Monday, May 07, 2007

AF Is A Nation Builder - Dafi

Handsome Dafi Ismail of Akademi Fantasia 5 (AF5) has been a strong believer in Akademi Fantasia since its first season in 2003.

Dafi, 19, the son of politician and businessman Datuk Ismail Sabri Yaakob of Temerloh in Pahang likes the reality show because it unites Malaysians of different races, faiths and states.

While he admits that Akademi Fantasia is more of a popularity contest than an actual talent contest, it is a singing contest with a difference.

Dafi says while it is sad that the best singer may not win, Akademi Fantasia is interesting because the results are not predictable and "anything can happen".

"It makes every contestant take stock of his or her winning or losing ways. It makes we contestants realise that pure talent alone is not enough to impress fans of the show, who determine the winner," he said.

Dafi was initially seen as a potential winner of AF5 because of his handsome, boyish looks. Most of his voters were teenage or 20-something girls.

He said he was not shocked to finish seventh in AF5 because it was the "voters' choice".

"Not winning the contest does not hinder my dream of becoming a successful singer, composer and songwriter," said the sound engineering student of Limkokwing University College in Cyberjaya, Sepang, Selangor.

He said his senior in Akademi Fantasia (AF) and the university, Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer Azami) was now riding high in the local music charts despite only finishing sixth in Akademi Fantasia 2 (AF2).

The senior whom he is closest to, Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), who finished seventh in Akademi Fantasia 1 (AF1), is now a successful DJ with AF producer Astro TV's radio station Era FM.

Dafi first sang in a singing contest organised by his school, the Sri Hartamas Secondary School in Kuala Lumpur, when he was 16.

He won the contest after performing Januari, the hit song made popular by Indonesian singer Glenn Fredly. Januari is a favourite song of Kaer and Malaysian Idol 1 seventh-placed singer Zamil Idris.

Dafi's schoolmate Alif Satar won their school's singing contest the following year and later won third prize in One In A Million (OIAM).

While Dafi is now concentrating on his singing career, he is not putting his studies on hold.

"I will continue with my studies, while pursuing a singing career at the same time," he says.

Kaer advised Dafi to complete his studies, as it was always good to have a solid educational qualification.

Furthermore, having a paper qualification makes an entertainer more bankable and popular.

Dafi wishes Kaer all the best in his studies. He and fellow AF5 contestant Mila Jirin would love to have a sushi meal with Kaer and Nana.

Kaer is set to further his studies in graphic design Down Under for the whole of next year.

Dafi congratulates his university senior Farah Asyikin Zulkifli of Malaysian Idol 2 and Malaysian Idol 1 champion Jaclyn Victor who are getting married this year.

He sends his love and best wishes to Akademi Fantasia stars Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nik Aidil Zamri, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid and Faizal Ramly.

He wishes the same to Malaysian Idol stars Nita Hamzah, Xerra Zaimi and Ashvin Nair, One In A Million Stars Faizal Tahir, Awal Ashaari, Alif Satar, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin and Aliya Abu Hassan, and Mentor stars Nabil Damanhuri, Khatijah Hassan, Syazwan Rosli, Nieyl Zailani and Rahayu Baharuddin.

Dafi and Mila are sometimes called the Tobey Maguire and Kirsten Dunst of AF. They do not mind that moniker, because they both admire the stars of Spider-Man.






BAHASA MALAYSIA VERSION
AF Membina Bangsa Malaysia - Dafi

Jejaka tampan Dafi Ismail dari Akademi Fantasia 5 (AF5) amat menyokong Akademi Fantasia dan jatuh hati dengan rancangan pop realiti itu sejak dilancarkan pada tahun 2003.

Dafi, 19, ialah anak kepada ahli politik dan usahawan Datuk Ismail Sabri Yaakob dari Temerloh di Pahang. Dia menyukai Akademi Fantasia (AF) kerana rancangan itu berjasa menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa, agama dan negeri.

