Wednesday, August 19, 2009

Fauziah Latiff & Rashidi Ishak Play PM's Parents In New Musical

Malaysian Paula Abdul Fauziah Latiff and Malaysian Hugh Grant Rashidi Ishak starred as the parents of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in the National Theatre's and National Arts, Culture and Heritage Academy's new musical Tun Razak - The Musical from August 16 to 20, 2009.

Rashidi played Tun Abdul Razak Hussein, the revered father of Najib while Fauziah played his wife Tun Rahah Noah.

Razak was Malaysia's second Prime Minister from 1970 until his death from cancer at the age of 54 in 1976.

Razak was responsible for helping Malaysia's indigenous people gradually find their way into the modern economic sectors after a century of British colonial rule which confined them to the village economy.






BAHASA MALAYSIA VERSION
Fauziah Latiff & Rashidi Ishak Jadi Ibu Bapa PM Dalam Muzikal

Paula Abdul Malaysia Fauziah Latiff dan Hugh Grant Malaysia Rashidi Ishak membawakan watak ibu bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di dalam Muzikal Tun Razak terbitan Istana Budaya dan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dari Ogos 16 ke 20, 2009.

Rashidi membawa watak Tun Abdul Razak Hussein manakala Fauziah membawa watak isterinya Tun Rahah Noah.

Razak adalah Perdana Menteri Malaysia kedua yang amat disanjungi, dan beliau berkhidmat dari tahun 1970 sehingga permergiannya pada tahun 1976 akibat penyakit barah pada usia 54 tahun.

Razak amat berjasa membantu masyarakat bumiputera Malaysia menyertai bidang ekonomi moden setelah lebih seabad dihadkan kepada ekonomi desa oleh penjajah British.

Saturday, August 15, 2009

Jennifer Hudson Now A Mum

Congrats to Jennifer Hudson and her hubby David Otunga. Last Monday they had their very first child David Jr.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Jennifer Hudson Jadi Ibu

Tahniah buat Jennifer Hudson dan suami David Otunga. Isnin lalu mereka sah bergelar ibu bapa kepada David Jr, anak pertama mereka.

Posh Spice Is American Idol Judge

Victoria Beckham or Posh Spice replaces Paula Abdul as American Idol judge. Congrats.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Posh Spice Jadi Hakim American Idol

Victoria Beckham atau Posh Spice akan menggantikan Paula Abdul sebagai hakim American Idol. Tahniah.

Sunday, August 09, 2009

Yasmin Ahmad Wins Big In Malaysia Film Festival 2009

The late Mother of National Unity Yasmin Ahmad won Best Director for her film Talentime at the Malaysian Film Festival 2009 on August 8, 2009.

Talentime also won Special Jury Award, Best Supporting Actor (Syafie Naswip), Most Promising Actress (Jaclyn Victor) and Best Screenplay.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Yasmin Ahmad Menang Besar Di Pesta Filem Malaysia 2009

Allahyarham Yasmin Ahmad, Ibu Perpaduan Nasional, memenangi Pengarah Terbaik untuk filem terakhir beliau Talentime di Pesta Filem Malaysia 2009 pada Ogos 8, 2009.

Talentime turut memenangi Hadiah Khas Juri, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Syafie Naswip), Pelakon Wanita Harapan (Jaclyn Victor) dan Lakon Layar Terbaik.

Wednesday, August 05, 2009

Congrats Jac, So Long Paula

Jaclyn Victor, a first-time actress, has won Most Promising Actress in the Malaysian Film Festival 2009 for her role in the late Yasmin Ahmad's last film Talentime.

Congrats, Jac.

Meanwhile, Paula Abdul is not renewing her contract with American Idol next year.

So long and thanks, Paula.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah, Jac, Selamat Tinggal, Paula

Jaclyn Victor, yang baru bergelar pelakon, menjadi Pelakon Wanita Harapan di Pesta Filem Malaysia 2009 melalui lakonannya yang berkesan dalam filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu Talentime.

Tahniah, Jac.

Sementara itu, Paula Abdul tidak akan menyambung kontraknya dengan American Idol tahun depan.

Selamat tinggal dan terima kasih, Paula.