Tuesday, November 29, 2005

Animal "Idols" ("Idola" Haiwan)

These pictures are from www.jacsville.com
(Gambar ni semua dari www.jacsville.com)

No offence to the Idols. Just the impression of this blogger and his sister, Joanne. Just for laughs.
(Maaf kepada semua Idola kerana lawak bodoh ni. Jangan marahkan saya, ya. Ini hanyalah mimpi dan tanggapan blogger dan adiknya, Joanne)


Image Hosted by ImageShack.us
Nik Aidil Nik Zamri @ Bambi. Handsome, eh?

(Nik Aidil Nik Zamri @ Bambi. Kacak, kan?)



Image Hosted by ImageShack.us
Wooooh! Amy Azlan, beautiful hornbill, Guinness-coloured, from Ireland. She says: "Honey, please don't poke fun at dear Saiful. I'm Irish, U know!")

(Wooooh! Amy Azlan, kenyalang cantik dari Ireland. Bulu berwarna Guinness. Katanya: "Honey, please don't poke fun at dear Saiful. I'm Irish, U know!")



Image Hosted by ImageShack.us
This may be Reza Mohamad @ RM.
Tigers and RM (Ringgit Malaysia or Malaysian Dollar) cannot be separated, because the leading bank in Malaysia, Maybank, has a tiger mascot.
Or this may be Victor Lee Choon Keat, the Tiger Of Penang.
Both may be brave as tigers, but they are really friendly like cats.
No wonder Victor's name sounds like Lee Choon CAT.

(Ni mungkin Reza Mohamad @ RM.
Harimau dan RM (Ringgit Malaysia) tak boleh dipisahkan, sebab bank utama Malaysia iaitu Maybank bermaskot harimau.
Ni mungkin juga Victor Lee Choon Keat, Harimau Pulau Pinang.
Kedua-duanya berani macam harimau tapi sebenarnya mesra macam kucing.
Patutlah nama Victor berbunyi macam Lee Choon CAT)



Image Hosted by ImageShack.us
Bob Usop? He loves the Borneo Ape or Orang Utan. Mesra!

(Bob Usop? Dia suka Monyet Borneo atau Orang Hutan. Mesra!)



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"Yeah, yeah, yeah! Whassup! Whassup! This is Adam (Aizam) Mat Saman, the Sugar Bun Rabbit, and the Hottest Dude In Api-Api (Kota Kinabalu)"

("Yeah, yeah, yeah! Whassup! Whassup! Ini Adam (Aizam) Mat Saman, Arnab Sugar Bun dan Jejaka Terhangat Di Api-Api (Kota Kinabalu)")

Friday, November 25, 2005

Idol Look-Alikes

Jaycee Chan, son of Hong Kong actor Jackie Chan, does resemble Malaysian Idol 1's Andrew Tan.

This blogger thinks Jaycee is the one entertainment personality who resembles a Malaysian reality show star 99 per cent.

For photo of Andrew, check the archives of October 2004.

Other look alikes:
(This is the blogger's opinion)

- Linda Nanuwil of AF2 and Malaysian actress and model Nor Fazura Sharifuddin.
- MI judge Paul Moss and British pop star Sting (Gordon Sumner).
- Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer) of AF2 and Hong Kong actor and singer Jordan Chan.
- Tengku Xerra Tengku Zaimi Azlan of MI2 and the late Hong Kong actress and singer Anita Mui.
- Nita Hamzah of MI2 and Hong Kong singer Frances Yip.
- Daniel Lee of MI2 and Taiwanese singer Jay Chou.
- Azam Yakob of MI2 and Hong Kong actor Matt Cheng Ekin.
- Adi Fashla Juraimi of AF1 and the late Hong Kong actor and singer Danny Chan.
- Sahri Sarip of AF1 and Malaysian TV host Suhaimi Sulaiman.
- Bob Usop of AF2 and Malaysian TV host Mahadzir Lokman.
- Atie Abu Bakar of AF1 and Hong Kong actress Maggie Siu.
- Rosma Sidik of AF1 and Malaysian actress Sheila Rusly.
- Anding Zaini of AF2 and Malaysian actor Rashid Salleh.
- Nik Aidil Nik Zamri of AF3 and Hong Kong singer and actor Alex To.
- Amylea Azizan of AF3 and Malaysian TV host Rina Omar.
- Idayu Yaakob of AF3 and Malaysian singer and actress Amy Mastura Suhaimi.
- Akma Abdullah of AF3 and Hong Kong actress and singer Kelly Chan.
- Elliza Razak of AF3, Malaysian singer Winnie Kok and Hong Kong actress and singer Gillian Chung.
- Farah Asyikin Zulkifli of MI2 and Zarina Zainoordin of AF2 and American actress and singer Mandy Moore.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Wajah Mirip Idola Malaysia

