Monday, April 25, 2005

Victor Says Hi To Fitri & Anding

Malaysian Idol (MI) finalist Victor Lee says "hi" to Akademi Fantasia Season 2 (AF2) finalists Fitri Zainal Abidin and Anding Zaini.

Victor thanked Fitri and Anding for their strong support during the MI concerts. He said that he shared Fitri's appreciation of Japanese singer Utada Hikaru and Anding's appreciation of George Michael.

"I love peach tea, too," he said, referring to Fitri's love of the drink.

He said that he wished Anding "Happy Gawai" (Gawai is a native cultural festival in the Malaysian state of Sarawak which is celebrated by the aboriginal Dayak people).

Victor is a hair stylist from Penang. Fitri is a fashion designer from Kuala Lumpur, while Anding from Kuching in Sarawak plans to be a film-maker.


BAHASA MALAYSIA VERSION

Victor (MI) Kirim Salam Kepada Fitri (AF2) & Anding (AF2)

Finalis MI, Victor Lee, mengirim salam maju jaya kepada finalis AF2, Fitri Zainal Abidin dan Anding Zaini.

Victor mengucapkan terima kasih kepada Fitri dan Anding yang menyokongnya semasa konsert MI tahun lalu.

Katanya, seperti Fitri, dia adalah peminat penyanyi dari Jepun, Utada Hikaru.

Dan seperti Anding,. dia adalah peminat George Michael.

"Saya juga suka minum teh pic," kata Victor. Teh pic adalah minuman kesukaan Fitri.

Victor juga mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada Anding.

Victor ialah seorang stylis rambut dari Pulau Pinang. Fitri ialah seorang pereka fesyen dari Kuala Lumpur. Anding, dari Kuching di Sarawak, mahu menjadi penerbit filem.

Vick & Azizi Salute Nicole & Kimberley

Image hosted by Photobucket.com
Nicole

Image hosted by Photobucket.com
Kimberley

Third placers Vick Teo and Azizi Mohamad of Malaysian Idol (MI) and Akademi Fantasia Season 1 (AF1) respectively, wish American Idol Season 1 (AI1) third placer Nicole McKibbin and Season 2 (AI2) third placer Kimberley Locke all the best in their singing careers.

Azizi said that while Nicole and Kimberley were not very popular in Malaysia, they had a strong following in the US, and were winners in their own right.

He said that he hoped they would one day visit Malaysia and meet the AF and MI singers.

Vick said that Nicole and Kimberley were both talented and worked hard for their success, and it would be good if more Malaysians got to know them.



BAHASA MALAYSIA VERSION

Vick & Azizi Kirim Salam Kepada Nicole & Kimberley

Pemenang tempat ketiga AF1, Azizi Mohamad, dan pemenang tempat ketiga MI, Vick Teo, mengucapkan selamat maju jaya kepada pemenang tempat ketiga American Idol 1, Nicole McKibbin, dan pemenang tempat ketiga American Idol 2, Kimberley Locke.

Azizi berkata walaupun Nicole dan Kimberley tidak berapa popular di Malaysia, mereka berdua mempunyai ramai peminat di Amerika, dan mereka juga adalah penghibur yang berbakat.

Azizi berharap Nicole dan Kimberley dapat melawat Malaysia dan berjumpa dengan penyanyi AF dan MI.

Vick berkata Nicole dan Kimberley adalah penyanyi yang gigih berusaha serta berbakat besar. Katanya, adalah baik jikalau lebih ramai orang Malaysia dapat berkenalan dengan Nicole dan Kimberley.


Monday, April 04, 2005

My Kid Brother And Favourite Malaysian Idol - Nurul On Saipul

Nurullah (Nurul) Abdul Hamid, the sweet and demure eighth placer of Akademi Fantasia Season Two (AF2) sees a real hero in one Malaysian Idol (MI) finalist from her hometown, Kuching in Sarawak.

He is Saipul Bakeri, the cute and adorable fifth placer of MI.

Nurul adores Saipul and sees in him the kid brother she never had.

Nurul, who turns 23 this year, said that she had known Saipul for a few years since both of them participated in talent contests in Kuching as well as Kuala Lumpur.

Saipul, she said, also auditioned for AF2, but was unsuccessful.

"Adik Saipul never gives up. He went on to join MI, and proved himself a courageous contestant with a fighting spirit," she said.

"I admire him for his sweet and fun-loving personality, and his courage in facing harsh criticisms from contest judges.

"He just fends stinging remarks off with a sweet and disarming smile," she said.

Nurul said that Saipul's sweet personality made her want to love and care for him.

"I've always had faith in Saipul. Even though he has out-performed me in his reality show, I've never really wanted to put up a tough fight against him," she said.

"I'm 100 per cent behind his mission in life, to be a successful recording artiste. And I'm sure he will make it."

She said that as a "kak" (elder sister) to Saipul, she advised him to be himself, treat everybody with loving kindness, and to hold on to his dreams.

"And always remember, Adik Saipul. Kak Nurul loves you. Always."

Bahasa Malaysia Version

Saipul Adik Kesayanganku, Wiraku - Nurul AF2

Nurullah (Nurul) Abdul Hamid, si comel dan jelita yang mendapat tempat kelapan dalam Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2), menganggap pemenang tempat kelima Malaysian Idol (MI), Saipul Bakeri sebagai “hero”-nya.

