Have No Illusions, Boys & Girls - Sufiah Noor
Lovely Sufiah “Opie” Noor, the Malaysian Idol 1 finalist and budding jazz princess, is still awaiting the completion of her debut album, and is performing in various hotels, bars and restaurants around Kuala Lumpur.
The family pal of Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami, Akademi Fantasia 2’s sushi-loving interior decorator and architect-to-be, advises the boys and girls of Akademi Fantasia’s latest season to have no illusions of stardom.
Not unlike lovely Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), the Akademi Fantasia 1 finalist and successful DJ with Era FM (radio station of Akademi Fantasia producer Astro TV), and Malaysian Idol 1 reject turned Akademi Fantasia 4 second runner-up Farhan Azizan, Sufiah reminds the Akademi Fantasia 5 students to seize all opportunities in the entertainment world.
She says the entertainment world will never be nice to them, and they have to be brave and strong in order to survive.
For example, if they are invited to front up-and-coming bands they should go for it if they sense it will improve their lives.
Similarly, if an acting, hosting or songwriting career beckons, they ought not to waste time.
“We can’t be too choosy and should make the best of every opportunity that awaits us,” she said.
Sufiah advises the AF5 kids to be disciplined and consistent in pursuing a career in showbiz.
“As singers, actors or presenters, we should realise we are role models to our fans. Thus, having a wholesome image is important.
“It is OK to be a little non-conformist, but we must always be moderate,” she said.
Sufiah hopes Dafi Ismail, Mila Jirin, Heliza Helmi, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Shafiq Ramadzan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Zana Hanizan and Aswad Jafar will work hard to succeed as singers, actors or TV presenters.
Sufiah is happy that Roslan Aziz, Malaysia’s Randy Jackson, is the principal of AF5 and Fauziah Latiff, Malaysia’s Paula Abdul, is one of the show’s judges.
She thinks Roslan and Fauziah or Jee make a great reality show team.
BAHASA MALAYSIA VERSION
Sufiah Nasihati Bebudak AF5 Jangan Berangan-Angan
Jelitawan Sufiah “Opie” Noor, finalis Malaysian Idol 1 dan puteri jazz baru Malaysia, masih lagi menunggu persiapan album sulungnya, dan sedang membuat persembahan di hotel, bar dan restoran di serata kampungnya, Kuala Lumpur.
Sufiah ialah kawan keluarga kepada Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami, pereka dalaman dari Akademi Fantasia 2 yang menggemari sushi dan belajar menjadi arkitek.
Dia menasihati bebudak Akademi Fantasia 5 supaya jangan berangan-angan menjadi bintang segera.
Sufiah amat bersetuju dengan jelitawan Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), finalis Akademi Fantasia 1 merangkap DJ Era FM (stesen radio Astro TV), dan peserta awal Malaysian Idol 1 merangkap naib juara kedua Akademi Fantasia 4 Farhan Azizan, yang sama-sama menasihati pelajar AF5 agar cepat mengambil oportuniti dalam dunia seni.
Sufiah berkata dunia seni tidak akan berbaik-baik dengan mereka, dan mereka kena berani, tabah dan berdisiplin untuk berjaya dalam dunia seni.
Misalan, jikalau seseorang artis baru mendapat peluang memimpin band yang berpotensi, dia harus menyertainya, kerana ia mungkin bakal membawa tuah untuk karier seninya.
Dan jika karier lakonan, hos atau penulis lirik dirasakannya sesuai untuk dirinya, ia harus lekas menceburinya.
“Kita tak boleh terlalu memilih, dan harus lekas mengambil peluang yang ada,” katanya.
Sufiah menasihati bebudak AF5 agar sentiasa berdisiplin dan konsisten dalam karier seni masing-masing.
“Sebagai penyanyi, aktor atau hos, kita adalah insan contoh kepada peminat. Oleh itu kita kena sentiasa berimej bersih dan sopan.
“Kekadang kita boleh jadi gila-gila sikit, tapi kesederhanaan dalam hidup mesti diutamakan selalu,” katanya.
Sufiah berharap Dafi Ismail, Mila Jirin, Heliza Helmi, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Shafiq Ramadzan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Zana Hanizan dan Aswad Jafar akan berusaha keras untuk bergelar artis, aktor atau hos yang berjaya.
Sufiah gembira Roslan Aziz kini bergelar pengetua AF5 dan Fauziah Latiff kini bergelar pengkritik AF5. Mereka berdua adalah hakim Malaysian Idol.
Sufiah berpendapat Roslan dan Jee adalah pasangan rancangan realiti yang sentiasa hebat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home