Monday, March 31, 2008

Ika Rahim Vows To Prove Critics Wrong

Lovely Ika Rahim admits that she is not a good singer, but she is prepared to improve her vocal talent gradually.

Mila Jirin’s fellow George Town native is not bothered with the “morons” who call her names and insult her, and vows to prove them wrong.

“While I did not perform well as a student in Akademi Fantasia 6, it is not the end of my journey into entertainment. I will continue taking lessons from (AF6 principal) Ramli MS and his team of vocal and performance coaches, and I will also try to excel in hosting, DJing and acting,” she said.

While Ika adores Mila and her close pal Dafi Ismail (whom she would love to kiss!), she also has great respect for Astro TV’s radio station Era FM’s DJ Nana Mahazan.

Nana was cursed and lampooned by nasty Akademi Fantasia 1 (AF1) followers back in 2003 because she was a weak performer, but she proved critics wrong by working hard to become a successful DJ with Era FM.

“Nana met me recently, and she was very encouraging. She told me that I ought to prove my critics wrong, just as she did,” she said.

Ika spent several months last year undergoing National Service training.

The semi-military National Service scheme makes students undergo military training and a spartan lifestyle, and exposes them to community service.

Ika also admires Kaer Azami, who is currently studying graphic design in Indonesia. She admits being “so in love” with his hit song Izin Ku Pergi (Let Me Go).

Kaer initially studied architecture at a local university, but later switched courses to pursue a graphic design degree. He initially chose to study Down Under, but later decided to enter an Indonesian university.

Kaer is expected to return to Kuala Lumpur at the end of the year.

Ika congratulates Dafi and Mila for winning the Most Popular Newcomer (Male and Female) awards at the recent Berita Harian Popular Stars Awards 2007 held in Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Berita Harian is a newspaper published by The New Straits Times.

Vince Chong and Jaclyn Victor won the Most Popular Newcomer (Male and Female) awards at the 2004 awards.

Ika also congratulates Kaer for winning Best Ballad (Izin Ku Pergi) at the Anugerah Juara Lagu (TV3 Charts Awards) early this year.

The TV3 Charts Awards is produced by Malaysia’s oldest private TV station, TV3, a sister company of the New Straits Times.

She also wishes Akademi Fantasia’s Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Aidil Zamri, Faizal Ramly, Diddy Muhid, Farhan Azizan, Zila Seeron, Zana Hanizan, Heliza Helmi, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Aizat Amdan, Aswad Jaafar, Shawal Ruslan and Shafiq Ramadzan, Malaysian Idol’s Awal Ashaari, Sufiah Noor, Farah Asyikin Zulkifli, Xerra Zaimi, Nita Hamzah and Ashvin Nair, and One In A Million’s Faizal Tahir, Iz Sulaini, Shila Amir, Tiara Hassan and Rina Azahar all the best in their singing and acting careers.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ika Rahim Mahu Buktikan Dirinya Sebagai Artis

Si comel jelita Ika Rahim mengaku bukan penyanyi yang baik, tetapi dia berazam untuk memperbaiki kelemahan nyanyiannya secara beransur-ansur.

Rakan sekampung Mila Jirin dari George Town ini tidak kisah dengan cacian peminat kurang ajar yang memanggilnya “bimbo dan binatang”.

Malah, dia berazam untuk membuktikan dirinya sebagai artis yang kredibel.

“Saya mengaku tidak membuat persembahan yang baik di Akademi Fantasia 6. Tetapi ini tidak akan menghalang perjalanan saya dalam dunia seni.

“Saya akan tetap belajar memperbaiki mutu nyanyian dengan bimbingan (pengetua AF6) Ramli MS serta guru-guru AF yang lain. Saya juga akan menceburkan diri dalam bidang hos TV, DJ dan lakonan,” katanya.

Walaupun Ika amat meminati Mila dan rakan karibnya Dafi Ismail (Ika mahu muah Dafi!), dia juga amat menyayangi DJ Era FM, Nana Mahazan.

Nana pernah dicaci-maki oleh peminat kurang ajar Akademi Fantasia 1 (AF1) di tahun 2003 kerana nyanyiannya yang tidak baik, tetapi kini Nana amat dihormati sebagai DJ popular Era FM.

“Saya baru berjumpa dengan Kak Nana, dan beliau amat menyokong dan bersimpati dengan saya. Katanya, saya kena buktikan keseriusan dalam bidang seni, dengan mengambil iktibar dari pengalamannya,” katanya.

Ika telah menjalani Program Latihan Khidmat Negara selama beberapa bulan tahun lalu.

Program separa militer itu membuatkan pelajar sekolah menengah menjalani latihan berbentuk militer dan kehidupan markas tentera serta melatih mereka dalam bidang khidmat masyarakat.

Ika turut menghormati Kaer Azami, yang kini belajar bidang reka cipta grafik di Indonesia. Ika amat menyukai lagu hit Kaer berjudul Izin Ku Pergi.

Kaer pada mulanya belajar bidang arkitek di universiti tempatan, tetapi kemudian bertukar ke bidang reka cipta grafik. Dia mengambil keputusan belajar di Indonesia walaupun pada mulanya merancang belajar di Australia.

Kaer dijangka kembali ke Kuala Lumpur di hujung tahun ini.

Ika mengucapkan tahniah kepada Dafi dan Mila yang baru memenangi anugerah Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 yang diadakan di Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Berita Harian ialah surat khabar terbitan The New Straits Times.

Vince Chong dan Jaclyn Victor memenangi Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004.

Ika turut mengirim salam tahniah buat Kaer yang memenangi Lagu Balada Terbaik (Izin Ku Pergi) di Anugerah Juara Lagu TV3 awal tahun ini.

TV3 ialah stesen TV swasta Malaysia yang tertua dan juga syarikat yang bersaudara dengan The New Straits Times.

Ika turut mengirim salam maju jaya kepada bintang Akademi Fantasia Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Aidil Zamri, Faizal Ramly, Diddy Muhid, Farhan Azizan, Zila Seeron, Zana Hanizan, Heliza Helmi, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Aizat Amdan, Aswad Jaafar, Shawal Ruslan dan Shafiq Ramadzan, bintang Malaysian Idol Awal Ashaari, Sufiah Noor, Farah Asyikin Zulkifli, Xerra Zaimi, Nita Hamzah dan Ashvin Nair, dan bintang One In A Million Faizal Tahir, Iz Sulaini, Shila Amir, Tiara Hassan dan Rina Azahar dalam karier nyanyian dan lakonan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home