Sunday, February 20, 2005

Birthday Girl Farah Is A Jien & Saipul Fan

Image hosted by Photobucket.com
MI Hosts Jien (left) & Cheryl Samad with Faizull Yahaya

Farah Diana Anuar, Akademi Fantasia Season Two's (AF2) fourth placer may be a big fan of the reality show's host Aznil Nawawi, but she equally admires his Malaysian Idol (MI) counterpart Soo Kui Jien.

Farah, who recently celebrated her 20th birthday, said: "I'm a Jien fan. He is cool and handsome, and I'd love to meet him.

"Aleya, the co-host of MI, is my family friend. Her mother, Cikgu Fatimah (Fatimah Abu Bakar) is AF2's teacher adviser.

"I'd like to wish Jien and family Happy Christmas and Chinese New Year. Keep excelling as a TV personality, Jien. U R great."

Farah said she was also a fan of Saipul Bakeri, MI's fifth placer from Kuching, Sarawak, who happens to be a foster brother of sorts to her AF2 hostel mate and close friend Nurul Hamid, also from Kuching.

"U R cool, Saipul. Just as Kak Nurul loves U, so does Kak Farah. If I've got the time, hope we can team up, Adik Saipul," she said.

BAHASA MALAYSIA VERSION

Farah Adalah Peminat Jien (MI) Dan Saipul (MI)

Walaupun Farah Diana Anuar, yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-20, adalah peserta AF2 serta penyokong dan peminat hos kacaknya Aznil Nawawi, pemenang tempat keempat AF2 ini juga mengkagumi hos MI iaitu Soo Kui Jien.

Kata Farah: "Saya ni penyokong Jien, hos MI yang kacak. Jika ada masa, Farah ingin sangat nak jumpa Jien.

"Farah memang kawan rapat Aleya, hos kedua MI, sebab emaknya, Cikgu Fatimah (Fatimah Abu Bakar), adalah penasihat AF.

"Farah mengucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru Cina kepada Jien dan keluarga, dan berharap Jien akan terus maju dalam bidang hiburan dan presentasi televisyen."

Farah juga peminat setia Saipul Bakeri, pemenang tempat kelima Malaysian Idol (MI) dari Kuching, yang juga merupakan "adik" angkat kepada kawan karib Farah, iaitu Nurul Hamid, pemenang tempat ke-8 AF2.

"U R cool, Saipul. Kak Nurul memang sayang sama U, dan begitu juga dengan Kak Farah.

"Jika Kak Farah ada masa lapang, harap dapat duet dengan Adik Saipul," katanya.

Thursday, February 03, 2005

We Love U, Andrew - From Edlin, Zarina and Liza of AF

Andrew Tan, the soft-spoken and somewhat shy Malaysian Idol finalist and Gospel pop star, is a hero in the eyes of Edlin Rahim, Zarina Zainoordin and Liza Ismail of Akademi Fantasia.

The trio think he is cool, he rocks and they would love to meet him this year.

Zarina said: "Andrew is cool. I salute him for taking on Man Bai's "Kau Ilhamku" in Malaysian Idol. He's brave, polite and promotes healthy family values.
"Andrew, from my family and I, Happy Chinese New Year, and keep striving to be the best."

Liza said: "Thanks for your support, Andrew. Happy Chinese New Year. Would love to meet U soon. Best wishes in your studies and concerts."

Edlin, who is Andrew's old school mate, said: "You are great, Andrew. I'd love to duet with you, since LeAnn Rimes and Ronan Keating teamed up for "Last Thing On My Mind".
"I did LeAnn and you did Ronan in our respective concerts.
"If you've got the time. I'd love to be LeAnn to your Ronan, for old school mates' sake."

The trio also sent their best wishes to Andrew's elder sister Michelle Tan, who is also a Gospel pop star from Kuala Lumpur.

BM Version
Kami Sayang Andrew - Edlin, Zarina & Liza (AF)

Andrew Tan, pemenang keempat Malaysian Idol dan penyanyi pop Kristian yang agak pendiam dan pemalu, adalah "hero" di mata tiga gadis jelita dari Akademi Fantasia iaitu Edlin Rahim, Zarina Zainoordin dan Liza Ismail.

Mereka menganggap Andrew seorang jejaka yang cool dan kacak serta berbudi bahasa. Mereka juga ingin berjumpa dengannya tahun ini.

Zarina berkata: "Andrew memang cool. Saya hormatinya kerana sanggup menyanyikan lagu Man Bai, "Kau Ilhamku", yang bukannya mudah.
"Saya amat tertarik dengan personalitinya yang sentiasa merendah diri, bersopan santun serta mengamalkan nilai kekeluargaan.
"Kepada saudaraku Andrew, Selamat Tahun Baru Cina dan selamat maju jaya."

Liza berkata: "Terima kasih kerana memberi sokongan kepada keluarga AF, Andrew. Selamat Tahun Baru Cina dan selamat maju jaya dalam nyanyian dan pelajaran. Harap dapat berjumpa dan berkenalan tahun ini."

Edlin, iaitu rakan sekolah Andrew dari Sekolah Menengah Taman Melawati, berkata: "U memang hebat, Andrew. Edlin ingin duet dengan U, semacam LeAnn Rimes berduet dengan Ronan Keating.
"Andrew pernah nyanyikan lagu Ronan dan Edlin pernah nyanyikan lagu LeAnn dalam konsert masing-masing.
"Jikalau Andrew ada masa lapang, Edlin ingin duet "Last Thing On My Mind" dengan Andrew. Kan kami rakan sekolah dulu?"

Edlin, Zarina dan Liza juga mengirim salam kepada kakak Andrew, Michelle Tan, juga seorang penyanyi pop Kristian dari Kuala Lumpur.