Wednesday, January 30, 2008

Nasir - I’ve Lost A Best Friend

Akademi Fantasia 3 principal M. Nasir describes the late songwriter Rosli Khamis or Loloq as one of his best friends.

Rosli, his fellow Singaporean, died yesterday of a stroke. Both men have been frequent collaborators and are widely respected as Malaysia’s number one composer-songwriter team.

Rosli is also respected in Malaysia, Singapore, Brunei and Indonesia as a world class lyricist in the Malaysian (Malay) language.

His lyrics are highly regarded for their in-depth use of the language and many of his songs have become monster hits for Malaysian singers.

Both Nasir and Loloq also played a key role in launching the successful recording career of Akademi Fantasia 3 pop phenomenon Asmawi (Mawi) Ani.

Akademi Fantasia singers Mila Jirin, Dafi Ismail, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid, Mawi Ani, Haziq Rosebi, Fatin Yahya and Salima Habibi and Malaysian Idol 1 champion Jaclyn Victor also paid tribute to the songwriter and actor.

They described his loss as irreplaceable and consider him one of the great sifus of the music industry.

Loloq was born in Singapore 51 years ago. His family originated from Melaka. He is survived by a wife and three children.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Nasir - Saya Kehilangan Kawan Karib

Pengetua Akademi Fantasia 3, M. Nasir menyifatkan penulis lagu Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq sebagai kawan karibnya.

Rosli, yang lahir di Singapura seperti Nasir, meninggal dunia kelmarin akibat strok. Nasir dan Loloq adalah team komposer dan penulis lirik yang terhandal di Malaysia.

Rosli turut dihormati di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sebagai penulis lirik lagu bertaraf dunia dalam Bahasa Melayu (Malaysia).

Lirik beliau amat dihargai sebab menggunakan istilah Bahasa Melayu yang mendalam.

Banyak daripada karya nukilannya telah menjadi lagu hit buat artis-artis Malaysia.

Nasir dan Loloq bersama-sama terlibat dalam melancarkan karier nyanyian penyanyi fenomena Akademi Fantasia 3 iaitu Asmawi (Mawi) Ani.

Penyanyi Akademi Fantasia Mila Jirin, Dafi Ismail, Farhan Azizan, Zila Seeron, Diddy Muhid, Mawi Ani, Haziq Rosebi, Fatin Yahya dan Salima Habibi serta juara Malaysian Idol 1 Jaclyn Victor turut memberi penghormatan kepada Allahyarham Rosli.

Mereka menyifatkan pemergian Rosli sebagai kehilangan yang sukar dicari ganti dan menganggapnya seorang sifu besar dalam dunia seni Malaysia.

Loloq lahir di Singapura 51 tahun dahulu. Keluarganya berasal dari Melaka. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Alif, Sarah & Intan

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Alif & Sarah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Alif & Intan

Handsome Alif Satar paid a visit to 8TV to meet the One In A Million 2 singers. Among the beauties who were excited to see him were lovely Sarah Raisuddin and Intan Sarafina Yahya.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Alif, Sarah & Intan

Jejaka comel lagi tampan Alif Satar melawat 8TV untuk konsert mingguan One In A Million 2. Dia sempat berposing dengan penyanyi dan peserta rancangan realiti itu iaitu Sarah Raisuddin dan Intan Sarafina Yahya.

Linda Is My Dear Friend - Ab

Handsome Ab (Abraham) Dungot describes lovely Linda Nanuwil as a dear friend who is always kind and loving.

Both of them are from Ranau, where Mount Kinabalu is, and they are “greatly in love” with Jaclyn Victor and Vince Chong.

Ab prays that Linda and her cousin Marsha Londoh will see their careers take off soon and describes them as his adorable sisters.

“I’d love to collaborate with them as well as our mutual superheroes Jac and Vince,” he says.

He wishes Linda a happy 24th birthday this coming March and a great Mouse Year. Linda’s Chinese calendar zodiac is the Mouse.

Ab congratulates Rich Gimbang, his band Estranged and Jaclyn Victor for their recent wins in the TV3 Music Awards or Anugerah Juara Lagu.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Linda Kawan Karib Ku - Ab

Jejaka tampan Ab (Abraham) Dungot menyifatkan jelitawan comel Linda Nanuwil sebagai kawan karib yang penyayang lagi ceria.

Mereka berdua adalah anak jati Ranau dekat Gunung Kinabalu, dan sama-sama meminati Jaclyn Victor dan Vince Chong.

Ab berdoa agar Linda dan sepupunya Marsha Londoh akan melihat kemajuan dalam karier mereka tahun ini dan menyifatkan mereka sebagai saudarinya yang comel.

