Friday, September 30, 2005

Kaer Dearest, I'd Love To Be Your Protege

Long-legged beauty Asiah Tunakma Abdullah or Akma of Akademi Fantasia 3 (AF3) cannot stop "loving" handsome Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami of Akademi Fantasia 2 (AF2).

Akma has high regards for Kaer, because he is sweet, funny, humble, caring and very knowledgeable, besides having a great voice.

He also resembles her screen idol Keanu Reeves, in certain photographs. Both have a love for things Japanese including sushi.

Akma also adores Kaer for his love of cats. She always says that people who love cats are very loving and caring.

"Kaer is a real sweetheart. I just love him. I'd be most honoured to duet with my senior, and I always wish him all the best in his career," she said.

Akma sent her best wishes to Malaysian Idol 1's (MI1) Sufiah (Opie) Mohamad Noor, Kaer's family pal, Malaysian Idol 2 (MI2) runner-up Norhanita (Nita) Hamzah, MI2 second runner-up Farah Asyikin Zulkifli and MI2 seventh-placed Tengku Zaharah Tengku Zaimi (Xerra).

She said she was confident they would become successful singers and entertainers.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Adik Kaer Tersayang, Kak Akma Rela Jadi Protege Mu

Jelitawan tinggi lampai dari Akademi Fantasia 3 (AF3) Asiah Tunakma Abdullah atau Akma amat menghormati serta menyayangi si comel dan kacak Akademi Fantasia 2 (AF2)Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami.

Akma menyifatkan Kaer seorang pemuda yang manis, comel, lucu, rendah diri, prihatin, penyayang dan berilmu, serta memiliki suara yang merdu.

Kaer juga kadang-kadang menyerupai idola filem Akma, Keanu Reeves.

Kaer dan Akma pun gemar makan sushi.

Akma juga menyayangi Kaer sebab dia sukakan kucing. Akma sentiasa berkata, orang yang menyukai kucing amat penyayang.

"Kaer betul-betul comel dan manis. Saya amat sayangkannya dan hormatinya. Saya akan rasa gembira dapat berduet dengannya ataupun menimba ilmu dengannya. Saya sentiasa doakan kejayaan, kebahagiaan dan kesihatannya," katanya.

Akma juga mengirim salam maju jaya kepada Sufiah Mohamad Noor (Opie), kawan Kaer dari Malaysian Idol 1 (MI1), naib juara Malaysian Idol 2 (MI2) Norhanita (Nita) Hamzah, naib juara kedua MI2 Farah Asyikin Zulkifli dan pemenang tempat ke-7 MI2 Tengku Zaharah Tengku Zaimi atau Xerra.

Akma yakin mereka berempat akan menjadi penyanyi dan penghibur yang berjaya.

I Lost A Loved One Because Of Drugs - Mawi

This article appeared in Harian Metro, a Bahasa Malaysia newspaper under The New Straits Times Press, on Sept 29, 2005

By Rudy Imran Shamsudin

Akademi Fantasia 3 (AF3) champion Asmawi Ani or Mawi said a young relative of his died of drug abuse, and this made him become an anti-drug activist.
He said: "Malaysian youths, I call on you to stay clear from drugs because it destroys your lives and your loved ones, too.

"Drug abuse not only kills drug addicts but condemns their parents to a life of misery, too.

"I have met parents who were ostracised by society because their children were involved in drug abuse."

Mawi was speaking to students at a local university recently, as part of the Malaysian Government's annual anti-drug abuse campaign.

Mawi said he was thankful to God that his relative who died of drug abuse was able to seek his loved ones' forgiveness before he left this world.

"I was once approached by addicts and offered drugs, but I declined it, because drugs killed my relative, and they destroy lives."



BAHASA MALAYSIA VERSION

Saudaraku Mati Kerana Dadah - Mawi

Artikel ini adalah dari akhbar Harian Metro, di bawah syarikat The New Straits Times Press, Sept 29, 2005

Oleh Rudy Imran Shamsudin

Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi berkata seorang saudaranya mati akibat penyalahgunaan dadah, dan ini telah mengakibatkannya menjadi seorang belia yang membenci dadah.

Katanya: "Kepada remaja Malaysia, saya menyeru agar jauhi najis dadah kerana
ia akan memusnahkan hidup dan keluarga anda.

"Najis dadah merosakkan harapan dan memusnahkan impian penagih sendiri dan juga ibu bapa mereka.

"Saya sendiri pernah melihat bagaimana ibu bapa dinista akibat anaknya bergelar penagih dadah."

Mawi berucap kepada pelajar sebuah universiti tempatan dalam kempen anti-dadah anjuran kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Mawi berkata dia amat terharu dan redha melihat saudaranya yang mati akibat menagih dadah itu sempat memohon maaf kepada keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Saya sendiri pernah diberi dadah oleh penagih tetapi saya menolaknya sebab saudara saya yang disayangi mati akibat dadah."

Wednesday, September 28, 2005

Guardian Of Sabah's Royal Crypt Seeks Audience With Labuan's Little Princess

Image hosted by Photobucket.com
Azam Yakob (www.friendster.com)

Azam Yakob, Malaysian Idol 2 (MI2) ninth-placed from Lahad Datu in Sabah, hopes to meet Akademi Fantasia 3 (AF3) eighth-placed from Labuan Federal Territory, Ekin (Norashikin) Abdul Rahman.

Azam thinks Ekin is a beautiful and charismatic singer, who keeps her fans spell-bound. She is adorable to a fault, he thinks.

Azam wishes Ekin all the best in her singing career, and Happy Hari Raya Aidil Fitri.

He also sends his best wishes and Happy Hari Raya Aidil Fitri to Ekin's mentor-of-sorts, Akademi Fantasia 2 (AF2) second runner-up Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman of Kota Kinabalu, Sabah.