Jaycee Chan, anak kepada aktor Hong Kong Jackie Chan, menyerupai bintang Malaysian Idol 1 (MI1) Andrew Tan.

Blogger ini berpendapat Jaycee mirip Andrew 99 peratus.

Untuk gambar Andrew, sila lihat Archives Oktober 2004.

Beberapa perbandingan wajah Idola Malaysia dan personaliti hiburan yang lain:
(Ini adalah pandangan blogger)

- Linda Nanuwil AF2 dan aktres dan model Malaysia Nor Fazura Sharifuddin.
- Hakim MI Paul Moss dan bintang pop British Sting (Gordon Sumner).
- Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer) AF2 dan aktor dan penyanyi Hong Kong Jordan Chan.
- Tengku Xerra Tengku Zaimi Azlan MI2 dan mendiang aktres dan penyanyi Hong Kong Anita Mui.
- Nita Hamzah MI2 dan penyanyi Hong Kong Frances Yip.
- Daniel Lee MI2 dan penyanyi Taiwan Jay Chou.
- Azam Yakob MI2 dan aktor Hong Kong Matt Cheng Ekin.
- Adi Fashla Juraimi AF1 dan mendiang aktor dan penyanyi Hong Kong Danny Chan.
- Sahri Sarip AF1 dan hos TV Malaysia Suhaimi Sulaiman.
- Bob Usop AF2 dan hos TV Malaysia Mahadzir Lokman.
- Atie Abu Bakar AF1 dan aktres Hong Kong Maggie Siu.
- Rosma Sidik AF1 dan aktres Malaysia Sheila Rusly.
- Anding Zaini AF2 dan aktor Malaysia Rashid Salleh.
- Nik Aidil Nik Zamri AF3 dan aktor dan penyanyi Hong Kong Alex To.
- Amylea Azizan AF3 dan hos TV Malaysia Rina Omar.
- Idayu Yaakob AF3 dan penyanyi dan aktres Malaysia Amy Mastura Suhaimi.
- Akma Abdullah AF3 dan aktres dan penyanyi Hong Kong Kelly Chan.
- Elliza Razak AF3, penyanyi Malaysia Winnie Kok dan aktres dan penyanyi Hong Kong Gillian Chung.
- Farah Asyikin Zulkifli MI2 dan Zarina Zainoordin AF2 dan aktres dan penyanyi Amerika Mandy Moore.

Thursday, November 24, 2005

Linda & Marsha R Sweet Kid Sisters To Lovely Vanessa

Vince Chong's beautiful elder sister and manager, Vanessa Chong, adores and loves Sabahan beauties Linda Nanuwil and her cousin Marsha Londoh as her Bornean "kid sisters".

On behalf of her family, Vanessa sends her Christmas greetings and best wishes to Linda and Marsha.

They wish Marsha a happy 20th birthday on December 6.

The Kadazan-Dusun cousins adore Vince and love him as their own elder brother. He is their idol amongst the leading men of reality shows.

Vanessa and Vince congratulate Linda on the launch of her debut album. They hope to team up with Linda and Marsha next year.

Vanessa thinks Linda and Marsha are natural beauties who have what it takes to be great entertainers.

Vanessa and Vince also congratulate Jaclyn Victor on her successful win in the Voice Of Asia in Shanghai recently.

They also send their Christmas greetings to Jaclyn and family and wish her a happy 27th birthday on December 4.





BAHASA MALAYSIA VERSION

Linda Dan Marsha Tetap Adik Comel Vanessa Di Sabah

Kakak dan pengurus Vince Chong iaitu Vanessa Chong sentiasa sayangi Linda Nanuwil dan sepupunya Marsha Londoh macam adiknya sendiri.

