Thursday, November 03, 2005

Khai's Bittersweet Aidil Fitri - Mawi, Nur Amalina & Accidents

Akademi Fantasia 1 (AF1) runner-up Khai (Khairul Nizam Wahi) says this year's Aidil Fitri is a bittersweet one for him.

In greeting all his fans, Khai said the happiest moment of his life this year was to see his fellow Johorean Asmawi (Mawi) Ani win Akademi Fantasia 3 (AF3).

Khai said Mawi was a great pop star in the making, a devout and wholesome gentleman, and a kampung boy who made it good in life by utilising his God-given talent.

He also said Mawi was an ideal anti-drug activist who could influence Malaysian youths to stay away from drugs, having lost a loved one to drug addiction.

"As a Johor Baru boy, I'm overjoyed that he's won AF3. I hope to meet up with him more often, as I've been with him all the way," he said.

Mawi lives in Kulai, which was once part of Johor Baru, but is now a separate district.

Khai is also happy that Nur Amalina Che Bakri, a student from Kota Tinggi, Johor, scored 17As for her Malaysian Certificate Of Education (SPM) examination this year.

He said Nur Amalina's success not only made him proud to be Johorean, but also reminded youngsters that they could excel in their studies if they truly worked hard, and managed their time properly.

Nur Amalina is a big fan of Akademi Fantasia and also excels in extra-curricular activities.

While Khai has never had any sad Aidil Fitri, he is always saddened by the abundance of fatal road accidents every festive season.

He said: "It is the same sad story every year. So many lose their lives as a result of reckless driving. It's time we Malaysians learn to value our lives and the lives of our loved ones, especially when we are on the road."

Khai sent his Aidil Fitri greetings to Malaysian Idol 2 (MI2) unsuccessful contestants Malisa Janudin and Azni Aggoh from Johor Baru.

He urged them not to give up in pursuing their dreams of becoming successful singers. Both Malisa and Azni failed to make it to the Top 11 of MI2.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Suka-Duka Aidil Fitri Khai - Mawi, Nur Amalina Dan Kemalangan Jalan Raya

Naib juara Akademi Fantasia 1 (AF1) Khai (Khairul Nizam Wahi) berkata Aidil Fitri tahun ini adalah pengalaman yang manis dan juga pahit untuknya.

Sambil mengirim salam Aidil Fitri kepada semua peminatnya, Khai berkata pengalaman yang paling menggembirakan baginya tahun ini ialah melihat rakan sekampungnya Asmawi (Mawi) Ani memenangi Akademi Fantasia 3 (AF3).

Khai berkata Mawi bakal menjadi bintang terkenal dan menyifatkan anak jati Johor itu sebagai seorang pemuda yang kuat beriman serta jujur dan merendah diri.

Khai juga berkata Mawi seorang anak kampung yang gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya dengan menggunakan sepenuhnya bakat yang diberikan olehNya.

Katanya, Mawi seorang aktivis anti-dadah yang ideal dan boleh mempengaruhi belia Malaysia untuk menghindari dadah.

Mawi telah kehilangan seorang saudara akibat penyalahgunaan dadah.

"Sebagai anak jati Johor Baru, saya amat, amat gembira Mawi menang AF3. Saya ingin berjumpa dengannya lebih kerap, dan saya telah menyokongnya dari hari pertama AF3," katanya.

Mawi tinggal di Kulai, yang dahulunya sebahagian Johor Baru, tetapi kini sebuah daerah yang berasingan.

Khai juga amat gembira kerana Nur Amalina Che Bakri, pelajar dari Kota Tinggi, Johor, mendapat 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Katanya, kejayaan Nur Amalina membuatkannya bangga menjadi anak Johor.

Yang lebih penting, kejayaan Nur Amalina adalah bukti anak-anak muda Malaysia boleh berjaya dalam pelajaran asalkan mereka berusaha gigih dan pandai menguruskan masa.

Nur Amalina seorang peminat setia Akademi Fantasia dan juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum sekolahnya.

Walaupun Khai tidah pernah mengalami peristiwa sedih di Aidil Fitri, dia sentiasa sedih mendengar pasal kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa di musim Aidil Fitri.

Katanya: "Setiap tahun kemalangan maut berlaku. Banyak orang terkorban akibat kecuaian pemandu-pemandu. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menghargai nyawa sendiri dan orang tersayang, terutama ketika memandu di jalan raya."

Khai mengirim salam Aidil Fitri kepada peserta Malaysian Idol 2 (MI2) yang tidak berjaya memasuki Top 11, Malisa Janudin dan Azni Aggoh dari Johor Baru.

Katanya, dia berharap Malisa dan Azni tidak akan putus asa dalam usaha mereka menjadi penyanyi yang berjaya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home