Wednesday, October 11, 2006

Go For It, Tiger Amirul! Soar Like An Eagle, Amylea!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Akademi Fantasia 1 beauties Atie Abu Bakar (L) and Azza Suaymi wish cute Kuching boy Amirul Ghazali of Akademi Fantasia 4 all the best in his new-found career.

They find him cute and adorable, and are confident he will become a successful pop star and role model to youths.

They also wish the same to lovely Amylea Azizan of Akademi Fantasia 3, who is sometimes nicknamed Miss Langkawi, because she grew up in Langkawi Island, a famous tourist destination in Kedah.

Atie said Amylea was a born entertainer, was naturally beautiful, and had what it takes to be a future pop queen.

She advised Amylea to be proud of all her achievements and not give up in her quest to be a successful entertainer.

She also said her family's prayers and thoughts were with Amylea's parents Azizan Zainal Abidin and Azizah Abdul Halim as well as her younger siblings Asmidar and Danial.

Azizan from Alor Star in Kedah, and Azizah from Sungai Petani in Kedah, are both musicians. Amylea learnt to sing with their band in Langkawi.

Azza said Amylea was among the best female singers of Akademi Fantasia, and many youngsters ought to be inspired by her perseverance.

Atie and Azza also sent their love and best wishes to Malaysian Idol 1's Saiful Bakeri and Malaysian Idol 2's Adam Alli Kawi, Akademi Fantasia 2's Nurul Hamid and Farah Anuar, and Amylea's close pal Amy Azlan of Akademi Fantasia 3.

They also wished Malaysian Beyonce Dayang Nurfaizah Awang Dowty, and her fellow Sarawakians from Kuching, Deja Moss and Camelia, all the best in their singing careers.

They lauded Camelia for being picked to sing at the recent Formula One Grand Prix in Shanghai, China.

The duo congratulated Dayang on making it to the fourth place of One In A Million.

Dayang is a close pal of Adam Alli.

Azza said even though Dayang did not win, she had won a whole new legion of fans.

She is confident Dayang will also make it as an actress.

Atie said Saiful was always sweet and adorable, and it did not take long for her to "fall in love" with his voice.

She also said Nurul was truly the loving elder sister Saiful never had, as she always gave him love and support, in his mission to become a successful recording artiste.

Atie wished Nurul all the best in her studies. Nurul is a final-year business diploma student in the Tun Abdul Razak University of Kuching, Sarawak.

Amy and Saiful are also from Kuching.

Atie and Azza said their prayers and thoughts were with Amy and her family, and said the beauty of Irish, Chinese, Indian, Kedayan and Iban ancestry was truly a "honey" (pet name for an Irish lass).

Atie also said Farah, her university mate at Universiti Teknologi Mara (Mara University Of Technology) in Shah Alam, Selangor, was a versatile beauty, who would go far in entertainment.

Both Atie and Farah did performing arts at the university.

Farah hails from Amylea's mother's hometown of Sungai Petani.

Atie admires Farah for her talent, powerful voice, and kind-heartedness.

She praised Farah for suggesting that Malaysian artistes raise funds for the tsunami victims of Malaysia and Indonesia in December 26, 2004.

The suggestion of Farah and several established entertainers resulted in the production of Suluhkan Sinar (Shine The Light), a compilation album of songs by various Malaysian artistes, including those from Akademi Fantasia and Malaysian Idol, in aid of the tsunami victims.

The 2005 album was produced by the KRU Brothers, Norman, Yusry and Edry Halim, the mentors of Akademi Fantasia 2's Sugar Bun Rabbit, Adam Mat Saman.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Berjuanglah Macam Anak Rimau, Amirul! Terbanglah Tinggi Macam Lang Langkawi, Amylea!

Jelitawan Akademi Fantasia 1 Atie Abu Bakar (kiri) dan Azza Suaymi mengirim salam maju jaya kepada pemuda comel dari Kuching Amirul Ghazali, finalis Akademi Fantasia 4.

Mereka menganggap Amirul seorang penyanyi yang berbakat, comel dan sopan, serta yakin Amirul akan menjadi bintang pop yang berjaya, serta seorang model contoh kepada pemuda-pemudi Malaysia.

Atie dan Azza juga memberi pujian yang sama kepada si comel jelita Amylea Azizan dari Akademi Fantasia 3, yang kekadang digelar Miss Langkawi, kerana menghabiskan zaman remajanya di Pulau Langkawi, destinasi pelancong terkenal di Kedah.