Bagi pihak Vince dan keluarganya, Vanessa mengirim salam Krismas dan salam maju jaya kepada Linda dan Marsha.

Dia turut mengirim salam hari jadi kepada Marsha yang akan berumur 20 tahun pada Disember 6.

Kedua-dua gadis Sabah itu amat menghormati dan menyayangi Vince macam abang mereka sendiri.

Vanessa dan Vince mengucapkan tahniah kepada Linda atas pelancaran album sulungnya. Mereka berharap dapat berganding suara dengan Linda dan Marsha tahun depan.

Vanessa berpendapat kedua-dua Linda dan Marsha amat jelita dan berbakat sebagai penghibur.

Vanessa dan Vince turut mengirim salam tahniah kepada Jaclyn Victor atas kemenangannya di pertandingan nyanyian Voice Of Asia di Shanghai baru-baru ini.

Mereka turut mengirim salam Krismas kepada Jaclyn dan keluarganya, dan selamat hari jadi kepada Jaclyn yang akan menyambut hari jadinya yang ke-27 pada Disember 4.

Monday, November 21, 2005

Tawau Bo & Orange Teddy Greet Bo Himself

"U rock steady, Bo! All the best," says handsome Yazer Yusof to American Idol 4 runner-up Bo Bice.

Bo is Yazer's favourite contestant in American Idol 4.

Zahid Baharuddin, whose good pal Dina Nadzir is a Bo fan, also sends the same message to Bo. He says: "All the best, Bo. U R the greatest."




BAHASA MALAYSIA VERSION

Bo Tawau Dan Beruang Comel Oren Kirim Salam Kepada Bo Bice

"U rock steady, Bo! All the best," kata si rocker kacak Yazer Yusof kepada naib juara American Idol 4 Bo Bice.

Bo ialah penyanyi kesukaan Yazer di American Idol 4.

Zahid Baharuddin pun kirim salam kepada Bo. Katanya: "All the best, Bo. U R the greatest."

Kawan baiknya Dina Nadzir ialah penyokong setia Bo.

Sunday, November 20, 2005

Orange Teddy Greets Pink Rose Of Flower Tray

Handsome Zahid Baharuddin, the Akademi Fantasia 2 (AF2) champion, says he is impressed with Malaysian Idol 2 (MI2) champion Daniel Lee, and hopes to sing alongside him soon.

Zahid says Daniel has a complete package and has the potential to be a great singer.

He admits that Daniel is quite a phenomenon in Malaysian music, not unlike Akademi Fantasia 3 (AF3) champion Mawi Ani.

Zahid hopes Daniel and Malaysian Idol 1 (MI1) runner-up Dina Nadzir, who is Zahid's own family pal, can sing together.

He also encourages lovely Elliza Razak, his protege-of-sorts from AF3, to sing with Daniel.

She is a big fan of Daniel and has been blowing kisses to the cute Kedahan who shares her love for the colour pink.

Zahid is from Teluk Intan (Diamond Bay) in Perak and is nicknamed the Orange Teddy Bear by the blogger and his sister, Joanne.

Orange is his favourite colour.

Daniel is from Kubang Pasu (Flower Tray) in Kedah, and is nicknamed the Pink Rose of Kubang Pasu or Pink Sugar Mouse of Kubang Pasu (he does resemble The Invisible Mouse of American Idol, Clay Aiken).

Elliza is nicknamed the Pink Sugar Mouse or Pink Rose of Kuala Kangsar, Perak (she was born in the Mouse Year, 1984).

Dina's paternal family hails from Kedah (Daniel's home state) and Penang (where Daniel studies and where Elliza's brothers live), and she is nicknamed the Green Teddy Bear.

Green is one of her favourite colours.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Beruang Comel Oren Kirim Salam Kepada Mawar Merah Jambu Di Kubang Pasu

Si kacak dan comel Zahid Baharuddin, juara Akademi Fantasia 2 (AF2), berkata dia kagum dengan bakat dan karisma juara Malaysian Idol 2 (MI2) Daniel Lee, dan ingin menyanyi bersamanya.

