Sunday, October 29, 2006

Khai's A Gentleman With Impeccable Manners And Values - Syafinaz

Lovely Syafinaz Selamat, the One In A Million (OIAM) judge and Malaysian Sarah Brightman, is all praises for Khairul Nizam (Khai) Wahi, her fellow Johorean who finished second in Akademi Fantasia 1 (AF1).

They starred together in Pentas, a Malaysian language play produced by the National Theatre of Malaysia early this year.

Syafinaz describes Khai as a disciplined and well-mannered gentleman who, while not the best of singers, got along well with everybody, across gender, age, racial, religious and regional divides.

Syafinaz hopes young singers and actors emulate Khai's commitment to family values and courtesy.

Khai is known for reminding young Malaysians to respect their elders and to care for them in their twilight years.

He is also known for his advocacy of road safety amongst Malaysian drivers.

Award-winning film-maker Yasmin Ahmad of Sepet fame recently made an Aidil Fitri advertisement for national oil company Petronas which paid tribute to Khai's social message of caring for one's aged parents.

The advertisement tells the story of a professional Native Malaysian woman whose self-centred husband grudgingly allows her ailing father to move in with them after a long stint in hospital.

The woman's father always loses control of his bladder, and drops his daughter's expensive plates and cups from the dining table during every meal.

He is eventually given plastic cups and plates, and a small table of his own, in the kitchen.

He laments his child's decision when he sees the family's cat eating from an expensive plate.

One day, the woman's children tell their parents that when they grow old, they will be in the same position as the old man.

The adult couple are shocked for a second, and seek the old man's forgiveness.

He readily forgives them and they exchange Aidil Fitri greetings.

Before Yasmin (she is also from Johor!) became a successful film-maker, she directed festive season advertisements for Petronas with important social messages such as family values and multi-racialism.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Khai Budiman Yang Bersopan Santun Dan Berbudi Bahasa - Syafinaz

Jelitawan Syafinaz Selamat, hakim One In A Million (OIAM) merangkap Sarah Brightman Malaysia, amat hormati naib juara Akademi Fantasia 1 (AF1) dan rakan senegerinya dari Johor, Khairul Nizam (Khai) Wahi.

Mereka berdua telah berlakon dalam persembahan teater Istana Budaya iaitu Pentas, awal tahun ini.

Syafinaz berkata Khai seorang yang berdisiplin dan bersopan-santun, dan walaupun bukan penyanyi hebat, dia senang didekati, mesra dan berkawan dengan semua orang, tanpa mengira jantina, umur, kaum, agama mahupun negeri.

Syafinaz berharap penyanyi dan pelakon muda mencontohi sikap Khai yang mementingkan nilai kekeluargaan dan budi bahasa.

Khai sentiasa menasihati anak muda Malaysia supaya menghormati dan menjaga orang tua mereka ketika uzur.

Dia juga amat mementingkan keselamatan jalan raya terutama di musim perayaan.

Pengarah filem terkenal Sepet yang memenangi anugerah di Pesta Filem Malaysia, Yasmin Ahmad, baru-baru ini menghasilkan sebuah iklan Aidil Fitri untuk Petronas yang memaparkan mesej Khai agar anak muda Malaysia menyayangi dan menjaga orang tua mereka tatkala dalam keuzuran.

Iklan itu menceritakan kisah seorang wanita profesional berketurunan bumiputera Malaysia Barat yang berjaya memujuk suaminya untuk membenarkan ayahnya menetap di rumah mereka setelah keluar dari hospital.

Suami wanita itu seorang yang mementingkan diri sendiri dan ego.

Ayah wanita itu tidak dapat menahan pundi kencingnya, dan selalu memecahkan pinggan dan cawan mahal milik anaknya ketika di meja makan.

Dia akhirnya diberikan cawan dan pinggan plastik, serta meja kecilnya sendiri di dapur.

Dia berasa sedih dan kesal dengan sikap anak dan menantunya apabila mendapati kucing milik mereka diberi makan dalam pinggan mahal.

Pada satu hari, anak wanita itu memberitahu ibu bapa mereka bahawa apabila mereka menjadi uzur macam datuk mereka, mereka akan duduk di meja milik datuk mereka di dapur.

Wanita itu dan suaminya menyesal, lalu meminta ampun maaf dari ayahnya.

Ayah wanita itu mengampunkan mereka berdua dan ahli keluarga itu berkongsi salam Aidil Fitri.

Sebelum Yasmin menjadi pengarah filem yang berjaya, dia telah mengarahkan banyak iklan Petronas di musim perayaan yang menyelitkan mesej sosial seperti nilai kekeluargaan dan semangat muhibah.

Yasmin, Syafinaz dan Khai berasal dari Johor.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home