Saturday, February 24, 2007

Idols Remember Malaysian Freddie Mercury, Sudirman

The Idols pay tribute to Malaysian pop king Sudirman Arshad on the 15th anniversary of his passing.

It was Sudirman Arshad who inspired me to be an entertainer - Saiful Bakeri, Malaysian Idol 1.

He was the king of pop, without question - Nurul Hamid, Akademi Fantasia 2.

He will always be one of Pahang’s greatest sons and one of my all-time heroes - Atie Abu Bakar, Akademi Fantasia 1.

Sudirman, together with P. Ramlee, will always be our greatest entertainer - Bob Usop, Akademi Fantasia 2.

Abang Sudir was our greatest ambassador of pop - Reza Mohamad, Akademi Fantasia 3.

Sudirman was one of the greatest sons of Pahang and Malaysia, a national hero - Rosma Sidik, Akademi Fantasia 1.

He was the world - Asmawi (Mawi) Ani, champion, Akademi Fantasia 3.

Sudirman and P. Ramlee set the benchmark for world class entertainers in Malaysia - Khairul Nizam Wahi, Akademi Fantasia 1.

If there is one singer who made me want to sing, it is Sudirman Arshad - Faizal Ramly, champion, Akademi Fantasia 4.

We all love him, but God loves him more - Azizi Mohamad, Akademi Fantasia 1.

Sudirman was the great man who inspired me to sing Malaysian songs - Mavick Teo, Malaysian Idol 1.




Sudirman Arshad will always be Malaysia’s king of pop.

The Pahang-born singing sensation whose charisma matched that of his idols, Hong Kong’s pop king Roman Tam Pak Sin and Britain’s Freddie Mercury (Freddie Bulsara) was not only a world-class entertainer but also an ambassador of universal love and brotherhood.

Sudirman died of a mysterious illness on February 22, 1992 after entertaining Malaysia and the world for 15 years.

Not unlike Malaysia’s king of the big screen, Tan Sri Teuku Zakaria Ramlee Teuku Nyak Puteh or P. Ramlee, Sudirman left the world at a relatively young age.

He was 37 and at the peak of his singing career when he passed on.

The youngest of 6 siblings, Sudirman was born on May 25, 1955, in Temerloh, Pahang’s second largest town which produced many famous Malaysians in entertainment as well as politics.

Other children of Temerloh include Malaysia’s most popular celebrity chef Redzuawan Ismail (Chef Wan), queen of entertainment Anita Sarawak, her sister and fellow pop star cum actress Noor Kumalasari, their actor father Datuk Mohamad Taib Salleh (Datuk S. Roomai Noor), Singaporean pop queen Rahimah Rahim, her father and Singaporean Nat King Cole Rahim Hamid and Roomai’s cousin, literary giant and Labour Party (defunct) chief Datuk Ishak Mohamad (Pak Sako).

A law graduate of University Malaya in Kuala Lumpur, Sudirman won the 1976 Bintang RTM (Stars Of RTM) talent contest organised by national TV station Radio Television Malaysia.

He sang in many guises and in all major Malaysian languages - English, Malaysian, Chinese and Tamil, and had a great rapport with fans.

He never allowed himself to be confined within four walls, and once held a massive [40,000 people] concert in the Chow Kit area of Kuala Lumpur, where many low-income native Malaysians and Chinese Malaysians lived and worked.

Sudirman always emphasised national and universal brotherhood in his songs, and always urged his fans to pray for the well-being of the nation.

He often dedicated his songs to the common man, and called on all Malaysians to be generous towards the less-fortunate.

In his songs, he also reminded Malaysians to care for the environment and not to forget their heroes, history and culture.

Sudirman also dabbled in acting, cartooning and business. He acted in the acclaimed 1982 film about economic migrants to the big city “Kami” (“We”).

Cute as Mickey Mouse and only 1.42m tall, he was an easy “chic magnet”. However, he never found true love in his short life.

Sudirman was married to Kamariah (Kay) Jamaluddin for a brief while, but seemed destined to be a single man.

When once asked how he felt being short, he said: “I look up to the Japs. They may be small but they stand tall.”

Sudirman indeed made host country Malaysia stand tall when he sang at the South-East Asia Games’ opening and closing ceremonies in Kuala Lumpur’s Merdeka Stadium in 1989.

Dressed in the Malaysian flag, and urging all Asians to be united and strong, he made the event a most memorable one for all participants.

Sudirman did the country proud the same year when he won the title of Asia’s Best Entertainer at a contest in the Royal Albert Hall, London.

One of his reputable contenders was the late Leslie Cheung of Hong Kong.

Some of the pop king’s greatest songs were Chow Kit Road, Basikal Tua [My Old Bike], Hujan [Rain], Balik Kampung [Home To My Village], Dari Jauh Ku Pohon Maaf [I Seek Forgiveness From Afar], A Thousand Million Smiles, Punch Card, Apa Khabar Orang Kampung [Hello Country Folk], Milik Siapa Gadis Ini [Who Does She Belong To], To Know Malaysia Is To Love Malaysia, Kulit [Skin] and Salam Terakhir [My Last Goodbye].

May he live in our hearts forever. Al Fatihah.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Idola Mengenang Jasa Sudirman Arshad

Ahli Kekawan Idola memperingati jasa Allahyarham Sudirman Arshad, raja pop Malaysia, sempena ulang tahun ke-15 pemergiannya.

Sudirman Arshad adalah inspirasi ku untuk menjadi penyanyi - Saiful Bakeri, Malaysian Idol 1.

Beliau adalah satu-satunya raja pop tanah air - Nurul Hamid, Akademi Fantasia 2.

Beliau adalah antara anak watan Pahang terunggul dan idola ku yang terhebat - Atie Abu Bakar, Akademi Fantasia 1.