Zahid berkata Daniel mempunyai pakej yang lengkap serta potensi untuk menjadi penyanyi yang hebat dan terkenal.

Dia berkata Daniel adalah fenomena dalam industri muzik tanah air seperti juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Mawi Ani.

Zahid berharap Daniel dan naib juara Malaysian Idol 1 (MI1) Dina Nadzir, kawan keluarga Zahid, akan berduet.

Dia juga menggalakkan si cantik dan comel Elliza Razak, yang semacam anak muridnya dalam AF3, untuk berduet dengan Daniel.

Elliza adalah penyokong kuat Daniel dan amat menyayangi pemuda comel dan kacak kelahiran Kedah itu.

Elliza dan Daniel adalah peminat warna merah jambu.

Zahid berasal dari Teluk Intan di Perak dan digelar beruang comel oren oleh blogger ini dan adiknya, Joanne.

Zahid menyukai warna oren.

Daniel berasal dari Kubang Pasu di Kedah, dan digelar Mawar Merah Jambu dan Tikus Comel Merah Jambu di Kubang Pasu (dia menyerupai Tikus Halimunan American Idol iaitu Clay Aiken).

Elliza digelar Mawar Merah Jambu dan Tikus Comel Merah Jambu di Kuala Kangsar, Perak (dia lahir dalam Tahun Tikus, 1984).

Keluarga Dina sebelah bapa berasal dari Pulau Pinang (tempat Daniel belajar dan tempat tinggal abang Elliza), dan Kedah (negeri asal Daniel).

Dina digelar beruang comel hijau sebab dia menyukai warna hijau.

Wednesday, November 16, 2005

Zamil Idris @ HOT Pussycat - Smiler Of The Year

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Zamil with veteran singers Azlina Aziz (left) and her younger sister Liza Aziz.

(Zamil photos from zamil.blogspot.com)

Congrats 2 Zamil Idris. U R HOT.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Zamil Idris @ Kucing Comel HOT - Senyuman Terbaik 2005.

Tahniah Kepada Saudara Zamil Idris. Saudara memang HOT.

Monday, November 14, 2005

Idols' Aidil Fitri 2005 (Aidil Fitri Idola 2005)


Farah Z and Nik Aidil at Farah Z's Aidil Fitri party
(Farah Z dan Nik Aidil di rumah terbuka Aidil Fitri Farah Z)


Sufiah and Nik Aidil at Farah Z's Aidil Fitri party
(Sufiah dan Nik Aidil di rumah terbuka Aidil Fitri Farah Z)


Khai and Cico Harahap (popular actor) at the Prime Minister's Aidil Fitri party
(Khai dan Cico Harahap (aktor popular) di rumah terbuka Aidil Fitri Perdana Menteri Malaysia)

Image hosted by Photobucket.com
Idayu (L), Akma (R) and Kaer at The Malay Mail's Aidil Fitri
(Idayu (kiri), Akma (kanan) dan Kaer di jamuan Aidil Fitri The Malay Mail)

Thanks 4 Your Support My Dear Ash, Idayu Luvs U2

Lovely Nor Farah Idayu Yaakob thanks handsome Ashvin Nair for his moral support in her new-found singing career.

The Kelantanese beauty of Akademi Fantasia 3 (AF3) wishes the Ipoh hunk from Malaysian Idol 2 (MI2) all the best in his similar career, lots of love and Happy Deepavali, and hopes to meet up with him.

She says: "Brother Ash, U R a true gentleman, and on behalf of my family, I'd like to wish you success and happiness."

Idayu also sent her best wishes and Aidil Fitri greetings to Ash's fellow MI2 kids Nita Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli and Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, and to Malaysian Idol 1 (MI1) beauty Sufiah (Opie) Mohd Noor.

She wished Farah Asyikin or Farah Z happy birthday. Farah Z turned 26 on Nov 11.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Terima Kasih Atas Sokongan Mu, Bang Ash Tersayang, Idayu Sayang Mu

Si jelita Nor Farah Idayu Yaakob mengucapkan terima kasih kepada si kacak Ashvin Nair atas sokongan moral yang diberikan oleh Ashvin atau Ash kepadanya dalam karier nyanyian yang baru diceburinya.

