Sunday, July 01, 2007

Tribute To Linda, Adam And Zamil From Stars Of RTM

Stars Of RTM (Radio Television Malaysia) is Malaysia’s oldest talent search contest.

Currently celebrating its 24th year, Stars Of RTM crowned its three winners for 2007 yesterday.

They are first-prize winner Rey Pagi of Tuaran, Sabah, second-prize winner Shahir Wahab of Klang, Selangor, and third-prize winner Rehana Yunus of Labuan.

Shahir is a fashion design graduate from the MARA University of Technology in Shah Alam, Selangor. One of his seniors is peach-tea-loving Fitri Zainal Abidin of Akademi Fantasia 2.

Champion Rey said he had been greatly inspired by two lovely ladies from his home state namely Marsha Londoh and Linda Nanuwil. Both have distant blood ties to him.

“They are trail-blazers and I pray that they will always excel in music and make full use of His gifts. I hope to meet you soon, Marsha and Linda,” he said.

Rey, like Marsha and Linda, is also a big fan of Jaclyn Victor whom he describes as a world class performer on par with American R&B female vocalists.

Shahir admires Zamil Idris a k a HOT Pussycat and one of his favourite songs is Marc Antony’s My Baby You, which is also loved by Zamil.

Rehana, or Han, is a good friend of lovely Ekin Rahman of Akademi Fantasia 3, and they are neighbours.

She has great respect for Adam Mat Saman, Nikki Palikat and Sabah’s top female vocalist Azharina Azhar, who was a previous Stars Of RTM winner.

Azharina is the cousin of Rydee Rahim of Malaysian Idol 1 and of Astro TV host Farish Aziz.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Linda, Adam & Zamil Disanjungi Oleh Bintang RTM

Bintang RTM ialah pertandingan nyanyian tertua di Malaysia.

Ia kini berusia 24 tahun dan baru saja menobatkan 3 pemenang buat tahun 2007.

Mereka ialah pemenang pertama Rey Pagi dari Tuaran, Sabah, pemenang kedua Shahir Wahab dari Klang, Selangor, dan pemenang ketiga Rehana Yunus dari Labuan.

Shahir ialah graduan reka fesyen dari Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor. Seniornya di universiti ialah peminum teh pic Fitri Zainal Abidin dari Akademi Fantasia 2.

Juara Rey berkata dia amat diilhamkan oleh dua gadis jelita yang merupakan saudara jauhnya iaitu Marsha Londoh dan Linda Nanuwil.

“Mereka adalah penyanyi yang mempelopori kebangkitan baru artis Sabah.

“Saya berdoa agar mereka sentiasa sihat, ceria dan tidak mensia-siakan anugerah Nya untuk memajukan bangsa dan negara.

“Saudari Marsha dan Linda, saya berharap dapat berjumpa saudari satu hari nanti,” katanya.

Rey, seperti Marsha dan Linda, turut meminati Jaclyn Victor yang disifatkannya sebagai penyanyi kelas dunia setanding dengan artis R&B wanita dari Amerika.

Shahir meminati Zamil Idris dan menyukai lagu kegemaran Zamil iaitu hit Marc Antony berjudul My Baby You.

Rehana, atau Han, ialah kawan baik jelitawan Ekin Rahman dari Akademi Fantasia 3, dan mereka adalah jiran.

Han juga amat menghormati dan menyayangi Adam Mat Saman, Nikki Palikat dan artis wanita Sabah yang paling popular iaitu bekas juara Bintang RTM Azharina Azhar.

Azharina ialah saudara bau bacang Rydee Rahim Malaysian Idol 1 dan hos Astro TV Farish Aziz.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home