“Saya ingin berkolaborasi dengan mereka berdua, dan juga dengan super hero kebanggaan kami bertiga iaitu Jac dan Vince,” katanya.

Ab mengirim salam hari jadi ke-24 kepada Linda pada bulan Mac nanti dan berdoa agar Tahun Tikus dalam kalendar Cina yang bakal muncul bulan depan akan membawa sukses dan kebahagiaan kepada Linda, yang lahir dalam Tahun Tikus.

Dia juga mengirim salam tahniah kepada Rich Gimbang, bandnya Estranged dan Jaclyn Victor yang menang anugerah dalam Anugerah Juara Lagu 2008.

Well Done, Rich - Shone

Shone Majimbun congratulates Rich Gimbang and his band Estranged for winning the TV3 Music Awards 2008 or Anugerah Juara Lagu 2008.

He said Rich was an old friend who was extremely talented.

“Rich has shown that losing a competition does not mean fading into oblivion. He got up, worked hard, fought hard and won,” he said.

Rich finished 10th in Akademi Fantasia 4. Shone was a Malaysian Idol 2 reject. He finished sixth in One In A Million 2.

Shone and Rich are from Penampang near Kota Kinabalu. Shone was born in Ranau.

Shone also congratulates Jaclyn Victor for winning Best Vocalist in the Music Awards.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah, Rich - Shone

Shone Majimbun mengirim salam tahniah kepada Rich Gimbang dan bandnya Estranged kerana menjuarai Anugerah Juara Lagu 2008.

Katanya, Rich adalah kawan lama yang ceria serta berbakat besar.

“Rich telah membuktikan bahawa kalah dalam pertandingan tidak bererti kalah untuk selamanya. Dia mampu bangkit semula dan berjaya setelah tersingkir di tangga ke-10 dalam Akademi Fantasia 4,” katanya.

Shone tersingkir pada pusingan awal Malaysian Idol 2. Dia mendapat tempat keenam dalam One In A Million 2.

Shone dan Rich berasal dari Penampang dekat Kota Kinabalu. Shone lahir di Ranau.

Shone turut mengirim tahniah kepada Jaclyn Victor yang memenangi Vokal Terbaik dalam AJL.

I’d Love 2 Meet U, Dearest Dafi - Shahila

Lovely Shahila Amir Amzah would love to meet Dafi Ismail Sabri. She thinks he is both cute and handsome. And kissable!

“Dafi’s such a sweetheart. He’s always nice, funny, friendly and positive. Besides, he also works hard to become a successful singer,” she said.

Shahila, or Shila to fans, would also love to meet Dafi’s dear friend Mila Jirin, whom she describes as a natural singer with great potential.

“Mila is a winner and I am sure she will continue to be one,” she said.

Meanwhile, Iz Sulaini also wishes Dafi and Mila a great year ahead.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Shahila Ingin Kenal Dafi Yang Kacak & Comel

Jelitawan comel Shahila Amir Amzah atau Shila ingin berkenalan dengan Dafi Ismail Sabri. Katanya, Dafi comel lagi tampan serta patut kena “muah”.

“Dafi comel, ceria, mesra, penyayang, pandai berlawak dan amat positif. Dia juga amat rajin berusaha menjadi artis yang sukses,” kata Shila.

Shila juga ingin berkenalan dengan kawan akrab Dafi iaitu Mila Jirin. Shila menyifatkan Mila seorang penyanyi natural yang berpotensi besar.

“Mila memang penyanyi yang hebat dan saya amat yakin bintangnya akan lebih bersinar tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Iz Sulaini turut mengirim salam maju jaya kepada Dafi dan Mila.

Blessed Be You, Ning And Chris - Ayu

Lovely Ayu Damit congratulates soul queen Ning Baizura on her coming marriage to Chris Dalton.

The Sabahan beauty describes Ning as one of Malaysia’s best singers and prays that she and Chris will always be blessed and happy.

Ayu thanks Ning for guiding some of her talented fellow Sabahans who graduated from reality shows and talent contests in their singing and acting careers. They include Nikki Palikat, Adam Mat Saman, Balkish Khan and Yanie Julkarim.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Semoga Ning & Chris Akan Bahagia Selalu Dan Dirahmati Nya

Jelitawan comel Ayu Damit mengirim salam tahniah kepada ratu soul Ning Baizura dan suaminya Chris Dalton yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Penyanyi dari Sabah itu menyifatkan Ning sebagai salah seorang penyanyi terhebat di Malaysia dan berdoa agar Ning dan Chris akan sentiasa bahagia dan diberkati Nya.