Penyanyi dari Kelantan dan peserta Akademi Fantasia 3 (AF3) itu mengirim salam Deepavali, salam sayang dan salam maju jaya kepada jejaka tampan dari Ipoh yang merupakan peserta Malaysian Idol 2 (MI2) itu.

Dia ingin berjumpa dengan Ash.

Idayu berkata: "Bang Ash, U memang budiman. Bagi pihak keluargaku, saya ingin mengirim salam maju jaya dan salam mesra kepada bang."

Idayu mengirim salam Aidil Fitri dan salam maju jaya kepada rakan MI2 Ash iaitu Nita Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli dan Tengku Zaharah (Xerra) Tengku Zaimi, serta penyanyi jelita Malaysian Idol 1 (MI1) Sufiah (Opie) Mohd Noor.

Dia mengirim salam hari jadi ke-26 kepada Farah Asyikin yang juga digelar Farah Z. Farah Z menyambut hari jadinya pada Nov 11.

Sunday, November 13, 2005

U Will Always Be Special To Me, Kak Dian - Ijan To Rydee

Image Hosted by ImageShack.us
(From left) Boy, Adam & Ijan
(whiteshiro.blogspot.com)

Handsome Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman's band mate from hip hop trio Espirit De Corps (Edsco) Syahrilizan (Ijan) Awang Tahir says Rydiana (Rydee) Rahim is a great pop star in the making and he looks up to her as an elder sister, the way Adam does.

Ijan, who is a few months older than Adam, but is younger than Rydee, says that Adam's "kakak" (elder sister) is not only beautiful and talented, but also has a heart of gold.

He said: "Kak Dian always encourages me to excel in singing, and she also advises me to be true to my roots and myself.

"She is every bit a lady, every bit a beauty. I just love her."

He thinks Adam and Rydee ought to team up, in duets or as TV presenters in the near future.

Other up-and-coming singers he thinks Adam should work with are Sabahan beauties Nikki Palikat, Ekin Rahman, Azharina Azhar, Naufara Yasin, Pija Yasin and Balkish (Kiss) Khan.

Adam formed hip hop band Edsco together with his school mates Ijan and Boy (Sabhi Saddi) of Sandakan a year before he joined Akademi Fantasia 2 (AF2).

Rydee and Nikki are from Malaysian Idol 1 (MI1) while Ekin is from Akademi Fantasia 3 (AF3), and is a protege of Adam.

Ijan, Adam, Rydee, Azharina, Naufara and Pija are from Kota Kinabalu while Balkish is from Lahad Datu, like Rydee's Malaysian Idol 2 (MI2) protege Azam Yakob.

Balkish and Adam acted in the film Cinta Fotokopi.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Kak Dian Saya Hormati Sebagai Insan Istimewa - Ijan Kepada Rydee

Ahli kumpulan hip hop Espirit De Corps (Edsco) yang diasaskan oleh si kacak Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman, Syahrilizan (Ijan) Awang Tahir menyifatkan Rydiana (Rydee) Rahim seorang bakal ratu pop.

Seperti rakan sekolahnya Adam, Ijan juga menganggap Rydee sebagai "kakaknya".

Ijan, yang lahir beberapa bulan sebelum Adam, tetapi muda dari Rydee, berkata Rydee bukan sahaja jelita dan berbakat tetapi juga berhati mulia.

Katanya: "Kak Dian sentiasa galakkan saya menjadi penyanyi terbaik, dan sentiasa nasihati saya supaya jujur terhadap diri sendiri dan tidak lupakan asal-usul.

"Dia seorang wanita sejati, jelitawan sejati. Saya amat hormati dan sayanginya."

Ijan berharap Adam dan Rydee dapat berduet ataupun menghoskan rancangan bersama di masa akan datang.

Ijan juga ingin melihat Adam berduet dengan penyanyi baru jelita Sabah Nikki Palikat, Ekin Rahman, Azharina Azhar, Naufara Yasin, Pija Yasin dan Balkish (Kiss) Khan.

Adam mengasaskan Edsco bersama Ijan dan seorang lagi rakan sekolah mereka, Boy (Sabhi Saddi) dari Sandakan setahun sebelum dia menyertai Akademi Fantasia 2 (AF2).

