Wednesday, January 30, 2008

Rosli Khamis Was A Genius - Intan Sarafina

Lovely Intan Sarafina Yahaya is saddened by the death of Malaysia’s top songwriter Rosli Khamis alias Loloq.

Rosli, 50, died today of a stroke. He played a key role, alongside Akademi Fantasia 3 (AF3) principal, singer, composer and songwriter M. Nasir in the success of pop phenomenon Mawi Ani, the AF3 winner.

Rosli created Mawi’s hit songs Aduh Saliha (Oh Saliha) and Angan Dan Sedar (Dreamy And Awake).

He also wrote the script for Mawi’s coming film Aduh Saliha.

Rosli was also a brilliant comedian and actor.

“Abang (elder brother) Loloq was a great man with the gift of making great songs. I’m shocked and saddened that he is gone and convey my deep felt condolences to his loved ones,” she said.

AF1 principal Freddie Fernandez, AF2 and AF6 principal Ramli MS, AF4 principal Ramli Sarip and Nasir described Rosli’s death as a major loss to the Malaysian music industry.

Nasir and Fernandez described Rosli as a simple, humble and friendly man who was passionate about music and entertainment and gifted in creating great lyrics.

Khairul Nizam (Khai) Wahi said Rosli would always be a hero to up-and-coming singers like himself. He said Rosli was one of the great men who inspired him, together with Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip and Nasir, to create his own songs.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Rosli Khamis Seorang Genius - Intan Sarafina

Jelitawan Intan Sarafina Yahya amat bersedih atas pemergian penulis lagu nombor satu Malaysia Rosli Khamis atau Loloq.

Rosli, 50, meninggal dunia hari ini akibat strok. Beliau serta pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3), penyanyi, penulis lagu dan komposer tersohor M. Nasir amat berjasa membimbing juara AF3 Mawi Ani dalam kariernya.

Rosli adalah penulis lirik lagu hit Mawi iaitu Aduh Saliha dan Angan Dan Sedar serta penulis skrip filem Aduh Saliha yang dibintangi oleh Mawi.

Beliau juga seorang aktor drama dan komedi yang dihormati.

“Abang Loloq seorang insan yang mulia dan berbakat besar dalam menghasilkan lagu yang berkualiti. Saya amat sedih dan terharu atas pemergian Allahyarham dan mengirim salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya.

Pengetua AF1 Freddie Fernandez, pengetua AF2 dan AF6 Ramli MS, pengetua AF4 Ramli Sarip dan Nasir menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada industri seni tanah air.

Nasir dan Fernandez berkata Rosli seorang insan yang peramah, merendah diri, sentiasa mesra dan amat mencintai dunia seni serta berdedikasi dalam menghasilkan lirik lagu yang bermutu tinggi.

Khairul Nizam (Khai) Wahi berkata Rosli akan sentiasa dihormati sebagai hero kepada anak-anak seni yang baru sepertinya. Katanya, Rosli adalah salah seorang daripada ikon seni yang menjadi ilhamnya selain Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip dan Nasir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home