Friday, March 20, 2009

Adlin Aman Ramlie To Marry Fiancee Emelda Soon

Adlin Aman Ramlie, Malaysia's Samuel L. Jackson, Gary Oldman and Russell Crowe is set to marry his fiancee, actress Emelda Rosmila Abdul Hamid soon.

She is the younger sister of Emilia Rosnaida Abdul Hamid, the actress wife of Akademi Fantasia 7 host Mizal Zaini or AC Mizal.

Adlin is the director of the musicals P. Ramlee and Puteri Gunung Ledang (he also starred in it) and has been the Akademi Fantasia judge for the last five seasons.

He is also the host of talk show Jangan Tidur Lagi (Don't Sleep Yet) and the host of this year's New Straits Times People's Choice Awards (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) on April 12.

Adlin joined Fauziah Ahmad Daud, Fauziah Latiff and Hattan as permanent judge of Akademi Fantasia in 2007. Last year, he shared the job with Fauziah Ahmad Daud and Ning Baizura.

This year, he is sharing the job with composer Edrie Hashim and veteran singer Datuk
Khadijah Ibrahim, both from Negeri Sembilan (like Hattan).

Adlin is the son of veteran comedian the late A. R. Tompel (a dear friend of the King of Entertainment Tan Sri P. Ramlee, Fauziah Ahmad Daud's family pal) and veteran actress Ruminah Sidek. His elder brother is comedian A. R. Badul.





BAHASA MALAYSIA VERSION

Adlin Aman Ramlie, jawapan Malaysia kepada Samuel L. Jackson, Russell Crowe dan Gary Oldman akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, pelakon Emelda Rosmila Abdul Hamid tidak lama lagi.

Emelda ialah adik kepada pelakon Emilia Rosnaida Abdul Hamid, isteri hos Akademi Fantasia 7 Mizal Zaini atau AC Mizal.

Adlin ialah pengarah muzikal P. Ramlee dan Puteri Gunung Ledang (juga pelakonnya) dan telah menjadi hakim Akademi Fantasia untuk lima musim.

Beliau juga hos rancangan bual bicara Jangan Tidur Lagi dan hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada April 12 tahun ini.

Adlin menjadi ahli juri tetap Akademi Fantasia pada tahun 2007 bersama Fauziah Ahmad Daud, Fauziah Latiff dan Hattan. Setahun kemudian beliau berkongsi panel juri dengan Fauziah Ahmad Daud dan Ning Baizura.

Tahun ini, Adlin berkongsi panel juri dengan penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim dan komposer Edrie Hashim, kedua-duanya dari Negeri Sembilan seperti Hattan.

Adlin ialah anak kepada pelakon veteran Allahyarham A. R. Tompel (kawan baik Bapa Hiburan Malaysia Tan Sri P. Ramlee iaitu kawan famili Fauziah Ahmad Daud) dan Ruminah Sidek. Abangnya ialah pelawak terkenal A. R. Badul.