Saturday, March 07, 2009

Zubir Ali Was A Kind Soul - Roslan Aziz (Abang Lan)

Acclaimed producer, Malaysian Idol judge, Akademi Fantasia 5 principal and Malaysian Randy Jackson Roslan Aziz or Abang Lan (Brother Lan) pays tribute to his late friend Zubir Ali as a kind soul who was deeply religious and easy to work with.

Zubir, who died after a long illness at the age of 60 yesterday, will always be remembered as a king of Malaysian folk music.

The singer, songwriter and music lecturer was together with Dr Wan Zawawi, M. Nasir, Ramli Sarip and Sohaimi Mior Hassan, one of the country’s major icons of folk music.

Born in Alor Setar, Kedah, Zubir received his early education in the Mahmud College in his hometown.

He subsequently graduated from the University of Malaya, Kuala Lumpur, and became a cultural officer at the Mara University of Technology in Shah Alam, Selangor.

Zubir also became a music and performing arts lecturer at the University of Malaya and the National Arts, Culture and Heritage Academy in Kuala Lumpur.

Zubir was famous for penning the 1981 hit songs Penantian (The Wait) and Balada Seorang Gadis Kecil (Ballad Of A Little Girl), the latter being a humanitarian song about the sufferings of the oppressed Palestinians.

Penantian was performed by Velvet Aduk in Akademi Fantasia 4 in 2006. The song was originally sung by Zubir as well as 1980s Kedahan pop singer Azie, the wife of another 1980s Kedahan pop singer Syed Sobri.

Sobri's sister Datin Sheril Aida, who was also a 1980s pop singer, is the wife of ex-Deputy Minister of Information Datuk Railey Jeffrey, the uncle of Velvet's Akademi Fantasia 2 chum Mas Ghani.

Zubir was also an artiste with Roslan’s company Roslan Aziz Productions and he performed the 1990s hit song Ikhlas Tapi Jauh (Honest But Distant) with jazz queen (Roslan’s then wife, now married to Akademi Fantasia 7 music instructor Acis Hassim and widely tipped to be Akademi Fantasia 7 principal) Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin (the mentor of Pija Yasin of One In A Million 3), Azman Warren, Amir Yusoff and actor-comedian (and my schoolmate) Afdlin Shauki Aksan.

Three years ago, he came up with his first solo album Zubir Ali 2006.

He also wrote songs for Malaysia’s pop queen Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (the sister of Saida Tarudin).

Throughout his life, Zubir championed the rights and welfare of Malaysian artistes.

He founded the Malaysian Music Industry Cooperative with close friends for this purpose.

Ramli (Akademi Fantasia 4 principal) and Nasir (Akademi Fantasia 3 principal) paid tribute to him as a ‘sifu’ of Malaysian folk.

Zubir is survived by his wife Fauziah Ismail and three children.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Zubir Ali Insan Yang Baik Hati - Roslan Aziz (Abang Lan)

Produser tersohor, hakim Malaysian Idol, pengetua Akademi Fantasia 5 dan Randy Jackson Malaysia Roslan Aziz atau Abang Lan akan sentiasa mengenang kawan lamanya Allahyarham Zubir Ali sebagai seorang insan yang baik hati, kuat beriman dan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan.

Zubir, 60, yang meninggal dunia semalam akibat penyakit jantung, akan sentiasa dikenang sebagai seorang raja lagu puisi Malaysia.

Penyanyi, penulis lagu dan pensyarah muzik itu bersama dengan Dr Wan Zawawi, M. Nasir, Ramli Sarip dan Sohaimi Mior Hassan, adalah ikon lagu puisi dan lagu rakyat Malaysia.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah, Zubir menerima pendidikan awal di Kolej Mahmud di kampung asalnya.

Beliau lulus dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dan menjadi pegawai kebudayaan di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor.

Zubir turut menjadi pensyarah muzik dan seni persembahan di Universiti Malaya dan Akademi Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kebangsaan di Kuala Lumpur.

Zubir terkenal sebagai penulis lagu hit 1981 Penantian dan juga Balada Seorang Gadis Kecil iaitu kisah penderitaan rakyat Palestin.

Penantian pernah dinyanyikan oleh Velvet Aduk di Akademi Fantasia 4 pada tahun 2006. Lagu itu asalnya dinyanyikan oleh Zubir dan juga penyanyi pop Kedah 1980an Azie, isteri kepada penyanyi pop Kedah 1980an Syed Sobri.

Adik Sobri Datin Sheril Aida, juga artis Kedah tahun 1980an, ialah isteri kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Railey Jeffrey, bapa saudara kawan baik Velvet dari Akademi Fantasia 2 iaitu Mas Ghani.

Zubir juga menjadi artis naungan syarikat Roslan iaitu Roslan Aziz Productions dan menyanyikan lagu hit 1990an Ikhlas Tapi Jauh bersama ratu jazz (bekas isteri Roslan, kini isteri guru muzik Akademi Fantasia 7 Acis Hassim dan kemungkinan besar pengetua Akademi Fantasia 7) Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin (mentor Pija Yasin One In A Million 3), Azman Warren, Amir Yusoff dan pelakon-pelawak (rakan sekolah saya) Afdlin Shauki Aksan.

Tiga tahun lalu, Zubir menghasilkan album solo pertamanya berjudul Zubir Ali 2006.

Beliau turut menulis lagu untuk ratu pop negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin (adik Saida Tarudin).

Sepanjang hayatnya, Zubir memperjuangkan nasib artis Malaysia.

Beliau mengasaskan Koperasi Industri Muzik Malaysia bersama kawan karibnya bagi tujuan mulia ini.

Ramli (pengetua Akademi Fantasia 4) dan Nasir (pengetua Akademi Fantasia 3) menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ‘sifu’ lagu puisi Malaysia.

Zubir meninggalkan seorang isteri Fauziah Ismail dan tiga orang anak.