Azam's mentor-of-sorts, Malaysian Idol 1 (MI1) ninth-placed Rydiana (Rydee) Abdul Rahim also sends her best wishes and Aidil Fitri greetings to Ekin and Adam.

Rydee is Adam's loving "elder sister" of sorts, and she hails from Kota Kinabalu, his hometown.

Lahad Datu literally means "Royal Crypt". Sabah was originally ruled by the sultans of the kingdom of Sulu, which is today part of the Philippines.

Labuan was originally part of Brunei, and the sultans of Brunei used to rule their vast empire from that island, as well as from Brunei City (Bandar Seri Begawan).



BAHASA MALAYSIA VERSION

Pembesar Lahad Datu Ingin Mengadap Puteri Labuan

Azam Yakob, pemenang tempat ke-9 Malaysian Idol 2 (MI2) dari Lahad Datu di Sabah, ingin berjumpa pemenang tempat ke-8 Akademi Fantasia 3 (AF3) dari Wilayah Persekutuan Labuan, Ekin (Norashikin) Abdul Rahman.

Azam menganggap Ekin seorang gadis yang amat comel, jelita serta berkarisma sebagai penyanyi, dan kecantikan serta bakatnya amat memukau peminatnya.

Azam mengirim salam maju jaya dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Ekin.

Dia juga mengirim mesej yang sama kepada "mentor" Ekin, naib juara kedua Akademi Fantasia 2 (AF2) Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman dari Kota Kinabalu, Sabah.

"Mentor" Azam, pemenang tempat ke-9 Malaysian Idol 1 (MI1) Rydiana (Rydee) Abdul Rahim juga mengirim salam maju jaya dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada Ekin dan Adam.

Rydee adalah "kakak" penyayang Adam, dan juga berasal dari Kota Kinabalu. Dia sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan "adik"nya yang tersayang.

Lahad Datu mendapat namanya dari makam sultan-sultan Sulu di bandar itu.

Sabah asalnya diperintah oleh sultan Sulu. Kepulauan Sulu hari ini adalah sebahagian daripada negara Filipina.

Labuan asalnya sebuah pusat pentadbiran sultan Brunei, selain Bandar Brunei atau kini digelar Bandar Seri Begawan.

Dina Would Love To Team Up With Daniel

Malaysian Idol 1 (MI1) runner-up Dina Nadzir wishes Malaysian Idol 2 (MI2) champion Daniel Lee all the best in his singing career and hopes to team up with him in future.

Dina also sends her best wishes to her old pal, Akademi Fantasia 2 (AF2) champion Zahid Baharuddin and his protege-of-sorts Elliza Razak of Akademi Fantasia 3 (AF3), a staunch supporter of Daniel.

She congratulates Zahid on winning the Most Promising New Artiste award at the recent Era Radio Awards 2005.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Dina Ingin Berganding Suara Dengan Daniel

Naib juara Malaysian Idol 1 (MI1) Dina Nadzir mengirim salam tahniah dan maju jaya kepada juara Malaysian Idol 2 (MI2) Daniel Lee. Dina berharap dapat berduet dengan Daniel tidak lama lagi.

Dina juga mengirim salam maju jaya kepada kawan lamanya, juara Akademi Fantasia 2 (AF2) Zahid Baharuddin dan "protege" nya iaitu Elliza Razak dari Akademi Fantasia 3 (AF3). Elliza adalah penyokong kuat Daniel.

Dina mengucapkan tahniah atas kejayaan Zahid memenangi gelaran Artis Harapan Baru di anugerah Era Radio 2005 baru-baru ini.

Tuesday, September 27, 2005

Sufiah (Opie) Salutes Top 3 Gals Of MI2

Image Hosted by ImageShack.us
(From left) Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra) and Sufiah Mohamad Noor (Opie) at the grand finale of Malaysian Idol 2 (tftif.blogspot.com)

Image Hosted by ImageShack.us
(From left) Sufiah Mohamad Noor (Opie) and Norhanita (Nita) Hamzah at the grand finale of Malaysian Idol 2 (tftif.blogspot.com)

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
(From left) 8TV host Marion Caunter, Sufiah Mohamad Noor and Farah Asyikin Zulkifli at the grand finale of Malaysian Idol 2 (tftif.blogspot.com).


GENTING HIGHLANDS: Budding jazz and R&B singer Sufiah (Opie) Mohd Noor is all praises for Malaysian Idol 2 (MI2) runner-up Norhanita (Nita) Hamzah and second runner-up Farah Asyikin Zulkifli.
She also admits being a big fan of third-ranked woman contestant Xerra or Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan, who finished seventh.
Malaysian Idol 1 (MI1) 11th-placed Sufiah, 27, said she would love to collaborate with the MI2 "leading ladies" because they shared similar "life journeys" with her.
Nita, 25, and Xerra, 25, have been night club singers in the Golden Triangle for the last seven years, not unlike Sufiah. Farah, 26, and Sufiah, both studied in Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya.
Both Farah and Sufiah share a liking for Japanese food, while Farah adores and respects Sufiah's family friend, budding R&B singer Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami, who participated in Akademi Fantasia 2.
Sufiah, whose debut album will be launched at the end of the year, describes Nita, Farah and Xerra as singers who displayed a "fighting spirit" and won the hearts of many fans.
"I'm very proud of them, and the other contestants of MI2. They have all brought their individual styles into the reality show and enriched the MI experience," she said.
"It has always been my wish for the MI1 and MI2 singers to team up. We are all learning new skills as singers every day, and I must admit that my juniors have also showed me a thing or two about great performances."
Farah said she had high regards for Sufiah because she exuded great self-confidence on stage, had a powerful voice and a sweet personality.
Xerra said she hoped to work with Sufiah in future, because she could learn from her senior in her mission to become a successful recording artiste.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Sufiah (Opie) Kagumi 3 Wanita Teratas Di MI2

