Tuesday, January 15, 2008

Sorry For Being Topless Superman - Faizal Tahir

Handsome rock singer, songwriter, composer and TV host Faizal Tahir says sorry for taking off his Superman T-shirt while performing live on stage at the 4th birthday party concert of TV station 8TV, the producer of One In A Million (OIAM) on January 13, 2008.

Smallville fan Faizal took off his T-shirt to reveal a Superman logo painted on his chest. Smallville actor Tom Welling, whom he admires, once performed the same gimmick.

The incident happened in Petaling Jaya outside the 8TV station.

"I am truly sorry for offending Malaysians. I have done this gimmick before and nobody complained about it. It was all for fun.

"In future, I will bear in mind that not everyone in Malaysia is open-minded enough to accept mildly "wild" antics associated with rock performances," he said.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Faizal Tahir Minta Maaf Atas Aksi Tanpa Baju

Penyanyi rock, komposer, penulis lagu dan hos TV kacak Faizal Tahir meminta maaf atas aksinya membuka baju-T semasa konsert ulangtahun ke-4 stesen TV popular 8TV yang juga produser One In A Million (OIAM) baru-baru ini.

Faizal, peminat setia Smallville dan pelakonnya Tom Welling, telah membuka baju Supermannya dan mempamerkan logo cat merah Superman di atas dadanya semasa membuat persembahan di luar pejabat 8TV di Petaling Jaya pada Januari 13, 2008.

Persembahan itu disiarkan langsung di saluran 8TV.

Aksi ini juga pernah dilakukan oleh Welling.

"Saya meminta maaf kerana menyinggung perasaan sesetengah penonton. Saya pernah lakukan gimik ini dan tidak ada seorangpun yang tersinggung masa itu.

"Saya tidak berniat mencari publisiti dan hanya melakukan aksi gila-gila untuk menghiburkan penonton, sama seperti penyanyi rock lain.

"Kejadian ini telah menyedarkan diri saya bahawa bukan semua orang Malaysia dapat menerima aksi gila-gila konsert rock yang tidak keterlaluan," katanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home