Friday, January 26, 2007

Nikki, U R The Greatest - Ekin

Lovely Ekin Rahman of Akademi Fantasia 3 is proud of Malaysian Idol 1 sixth-placed Nikki Palikat of Tambunan, Sabah.

Ekin of Labuan, an island in Sabah which is now a Federal Territory, says Nikki is a beauty with brains and is blessed with a beautiful voice.

She is especially fond of Nikki's unique "whistle".

"Dear Nikki, I'm so happy that you've found your place in Malaysian music and are frequently topping the pop music charts.

"May your winning streak continue, and may God be with you always."

She hopes Nikki will win more music awards.

Nikki won the Planet Music Award in Singapore for Best Newcomer and the Era.FM Radio Award for Best Duet last year.

Nikki has a hit song "Caramu" ("Your Way"), a duet with "Orange Teddy Bear" Zahid Baharuddin, the Akademi Fantasia 2 champion, who is close to her dear friend, "Sugar Bun Rabbit" Adam Mat Saman.

Ekin is also happy that lovely Nora Daud of Akademi Fantasia 4 is her neighbour in Kuala Lumpur.

She and Nora share a common love for Indonesian diva Kris Dayanti, a dear friend of Malaysian pop queen Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, who is also Ekin's idol.

"Nora is a beauty, in and out. She's a gifted singer and actress, and if she works hard, she can be a star.

"I greatly admire her determination to learn and improve herself.

"It's also good if she becomes fluent in Chinese, a language she would love to speak."

Ekin is looking forward to watching Akademi Fantasia 2's Adam Mat Saman - her "big brother", Malaysian pop star Ning Baizura - Nikki's mentor, and Indonesian beauty Jessica Iskandar - Adam's dear friend from romantic movie "Dealova", in the film "Diva", which will be out in March.

The film also stars her dear friend, singer and actress Balkish Khan of Lahad Datu, Sabah.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Nikki Memang Terhebat - Ekin

Si comel jelita Ekin Rahman dari Akademi Fantasia 3 bangga dengan kejayaan penyanyi tempat keenam Malaysian Idol 1 Nikki Palikat dari Tambunan, Sabah.

Ekin dari Wilayah Persekutuan Labuan berkata Nikki adalah jelitawan yang cerdik pandai serta memiliki suara emas.

Dia amat menyukai “siulan” Nikki tatkala menyanyi lagu R&B.

"Adik Nikki yang dikasihi, kak amat gembira adik kini meletup dalam industri muzik tanah air dan lagu adik kerap di atas dalam carta muzik tempatan.

"Semoga Tuhan sentiasa berkati adik dan semoga karier adik akan terus maju."

Ekin yakin Nikki akan berjaya merangkul lebih banyak anugerah muzik.

Nikki memenangi kategori Penyanyi Baru Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik di Singapura dan Duet Terbaik dalam Anugerah Era.FM tahun lalu.

Nikki menyanyi lagu "Caramu", duet bersama "Beruang Comel Oren" Zahid Baharuddin, juara Akademi Fantasia 2, yang rapat dengan kawan baiknya, "Arnab Sugar Bun" Adam Mat Saman.

Ekin juga gembira menjadi jiran Nora Daud, jelitawan Akademi Fantasia 4, di Kuala Lumpur.

Ekin dan Nora adalah peminat setia diva Indonesia Kris Dayanti, kawan karib ratu pop Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, iaitu idola Ekin.

"Nora jelita di luar dan dalam. Dia amat berbakat sebagai penyanyi dan aktres, dan mampu menjadi artis besar tanah air, asalkan dia gigih dan rajin mencapai cita-citanya.

"Saya amat kagum dengan semangat kentalnya. Dia sentiasa mahu perbaiki kelemahan dirinya.

"Saya juga yakin dia akan berjaya bertutur dengan fasih dalam bahasa Cina satu hari nanti."

Ekin kini menunggu filem baru “Diva” yang dibintangi oleh kawan karib dan “abang angkatnya” dari Akademi Fantasia 2 Adam Mat Saman, penyanyi pop Ning Baizura - mentor Nikki, dan aktres jelita Indonesia Jessica Iskandar - kawan baik Adam dari filem romantik "Dealova".

"Diva" akan ditayangkan pada bulan Mac 2007.

Filem itu turut dibintangi oleh kawan baik Ekin, aktres dan penyanyi Balkish Khan dari Lahad Datu, Sabah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home