Tuesday, May 16, 2006

Darling Saiful, Kak Nurul Always Wishes U The Best

Beautiful Nurullah Abdul Hamid of Kuching, Sarawak has nothing but love and praise for adorable Saiful Bakeri, her old friend who is now a Sony-BMG recording artiste with his own debut album.

Nurul, who is completing her business administration diploma course in Kuching's Tun Abdul Razak University, is confident that Saiful, who turns 20 on May 18, will become a successful entertainer.

Saiful's hit song 'Ku Juga Mencintai Mu' ('I Luv U 2') which is a cover version of Taiwanese singer Harlem Yu's theme from Taiwanese TV series 'Meteor Garden', is often played on Malaysian radio stations these days.

"Adik Saiful, I love U so much and always think of U. Work hard, never forget your loved ones, and always be moderate and true to yourself. Muah! Muah!

"I may not be in KL so often, but there's Kak Farah (Anuar) around. Hope U guys can team up as U always wished," she said in her birthday greeting to her 'cute kid brother'.

Farah Anuar is Nurul's best friend and hostel mate during their stint in Akademi Fantasia Season 2 (AF2).

Nurul also wished her fellow Akademi Fantasia singers/actresses Amy Azlan, Amylea Azizan, Atie Abu Bakar and Azza Suaymi well.

Amy and Amylea are from Akademi Fantasia Season 3 (AF3) while Atie and Azza are from Akademi Fantasia Season 1 (AF1).

She said that Saiful was in good company with them around.

Nurul said she was happy to perform alongside Saiful's pal from Malaysian Idol 2 (MI2), Adam Alli Kawi, during a concert to mark the Kaul Festival in Mukah, Sarawak recently.

The Kaul Festival is a traditional festival of the Melanau community, the third largest indigenous tribe in Sarawak after the Ibans and Bruneians (also called Sarawakian Malays or Kedayans).

Nurul, Saiful, Amy and Adam Alli Kawi are of Bruneian (Sarawakian Malay or Kedayan) ancestry. They hail from Kuching, Sarawak's state capital, even though Adam Alli Kawi was born in Sri Aman (a town formerly called Simanggang).

Farah and Amylea are from Sungai Petani, Kedah. Atie is from Bentong, Pahang. Azza is from Ampang, Selangor (near Kuala Lumpur).




BAHASA MALAYSIA VERSION

Adik Saiful Tersayang, Kak Nurul Sentiasa Doakan Kejayaanmu

Si jelita Nurullah Abdul Hamid dari Kuching, Sarawak amat menyayangi dan menyanjung tinggi si comel dan kacak Saiful Bakeri, kawan lamanya yang kini seorang artis rakaman Sony-BMG dengan album sulungnya.

Nurul, yang kini sedang menghabiskan kursus diploma bisnes di Universiti Tun Abdul Razak, Kuching, yakin bahawa Saiful, yang genap berumur 20 tahun pada 18 Mei, akan menjadi penghibur yang berjaya.

Lagu hit Saiful 'Ku Juga Mencintai Mu' iaitu versi 'cover' lagu tema siri TV Taiwan 'Meteor Garden' yang dinyanyikan oleh penyanyi Taiwan Harlem Yu, kerap dimainkan oleh stesen radio di Malaysia sekarang.

"Adik Saiful, kak amat sayangi mu dan ingati mu. Berusahalah dengan rajin, sentiasa timba ilmu, ingat orang tersayang, amalkan kesederhanaan dan sentiasa jujur terhadap diri sendiri. Muah! Muah!

"Mungkin kak jarang di KL sekarang, tapi Kak Farah (Anuar) ada kat KL. Harap adik dan Farah dapat berganding suara seperti yang adik berdua impikan," katanya dalam mesej selamat hari jadinya kepada Saiful yang merupakan 'adik comelnya'.

Farah Anuar adalah kawan karib Nurul dan rakan hostelnya di Akademi Fantasia 2 (AF2).

Nurul turut mengirim salam kepada rakannya di Akademi Fantasia 1 (AF1) Atie Abu Bakar dan Azza Suaymi, dan rakannya di Akademi Fantasia 3 (AF3) Amy Azlan dan Amylea Azizan.

Katanya, Saiful amat bertuah menceburkan diri dalam dunia seni bersama mereka.

Nurul berkata dia gembira menyanyi bersama rakan Saiful dari Malaysian Idol 2 (MI2), Adam Alli Kawi, semasa konsert Pesta Kaul di Mukah, Sarawak, baru-baru ini.

Pesta Kaul adalah perayaan tradisi kaum Melanau iaitu kaum bumiputera ketiga terbesar di Sarawak selepas kaum Iban dan Brunei (Melayu Sarawak atau Kedayan).

Nurul, Saiful, Amy dan Adam Alli Kawi berketurunan Brunei (Melayu Sarawak atau Kedayan). Mereka berasal dari Kuching, ibu negeri Sarawak, walaupun Adam Alli Kawi lahir di Sri Aman (dahulu dipanggil Simanggang).

Farah dan Amylea berasal dari Sungai Petani, Kedah. Atie berasal dari Bentong, Pahang. Azza berasal dari Ampang, Selangor (dekat Kuala Lumpur).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home