Saturday, September 09, 2006

Farah Z Fails To Win RM1 Million

Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) has failed to win RM1 million in 8TV reality show One In A Million (OIAM).

The Kelantan beauty finished 5th in the SMS-based singing contest which is filling in the shoes of Malaysian Idol this year.

Farah Z, the Malaysian Idol 2 third-placed, said it would be her last attempt in a singing contest, as she is "very tired". Furthermore, her maiden album is "80 per cent ready".

Farah Z's former school mate Sufiah Mohamad Noor (of Malaysian Idol 1) said even though she did not win, Farah Z had a bright future as an entertainer, as she was well-versed in Bahasa Malaysia and English, capable of giving great performances, and always carried herself well.

Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, who finished 7th in Malaysian Idol 2, hoped Farah Z would not give up in her quest to be a successful recording artiste. She described Farah Z as a sweet and likeable person.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Farah Z Gagal Menang RM1 Juta

Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) gagal memenangi RM1 juta dalam rancangan nyanyian realiti 8TV One In A Million (OIAM).

Jelitawan dari Kelantan itu mendapat tempat kelima dalam pertandingan yang menggantikan Malaysian Idol untuk tahun ini.

Farah Z, naib juara kedua Malaysian Idol 2, berkata OIAM ialah pertandingan nyanyiannya yang terakhir, kerana dia sudahpun berasa "letih". Album sulungnya pula sudah "80 peratus siap".

Bekas rakan sekolah Farah Z, penyanyi jazz Sufiah Mohamad Noor (dari Malaysian Idol 1) berkata walaupun dia tidak menang, Farah Z mempunyai masa depan cerah sebagai artis, kerana dia fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, mampu menyengat sebagai penyanyi, dan sentiasa sopan dan peramah.

Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, pemenang tempat ketujuh Malaysian Idol 2, berharap Farah Z tidak akan putus asa dalam mengejar impiannya menjadi artis yang berjaya. Katanya, Farah Z seorang gadis yang manis dan disayangi ramai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home