Monday, March 26, 2007

Ogy - Malaysia’s Jodie Foster & Female Simon Cowell

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Saadiah & Ogy

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Saadiah & Ahmad Daud (www.p-ramlee.com)

Pix from NSTP & Wikipedia. (Gambar dari NSTP & Wikipedia)

Acerbic Akademi Fantasia 5 judge Hajjah Fauziah Ahmad Daud or Ogy in short is one of Malaysia’s greatest actresses.

Rising to fame in the 1980s in coming-of-age films such as Azura and Ali Setan (Naughty Ali) 1 & 2, she is also a brilliant singer, TV host and TV producer.

Born in Singapore on October 11, 1962, her late father was Malaysian Frank Sinatra Datuk Ahmad Daud Hashim, who was a close friend of Malaysia’s greatest film star and King Of Entertainment the late Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh or P. Ramlee.

Her late mother was Malaysian Elizabeth Taylor Datin Saadiah Baharom, a favourite leading lady of P. Ramlee. Saadiah, who was born in Singapore but hailed from Kelantan, was also the first Malaysian woman director.

Through her father, Ogy is descended from the sultans of Kedah, Malaysia’s north-western kingdom which is one of the oldest kingdoms in the world. Her father’s family (and P. Ramlee’s) hails from Georgetown in Penang and Alor Star in Kedah.

Ogy first acted in the 1973 film Hati Batu (Heart Of Stone) directed by the late M. Amin. She subsequently starred in more than 12 films, throughout the 1980s and 1990s.

Ogy also appeared in TV series over the same period, some of which she produced and directed.

As a singer she came up with four albums. Her most notable hit songs are Wajah Rahsia Hati (Heart Throb), the theme from Ali Setan, and Sandarkan Pada Kenangan (Remember The Times), the theme from Azura.

Ogy won Best Actress in the Malaysian Film Festivals of 1980, 1986 and 1987.

She married Malaysian Robert De Niro Eman Manan, from Kuala Terengganu in Terengganu, in 1989, but they were divorced 15 years later.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Ogy - Jodie Foster Malaysia & Simon Cowell Wanita

Hakim mulut laser Akademi Fantasia 5 Hajjah Fauziah Ahmad Daud atau Ogy adalah antara aktres teragung Malaysia.

Beliau mencipta nama di zaman 1980an sebagai pelakon utama dalam filem muda-mudi seperti Azura dan Ali Setan 1 & 2.

Ogy juga penyanyi, hos TV dan produser TV yang dihormati.

Dilahirkan di Singapura pada Oktober 11, 1962, Ogy ialah anak kepada Frank Sinatra Malaysia Allahyarham Datuk Ahmad Daud Hashim, kawan karib Bapa Hiburan Malaysia dan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh atau P. Ramlee.

Ibunya ialah Elizabeth Taylor Malaysia Allahyarham Datin Saadiah Baharom, seorang aktres yang kerap digandingkan dengan P. Ramlee.

Saadiah, yang dilahirkan di Singapura tetapi berasal dari Kelantan, adalah direktor wanita Malaysia yang pertama.

Bapa Ogy berketurunan sultan-sultan Kedah, iaitu pemerintah sebuah negeri beraja yang tertua di dunia.

Keluarga bapanya (yang juga keluarga P. Ramlee) berasal dari Georgetown di Pulau Pinang dan Alor Star di Kedah.

Ogy mula berlakon pada tahun 1973 dalam filem Hati Batu arahan Allahyarham M. Amin. Dia berlakon dalam lebih 12 filem, kebanyakannya di zaman 1980an dan 1990an.

Ogy juga muncul dalam siri TV di zaman itu, dan beliau turut menjadi direktor dan produsernya.

Sebagai artis, beliau menghasilkan 4 album. Lagunya yang paling terkenal ialah Wajah Rahsia Hati, tema filem Ali Setan, dan Sandarkan Pada Kenangan, tema filem Azura.

Ogy memenangi anugerah Aktres Terbaik dalam Pesta Filem Malaysia 1980, 1986 dan 1987.

Beliau berkahwin dengan Robert De Niro Malaysia Eman Manan dari Kuala Terengganu di Terengganu pada tahun 1989, tetapi mereka bercerai selepas 15 tahun.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home