Sunday, January 28, 2007

Sushi Babies Congratulate Teppanyaki Lover Farah Z

Lovely Farah Asyikin Zulkifli of Malaysian Idol 2 and One In A Million (OIAM) ties the knot this year.

Her Akademi Fantasia 2 idol Kaer Azami (Wan Muhammad Khair Wan Azami), who will be pursuing his architecture degree at the end of the year, sends his best wishes, together with his dear friends Nana Mahazan (Nurul Hana Che Mahazan) of Akademi Fantasia 1 and Akma Abdullah (Asiah Tunakma Abdullah) of Akademi Fantasia 3.

Kaer, Nana and Akma wish Farah Z all the best with her debut album expected to be out soon. Nana, a DJ with Era.FM, hopes Farah Z’s songs will dominate the airwaves.

The trio wish sassy jazz princess Sufiah Noor, Kaer’s family pal who is known to him as Kak Opie, the same. She is still in the midst of completing her album.

Kaer, Nana and Akma are proud of Farhan Azizan for making it to the top 3 of Akademi Fantasia 4, and describe her as a shining example of perseverance.

They are also proud of Akademi Fantasia 4 champion Faizal Ramly and his fellow Terengganu singer “Superman” Faizal Tahir who finished second in One In A Million (OIAM).

The trio commend lovely Marion Caunter and Awal Ashaari, a Malaysian Idol 1 reject, for a great job in hosting OIAM, and hope they will be back this year.

They are looking forward to watching Awal’s film “Diva” in March, and hope for its box office success.

They hope little Zila Seeron of Akademi Fantasia 4 will join Era.FM as a new DJ, as she is always sweet, nice and brave.

The trio wish the best for Malaysian Idol 2 beauties Nita Hamzah (Norhanita Hamzah) and Xerra Zaimi (Tengku Zaharah Tengku Zaimi Azlan), OIAM finalists Anny Shariff, Mimi Shamsuddin and Aliya Abu Hasan, and Mentor stars Nieyl Zailani, Khatijah Hassan, Nabil Ahmad Damanhuri and Iwan Roslan.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Peminat Sushi Kirim Tahniah Kepada Peminat Teppanyaki Farah Z

Jelitawan Farah Asyikin Zulkifli dari Malaysian Idol 2 dan One In A Million (OIAM) akan berkahwin tahun ini.

Idolanya dalam Akademi Fantasia 2 Kaer Azami (Wan Muhammad Khair Wan Azami), yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang arkitek hujung tahun ini, mengirim salam tahniah, bersama dengan kawan karibnya Nana Mahazan (Nurul Hana Che Mahazan) Akademi Fantasia 1 dan Akma Abdullah (Asiah Tunakma Abdullah) Akademi Fantasia 3.

Kaer, Nana dan Akma doakan kejayaan album sulung Farah Z yang akan muncul tidak lama lagi. Nana, DJ popular Era.FM, berharap lagu nyanyian Farah Z akan mendominasi carta muzik tempatan.

Mereka bertiga juga doakan kejayaan puteri jazz negara yang jelita lagi seksi, Sufiah Noor, iaitu kawan famili Kaer yang dipanggilnya Kak Opie. Album Sufiah akan siap tidak lama lagi.

Kaer, Nana dan Akma bangga dengan kejayaan Farhan Azizan menduduki Top 3 Akademi Fantasia 4, dan menyifatkannya seorang wanita yang gigih berusaha.

Mereka bertiga turut berbangga dengan juara Akademi Fantasia 4 Faizal Ramly dan rakan senegerinya dari Terengganu iaitu “Superman” Faizal Tahir yang menjadi naib juara One In A Million (OIAM).

Mereka bertiga kagum dengan bakat hos TV popular Marion Caunter dan Awal Ashaari, seorang bekas peserta Malaysian Idol 1, dalam menghoskan OIAM, dan berharap Marion dan Awal akan terus menghoskan rancangan itu.

Mereka juga berharap filem Awal, “Diva”, yang akan muncul dalam bulan Mac, akan berjaya dalam pasaran filem tanah air.

Mereka berharap si comel Zila Seeron dari Akademi Fantasia 4 akan menyertai Era.FM sebagai DJ baru, sebab dia manis, sopan lagi berani.

Mereka turut mendoakan kejayaan karier nyanyian jelitawan Malaysian Idol 2 Nita Hamzah (Norhanita Hamzah) dan Xerra Zaimi (Tengku Zaharah Tengku Zaimi Azlan), finalis OIAM Anny Shariff, Mimi Shamsuddin dan Aliya Abu Hasan, dan bintang Mentor Nieyl Zailani, Khatijah Hassan, Nabil Ahmad Damanhuri dan Iwan Roslan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home