Sunday, March 20, 2005

I'll Follow U, Kor - Linda (AF2) To Vince (AF1)

Vince Chong, the first winner of Akademi Fantasia (AF), is fast becoming a role model for Malaysian youths.

Not only is the handsome Vince a good singer, but he also acts well (in the film "Sembilu 2005") and writes his own songs.

And he is a very Malaysian soul who believes in unity, harmony and equality amongst all Malaysians. Since he was a kid, he took the trouble to master English and Bahasa Malaysia, as well as Chinese.

Vince has a junior from AF Season 2, who admires him as much as he admires his favourite American Idol, Kelly Clarkson.

She is sweet Linda Nanuwil, the Kadazan-Dusun lass from Ranau, at the foothills of Mount Kinabalu, who clinched second place in AF2.

Linda affectionately addresses Vince as Kor (Cantonese for elder brother), and has nothing but praise for the AF1 champion.

She cherishes the simple advice that he gave her on coping with fame, that is, to be yourself and not to give up during difficult times.

"I'm proud to have met Vince. He is a mentor and role model, besides a West Malaysian "kor" who is always positive and gives your spirits a lift," she said.

Linda will be coming out with her debut album soon, and while she has yet to write her own songs, she plans to do so in the near future, taking a cue from her beloved Kor Vince.

Bahasa Malaysia Version

"Udoi" Linda Ikut "Kor" Vince

Juara AF1 yang kacak, Vince Chong kini seorang “role model” kepada generasi muda Malaysia.

Vince bukan sahaja pandai menyanyi, tetapi juga pandai mencipta lagunya sendiri, dan pandai berlakon (dalam filem "Sembilu 2005").

Vince juga seorang yang amat berjiwa Malaysia dan sentiasa menggalakkan pembentukan Bangsa Malaysia.

Sejak di bangku sekolah, Vince telahpun berusaha menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.

Linda Nanuwil iaitu “junior” Vince di AF2, amat menghormati dan menyayangi Vince seperti abangnya sendiri.

Gadis ayu berketurunan Kadazan-Dusun dari Ranau di kaki Gunung Kinabalu ini adalah pemenang tempat kedua dalam AF2.

Kebetulannya, Vince dan Linda sama-sama meminati juara American Idol musim satu, Kelly Clarkson.

Linda menganggap Vince sebagai “Kor” atau “abang” dalam bahasa Kantonis. Vince adalah heronya di kalangan artis Malaysia yang baru.

Linda amat menghargai nasihat Vince kepadanya, sebagai seorang artis baru.

Vince menasihati Linda supaya jujur terhadap diri sendiri dan tidak mudah putus asa.

"Linda amat berbangga dapat berkenalan dengan Vince. Saya anggapnya sebagai “Kor” atau abang. Dia sentiasa bersikap positif dan ceria, serta tidak lokek ilmu,” katanya.

Linda akan melancarkan album sulungnya tidak lama lagi. Dia bercita-cita untuk menulis lirik lagunya sendiri, mengikuti jejak langkah “Kor” Vince yang tercinta.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home