Monday, April 14, 2008

Khai To Toi - You’ve Done Us Proud, All The Best

Khairul Nizam Wahi is happy that Khairul Nizam (Toi) Baharom has made it to the Top 10 of Akademi Fantasia 6 (AF6). Both of them are from Johor Baru.

Khai regards Toi as an extremely talented person. Toi is a world class angklung (Malaysian percussion instrument made from bamboo) player who did the country proud in the International Performing Arts Festival 2005 in the US.

Toi was part of the winning Malaysian contingent which also included singer Dina Nadzir, another native of Johor Baru.

Khai is also happy that Siti Norsaida Tarudin and Rina Halim are in AF6. He considers Toi, Saida and Rina as the “uncle and aunts” of the AF singers who are junior to them.

“AF unites Malaysians regardless of age and status in society,” he says.

Khai says age is no barrier for Toi, Saida and Rina to win AF6.

“Malaysians are now good at picking winners. Whoever has talent, a good package and the X-factor can win AF,” he says.

Khai congratulates Dina Nadzir for recently winning Best Performance in the Radio Television Malaysia (RTM) Music Awards or Hitz 1.

He prays for the success and well-being of Daniel Lee, Asmawi (Mawi) Ani, Zahid Baharuddin, Elliza Razak, Intan Sarafina Yahya, Siti Sarah Raisuddin, Alif Satar, Zaihanee Zainal Abidin, Azfar Ishak, Shahmeen Halim Shah, Lokman Mutalip, Malisa Janudin, Kefli Idir, Fuad Azri, Haziq Rosebi, Fatin Yahya, Salima Habibi, Rosma Sidik (his fiancee) and Bob Usop in their respective acting and singing careers.

Meanwhile, Badrul Baharom, Toi’s elder brother, prays for the well-being of Khai and his fiancee Rosma and wishes them success and happiness in their careers and family life.

Toi is the proud father of two sons namely Billy, 4, and Ryan, 1.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Saudara Mengharumkan Nama Negara. Syabas - Khai Kepada Toi.

Khairul Nizam Wahi berasa gembira melihat Khairul Nizam (Toi) Baharom melayakkan diri ke Top 10 Akademi Fantasia 6 (AF6). Mereka berdua adalah anak jati Johor Baru.

Khai menyifatkan Toi sebagai seorang insan seni yang amat berbakat. Toi adalah pemain angklung bertaraf dunia yang telah mengharumkan nama Malaysia di Pertandingan Seni Persembahan Antarabangsa 2005 yang berlangsung di Amerika Syarikat.

Toi adalah ahli kontijen Malaysia dalam pertandingan yang turut disertai oleh Dina Nadzir, rakan sekampung Khai dan Toi dari Johor Baru. Kontijen Malaysia telah memenangi pertandingan itu.

Khai turut berasa bangga dengan kehadiran Siti Norsaida Tarudin dan Rina Halim dalam AF6. Dia menyifatkan Toi, Saida dan Rina sebagai “ibu bapa saudara” kepada semua penyanyi AF yang junior daripada mereka.

“AF amat berjasa menyatupadukan orang Malaysia dari segenap umur dan lapisan masyarakat,” katanya.

Khai berkata umur tidak akan menghalang Toi, Saida ataupun Rina daripada memenangi AF6.

“Rakyat Malaysia kini sudah pandai memilih calon juara. Sesiapa yang memiliki bakat, pakej dan X-factor mampu merangkul gelaran juara AF,” katanya.

Khai mengirim salam tahniah kepada Dina Nadzir yang memenangi anugerah Persembahan Terbaik dalam Anugerah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) Hitz 1 baru-baru ini.

Dia turut mendoakan kejayaan Daniel Lee, Asmawi (Mawi) Ani, Zahid Baharuddin, Elliza Razak, Intan Sarafina Yahya, Siti Sarah Raisuddin, Alif Satar, Zaihanee Zainal Abidin, Azfar Ishak, Shahmeen Halim Shah, Lokman Mutalip, Malisa Janudin, Kefli Idir, Fuad Azri, Haziq Rosebi, Fatin Yahya, Salima Habibi, Rosma Sidik (bakal isterinya) dan Bob Usop dalam karier nyanyian dan lakonan masing-masing.

Sementara itu, Badrul Baharom, abang Toi, mendoakan kejayaan Khai dan tunangnya Rosma dalam karier nyanyian dan lakonan masing-masing. Badrol mengirim salam tahniah kepada bakal suami isteri itu.

Toi sendiri adalah bapa kepada dua orang anak iaitu Billy, 4, dan Ryan, 1.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home