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi jazz dan R&B baru, Sufiah (Opie) Mohd Noor mengkagumi bakat nyanyian 3 wanita teratas dalam Malaysian Idol 2 (MI2), iaitu pemenang tempat ke-2 Norhanita (Nita) Hamzah, pemenang tempat ke-3 Farah Asyikin Zulkifli dan pemenang tempat ke-7 Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra).
Sufiah, 27, yang mendapat tempat ke-11 dalam Malaysian Idol 1 (MI1) tahun lalu, berkata dia ingin bergabung suara dengan Nita, Farah dan Xerra sebab mereka bertiga mempunyai pengalaman hidup yang sama dengannya.
Nita dan Xerra, kedua-duanya 25 tahun, adalah penyanyi kelab malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, macam Sufiah sebelum menyertai MI2. Sufiah, Nita dan Xerra menjadi penyanyi kelab malam selama 8 tahun.
Farah, 26, adalah rakan sekolah Sufiah di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya.
Farah dan Sufiah menyukai masakan Jepun. Farah juga amat menghormati dan menyayangi kawan keluarga Sufiah dan penyanyi R&B baru Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami dari Akademi Fantasia 2 (AF2).
Sufiah, dari Petaling Jaya, akan melancarkan album sulungnya hujung tahun ini. Katanya, Nita, Farah dan Xerra adalah penyanyi yang mempunyai semangat juang yang tinggi, dan memikat hati ramai peminat MI.
"Saya amat berbangga dengan kejayaan mereka, dan juga peserta MI2 yang lain. Mereka semua telah memberikan nafas baru kepada MI dan memperkayakan rancangan ini," katanya.
"Saya selalu ingin melihat penyanyi MI1 dan MI2 bergabung suara. Sebagai penyanyi baru, yang masih lagi menimba ilmu, saya berpendapat penyanyi MI2 adalah kelebihan tersendiri."
Farah berkata dia amat menghormati Sufiah kerana keyakinan dirinya yang tinggi, suaranya yang mantap dan personalitinya yang manis.
Xerra berkata dia ingin berduet dengan Sufiah kerana penyanyi senior itu dapat berkongsi pengalaman dengannya, dan ini akan membantunya menjadi penyanyi yang berjaya.

Monday, September 26, 2005

Thanks, Anuar, For The Useful Pointers

From The Malay Mail.

GENTING HIGHLANDS: At the Malaysian Idol 2 (MI2) grand finale, Daniel Lee sang ‘You'll Be In My Heart’.
The theme song from the Disney movie, Tarzan, could well be dedicated to one of his favourite guest judges, popular artiste Anuar Zain.
Greatly valuing Anuar's constructive criticism of his singing, Lee said the acclaimed singer struck him as a kind, humble, caring and "very Malaysian" entertainer.
"Anuar is simply great. I'd love to team up with him, if given the chance. He's worked very hard to become who he is today, and he never forgets his fans," he said.
Lee hoped to emulate Anuar by striving to be a versatile singer who reached out to all Malaysians.
"My definition of a Malaysian Idol is one who is musically versatile, friendly, wholesome and truly Malaysian," he said, adding that Anuar met his criteria.
Meanwhile, acclaimed composer Freddie Fernandez congratulated Lee on his victory, and expressed confidence he would become a successful singer, provided he worked hard to achieve his dream.
Budding artiste Elliza Razak, whose elder sister Ellina was Anuar's singing partner in 1980s sensation ‘Anuar Dan Ellina’, wished Daniel all the best in his singing career. She was a contestant of rival reality show, Akademi Fantasia 3.
Mentor winner Norafizah (Pija) Yasin and her elder sister, recording artiste Naufara Yasin, and “Mentor” runner-up Nabil Damanhuri also congratulated Daniel on his victory.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Terima Kasih, Abang Anuar

Dari The Malay Mail

GENTING HIGHLANDS: Di konsert akhir Malaysian Idol 2 (MI2), Daniel Lee menyanyikan lagu "You'll Be In My Heart" atau "Kau Di Hatiku".
Lagu tema filem animasi Disney "Tarzan" ini mungkin ditujukan khas buat hakim jemputan yang diminatinya, artis popular tanah air, Anuar Zain.
Lee amat menghargai kritikan konstruktif Anuar semasa pertandingan. Katanya, Anuar amat merendah diri, berbudi bahasa, prihatin dan berjiwa Malaysia.
"Abang Anuar memang hebat. Saya ingin berganding suara dengannya, jikalau diberi peluang. Dia telah berusaha keras untuk menjadi penyanyi terkenal dan dia tidak lupakan peminatnya," katanya.
Lee ingin mencontohi Anuar dengan berusaha bersungguh-sungguh menjadi penyanyi versatile yang diminati oleh semua lapisan masyarakat.
Katanya: "Seorang idola Malaysia adalah versatile, prihatin, rendah diri, sopan dan berjiwa Malaysia." Lee berkata Anuar adalah contoh idola Malaysia.
Komposer terkenal Freddie Fernandez mengucapkan tahniah kepada Lee, dan berasa yakin Lee akan menjadi penyanyi terkenal asalkan dia berusaha keras mencapai cita-citanya.
Artis baru Elliza Razak, adik kepada Ellina Razak, rakan duet Anuar dalam kumpulan sensasi 1980an "Anuar Dan Ellina", mengirim salam maju jaya kepada Lee. Elliza adalah peserta Akademi Fantasia 3.
Juara "Mentor" Norafizah (Pija) Yasin dan kakaknya, artis baru Naufara Yasin, dan naib juara "Mentor" Nabil Damanhuri juga mengucapkan tahniah kepada Lee.