Atie berkata Amylea memang dilahirkan sebagai penghibur, memiliki kecantikan semula jadi, dan memiliki potensi untuk bergelar ratu pop negara.

Dia menasihati Amylea supaya sentiasa bangga dengan kejayaannya serta tidak mudah putus asa dalam perjuangannya untuk menjadi bintang pop yang terkenal.

Atie berkata keluarganya sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan ibu bapa Amylea iaitu Azizan Zainal Abidin dan Azizah Abdul Halim serta adik Amylea iaitu Asmidar dan Danial.

Azizan dari Alor Star di Kedah, dan Azizah dari Sungai Petani di Kedah, adalah pemuzik di Langkawi. Amylea belajar menyanyi bersama kumpulan ibu bapanya.

Azza berkata Amylea adalah antara penyanyi wanita terhebat di Akademi Fantasia, dan anak-anak muda harus mengambil iktibar dan inspirasi dari sikapnya yang tidak mudah putus asa.

Atie dan Azza turut mengirim salam sayang dan maju jaya kepada finalis Malaysian Idol 1 Saiful Bakeri dan finalis Malaysian Idol 2 Adam Alli Kawi, finalis Akademi Fantasia 2 Nurul Hamid dan Farah Anuar, dan rakan karib Amylea, Amy Azlan dari Akademi Fantasia 3.

Mereka turut mengirim salam sayang dan maju jaya kepada Beyonce Malaysia, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, dan rakan penyanyinya dari Kuching di Sarawak, Deja Moss dan Camelia.

Mereka mengucapkan tahniah kepada Camelia atas pemilihannya sebagai penyanyi tema Lumba Kereta Formula One di Shanghai, China, baru-baru ini.

Mereka mengucapkan tahniah kepada Dayang atas kejayaannya mendapat tempat ke-4 di One In A Million.

Dayang adalah kawan rapat Adam Alli.

Azza berkata walaupun Dayang tidak menang, dia berjaya mendapatkan ramai lagi peminat kerana keberaniannya menghadapi cabaran dalam rancangan realiti pop One In A Million.

Azza yakin Dayang akan berjaya sebagai pelakon baru.

Atie berkata Saiful sentiasa comel, kacak dan baik hati, dan dia "jatuh hati" dengan suara merdu Saiful dengan amat mudah.

Dia juga berkata Nurul sememangnya "kakak penyayang" kepada Saiful, kerana Nurul sentiasa memberikan kasih sayang dan sokongan moral kepada Saiful dalam misinya untuk menjadi artis rakaman berjaya.

Atie sentiasa mendoakan kejayaan Nurul dalam pelajarannya.

Nurul kini adalah pelajar tahun akhir jurusan diploma bisnes di Universiti Tun Abdul Razak, Kuching, Sarawak.

Amy dan Saiful juga berasal dari Kuching.

Atie dan Azza turut mendoakan kebahagiaan dan kesihatan Amy dan keluarganya.

Mereka berkata jelitawan berketurunan Ireland, Cina, India, Kedayan dan Iban itu memang "honey" (gelaran untuk gadis jelita dari Ireland).

Atie berkata Farah, rakannya di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor, seorang jelitawan yang versatil dan mampu menjadi bintang sensasi dalam dunia hiburan.

Atie dan Farah adalah pelajar jurusan seni persembahan.

Farah berasal dari kampung halaman ibu Amylea iaitu Sungai Petani.

Atie mengkagumi Farah kerana bakat, vokal mantap, dan keprihatinannya.

Dia memuji Farah kerana cadangannya supaya artis Malaysia mengutip derma bagi membantu mangsa tsunami Malaysia dan Indonesia pada Disember 26, 2004.

Cadangan itu dibuat oleh Farah dan beberapa artis popular.

Artis-artis Malaysia telah bergabung untuk menghasilkan album Suluhkan Sinar, bagi mengisi tabung mangsa tsunami.

Artis Akademi Fantasia dan Malaysian Idol terlibat dalam album itu.

Album tahun 2005 itu diterbitkan oleh adik-beradik KRU, Norman, Yusry dan Edry Halim, mentor kepada Arnab Sugar Bun Akademi Fantasia 2, Adam Mat Saman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home