Sudirman, dan P. Ramlee, adalah penghibur tanah air terunggul - Bob Usop, Akademi Fantasia 2.

Abang Sudir adalah duta pop negara terhebat - Reza Mohamad, Akademi Fantasia 3.

Sudirman adalah antara perwira negara Malaysia dan anak watan Pahang yang ternama - Rosma Sidik, Akademi Fantasia 1.

Beliau memang world - Asmawi (Mawi) Ani, juara, Akademi Fantasia 3.

Sudirman dan P. Ramlee adalah standard penghibur tanah air berkelas dunia - Khairul Nizam Wahi, Akademi Fantasia 1.

Beliau satu-satunya inspirasi ku sebagai penyanyi - Faizal Ramly, juara, Akademi Fantasia 4.

Kita semua mencintainya, tapi Tuhan lebih mencintainya - Azizi Mohamad, Akademi Fantasia 1.

Sudirman adalah idola yang menggalakkan saya menyanyi lagu Malaysia - Mavick Teo, Malaysian Idol 1.





Sudirman Arshad akan sentiasa digelar raja pop negara Malaysia.

Fenomena seni kelahiran Pahang itu memiliki karisma yang setaraf dengan idolanya, raja pop Hong Kong Roman Tam Pak Sin dan raja pop Britain Freddie Mercury (Freddie Bulsara).

Sudirman bukan sahaja penyanyi berkelas dunia, tetapi juga pejuang keamanan dan persaudaraan sesama manusia.

Sudirman meninggal dunia akibat penyakit misteri pada 22 Februari, 1992 setelah berkecimpung dalam dunia seni selama 15 tahun.

Seperti raja filem dan seniman agung negara, Tan Sri Teuku Zakaria Ramlee Teuku Nyak Puteh atau P. Ramlee, Sudirman meninggalkan kita pada usia yang muda.

Beliau meninggal dunia ketika berusia 37 tahun, dan semasa berada di puncak karier seninya.

Anak bongsu daripada 6 beradik, Sudirman dilahirkan pada 25 Mei, 1955, di Temerloh, bandar kedua terbesar di Pahang yang melahirkan ramai anak watan ternama dalam politik dan hiburan.

Anak watan ternama dari Temerloh selain Sudirman termasuk tukang masak selebriti negara Redzuawan Ismail (Chef Wan), ratu penghibur Anita Sarawak, adiknya yang juga aktres dan penyanyi Noor Kumalasari, ayahanda mereka pelakon Datuk Mohamad Taib Salleh (Datuk S. Roomai Noor), ratu pop Singapura Rahimah Rahim, ayahandanya Nat King Cole Singapura Rahim Hamid dan sepupu Roomai, sasterawan negara dan pemimpin Parti Buruh (tiada lagi) Datuk Ishak Mohamad (Pak Sako).

Graduan undang-undang dari Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Sudirman telah memenangi pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia tahun 1976, Bintang RTM.

Dia pandai menyanyi dalam beraneka jenis kostum dan dalam pelbagai bahasa - Inggeris, Malaysia, Cina dan Tamil, dan amat pandai bergaul dengan peminat.

Beliau tidak berniat menyanyi di dalam dewan sahaja, dan telah menganjurkan konsert raksasa [40,000 orang] di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur, tempat tinggal dan kerja masyarakat berpendapatan rendah.

Sudirman sentiasa mempromosi mesej cinta dan persaudaraan sesama manusia dalam lagunya dan sentiasa mengajak peminatnya mendoakan kejayaan dan kebahagiaan bangsa dan negara.

Beliau sentiasa mendedikasi lagunya kepada warga Malaysia berpendapatan rendah dan sentiasa mengajak rakyat Malaysia membantu orang yang kurang bernasib baik.

Dalam lagunya, beliau juga mengingatkan warga Malaysia supaya prihatin terhadap alam sekitar dan menghormati perwira, sejarah dan budaya negara.

Sudirman turut menjadi pelakon, kartunis dan usahawan. Dia berlakon dalam filem hebat 1982 mengenai migran ekonomi dari kampung ke bandar berjudul “Kami”.

Comel macam Mickey Mouse dengan ketinggian 1.42m, beliau adalah jejaka idaman wanita.

Sayangnya, beliau tidak berjaya mencari cinta sejati dalam hidupnya yang singkat itu.

Sudirman berkahwin dengan Kamariah (Kay) Jamaluddin untuk seketika. Beliau ditakdirkan membujang seumur hidup.

Ketika ditanya pasal ketinggiannya, beliau berkata: “Saya suka orang Jepun. Mereka tak tinggi tapi berdiri tinggi di persada dunia.”

Sudirman memang berjaya membuatkan Malaysia berdiri tinggi di persada dunia semasa menjadi penyanyi utama majlis pembukaan dan penutupan Sukan SEA di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada tahun 1989.

Dengan memakai bendera Malaysia sebagai kostumnya, Sudirman menyeru orang Asia supaya bersatu dan maju. Persembahan beliau memikat hati semua tetamu dan penonton.

Sudirman mengharumkan nama negara pada tahun yang sama apabila memenangi pertandingan Penghibur Terbaik Asia di Royal Albert Hall, London.

Di antara pesaingnya yang hebat ialah mendiang Leslie Cheung dari Hong Kong.

Antara lagu terhebat raja pop Malaysia ialah Chow Kit Road, Basikal Tua, Hujan, Balik Kampung, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, A Thousand Million Smiles, Punch Card, Apa Khabar Orang Kampung, Milik Siapa Gadis Ini, To Know Malaysia Is To Love Malaysia, Kulit dan Salam Terakhir.

Semoga beliau kekal dalam hati kita buat selama-lamanya. Al Fatihah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home