Monday, June 05, 2006

'Sandakan Sweetie' Nora Salutes 'Sugar Bunny' Adam & 'J La' Ekin

Sandakan sweetie Nora (Nordawati) Daud would love to collaborate with her fellow Sabahan Akademi Fantasia (AF) seniors Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman and Norashikin (Ekin) Abdul Rahman.

The beauty of Idahan (Kadazan-Dusun tribe of eastern Sabah) and Bajau ancestry, who performed with Sabahan band The Atomic Power for the last three years and also appeared in a Sabahan telemovie 'Bukan Orang Kita' ('Not Our Guy') early this year, is delighted to be part of the AF family, despite finishing last (12th) in Akademi Fantasia 4 (AF4).

"Whoever finishes first or last is the viewers' choice. I am happy to be part of AF, a wonderful programme which unites young Malaysians from around the country," she said.

"We were all one happy Malaysian family. I will always cherish my week as a student of AF."

Nora can play the piano, guitar and drums. She can also sing in Filipino.

She has performed with her band in both her hometown Sandakan (Sabah's second largest town in the east of the state) and the state capital Kota Kinabalu (in the west coast).

Nora describes Adam as a sweet, handsome and very entertaining dude.

She finds in Ekin a sweet, adorable and affectionate beauty, and a vocal powerhouse.

Adam, nicknamed the Sugar Bun Rabbit by some fans, is the second runner-up of Akademi Fantasia 2 (AF2) and has just had his album out in the market.

He has also acted in romantic comedies 'Cinta Fotokopi' ('Photocopy Romance') and 'Main-Main Cinta' ('Puppy Love').

Adam is of Kadazan-Dusun, Chinese, Bajau and Bruneian (Kedayan) ancestry from Kota Kinabalu.

Bruneian (Kedayan) beauty Ekin, nicknamed J La (J Lo of Labuan) by some fans, finished eighth in Akademi Fantasia 3 (AF3).

She is from the Federal Territory of Labuan, an island which was formerly part of Sabah.
Labuan became a Federal Territory of Malaysia on February 1, 1984.

Nora would also love to work with budding Sabahan singers Nikki Palikat, Rydee Rahim and Azam Yakob of Malaysian Idol (MI), Azharina Azhar, Balkish Khan, Pija Yasin, Naufara Yasin and Yanie Julkarim.




BAHASA MALAYSIA VERSION
'Si Comel Sandakan' Nora Hormati 'Arnab Sugar Bun' Adam & 'J La' Ekin

Si comel dari Sandakan, Sabah Nora (Nordawati) Daud ingin menyanyi dan berlakon bersama rakan senior senegeri dengannya di Akademi Fantasia (AF) iaitu Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman dan Norashikin (Ekin) Abdul Rahman.

Sebelum menjadi peserta Akademi Fantasia 4 (AF4), jelitawan berketurunan Idahan (suku kaum Kadazan-Dusun dari pantai timur Sabah) dan Bajau itu adalah penyanyi kumpulan kelahiran Sabah The Atomic Power yang disertainya tiga tahun dahulu serta pelakon telemovie Sabah 'Bukan Orang Kita' yang diterbitkan awal tahun ini.

Walaupun mendapat tempat terakhir (ke-12) dalam Top 12 di AF4, Nora amat gembira menjadi sebahagian daripada keluarga AF yang berbilang kaum.

Nora berkata: "Siapa dapat tempat paling atas atau paling bawah itu semua kehendak penonton. Saya amat berbangga menyertai AF, sebuah rancangan yang menyatupadukan anak Malaysia dari seluruh negara."

"Kami semua macam sebuah keluarga Bangsa Malaysia. Saya akan sentiasa mengingati pengalaman yang berharga di AF."

Nora pandai bermain piano, gitar dan gendang. Dia juga boleh menyanyi dalam bahasa Filipina (Tagalog).

Nora pernah menyanyi bersama bandnya di kampung asalnya Sandakan serta ibu negeri Sabah Kota Kinabalu.

Nora menyifatkan Adam seorang jejaka yang comel, kacak, baik hati dan amat pandai menghiburkan peminatnya.

Dia menyifatkan Ekin seorang jelitawan yang manis, comel dan bersuara hebat.

Adam, yang kekadang digelar Arnab Sugar Bun oleh peminat, adalah pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2 (AF2).

Album sulung Adam dilancarkan tahun lalu dan dia juga berlakon dalam filem komedi romantik 'Cinta Fotokopi' dan 'Main-Main Cinta'.

Adam berketurunan Kadazan-Dusun, China, Bajau dan Brunei (Kedayan) dan berasal dari Kota Kinabalu.

Jelitawan berketurunan Brunei (Kedayan) Ekin, yang kekadang digelar J La (J Lo dari Labuan) oleh peminat, mendapat tempat ke-8 dalam Akademi Fantasia 3 (AF3).

Ekin berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan, sebuah pulau yang dahulunya di dalam negeri Sabah tetapi diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari, 1984.

Nora juga ingin menyanyi bersama bintang muda dari Sabah seperti Nikki Palikat, Rydee Rahim dan Azam Yakob dari Malaysian Idol (MI), Azharina Azhar, Balkish Khan, Pija Yasin, Naufara Yasin dan Yanie Julkarim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home