Tuesday, August 26, 2008

Nora & Ayu Congratulate Record-Breaking Sabahan Teacher

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
(Clockwise from bottom left) Jojoe, Zydee, Mimie, Damien Seet, Adam’s and Ayu’s pal from pop group VE and Kozae at the Gang Starz finals in Melawati Stadium, Shah Alam on August 24. Damien was an advisor to the contestants.
[(Ikut arah jam dari kiri bawah) Jojoe, Zydee, Mimie, Damien Seet, kawan Adam dan Ayu dari kumpulan pop VE dan Kozae di konsert akhir Gang Starz di Stadium Melawati, Shah Alam pada Ogos 24. Damien ialah penasihat kepada semua kumpulan yang bertanding]

Lovely Ayu Damit and Nora Daud are happy that Sabahan schoolteacher Harthono Isnanthomo, 43, has been creating annual Malaysian Book of Records entries with his record-breaking feats.

They hail him as a Sabahan superman who puts the state on the map with healthy and inspiring activities.

The schoolteacher is from Nora’s hometown Sandakan and is also of Kadazandusun and Bajau ancestry.

He has just completed standing on the top of the Kuala Lumpur Tower for 30 hours.

In 2004, he carved a Malaysian flag on a rock hill overlooking the Bajau water village of Buli Sim Sim, the original centre of Sandakan town and the home of his and Nora’s ancestors.

The flag measured 11 X 6 metres.

He also walked the escalator in Kota Kinabalu’s Centre Point shopping centre for 17 hours in 2005 and skated for 18 hours in Kota Kinabalu’s Karamunsing Complex last year.

Nora, Ayu, Faizal Tahir and Shila Amir Amzah also congratulate One Nation Emcees for winning TV3 Asean talent search Gang Starz’s second season on August 24.

Faizal is the host of Gang Starz.

One Nation Emcees members Fareezan Murtaza (Kozae), 25, Norzaidi Edris (Zydee), 26, and Hasan Baias (Jojoe), 32, hail from Ayu’s hometown Kota Kinabalu [Penampang was once in Kota Kinabalu].

One Nation Emcees lead singer Shamimi Norhisham (Mimie), 21, hails from Alor Star in Kedah, the hometown of Faizal’s and Shila’s old pal Farhan Azizan.

Zydee is a cousin of Ayu’s and Nora’s pals and idols Adam Mat Saman, Rydiana Rahim, Noni Zainuddin and Farish Aziz.

Shila will be performing at the annual Samrah Festival, a festival of Arab and Malaysian artistes in Bukit Bintang Walk, Kuala Lumpur on August 29.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Nora & Ayu Ucap Tahniah Buat Guru Pemecah Rekod Sabah

Si comel jelita Ayu Damit dan Nora Daud gembira melihat guru dari Sabah Harthono Isnanthomo, 43, memecahkan rekod Malaysia Book of Records hampir setiap tahun.

Mereka menyifatkan beliau sebagai Superman Sabah yang mengharumkan nama negerinya dengan aktiviti yang sihat, berfaedah dan penuh inspirasi.

Guru sekolah itu berasal dari kampung Nora iaitu Sandakan dan juga berketurunan Kadazandusun dan Bajau sepertinya.

Beliau baru sahaja mencipta rekod berdiri 30 jam di atas Menara Kuala Lumpur.

Pada tahun 2004, beliau mengukir bendera Malaysia di atas sebuah bukit batu yang menghadap kampung air Bajau Buli Sim Sim, kampung asal Sandakan yang juga titik permulaan semua keluarga Bajau di bandar itu.

Bendera itu berukuran 11 X 6 meter.

Beliau juga menaiki eskalator di pusat beli-belah Kota Kinabalu Centre Point selama 17 jam pada tahun 2005 dan berkaki roda selama 18 jam di Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu tahun lalu.

Nora, Ayu, Faizal Tahir dan Shila Amir Amzah turut mengirim tahniah buat One Nation Emcees juara pertandingan bakat nyanyian Asean terbitan TV3 Gang Starz Musim Kedua pada Ogos 24.

Faizal ialah hos Gang Starz.

Ahli One Nation Emcees Fareezan Murtaza (Kozae), 25, Norzaidi Edris (Zydee), 26, dan Hasan Baias (Jojoe), 32, berasal dari kampung Ayu Kota Kinabalu [Penampang dahulunya sebahagian Kota Kinabalu].

Penyanyi utama One Nation Emcees Shamimi Norhisham (Mimie), 21, berasal dari Alor Star di Kedah, kampung asal kawan Faizal dan Shila iaitu Farhan Azizan.

Zydee ialah saudara bau bacang kawan serta idola Ayu dan Nora iaitu Adam Mat Saman, Rydiana Rahim, Noni Zainuddin dan Farish Aziz.

Shila akan menyanyi di Pesta Samrah, acara tahunan yang menggabungkan artis Malaysia dan Arab di Bukit Bintang Walk, Kuala Lumpur pada Ogos 29.