Friday, April 02, 2010

A Devastating Loss For Aznil And Malaysia

Comedian, cartoonist and DJ Mior Ahmad Fuad Mior Badri of Kampar, Perak, passed away of dengue fever on April 2, 2010. He was 43.

Better known as Din Beramboi, the father of three was one of AF1-5 host and AF8 judge Aznil Nawawi's best friends.

Aznil is devastated by Din's passing.

Both of them were in the running for the Berita Harian / New Straits Times People's Choice Awards 2009 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009) in Genting Highlands on April 4.

They were nominated for Popular Radio Host (Male).

Aznil said Din's death was a great loss to Malaysian comedy.

He had known Din for 15 years and they had for the past year been hosting programmes on Era FM together.

Aznil said Din was humble, caring and was always there for him.

In an interview with The New Straits Times last month, Din said: "It's my first nomination and I'm thrilled.

"I've been in show business for more than a decade and being nominated is a sign that I've made many Malaysians happy. It doesn't matter if it's taken this long because my purpose is to make Malaysians laugh at life and celebrate it.

"If people enjoy my shows, films and humour, I've achieved my dreams," he said.

Aznil described the late comedian as a "natural born entertainer".

"We've known each other for about a decade and we've been 'on the same wavelength'. Abang Din, like me, believes in being himself. As for both of us, we are who we are off screen - witty, funny and friendly, celebrating the 'laughter' side of life," Aznil said.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Kehilangan Besar Buat Aznil Dan Malaysia

Pelawak, kartunis dan DJ Mior Ahmad Fuad Mior Badri dari Kampar, Perak, meninggal dunia akibat demam denggi pada April 2, 2010. Allahyarham berusia 43 tahun.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Allahyarham juga adalah kawan karib hos AF1-5 yang kini pengkritik tetap AF8 Aznil Nawawi.

Aznil amat merasai kehilangan Din.

Mereka berdua dicalonkan sebagai finalis kategori Penyampai Radio Popular (Lelaki) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 yang bakal berlangsung di Genting Highlands pada April 4.

Aznil menyifatkan pemergian Din kehilangan besar buat komedi tanah air.

Beliau mengenali Allahyarham selama 15 tahun dan sejak tahun lalu mereka menjadi hos bersama dalam rancangan radio di Era FM.

Aznil berkata Din seorang yang merendah diri, penyayang dan prihatin terhadap kawan-kawannya.

Dalam interbiu bersama The New Straits Times bulan lalu, Din berkata: "Saya amat gembira dicalonkan buat kali pertama.

"Saya dah berkecimpung dalam dunia seni selama sedekad dan inilah tanda saya buatkan banyak orang Malaysia berasa gembira. Walaupun agak lambat, saya tak kisah sebab misi saya ialah untuk membuatkan penonton terhibur dan ceria.

"Misi saya berjaya sekiranya penonton suka rancangan saya," katanya.

Aznil berkata Din adalah penghibur semula jadi.

"Kami berdua memang sama. Kami suka jadi diri sendiri - gila-gila, kelakar dan baik hati dengan semua orang," katanya.