Daniel Is A Step Closer To His Dream

From The Malay Mail

Image hosted by Photobucket.com
Malaysian Idol judges (from left) Roslan Aziz, Fauziah Latiff, Wan Norafizah Wan Ariffin (Nora) (Mentor of Nabil Damanhuri, Mentor runner-up) and Paul Moss (www.malaysianidol.com)

GENTING HIGHLANDS: For newly-crowned Malaysian Idol 2 (MI2) champion Daniel Lee Chee Hun, he is now a step closer towards realising his dream of becoming a recording artiste.
“It has been my dream to be a recording artiste. Before the show, I did not have the right avenue to realise it,” said the 23-year-old Kedahan, who is pursuing a degree in music at Universiti Sains Malaysia (USM), Penang.
The third of five siblings and the only ‘musician’ in his family, Lee took part in many singing contests in Kedah, before making it big in MI2.
“My parents encouraged me to audition for MI2. I am grateful to them for their love and support, for their faith in me,” he said.
“I'd very much want to repay them by working hard to be a successful singer and entertainer, and a role model to young Malaysians.”
Lee said the MI2 experience taught him to be strong, confident and open-minded.
He said: “While the criticisms of all three contest judges "stung" me many a time, I greatly appreciate it, because they were honest and pointed out my flaws so that I can improve my singing.”
Lee said MI2 also trained him in singing English songs, and brought him new friends from around the country.
“We all became close like brothers and sisters. I'll always cherish this wonderful moment with my fellow contestants.”
Lee, who excels in playing the piano, guitar and violin, and composes his own songs, said while Malaysians voted him champion, he felt that all the top 11 contestants were winners.
“Each of us has a certain specialty. There are many songs which Nita (runner-up Norhanita Hamzah) sings, that I have yet to master.”
Lee said he was most comfortable singing in Bahasa Malaysia because it was the first formal language he learnt before English and Chinese.
He said he planned a mix of English, Malay and Chinese songs in his debut album. He plans to be a full-time singer.
He said he would love to collaborate with Nita and second runner-up Farah Asyikin Zulkifli, because they both have their musical strengths which complement his.
Nita, 25, of Gombak, said she was grateful to her mother for encouraging her to audition for MI2.
The nightclub singer with eight years' experience said MI2 helped her improve self-confidence and singing greatly.
Nita, the third of five siblings, can sing in English, Malay and Chinese.
“MI2 is my first major singing contest, too. I'm very happy to have been part of the MI2 experience which taught me about friendship and self-improvement,” she said.
She said she had great respect for the MI2 judges especially Paul Moss for his brutal honesty in pointing out her musical flaws.
Nita would love to sing with Lee again. She is all praises for his unique falsetto voice and calls him the MI2 "Falsetto King".
Lee received 68 per cent of the 1.67 million votes sent during the grand finale here while Nita received 32 per cent. Last year's finale had only a million votes.
Lee won himself a Sony-BMG recording contract.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Daniel Melangkah Setapak Ke Depan Untuk Mencapai Mimpinya

Dari The Malay Mail

GENTING HIGHLANDS: Juara Malaysian Idol 2 (MI2), Daniel Lee Chee Hun kini sudah melangkah setapak ke depan untuk mencapai mimpinya menjadi artis terkenal.
"Sejak kecil lagi saya ingin menjadi seorang artis. Sebelum memasuki MI2, saya tidak ada peluang untuk menceburi bidang nyanyian," kata Lee, 23, dari Kedah. Dia seorang pelajar muzik di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Anak ketiga daripada lima beradik, dan "pemuzik" dalam keluarganya, Lee telah memasuki banyak pertandingan nyanyian kecil di Kedah, sebelum memasuki MI2.
"Ibu bapa yang galakkan saya memasuki MI2. Saya amat terhutang budi atas sokongan padu dan kasih sayang mereka.
"Saya akan membalas jasa mereka dengan bekerja keras untuk menjadi penyanyi dan penghibur terkenal dan contoh kepada golongan muda negara," katanya.
Lee berkata MI2 melatihnya menjadi kental, konfiden dan bersikap terbuka.
Katanya: "Kritikan hakim MI2 kadang-kadang menyengat, tetapi saya amat menghargainya sebab mereka amat jujur dalam memperbetulkan kesilapan saya agar saya layak bergelar penghibur."
Lee berkata MI2 melatihnya membawakan lagu Inggeris serta memberikannya peluang berkenalan dengan kawan baru dari seluruh negara.
"Kami semua menjadi amat rapat macam adik-beradik. Saya akan sentiasa hargai pengalaman di MI2."
Lee pandai bermain piano, gitar dan biola serta menggubah lagunya sendiri. Katanya, walaupun dia adalah juara MI2, 10 finalis yang lain juga layak digelar juara.
"Setiap satu finalis ada kelebihan tersendiri. Banyak lagu yang dibawakan oleh Nita (naib juara Norhanita Hamzah) belum tentu saya dapat nyanyikan dengan baik."
Lee berkata dia paling selesa menyanyikan lagu Bahasa Malaysia sebab ia adalah bahasa yang pertama dipelajarinya, sebelum Bahasa Inggeris dan Cina.
Katanya, album sulungnya akan mengandungi lagu-lagu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.
Lee ingin bergabung suara dengan Nita dan naib juara kedua Farah Asyikin Zulkifli semula, sebab mereka berdua mempunyai kelebihan vokal tersendiri.
Nita, 25, dari Gombak berkata dia terhutang budi kepada ibunya kerana menggalakkannya memasuki MI2.
Nita telah menjadi penyanyi kelab malam selama lapan tahun sebelum memasuki MI2.
Katanya, MI2 telah membantunya menjadi lebih yakin dan mempertingkatkan kualiti nyanyiannya.
Anak ketiga daripada lima beradik, Nita boleh menyanyikan lagu Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina.
"MI2 ialah pertandingan nyanyian serius saya yang pertama. Saya amat berbangga menjadi sebahagian MI2 kerana ia mempertingkatkan mutu nyanyian saya dan mengajar saya erti persahabatan," katanya.
Dia amat menghormati hakim MI2 terutama Paul Moss kerana bersikap jujur memperbetulkan kesilapannya.
Nita ingin berganding suara dengan Lee semula. Dia berkata suara falsetto Lee memang unik dan dia patut digelar "Raja Falsetto" MI2.
Lee mendapat 68 peratus daripada 1.67 juta undi peminat semasa konsert akhir MI2. Nita mendapat 32 peratus.
Di konsert Malaysian Idol 1 (MI1) tahun lalu, hanya sejuta undi dihantar oleh peminat.
Lee memenangi kontrak rakaman Sony-BMG.