Walaupun AF lebih mirip sebuah pertandingan populariti kerana penyanyi terbaik tidak semestinya menang, Dafi menganggap AF sebuah rancangan nyanyian yang unik.

Dafi berkata AF menarik sebab keputusannya tidak menentu dan kejutan boleh berlaku kepada setiap peserta di sepanjang pertandingan.

"AF yang dikuasai undian SMS membuatkan peserta menilai diri sendiri. Ia membuatkan kita sedar bahawa bakat nyanyian sahaja tak cukup untuk memikat penonton," katanya.

Dafi pada mulanya dilihat sebagai bakal juara AF5 sebab dia kacak, comel dan digilai perempuan remaja dan berumur 20an.

Dafi tidak terkejut apabila hanya mendapat tempat ke-7 sebab "keputusan adalah mengikut selera penonton".

"Kalah pertandingan tidak menjadi halangan untuk saya menempuh kejayaan sebagai penyanyi, komposer dan penulis lagu," kata pelajar kejuruteraan bunyi di Kolej Universiti Limkokwing di Cyberjaya, Sepang, Selangor itu.

Dafi berkata seniornya di Akademi Fantasia (AF) serta universiti, Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer Azami) kini popular dalam carta muzik tempatan walaupun hanya mendapat tempat ke-6 dalam Akademi Fantasia 2 (AF2).

Senior yang paling rapat dengan Dafi, Nurul Hana Che Mahazan (Nana Mahazan), mendapat tempat ke-7 di AF1, tetapi kini seorang DJ popular di stesen radio Astro TV, Era FM.

Dafi mula-mula menyanyi di pertandingan nyanyian sekolahnya, Sekolah Menengah Sri Hartamas di Kuala Lumpur, tatkala berumur 16 tahun.

Dia memenangi pertandingan itu dengan membawa lagu Januari yang dipopularkan oleh Glenn Fredly dari Indonesia.

Januari ialah lagu kegemaran Kaer dan pemenang ke-7 Malaysian Idol, Zamil Idris.

Rakan sekolah Dafi, Alif Satar, memenangi pertandingan itu pada tahun selepasnya dan kemudian mendapat tempat ketiga di rancangan hiburan 8TV One In A Million (OIAM).

Walaupun Dafi kini sibuk dalam karier nyanyiannya, dia tidak akan berhenti belajar.

"Saya tetap akan mengikuti kursus di universiti walaupun merakamkan lagu," katanya.

Kaer menasihati Dafi supaya menamatkan kursusnya sebab adalah baik untuk seseorang artis menimba ilmu.

Artis yang memiliki kelayakan kertas lebih popular dan dihormati dalam dunia seni tanah air.

Dafi mengirim salam maju jaya buat Kaer dalam pelajarannya. Dafi dan rakannya di AF5 Mila Jirin ingin makan sushi bersama Kaer dan Nana.

Kaer akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang seni reka grafik di Australia sepanjang tahun depan.

Dafi mengirim salam tahniah kepada seniornya di universiti Farah Asyikin Zulkifli dari Malaysian Idol 2 dan juara Malaysian Idol 1 Jaclyn Victor yang akan berkahwin dengan pasangan masing-masing tahun ini.

Dia turut mengirim salam sayang dan maju jaya kepada seniornya di Akademi Fantasia Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nik Aidil Zamri, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid dan Faizal Ramly.

Dafi turut mengirim salam yang sama kepada penyanyi Malaysian Idol Nita Hamzah, Xerra Zaimi dan Ashvin Nair, penyanyi One In A Million Faizal Tahir, Awal Ashaari, Alif Satar, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin dan Aliya Abu Hassan, dan penyanyi Mentor Nabil Damanhuri, Khatijah Hassan, Syazwan Rosli, Nieyl Zailani dan Rahayu Baharuddin.

Dafi dan Mila kekadang digelar Tobey Maguire dan Kirsten Dunst di AF. Mereka tidak kisah kerana mereka amat meminati bintang filem Spider-Man itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home