Tuesday, October 17, 2006

It's A Concrete Jungle, So Stay Tough - Nikki 2 Ekin N Nora

Beautiful Nikki Palikat of Malaysian Idol 1 advises her fellow Sabahans Ekin Rahman of Akademi Fantasia 3 and Nora Daud of Akademi Fantasia 4 to stay tough, for the entertainment industry is not unlike the proverbial "concrete jungle".

In her Aidil Fitri greeting to the duo, Nikki said she believed they could make it, as long as they remained disciplined and focused in their singing careers.

"It is never easy to be a star. One must really work hard and be committed. Good public relations and grooming is a must, too," she said.

"We must always be brave in the face of challenges and be honest with ourselves. We must ask ourselves what we want to achieve, and work towards our goals."

Nikki conveyed her Aidil Fitri and Deepavali greetings to all reality show stars of Akademi Fantasia, Malaysian Idol and One In A Million, as well as those from TV3 talent show Mentor.

Meanwhile, Nikki's mentor Ning Baizura said she was happy to work with East Malaysian talents such as Nikki and Adam Mat Saman of Akademi Fantasia 2.

Ning and Adam will be appearing in romantic comedy Diva which will be screened after Aidil Fitri.

Another protege of Ning, Yanie Julkarim of Mentor Season 1, also conveyed her Aidil Fitri and Deepavali greetings to all reality show stars and new singing talents, especially those from her home state, Sabah.

She wished her old friend, Mentor Season 1 winner Pija Yasin all the best in her singing and theatre career.

Mentor is a singing contest produced by TV3, Malaysia's third oldest television channel and the country's first private television channel.

It is now in its second season.

Contestants are guided in their performances by established names in the music industry such as Ning Baizura.

Pija, the reigning champion of Mentor Season 1, is from Kota Kinabalu in Sabah.

She is the grand niece of Sabah's first state governor and third chief minister the late Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Her mentor is "Malaysian Sting" Zainal Abidin Mohamad of Johor Baru.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Kuatkan Azam Untuk Berjaya Dalam Dunia Mencabar - Nikki Kepada Ekin & Nora

Jelitawan Nikki Palikat dari Malaysian Idol 1 menasihati rakan artis realitinya dari Sabah Ekin Rahman Akademi Fantasia 3 dan Nora Daud Akademi Fantasia 4 agar menguatkan azam untuk berjaya dalam dunia hiburan yang penuh dengan cabaran semacam "belantara konkrit".

Dalam perutusan Aidil Fitrinya kepada Ekin dan Nora, Nikki berkata dia yakin kedua orang gadis comel itu boleh berjaya sebagai penghibur, asalkan mereka berdisiplin dan berwawasan dalam kerjaya mereka.

"Tidak mudah bergelar bintang. Saudari mesti kerja keras dan perlu komited. Saudari juga perlu ada perhubungan awam dan imej yang baik," katanya.

"Kita mesti berani dan tabah menghadapi cabaran dunia seni dan kena sentiasa bersikap jujur terhadap diri sendiri. Kita mesti tahu apa kita mahu dan berusaha untuk mencapainya."

Nikki mengirim salam Aidil Fitri dan Deepavali kepada semua bintang rancangan pop realiti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan One In A Million, serta bintang pertandingan nyanyian TV3 iaitu Mentor.

Sementara itu, mentor Nikki iaitu Ning Baizura berasa bangga bekerja dengan bakat baru dari Malaysia Timur seperti Nikki dan Adam Mat Saman dari Akademi Fantasia 2.

Ning dan Adam akan muncul dalam komedi romantik Diva selepas Aidil Fitri.

Seorang lagi protege Ning, Yanie Julkarim dari Mentor Musim 1, turut mengirim salam Aidil Fitri dan Deepavali kepada semua bintang rancangan pop realiti dan bakat nyanyian baru, terutama anak Sabah yang senegeri dengannya.

Yanie mengirim salam maju jaya kepada kawan lamanya, juara Mentor Musim 1 Pija Yasin yang kini seorang penyanyi dan pelakon teater.

Mentor ialah pertandingan nyanyian terbitan TV3, iaitu rangkaian televisyen ketiga di Malaysia dan rangkaian televisyen swasta pertamanya.

Ia kini dalam musim keduanya.

Peserta dibimbing dalam nyanyian dan persembahan oleh artis terkenal seperti Ning Baizura.

Pija, juara musim pertama Mentor, berasal dari Kota Kinabalu di Sabah.

Dia adalah cucu saudara Yang Dipertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Mentor Pija ialah "Sting Malaysia" Zainal Abidin Mohamad dari Johor Baru.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home