Nurul, 22, dan Saipul, 18, adalah rakan sekampung dari Petra Jaya di Kuching, Sarawak.

Nurul menganggap Saipul sebagai adiknya sendiri dan amat menyayanginya.

Nurul berkata bahawa dia telah lama mengenali Saipul kerana mereka berdua kerap bertanding dalam pertandingan nyanyian yang sama di Kuching dan Kuala Lumpur.

Katanya, Saipul juga cuba menyertai AF2 tetapi gagal.

“Adik Saipul amat berani, sanggup berjuang dan tidak mudah putus asa. Di MI, dia telah buktikan keberaniannya dan semangat juangnya yang tinggi,” katanya.

“Nurul amat kagum dengannya serta menyayanginya kerana personalitinya yang comel, mesra dan lucu, serta keberaniannya ketika berdepan dengan sindiran dan kritikan tajam para hakim pertandingan.

“Dengan senyumannya yang comel dan mesra, dia mudah menawan hati setiap orang,” katanya.

Nurul berkata personaliti Saipul yang menawan telah membuatkannya amat protektif dan penyayang terhadap rakan sekampungnya dalam MI.

“Nurul sentiasa yakin dengan Saipul. Walaupun Saipul lebih berjaya dalam MI berbanding Nurul dalam AF2, Nurul tak pernah anggapnya sebagai “rival”,” katanya.

“Saya 100 peratus di belakang adikku dalam misi hidupnya. Dia mahu jadi artis rakaman yang berjaya, dan saya amat yakin Saipul boleh mencapai impiannya.”

Sebagai “kak” angkat Saipul, Nurul menasihati heronya dari MI supaya jujur terhadap diri sendiri, berbuat baik untuk semua dan sentiasa yakin pada diri sendiri.

“Dan juga, Adik Saipul, Kak Nurul sentiasa sayang kamu.”

"Kor" Vince & "Kak" Jaclyn Are True Winners - "Udoi" Linda

The victory of Vincent (Vince) Chong and Jaclyn (Jac) Victor in Anugerah Bintang Popular 2004 (ABP 2004) had long been predicted by one of their biggest admirers from pop reality shows.

She is none other than Norlinda (Linda) Nanuwil, Akademi Fantasia Season Two's (AF2) runner-up, who hails from Ranau, near Mount Kinabalu in Sabah.

At her recent 21st birthday celebrations, Linda said that Vince, 25, and Jac, 26, were her heroes, and she always had faith in them emerging as successful pop stars.

Vince is Akademi Fantasia Season One's (AF1) champion while Jaclyn is the first Malaysian Idol.

"Jac is a world class entertainer. From the start of Malaysian Idol, I could see victory coming her way.

"She is as good as any American entertainer, and I am confident of her winning the World Idol competition," she said.

Both Linda and Vince have dabbled in acting. He is now starring in Sembilu 2005, and she will appear in the coming romantic comedy Gila-Gila Pengantin Popular.

Linda recently collaborated with Jac and Vince in Suluhkan Sinar, a hit song performed by Malaysian artistes in aid of tsunami victims in Aceh.

In ABP 2004, Vince won the Most Popular Non-Malay Entertainer and Most Popular New Artiste (Men). Jac won the Most Popular New Artiste (Women).

- From The Malay Mail, April 3, 2005

Bahasa Malaysia Version

"Kor" Vince & "Kak" Jaclyn Memang Juara - "Udoi" Linda


Kemenangan Vincent (Vince) Chong dan Jaclyn (Jac) Victor dalam Anugerah Bintang Popular 2004 (ABP 2004) sudah lama dijangka oleh seorang peminat nombor wahid mereka dari rancangan pop realiti.


Peminat itu ialah Norlinda (Linda) Nanuwil, naib juara Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) dari Ranau, dekat Gunung Kinabalu, Sabah.


Semasa menyambut hari jadinya yang ke-21 baru-baru ini, Linda berkata bahawa Vince, 25, dan Jac, 26, adalah heronya, dan dia sentiasa yakin bahawa mereka berdua akan menjadi bintang pop yang hebat.


Vince ialah juara Akademi Fantasia Musim Pertama (AF1) dan Jac adalah juara Malaysian Idol (MI).


"Kak Jac memang penghibur world class. Dari mula rancangan MI, Linda dah jangka Kak Jac akan menang.


"Kak Jac sehebat mana-mana penyanyi dari Amerika dan Linda yakin dia boleh menang World Idol," katanya.


Linda dan Vince juga berkecimpung dalam bidang lakonan. Vince kini berlakon dalam Sembilu 2005. Linda pula akan muncul dalam filem komedi cinta Gila-Gila Pengantin Popular.


Linda baru-baru ini bergabung suara dengan Jac dan Vince dalam lagu Suluhkan Sinar, iaitu persembahan artis-artis Malaysia bagi mengisi tabung kemanusiaan khas untuk membantu mangsa tsunami di Aceh.


Di ABP 2004, Vince memenangi anugerah Bintang Popular Bukan Melayu dan Artis Baru Popular (Lelaki). Jac memenangi anugerah Artis Baru Popular (Wanita).

- Dari The Malay Mail, April 3, 2005