Konnichiwa To U, Brave Akma - Nita, Farah Z & Xerra

Malaysian Idol 2 (MI2) runners-up Norhanita (Nita) Hamzah and Farah Asyikin Zulkifli, and seventh-placed Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra) salute Akademi Fantasia 3 (AF3) seventh-placed Asiah Tunakma Abdullah.

The trio are inspired by her determination, and describe her as a role model for young Malaysians.

They thank Akma for her strong support of them in the contest and their singing careers.

Akma participated in countless singing contests before making it big in AF3.

Farah Zulkifli shares her school mate Malaysian Idol 1 (MI1) finalist Sufiah (Opie) Mohamad Noor's wish that Akma duet with Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), Sufiah's family pal.

Sufiah and Farah Zulkifli think the duo are compatible as singing partners, because of their love of things Japanese, their similar age, and Kaer's slight resemblance of Akma's favourite actor Keanu Reeves.

My sister and I composed this little poem in Bahasa Malaysia as a tribute to Akma, Sufiah, Nita, Farah Zulkifli and Xerra before the Malaysian Idol 2 finale.

Opie Dan Xerra Penyeri BB,
Nita Seri Gombak Tetap Di Hati,
Akma Tersayang, Ingatlah Kak Farah Z,
Duetlah Dengan Adikmu, Wan Kaer Azami

English Translation

Opie And Xerra Shine In BB (BB is Bukit Bintang, Kuala Lumpur's night club area),
Nita, The Light Of Gombak, Is Always In Our Hearts
Beloved Akma, Remember Big Sister Farah Z,
Sing A Duet With Your Kid Brother Wan Kaer Azami



BAHASA MALAYSIA VERSION

Konnichiwa Kepada Saudari Akma Yang Berani - Nita, Farah Z & Xerra

Naib juara Malaysian Idol 2 (MI2) Norhanita (Nita) Hamzah dan Farah Asyikin Zulkifli, dan pemenang tempat ke-7 Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra) menyanjung tinggi pemenang tempat ke-7 Akademi Fantasia 3 (AF3) Asiah Tunakma Abdullah.

Mereka bertiga kagum dengan semangat juang Akma, dan menyifatkannya seorang "role model" kepada muda-mudi Malaysia.

Mereka berterima kasih kepada Akma atas sokongan kuatnya semasa konsert MI2, dan juga sokongan moralnya untuk karier nyanyian mereka.

Akma telah menyertai banyak pertandingan nyanyian sebelum memasuki AF3.

Farah Zulkifli dan rakan sekolahnya, finalis Malaysian Idol 1 (MI1) Sufiah (Opie) Mohamad Noor berharap Akma akan berduet dengan Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), kawan keluarga Sufiah.

Sufiah dan Farah Zulkifli berpendapat Akma dan Kaer serasi sebagai partner duet, kerana mereka menyukai barangan Jepun dan mereka adalah sebaya.

Kaer juga berwajah mirip aktor yang diminati Akma iaitu Keanu Reeves.

Blogger ini dan adiknya telah menggubah puisi kecil ini sebagai penghargaan kepada Akma, Sufiah, Nita, Farah Zulkifli dan Xerra sebelum konsert akhir MI2.

Opie Dan Xerra Penyeri BB,
Nita Seri Gombak Tetap Di Hati,
Akma Tersayang, Ingatlah Kak Farah Z,
Duetlah Dengan Adikmu, Wan Kaer Azami

Good Morning My Lady In Red/White, It's A Beautiful Day, With Or Without U

Image hosted by Photobucket.com
Ashvin Nair (from www.malaysianidol.com.my)

U2 and Chris De Burgh fan Ashvin Nair (The Man In Black, to my sister) of Malaysian Idol 2 (MI2) sends his best wishes to Idayu Yaakob (The Lady In White Or Red, to my sister) of Akademi Fantasia 3 (AF3).

He is confident she will achieve her dream of becoming a successful recording artiste. He thinks she's got a powerful voice and great charisma.

Ashvin has also wished Idayu's fellow AF3 singers all the best in their careers.

Here's a poem in Bahasa Malaysia by my sister and I, which is a tribute to Ashvin and Idayu.

Di Mana Ada Ais Dan Air,
Di Situ Ada Yu Berenang,
Di Mana Ada Ashvin Nair,
Di Situ Idayu Boleh Menang

English translation

Wherever There Is Ice And Water,
Sharks Are A Swimming,
Wherever There Is Ashvin Nair,
Idayu Is A Winning



BAHASA MALAYSIA VERSION

"Lelaki Baju Hitam" Ashvin Nair Yakin Dengan Kebolehan "Wanita Baju Putih/Merah" Idayu Yaakob

Peminat setia U2 dan Chris De Burgh (digelar Lelaki Baju Hitam oleh adik saya) Ashvin Nair dari Malaysian Idol 2 (MI2) mengirim salam maju jaya kepada Idayu Yaakob (digelar Wanita Baju Putih/Merah oleh adik saya) dari Akademi Fantasia 3 (AF3).