Rydee dan Nikki adalah graduan Malaysian Idol 1 (MI1) manakala Ekin ialah graduan Akademi Fantasia 3 (AF3), dan juga anak didik Adam.

Ijan, Adam, Rydee, Azharina, Naufara dan Pija berasal dari Kota Kinabalu manakala Balkish berasal dari Lahad Datu, iaitu kampung asal anak didik Rydee dalam Malaysian Idol 2 (MI2) Azam Yakob.

Balkish dan Adam pernah berlakon dalam filem Cinta Fotokopi.

Friday, November 11, 2005

Lime Juice Cat, HOT Pussycat

Image Hosted by ImageShack.us
Adi Fashla Juraimi - Lime Juice Cat
(All photos from zamil.blogspot.com)

Image Hosted by ImageShack.us
Zamil Idris - HOT Pussycat

X-Fresh FM DJ Adi Fashla Juraimi and Hello On Two (HOT) host Zamil Idris sometimes look like brothers.

The two handsome guys recently met up at the former's radio station, where Adi Fashla interviewed Zamil on his career as a TV host.

This blogger and his sister, Joanne, call Adi Fashla the Lime Juice Cat because of a TV ad in which, not unlike a cat, he bent his body to drink lime juice pouring out of a fallen bottle at the side of a table.

Adi Fashla is the spokesman for Greenlove lime juice.

Zamil, a cat lover like Adi Fashla, is nicknamed HOT Pussycat because he hosts English language talk show Hello On Two (HOT) every morning.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Si Kucing Comel Limau Nipis Dan Si Kucing Comel HOT

DJ X-Fresh FM Adi Fashla Juraimi dan hos Hello On Two (HOT) Zamil Idris kekadang mirip adik-beradik.

Dua orang jejaka tampan ini telah berjumpa di stesen X-Fresh FM baru-baru ini, dan Adi Fashla telah menginterbiu Zamil pasal kariernya sebagai pengacara.

Blogger ini dan adiknya Joanne menggelarkan Adi Fashla sebagai Si Kucing Comel Limau Nipis.

Sebabnya ialah Adi Fashla mengiklankan jus limau nipis Greenlove di TV, dan dalam iklan TV itu, Adi Fashla dengan pantasnya membengkokkan badannya di tepi meja makan, macam seekor kucing comel, untuk meminum jus limau yang tertuang keluar dari botol yang terjatuh di tepi meja itu.

Zamil pula digelar Si Kucing Comel HOT sebab, seperti Adi Fashla, dia sukakan kucing, dan HOT ialah rancangan diskusi pagi Hello On Two (HOT) yang dihoskannya.

Tuesday, November 08, 2005

Balkish Greets Adam & Azam

Budding singer and actress Balkish Khan of Lahad Datu, Sabah, wishes Azam Yakob and Adam Mat Saman all the best in their singing and acting careers, and Happy Aidil Fitri.

Balkish and Azam share the same hometown. She is also a fan of Adam, who is from Sabah's capital Kota Kinabalu.

Balkish and Adam acted in the movie Cinta Fotokopi early this year.

Balkish, who is a graduate from talent contest Audition on NTV7, said she would love to sing with Adam, Azam, Ekin Rahman, Rydee Rahim, Nikki Palikat, Linda Nanuwil, Marsha Londoh, Felix Agus, Mas Ghani and Yazer Yusof, Sabah's Akademi Fantasia and Malaysian Idol graduates.

She's also a fan of fellow Sabahans Pija Yasin, winner of singing contest Mentor, and her elder sister, recording artiste Naufara Yasin, and Rydee's relative, last year's Bintang RTM singing contest champion Azharina Azhar.

Balkish sends her season's greetings to all Akademi Fantasia and Malaysian Idol singers, and all Sabahan entertainers.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Balkish Kirim Salam Kepada Adam Dan Azam

Bakat baru dalam bidang nyanyian Balkish Khan dari Lahad Datu, Sabah, mengirim salam Aidil Fitri dan maju jaya kepada Azam Yakob dan Adam Mat Saman dalam karier nyanyian dan lakonan mereka.

Balkish dan Azam adalah rakan sekampung. Dia adalah peminat Adam, yang berasal dari Kota Kinabalu.

