan sepupunya, finalis Top 24, Dianne Guerzo, “Datuk” Fredo adalah seorang ketua dan ikon syarikat akhbar nasional Malaysia, The New Straits Times, yang amat dihormati dan dikasihi.

Dianne adalah penyanyi utama kumpulan Freedom, yang diasaskan oleh bekas ratu pop Allahyarham Seha Abu Bakar.

“Datuk” Fredo memegang jawatan pengurus pengiklanan syarikat The New Straits Times sebelum bersara awal tahun ini.

Beliau dikenali sebagai seorang insan yang sentiasa comel, periang dan pandai berlawak.

Beliau juga amat pandai menyanyi, seperti saudaranya dalam keluarga Soliano.

Keluarga Soliano adalah keluarga ibu Trish dan Dianne.

“Datuk” Fredo meninggalkan dua orang anak lelaki, Chris, 21, dan Justine, 16.

Isterinya Anne Peter meninggal dunia pada bulan Jun yang lalu.

Trish tahun lalu berkata “Datuk” Fredo seorang insan berhati mulia dan sentiasa membuatkan orang di sekelilingnya berasa gembira dan ketawa.

Trish berkata bapa saudaranya tidak mengenal musuh dan sentiasa mengenal kawan.

Wednesday, November 01, 2006

Mawi, Salima, Haziq & Zahid Wish Daniel Success

Akademi Fantasia stars Mawi Ani, Zahid Baharuddin, Salima Habibi and Haziq Rosebi wish Malaysian Idol 2 champion Daniel Lee success in his new-found career.

Mawi hopes Daniel will further his studies and emerge a successful composer, lyricist and musician.

He said: "Daniel has this aura, which attracts many fans. Guess we are in the same boat.

"It's hard to define what exactly it is. Some of us are born lucky, and I guess both of us are."

Salima said Daniel possessed a boy-next-door image which endeared him to many teenage girls, and their parents.

Haziq said Daniel was brave in singing Malay pop songs and making them his own.

One such song Daniel made his own was the late Indonesian pop king Broery Marantika's hit Widuri.

Marantika was the ex-husband of Sarawakian diva Anita Sarawak.

Zahid said Daniel's ability to sing in Malaysian, English and Chinese was an asset to the Malaysian music industry.

"An artiste who can perform in three languages can go far in the Malaysian music industry, provided he works extra hard to make it big.

"Daniel, I believe, will go far if he continues to equip himself with skills such as songwriting and composing music," he said.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Mawi, Salima, Haziq & Zahid Doakan Kejayaan Daniel

Bintang Akademi Fantasia Mawi Ani, Zahid Baharuddin, Salima Habibi dan Haziq Rosebi doakan kejayaan juara Malaysian Idol 2 Daniel Lee.

Mawi berharap Daniel akan melanjutkan pelajarannya dan muncul sebagai komposer, penulis lirik dan pemuzik yang berjaya.

Katanya: "Daniel memiliki aura, yang membuatkan ramai peminat tertarik kepadanya. Saya rasa kami dalam situasi yang sama.

"Bukan senang nak tahu apa itu aura. Sesetengah orang memilikinya, manakala yang lain tidak memilikinya. Saya rasa kami berdua memilikinya."

Salima berkata Daniel memiliki imej sopan dan comel, dan ini membuatkannya digilai oleh ramai gadis remaja dan ibu bapa mereka.

Haziq berkata Daniel berani menyanyikan lagu dalam Bahasa Malaysia dan menghayatinya dengan baik.

Misalnya Daniel berjaya memberi nafas baru kepada lagu dendangan mendiang Broery Marantika iaitu Widuri.

Marantika, raja pop Indonesia, adalah bekas suami diva dari Sarawak, Anita Sarawak.

Zahid berkata kebolehan Daniel menyanyi dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina adalah aset kepada industri muzik tanah air.

"Artis yang boleh nyanyi dalam 3 bahasa boleh pergi jauh dalam industri muzik tanah air, asalkan dia berusaha dengan gigih untuk berjaya.

"Daniel, saya rasa, boleh pergi jauh jikalau dia terus menimba ilmu seperti menulis lirik dan menggubah lagu," katanya.

Mawi Learns To Brush Off Gossip

Pop phenomenon Asmawi (Mawi) Ani of Akademi Fantasia 3 has learnt to brush aside rumours that he is romantically linked with two actresses from his home state, Johor.

The duo are young stars Diana Rafar and Norasyikin Rahmat. Their elder sisters are singers Linda Rafar and Norain Rahmat, former members of popular all-girl pop group Elite.

Elite was the brainchild of Malaysia's most successful brothers in pop, Norman, Yusry and Edry Halim of KRU, the mentors of Akademi Fantasia 2's Adam Mat Saman.

Mawi says that as an entertainer, one has to be prepared for nonsensical stories about one's private life.

Some of his close friends advise him to take legal action against rumour mongers, but he tells them that it is pointless to do so.

"I've learnt to laugh off such stories. The latest is that my family is getting me engaged to a student from Perak," he said.

"Frankly, I don't know of this university student. I have several female friends from Perak and they are all my fellow Akademi Fantasia singers.

"One of them is Salima Habibi of Akademi Fantasia 4," he said.

Mawi, who ended his engagement with fiancee Nordiana Naim, also from Johor, in July, says they still remain friends, and he wishes her all the best in her new career as a television presenter.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Mawi Tidak Peduli Gosip Mengenai Dirinya

Fenomena pop Asmawi (Mawi) Ani dari Akademi Fantasia 3 tidak peduli khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan 2 orang aktres dari negeri asalnya, Johor.

Aktres itu ialah Diana Rafar dan Norasyikin Rahmat. Kakak mereka ialah penyanyi Linda Rafar dan Norain Rahmat, bekas ahli kumpulan pop wanita Elite.

Elite diasaskan oleh kumpulan penyanyi lelaki adik-beradik nombor satu Malaysia - Norman, Yusry dan Edry Halim atau KRU, iaitu mentor naib juara kedua Akademi Fantasia 2 Adam Mat Saman.

Mawi berkata sebagai orang seni, dia kena bersedia menghadapi fitnah dan gosip liar mengenai kehidupan peribadinya.

Beberapa orang kawan rapat Mawi menasihatinya supaya menyaman tukang fitnah dan gosip, tetapi Mawi berkata tindakan sebegini tidak akan mendatangkan hasil yang baik.

"Saya sedar adalah lebih baik untuk melupakan cerita karut macam ni. Cerita karut terbaru mengatakan keluarga saya mahu saya kahwin dengan seorang pelajar dari Perak," katanya.

"Saya tak kenal pelajar universiti dari Perak. Saya ada beberapa kawan wanita dari Perak tapi mereka adalah rakan saya di kalangan penyanyi Akademi Fantasia.

"Salima Habibi dari Akademi Fantasia 4 ialah seorang daripada kawan saya ni," katanya.

Mawi, telah memutuskan pertunangannya dengan Nordiana Naim, dari Johor, pada bulan Julai yang lalu,

Mereka masih lagi berkawan, dan Mawi mendoakan kejayaan Nordiana dalam karier barunya sebagai hos rancangan televisyen.