Ashvin yakin Idayu akan mencapai impiannya untuk menjadi penyanyi yang berjaya. Ashvin berkata suara Idayu amat "power" dan dia juga amat jelita lagi berkarisma.

Ashvin juga mengirim salam maju jaya kepada bintang AF3 yang lain.

Ini adalah pantun yang digubah oleh blogger dan adiknya, sebagai penghargaan kepada Ashvin dan Idayu. Salam maju jaya kepada saudara dan saudari.

Di Mana Ada Ais Dan Air,
Di Situ Ada Yu Berenang,
Di Mana Ada Ashvin Nair,
Di Situ Idayu Boleh Menang

A Tribute To Daniel Lee, From A Fan

This is a poem dedicated to Daniel Lee from a fan whose name I have chosen not to reveal.

Congrats, Daniel. May you achieve great success. God bless.

Mawar Di Kubang Pasu (in Bahasa Malaysia)

Sekuntum mawar di Kubang Pasu,
Harum manis berwarna merah jambu,
Keindahannya berserta suaranya yang merdu,
Bakal menawan hati wanita dunia alaf baru.

English translation

The Rose Of Kubang Pasu

A rose in Kubang Pasu,
Sweet, fragrant and pink,
Its beauty and angelic voice,
Are set to win the hearts of today's women



BAHASA MALAYSIA VERSION

Pantun Buat Daniel, Dari Peminat

Ini adalah pantun buat Daniel Lee dari seorang peminat rahsia.

Tahniah, Daniel. Salam maju jaya. God bless.

Mawar Di Kubang Pasu

Sekuntum mawar di Kubang Pasu,
Harum manis berwarna merah jambu,
Keindahannya berserta suaranya yang merdu,
Bakal menawan hati wanita dunia alaf baru.

Thanks For The Pix, Sarah

Many thanks to Sarah Syakirah for the photos of Kaer Azami. They are from ka3r.fotopages.com

Wishing U all the best in your work, Sarah. God bless.

To all Kaer fans out there, Sufiah (Opie) Mohamad Noor, Norhanita (Nita) Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli and Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra) of Malaysian Idol (1 & 2) wish you Happy Hari Raya, Christmas, New Year, Chinese New Year, Wesak, Vasakhi, Maal Hijrah, Deepavali, Gawai and Kaamatan in advance. God bless.

And best wishes to all fans of Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nana Mahazan and Nik Aidil Nik Zamri of Akademi Fantasia from the MI beauties.

BAHASA MALAYSIA VERSION

Terima Kasih, Sarah

Terima kasih daun keladi kepada Sarah Syakirah atas jasanya mengambil gambar-gambar Kaer Azami untuk tatapan dan kegunaan laman web ini. Gambar-gambar itu adalah dari laman web ka3r.fotopages.com.

Salam maju jaya, saudari Sarah. God bless.

Kepada semua peminat Kaer, saudari Sufiah (Opie) Mohamad Noor, Norhanita (Nita) Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli dan Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra) dari Malaysian Idol (1 & 2) kirim salam Hari Raya, Krismas, Tahun Baru, Tahun Baru Cina, Wesak, Vasakhi, Maal Hijrah, Deepavali, Gawai dan Kaamatan akan datang. God bless.

Dan salam maju jaya kepada semua peminat Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Nana Mahazan dan Nik Aidil Nik Zamri Akademi Fantasia dari keempat-empat jelitawan Malaysian Idol itu.

Saturday, September 24, 2005

Daniel Lee Is Malaysian Idol 2

Congratulations to Daniel Lee Chee Hun, on winning Malaysian Idol 2 (MI2) on September 24, 2005. May he achieve success as a recording artiste.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Tahniah, Daniel Lee, Juara Malaysian Idol 2

Tahniah kepada Daniel Lee Chee Hun, pemenang Malaysian Idol 2 (MI2). Daniel memenangi MI2 di konsert akhir MI2 pada September 24, 2005.

Semoga saudara Daniel menjadi artis yang berjaya.

Tuesday, September 20, 2005

'Bambi' Aidil and 'Opie' Sufiah Are (I)COMmies

No offence, guys and gals, for the Disney moniker.

Sufiah 'Opie' Mohamad Noor and Nik Aidil Nik Zamri, whom my sister nicknames 'Bambi', both graduated from the International College Of Music (ICOM) in Kuala Lumpur.

What a small world.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Sufiah & Aidil Rakan Kolej

Sufiah Mohamad Noor dan Nik Aidil Nik Zamri adalah rakan kolej di International College Of Music (ICOM atau Kolej Muzik Antarabangsa), Kuala Lumpur.

Dunia ni memang kecil lah!

Labuan's Little Princess Thinks Adam & Rydee R Hot

Beautiful Norashikin (Ekin) Abdul Rahman of Akademi Fantasia 3 (AF3) recently celebrated her 21st birthday together with one of her heroes, gorgeous Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman of Akademi Fantasia 2 (AF2).

Ekin is very happy to have Adam as her senior in AF and she hopes to collaborate with him musically.

She thinks he's got sexy eyes and lips, not unlike his loving "elder sister" Rydiana (Rydee) Abdul Rahim of Malaysian Idol 1 (MI1). She also has great respect for Rydee.

Ekin wishes Adam and Rydee all the best in their entertainment careers. Both of them will have their debut albums out soon.

Meanwhile, Adam thinks Ekin is always adorable and shares his fun-loving personality. He would love to collaborate with her musically, too.