Balkish dan Adam telah berlakon dalam filem Cinta Fotokopi awal tahun ini.

Balkish, yang menyertai pertandingan nyanyian Audition di NTV7, berkata dia ingin berduet dengan Adam, Azam, Ekin Rahman, Rydee Rahim, Nikki Palikat, Linda Nanuwil, Marsha Londoh, Felix Agus, Mas Ghani dan Yazer Yusof, anak negeri Sabah dalam Akademi Fantasia dan Malaysian Idol.

Dia juga meminati rakan senegerinya Pija Yasin, juara pertandingan nyanyian Mentor, dan kakaknya, penyanyi Naufara Yasin, dan saudara Rydee, juara Bintang RTM tahun lalu Azharina Azhar.

Balkish mengirim salam perayaan kepada semua penyanyi AF dan MI, serta penghibur dari negeri Sabah.

Saturday, November 05, 2005

Azza Shares Sunshine's Hopes For Young Stars

Adorable Azzariah (Azza) Suaymi of Akademi Fantasia 1 (AF1) shares her close friend Suriati (Atie) Abu Bakar's (my sister and I call her Miss Sunshine) hopes for Malaysia's young stars.

Azza advises them to stay on the middle path, always be happy and be close to their families.

Azza wishes all her juniors the best in their careers and lives. She has high regards for Akademi Fantasia 2's (AF2) Farah Anuar and Nurul Hamid, and Akademi Fantasia 3's (AF3) Amylea Azizan and Amy Azlan.

Of the Malaysian Idol (MI) guys, Azza would love to meet adorable "Kitten" Saiful Bakeri, who is like a kid brother to Nurul, and who admires Atie's natural beauty and Azza's own sweetness.

Azza sends her season's greetings (Deepavali, Aidil Fitri, Christmas, New Year and Chinese New Year) to all of them, and other young entertainers who have been in the music industry for the last 10 years.

"The entertainment world is full of dangers, even if it gives U the time of your life. What is most important is, love your family, and always be moderate," says Azza.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Azza Kongsi Harapan Atie Buat Bintang Muda

Si comel dan jelita dari Akademi Fantasia 1 (AF1), Azzariah (Azza) Suaymi berkongsi harapan dengan rakan seperjuangannya Suriati (Atie) Abu Bakar buat bintang-bintang hiburan muda Malaysia.

Azza menasihati bintang-bintang muda supaya amalkan kesederhanaan, senyum selalu dan sayangi keluarga.

Azza mengirim salam maju jaya kepada semua bintang rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) dan Malaysian Idol (MI).

Dia amat kagumi Farah Anuar dan Nurul Hamid dari Akademi Fantasia 2 (AF2) serta Amylea Azizan dan Amy Azlan dari Akademi Fantasia 3 (AF3).

Pemuda Malaysian Idol (MI) yang Azza ingin jumpa ialah "Anak Kuching" Saiful Bakeri, yang semacam adik comel kepada Nurul.

Saiful kagumi kejelitaan Atie dan kecomelan serta kemesraan Azza.

Azza mengirim salam perayaan (Deepavali, Aidil Fitri, Krismas, Tahun Baru dan Tahun Baru Cina) kepada semua bintang rancangan realiti serta bintang-bintang muda yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 10 tahun yang lalu.

"Dunia hiburan penuh dengan cabaran, walaupun ia membuatkan anda menjadi terkenal dan diminati. Jika anda ingin berjaya dalam dunia hiburan, anda harus amalkan kesederhanaan dan sayangkan keluarga," kata Azza.

Thursday, November 03, 2005

Khai's Bittersweet Aidil Fitri - Mawi, Nur Amalina & Accidents

Akademi Fantasia 1 (AF1) runner-up Khai (Khairul Nizam Wahi) says this year's Aidil Fitri is a bittersweet one for him.

In greeting all his fans, Khai said the happiest moment of his life this year was to see his fellow Johorean Asmawi (Mawi) Ani win Akademi Fantasia 3 (AF3).

Khai said Mawi was a great pop star in the making, a devout and wholesome gentleman, and a kampung boy who made it good in life by utilising his God-given talent.

