Wednesday, January 30, 2008

Nasir - I’ve Lost A Best Friend

Akademi Fantasia 3 principal M. Nasir describes the late songwriter Rosli Khamis or Loloq as one of his best friends.

Rosli, his fellow Singaporean, died yesterday of a stroke. Both men have been frequent collaborators and are widely respected as Malaysia’s number one composer-songwriter team.

Rosli is also respected in Malaysia, Singapore, Brunei and Indonesia as a world class lyricist in the Malaysian (Malay) language.

His lyrics are highly regarded for their in-depth use of the language and many of his songs have become monster hits for Malaysian singers.

Both Nasir and Loloq also played a key role in launching the successful recording career of Akademi Fantasia 3 pop phenomenon Asmawi (Mawi) Ani.

Akademi Fantasia singers Mila Jirin, Dafi Ismail, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid, Mawi Ani, Haziq Rosebi, Fatin Yahya and Salima Habibi and Malaysian Idol 1 champion Jaclyn Victor also paid tribute to the songwriter and actor.

They described his loss as irreplaceable and consider him one of the great sifus of the music industry.

Loloq was born in Singapore 51 years ago. His family originated from Melaka. He is survived by a wife and three children.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Nasir - Saya Kehilangan Kawan Karib

Pengetua Akademi Fantasia 3, M. Nasir menyifatkan penulis lagu Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq sebagai kawan karibnya.

Rosli, yang lahir di Singapura seperti Nasir, meninggal dunia kelmarin akibat strok. Nasir dan Loloq adalah team komposer dan penulis lirik yang terhandal di Malaysia.

Rosli turut dihormati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sebagai penulis lirik lagu bertaraf dunia dalam Bahasa Melayu (Malaysia).

Lirik beliau amat dihargai sebab menggunakan istilah Bahasa Melayu yang mendalam.

Banyak daripada karya nukilannya telah menjadi lagu hit buat artis-artis Malaysia.

Nasir dan Loloq bersama-sama terlibat dalam melancarkan karier nyanyian penyanyi fenomena Akademi Fantasia 3 iaitu Asmawi (Mawi) Ani.

Penyanyi Akademi Fantasia Mila Jirin, Dafi Ismail, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid, Mawi Ani, Haziq Rosebi, Fatin Yahya dan Salima Habibi serta juara Malaysian Idol 1 Jaclyn Victor turut memberi penghormatan kepada Allahyarham Rosli.

Mereka menyifatkan pemergian Rosli sebagai kehilangan yang sukar dicari ganti dan menganggapnya seorang sifu besar dalam dunia seni Malaysia.

Loloq lahir di Singapura 51 tahun dahulu. Keluarganya berasal dari Melaka. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home