Thursday, October 27, 2005

The Incredibles - Fatimah, Aleya, Amani & Family, Says Miss Langkawi

Lovely Amylea Azizan of Akademi Fantasia 3 (AF3) hails Akademi Fantasia English language teacher and adviser Fatimah Abu Bakar and her family as Malaysia's "Incredibles".

Fatimah, her husband Syed Zainal Rashid Al-Yahaya, and their four daughters are a fine example of a loving, caring, open-minded and very, very Malaysian family, says the Alor-Setar-born beauty.

Amylea hails Fatimah as a mother figure who genuinely loves and cares for all AF students and her two eldest children Sharifah Aleya and Sharifah Amani as gifted actresses and television presenters.

Aleya was the host of Malaysian Idol's first season, while Amani recently appeared in award-winning film "Sepet".

"They'll always be an inspiration to me and I'm honoured to know them," she said.

Amylea has wished her favourite Malaysian singer Jaclyn Victor, and her Akademi Fantasia 2 (AF2) senior from Sungai Petani, Kedah, Farah Anuar, all the best in the Asian Music Festival in Shanghai.

(Sungai Petani is Amylea's mother's hometown)

Jaclyn and Farah are representing Malaysia in the contest. Vince Chong, the Akademi Fantasia 1 (AF1) winner, went there last year and finished third.

Linda Nanuwil of AF2, who is sometimes called the "kid sister" of both Jaclyn and Vince, was supposed to represent Malaysia alongside Jaclyn, but the organisers did not accept her entry, as her album had yet to be completed at the time of registration for the festival.

Linda's album will be out at the year's end.

Amylea also wished adorable Kuchingite Saiful Bakeri of Malaysian Idol 1 (MI1) all the best in his singing career, and describes him as a cute, handsome, wholesome and loveable young star.

She would love to meet him, as he is a hero to her close pal Amy Azlan, the sole AF3 finalist from Kuching.

Saiful is also a dear friend of Akademi Fantasia 2 (AF2) contestant from Kuching Nurullah (Nurul) Hamid, and she adores him as her own kid brother.

Farah, who is Nurul's closest pal in AF2, also adores him.

Amylea also sent her best wishes and Aidil Fitri greetings to cute Adam Alli Kawi, the Sarawakian of Malaysian Idol 2's (MI2) Top 11.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Fatimah, Aleya, Amani & Keluarga Memang Hebat - Amylea

Si jelita Amylea Azizan dari Akademi Fantasia 3 (AF3) menyanjung tinggi guru Bahasa Inggeris merangkap penasihat Akademi Fantasia, Fatimah Abu Bakar dan keluarganya sebagai "Incredibles" Malaysia.

Fatimah, suaminya Syed Zainal Rashid Al-Yahaya, dan empat anak perempuan mereka, adalah keluarga contoh, kerana mereka prihatin, jujur, penyayang, berminda terbuka, progresif dan amat, amat berjiwa Malaysia, kata Amylea yang lahir di Alor Setar.

Amylea berkata Fatimah semacam ibu angkat kepada semua pelajar Akademi Fantasia, dan dua anak sulungnya Sharifah Aleya dan Sharifah Amani adalah pelakon dan pengacara yang amat berbakat.

Aleya adalah hos Malaysian Idol 1 (MI1), dan Amani adalah hero filem "Sepet" yang memenangi hadiah di Pesta Filem Malaysia tahun ini.

"Mereka akan sentiasa menjadi inspirasi dan saya amat gembira berjumpa dan berkenalan dengan mereka," katanya.

Amylea kini menyokong perjuangan penyanyi kesukaannya Jaclyn Victor, dan seniornya dari Akademi Fantasia 2 (AF2) merangkap rakan senegerinya dari Sungai Petani, Kedah, Farah Anuar.

(Sungai Petani ialah kampung asal ibu Amylea)

Jaclyn dan Farah kini mewakili Malaysia dalam Pesta Muzik Asia di Shanghai.

Tahun lalu, pemenang Akademi Fantasia 1 (AF1) Vince Chong mewakili Malaysia dan berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Linda Nanuwil dari AF2, yang kadangkala digelar "adik comel" Jaclyn dan Vince, pada mulanya dipertimbangkan sebagai wakil AF dalam pertandingan itu.

Malangnya, dia tidak dapat dicalonkan sebab penganjur pertandingan mahukan artis yang sudahpun menghasilkan album semasa pendaftaran calon. Album Linda hanya akan muncul di akhir tahun ini.

Amylea turut mengirim salam Aidil Fitri dan salam maju jaya kepada finalis kacak dan comel Malaysian Idol 1 (MI1) dari Kuching, Saiful Bakeri.

Katanya, Saiful amat berbakat, kacak, comel dan berhati mulia, dan dia ingin berjumpa dengan pemuda yang sebaya dengannya itu.

Saiful amat disayangi oleh kawan baik Amylea dalam AF3 iaitu Amy Azlan yang juga berasal dari Kuching.

Saiful juga adalah semacam "adik comel" dan "hero comel" kepada rakan sekampungnya dari AF2 Nurullah (Nurul) Abdul Hamid.

Nurul amat menyayangi Saiful macam adiknya sendiri.

Farah, kawan rapat Nurul di AF2, juga amat menyayangi Saiful.

Amylea turut mengirim salam maju jaya dan salam Aidil Fitri kepada si comel Malaysian Idol 2 (MI2) Adam Alli Kawi, wakil tunggal Sarawak dalam Top 11 MI2.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home