What he finds most sexy about her is her eyes and her rather sharp teeth.

She might make an excellent bodyguard to Adam and vice-versa.

Both Adam and Ekin wish Rydee's Malaysian Idol 2 (MI2) junior, Azam Yakob, all the best in his singing career.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Puteri Kecil Labuan Ingat Adam & Rydee Hangat

Jelitawan Labuan, Norashikin (Ekin) Abdul Rahman dari Akademi Fantasia 3 (AF3) baru-baru ini menyambut hari jadinya yang ke-21 bersama seorang hero kacaknya, Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman dari Akademi Fantasia 2 (AF2).

Ekin gembira berkenalan dengan senior-nya Adam dan ingin berganding suara dengannya.

Katanya, Adam memiliki mata dan bibir yang seksi, semacam "kakak" penyayangnya Rydiana (Rydee) Abdul Rahim dari Malaysian Idol 1 (MI1).

Ekin juga amat menghormati Rydee.

Ekin mengucapkan selamat maju jaya kepada "Abang" Adam dan "Kak" Rydee dalam karier nyanyian mereka. Album sulung Adam dan Rydee akan muncul hujung tahun ini.

Adam berpendapat Ekin amat comel dan periang, semacam dirinya. Dia juga ingin berganding suara dengan junior-nya.

Adam berkata Ekin memiliki mata dan gigi yang seksi. Gigi Ekin yang agak tajam adalah asetnya yang berharga.

Jikalau Adam yang tinggi dan kuat boleh menjadi body guard Ekin, Ekin yang tajam giginya pun boleh menjadi body guard Adam.

Adam dan Ekin mengucapkan selamat maju jaya kepada junior Rydee di Malaysian Idol 2 (MI2), Azam Yakob, dalam karier nyanyiannya.

Monday, September 19, 2005

Sufiah's Girls - The Giant Killers Of MI2

The top 3 girls of Malaysian Idol 2 (MI2), Norhanita (Nita) Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) and Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra Zaimi) are very much like one of this blogger's favourite Malaysian Idol 1 (MI1) contestants, Sufiah Mohamad Noor (Opie).

Nita and Sufiah are natives of Gombak, Selangor.

Xerra and Sufiah have Melaka ancestry.

Farah Z and Sufiah studied in Assunta Primary & Secondary School, Petaling Jaya, Selangor.

And the 3 MI2 girls share Sufiah's love of handsome Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), the cutest guy in Akademi Fantasia 2 (AF2).

We do not know who has won MI2 yet, but Sufiah's Girls, as this blogger calls them, have proven to be giant killers.

The trio, as a team, have defeated all the MI2 boys except for the almost invincible Daniel Lee, the addiction of screaming females around Malaysia.

Most MI2 voters are female, and many MI2 fans (this blogger, too) initially predicted that the top 4 of MI2 would all be guys.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Team Sufiah Ialah Wanita Handal MI2

Tiga wanita teratas dalam Malaysian Idol 2 (MI2), Norhanita (Nita) Hamzah, Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) dan Tengku Hamisah Zaharah Tengku Zaimi Azlan (Xerra Zaimi) dianggap oleh blogger ini sebagai waris seorang peserta favourite-nya di Malaysian Idol 1 (MI1), Sufiah Mohamad Noor (Opie).

Nita dan Sufiah anak jati Gombak, Selangor.

Xerra dan Sufiah berketurunan Melaka.

Farah Z dan Sufiah pernah bersekolah di Sekolah Rendah Dan Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Dan ketiga-tiga wanita handal MI2 ini menyayangi Kaer (Wan Muhammad Khair Wan Azami), kawan keluarga Sufiah yang kacak lagi comel dan pemenang tempat ke-6 Akademi Fantasia 2 (AF2).

Belum diketahui siapakah pemenang mutlak MI2, tetapi Team Wanita Sufiah ini terbukti handal dalam menumbangkan peserta-peserta lelaki MI2 yang digilai ramai pengundi wanita (majoriti pengundi MI2 adalah wanita).

Team ini telah menumbangkan semua peserta lelaki MI2 kecuali Daniel Lee yang memiliki kehandalan luar biasa akibat sokongan padu dari ramai pengundi wanita yang fanatik terhadapnya.

Sunday, September 18, 2005

It's Nita Versus Daniel

Congrats to Nita Hamzah and Daniel Lee. They will fight for the title of Malaysian Idol 2 on September 23 and 24 at the Arena Of Stars in Genting Highlands, Bentong, Pahang. Good luck to them.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Nita Lawan Daniel Di Konsert Finale MI2

Tahniah kepada Nita Hamzah dan Daniel Lee. Mereka akan bertarung merebut gelaran Malaysian Idol 2 pada September 23 dan 24 di Arena Of Stars, Genting Highlands, Bentong, Pahang. Semoga mereka berjaya.

Congrats To MI2 Second Runner Up Farah Z

Farah Asyikin Zulkifli or Farah Z has made it to the third place of Malaysian Idol 2 (MI2).

Congratulations to her, the top ranked Kelantanese in a leading Malaysian pop reality show.

Other Kelantanese finalists in Akademi Fantasia (AF) and Malaysian Idol (MI) are Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami (AF2 Number 6), Nik Aidil Nik Zamri (AF3 Number 9) and Nor Farah Idayu Yaakob (AF3 Number 12).

AF1 principal Freddie Fernandez recently told this blogger it would be good for a Kelantanese to make it to the third place in AF or MI.

Numbers 3, 6, 9 and 12 are all 90 degrees apart on a clock.

Meanwhile, Farah Z's old school mate from Assunta Secondary School, Petaling Jaya, Sufiah (Opie) Mohamad Noor has congratulated her on making it to the top 3 of MI2.

