Monday, June 26, 2006

"Nancy Sinatra" Zila Hopes 2 Sing With "Frank" Kaer

Beautiful Nur Azilah (Zila) Seeron who finished ninth in Akademi Fantasia 4 (AF4) hails from Kuala Pilah in Negeri Sembilan, the hometown of handsome Akademi Fantasia 2 (AF2) singer Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami's mother.

Zila, whose parents are divorced not unlike Kaer's, has great respect for her senior, and hopes to sing with him.

"He's a great singer, and he's sweet and handsome, too. I'd love to meet him," she said.

Zila and Kaer were both eliminated in their respective Akademi Fantasia (AF) seasons after singing Sinatra songs.

Zila was eliminated after singing Nancy Sinatra's "These Boots Are Made For Walking" while Kaer was eliminated at the sixth place after singing Frank Sinatra's "Sway".

"Sway" was also sung by Dean Martin and Michael Buble.

"These Boots Are Made For Walking" was also sung by Jessica Simpson.

Zila also has great respect for Nurul Hana (Nana) Che Mahazan, Kaer's loving and caring "elder sister" who is a disk jockey (DJ) with radio station Era FM.

Era FM is a subsidiary of the parent company of Astro Television which produces Akademi Fantasia.

Nana thinks Zila would make a good television host and DJ, and Zila is willing to give it a try.

Zila would also love to sing with leggy beauty Asiah Tunakma Abdullah or Akma, who is sometimes nicknamed Kaer's "twin sister", as they both enjoy sushi and can speak Japanese.

Both Zila and Akma are fans of Dangdut music, the indigenous Malay answer to disco.

Zila became a student of AF4 after performing a Dangdut number.

Akma was eliminated from Akademi Fantasia 3 (AF3) after singing a Dangdut number.

Zila sent her best wishes to all Akademi Fantasia and Malaysian Idol singers especially Malaysian Idol's Sufiah Mohamad Noor, Zamil Idris, Farah Asyikin Zulkifli, Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, Norhanita (Nita) Hamzah and Ashvin Nair, and Akademi Fantasia's Idayu Yaakob and Nik Aidil Nik Zamri.




BAHASA MALAYSIA VERSION
"Nancy Sinatra" Zila Ingin Menyanyi Bersama "Frank Sinatra" Kaer

Jelitawan Nur Azilah (Zila) Seeron yang mendapat tempat kesembilan dalam Akademi Fantasia 4 (AF4) berasal dari Kuala Pilah di Negeri Sembilan, iaitu kampung asal ibu Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami, pemenang tempat keenam Akademi Fantasia 2 (AF2).

Seperti Kaer, Zila adalah anak kepada pasangan yang sudahpun bercerai. Zila amat menghormati Kaer dan ingin menyanyi bersamanya.

"Abang Kaer penyanyi yang kacak, comel lagi hebat. Zila ingin menyanyi bersamanya," katanya.

Zila dan Kaer kedua-duanya tersingkir dari Akademi Fantasia (AF) setelah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh ahli keluarga Sinatra, iaitu keluarga penyanyi yang terkenal di Amerika.

Zila tersingkir setelah menyanyikan lagu Nancy Sinatra, "These Boots Are Made For Walking" manakala Kaer tersingkir setelah menyanyikan lagu Frank Sinatra, "Sway".

"Sway" juga dinyanyikan oleh Dean Martin dan Michael Buble.

"These Boots Are Made For Walking" juga dinyanyikan oleh Jessica Simpson.

Zila juga amat menghormati Nurul Hana (Nana) Che Mahazan, "kakak angkat" Kaer yang prihatin dan penyayang, serta DJ stesen radio Era FM.

Era FM adalah stesen radio milik ibu syarikat stesen TV Astro yang menerbitkan rancangan Akademi Fantasia.

Nana berpendapat Zila boleh menjadi hos TV dan DJ radio yang baik, dan Zila ingin mencuba bakat baru seperti itu.

Zila juga ingin menyanyi bersama jelitawan tinggi lampai Akademi Fantasia 3 (AF3) Asiah Tunakma Abdullah atau Akma, yang kekadang digelar "saudari kembar Kaer", kerana dia dan Kaer suka makan sushi dan boleh bertutur dalam bahasa Jepun.

Zila dan Akma meminati muzik Dangdut.

Zila menjadi pelajar AF4 setelah menyanyikan lagu Dangdut.

Akma tersingkir dari AF3 setelah menyanyikan lagu Dangdut.

Zila turut mengirim salam kepada semua penyanyi rancangan Akademi Fantasia dan Malaysian Idol terutamanya Sufiah Mohamad Noor, Zamil Idris, Farah Asyikin Zulkifli, Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, Norhanita (Nita) Hamzah dan Ashvin Nair dari Malaysian Idol, dan Idayu Yaakob dan Nik Aidil Nik Zamri dari Akademi Fantasia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home