He also said Mawi was an ideal anti-drug activist who could influence Malaysian youths to stay away from drugs, having lost a loved one to drug addiction.

"As a Johor Baru boy, I'm overjoyed that he's won AF3. I hope to meet up with him more often, as I've been with him all the way," he said.

Mawi lives in Kulai, which was once part of Johor Baru, but is now a separate district.

Khai is also happy that Nur Amalina Che Bakri, a student from Kota Tinggi, Johor, scored 17As for her Malaysian Certificate Of Education (SPM) examination this year.

He said Nur Amalina's success not only made him proud to be Johorean, but also reminded youngsters that they could excel in their studies if they truly worked hard, and managed their time properly.

Nur Amalina is a big fan of Akademi Fantasia and also excels in extra-curricular activities.

While Khai has never had any sad Aidil Fitri, he is always saddened by the abundance of fatal road accidents every festive season.

He said: "It is the same sad story every year. So many lose their lives as a result of reckless driving. It's time we Malaysians learn to value our lives and the lives of our loved ones, especially when we are on the road."

Khai sent his Aidil Fitri greetings to Malaysian Idol 2 (MI2) unsuccessful contestants Malisa Janudin and Azni Aggoh from Johor Baru.

He urged them not to give up in pursuing their dreams of becoming successful singers. Both Malisa and Azni failed to make it to the Top 11 of MI2.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Suka-Duka Aidil Fitri Khai - Mawi, Nur Amalina Dan Kemalangan Jalan Raya

Naib juara Akademi Fantasia 1 (AF1) Khai (Khairul Nizam Wahi) berkata Aidil Fitri tahun ini adalah pengalaman yang manis dan juga pahit untuknya.

Sambil mengirim salam Aidil Fitri kepada semua peminatnya, Khai berkata pengalaman yang paling menggembirakan baginya tahun ini ialah melihat rakan sekampungnya Asmawi (Mawi) Ani memenangi Akademi Fantasia 3 (AF3).

Khai berkata Mawi bakal menjadi bintang terkenal dan menyifatkan anak jati Johor itu sebagai seorang pemuda yang kuat beriman serta jujur dan merendah diri.

Khai juga berkata Mawi seorang anak kampung yang gigih berusaha untuk mencapai cita-citanya dengan menggunakan sepenuhnya bakat yang diberikan olehNya.

Katanya, Mawi seorang aktivis anti-dadah yang ideal dan boleh mempengaruhi belia Malaysia untuk menghindari dadah.

Mawi telah kehilangan seorang saudara akibat penyalahgunaan dadah.

"Sebagai anak jati Johor Baru, saya amat, amat gembira Mawi menang AF3. Saya ingin berjumpa dengannya lebih kerap, dan saya telah menyokongnya dari hari pertama AF3," katanya.

Mawi tinggal di Kulai, yang dahulunya sebahagian Johor Baru, tetapi kini sebuah daerah yang berasingan.

Khai juga amat gembira kerana Nur Amalina Che Bakri, pelajar dari Kota Tinggi, Johor, mendapat 17A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Katanya, kejayaan Nur Amalina membuatkannya bangga menjadi anak Johor.

Yang lebih penting, kejayaan Nur Amalina adalah bukti anak-anak muda Malaysia boleh berjaya dalam pelajaran asalkan mereka berusaha gigih dan pandai menguruskan masa.

Nur Amalina seorang peminat setia Akademi Fantasia dan juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum sekolahnya.

Walaupun Khai tidah pernah mengalami peristiwa sedih di Aidil Fitri, dia sentiasa sedih mendengar pasal kemalangan jalan raya yang meragut banyak nyawa di musim Aidil Fitri.

Katanya: "Setiap tahun kemalangan maut berlaku. Banyak orang terkorban akibat kecuaian pemandu-pemandu. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia menghargai nyawa sendiri dan orang tersayang, terutama ketika memandu di jalan raya."

Khai mengirim salam Aidil Fitri kepada peserta Malaysian Idol 2 (MI2) yang tidak berjaya memasuki Top 11, Malisa Janudin dan Azni Aggoh dari Johor Baru.

Katanya, dia berharap Malisa dan Azni tidak akan putus asa dalam usaha mereka menjadi penyanyi yang berjaya.