She said she was proud that a fellow Assuntarian made it to the top 3 of MI2.

Sufiah was in the bottom 3 of MI1. She finished 11th.

Farah Z is a strong supporter of Sufiah and her (Sufiah's) family friend Kaer, whom she adores.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Tahniah Kepada Pemenang Tempat Ke-3 MI2, Farah Z

Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Z berjaya merangkul tempat ke-3 dalam Malaysian Idol 2 (MI2).

Tahniah kepadanya, warga Kelantan yang paling berjaya dalam rancangan pop realiti utama di Malaysia.

Warga Kelantan lain yang mendapat Top 12 dalam rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) dan Malaysian Idol (MI) ialah Wan Muhammad Khair (Kaer) Wan Azami (AF2 No 6), Nik Aidil Nik Zamri (AF3 No 9) dan Nor Farah Idayu Yaakob (AF3 No 12).

Pengetua AF1 Freddie Fernandez baru-baru ini memberitahu blogger adalah baik untuk seorang warga Kelantan dapat No 3 dalam AF atau MI.

Nombor 3, 6, 9 dan 12 adalah 90 darjah jauhnya di atas muka jam.

Sementara itu, rakan sekolah Farah Z dari Sekolah Menengah Assunta Petaling Jaya, Sufiah (Opie) Mohamad Noor mengirim salam tahniah kepadanya kerana berjaya mendapat gelaran naib juara kedua MI2.

Sufiah berasa bangga mendengar berita kemenangan rakan sekolahnya.

Sufiah tidak mendapat tempat dalam Top 3 MI1. Sebaliknya dia mendapat tempat di Bottom 3 MI1 iaitu tempat ke-11.

Farah Z adalah penyokong kuat Sufiah dan kawan keluarga Sufiah iaitu Kaer. Farah Z amat menyayangi Kaer.

Friday, September 16, 2005

AFs Visit Daniel's Town

Photo of Daniel from www.kreees.com

Photo of Elliza from Yahoo Groups Akademi Fantasia

Akademi Fantasia (AF) stars Vince Chong, Marsha Londoh, Amylea Azizan, Felix Agus and Mawi Ani performed at a concert in Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah to mark National Unity Day on September 16, 2005.

Jitra is the hometown of Malaysian Idol 2 (MI2) finalist Daniel Lee, who hails from a suburb of Jitra town, Changlun.

Coincidentally, Amylea's family hails from Alor Setar and Kedah's old capital, Sungai Petani. They now live in Kuah, Langkawi Island.

The AF stars' visit to Jitra is an honour to the town which is the country's gateway to Thailand.

This blogger feels that it would have been best if Elliza Razak, the AF3 finalist who is a strong Daniel supporter, turned up at the concert.

Both Daniel and Elliza are nicknamed "baby" by their fans.

Perhaps, Elliza can visit Daniel's hometown next year.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Bintang AF Lawat Kampung Daniel

Bintang-bintang Akademi Fantasia (AF), Vince Chong, Marsha Londoh, Amylea Azizan, Felix Agus dan Mawi Ani telah membuat persembahan di Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah sempena perayaan Hari Perpaduan Nasional pada September 16, 2005.

Jitra ialah kampung halaman Daniel Lee, finalis Malaysian Idol 2 (MI2). Daniel berasal dari pekan Changlun, iaitu suburb bandar Jitra.

Kebetulannya, keluarga Amylea berasal dari Alor Setar, dan juga bekas ibu negeri Kedah, Sungai Petani. Keluarganya kini menetap di Kuah, Pulau Langkawi.

Kehadiran bintang-bintang AF di Jitra adalah satu penghormatan kepada bandar dan daerah yang menjadi pintu masuk ke Thailand ini.

Blogger ini rasa adalah lebih baik jikalau Elliza Razak, finalis AF3 yang menyukai Daniel, hadir di konsert yang sama.

Kedua-dua Elliza dan Daniel digelar "baby" oleh peminatnya.

Mungkin, Elliza akan lawat Jitra tahun depan.

Sunday, September 11, 2005

Happy Birthday, Vincey!

Tales From The Idol Fellowship wishes Vince Chong, the first Akademi Fantasia winner, happy 26th birthday on September 30.

Below are tributes to Vince from two of his biggest fans in Malaysia. They have both sent him their birthday greetings.

"Kor Vince has always been a mentor of sorts, and has given me useful advice on surviving in the entertainment world." - Linda Nanuwil, Akademi Fantasia 2 runner-up.

"Of the gentlemen, give me Kor Vince any day." - Marsha Londoh, Akademi Fantasia 3 fourth-placer and cousin of Linda.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Selamat Hari Jadi, Vince

Kisah Kekawan Idola mengucapkan selamat hari jadi ke-26 kepada pemenang musim pertama Akademi Fantasia, Vince Chong yang menyambutnya pada September 30.

Berikut ialah mesej penghargaan kepada Vince dari dua orang peminatnya yang paling setia. Mereka telah mengirim salam hari jadi kepadanya.

"Kor Vince banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dalam bidang muzik kepada Linda" - Linda Nanuwil, pemenang tempat ke-2 Akademi Fantasia 2.

"Di kalangan gentleman, Marsha tetap pilih Kor Vince." - Marsha Londoh, pemenang tempat ke-4 Akademi Fantasia 3 dan sepupu Linda.

Congrats, Dina. U Did Us Proud

Congrats to Dina Nadzir for winning The World Championship Of Performing Arts in Hollywood, the US, early August.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Tahniah, Dina. Kau Mengharumkan Nama Malaysia.

Tahniah kepada Dina Nadzir atas kemenangannya di The World Championship Of Performing Arts di Hollywood, Amerika Syarikat, awal bulan Ogos 2005.