Ayu berterima kasih kepada Ning kerana banyak berjasa membimbing anak-anak muda Sabah yang dicungkil menerusi pertandingan nyanyian dan rancangan pop realiti. Di antara mereka ialah Nikki Palikat, Adam Mat Saman, Balkish Khan dan Yanie Julkarim.

Rosli Khamis Was A Genius - Intan Sarafina

Lovely Intan Sarafina Yahaya is saddened by the death of Malaysia’s top songwriter Rosli Khamis alias Loloq.

Rosli, 50, died today of a stroke. He played a key role, alongside Akademi Fantasia 3 (AF3) principal, singer, composer and songwriter M. Nasir in the success of pop phenomenon Mawi Ani, the AF3 winner.

Rosli created Mawi’s hit songs Aduh Saliha (Oh Saliha) and Angan Dan Sedar (Dreamy And Awake).

He also wrote the script for Mawi’s coming film Aduh Saliha.

Rosli was also a brilliant comedian and actor.

“Abang (elder brother) Loloq was a great man with the gift of making great songs. I’m shocked and saddened that he is gone and convey my deep felt condolences to his loved ones,” she said.

AF1 principal Freddie Fernandez, AF2 and AF6 principal Ramli MS, AF4 principal Ramli Sarip and Nasir described Rosli’s death as a major loss to the Malaysian music industry.

Nasir and Fernandez described Rosli as a simple, humble and friendly man who was passionate about music and entertainment and gifted in creating great lyrics.

Khairul Nizam (Khai) Wahi said Rosli would always be a hero to up-and-coming singers like himself. He said Rosli was one of the great men who inspired him, together with Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip and Nasir, to create his own songs.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Rosli Khamis Seorang Genius - Intan Sarafina

Jelitawan Intan Sarafina Yahya amat bersedih atas pemergian penulis lagu nombor satu Malaysia Rosli Khamis atau Loloq.

Rosli, 50, meninggal dunia hari ini akibat strok. Beliau serta pengetua Akademi Fantasia 3 (AF3), penyanyi, penulis lagu dan komposer tersohor M. Nasir amat berjasa membimbing juara AF3 Mawi Ani dalam kariernya.

Rosli adalah penulis lirik lagu hit Mawi iaitu Aduh Saliha dan Angan Dan Sedar serta penulis skrip filem Aduh Saliha yang dibintangi oleh Mawi.

Beliau juga seorang aktor drama dan komedi yang dihormati.

“Abang Loloq seorang insan yang mulia dan berbakat besar dalam menghasilkan lagu yang berkualiti. Saya amat sedih dan terharu atas pemergian Allahyarham dan mengirim salam takziah buat keluarga Allahyarham,” katanya.

Pengetua AF1 Freddie Fernandez, pengetua AF2 dan AF6 Ramli MS, pengetua AF4 Ramli Sarip dan Nasir menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada industri seni tanah air.

Nasir dan Fernandez berkata Rosli seorang insan yang peramah, merendah diri, sentiasa mesra dan amat mencintai dunia seni serta berdedikasi dalam menghasilkan lirik lagu yang bermutu tinggi.

Khairul Nizam (Khai) Wahi berkata Rosli akan sentiasa dihormati sebagai hero kepada anak-anak seni yang baru sepertinya. Katanya, Rosli adalah salah seorang daripada ikon seni yang menjadi ilhamnya selain Fernandez, Ramli MS, Ramli Sarip dan Nasir.

Tuesday, January 29, 2008

Borneo Bob Is Luciano Pavarotti Of Malaysia

Yes, my younger sister thinks so. He is a great singer with a golden voice.

He is golden hearted too. Too bad he does not get the chicks, Kaer Azami does.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Bob Usop Luciano Pavarotti Malaysia

Memang. Adik saya kata begitu. Bob Usop memang penyanyi hebat bersuara emas.

Hatinya emas juga. Malangnya, dia tak jadi magnet awek seperti Kaer Azami.

Monday, January 28, 2008

May His Blessings Be With You Always, Atie - Amylea

Lovely Amylea Azizan congratulates Atie Abu Bakar on her recent marriage to her longtime fiance Saiful Anuar Baharin.

She prays that Atie and Saiful will always be blessed and take good care of themselves.

She also wishes Atie and her good friend Azza Suaymi success in their acting careers.

Amylea also prays for the well-being of Farah Anuar, Cheryl Samad, Saiful Bakeri, Nurul Hamid, Amy Azlan, Rizal Ayub, Amirul Ghazali, Dayang Nurfaizah Awang Dowty and Adam Alli Kawi.

Amylea also wishes Farah a happy birthday as her fellow Kedahan recently turned 23.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Semoga Atie Sentiasa Diberkati Nya - Amylea

Jelitawan Amylea Azizan mengirim salam tahniah buat Atie Abu Bakar yang melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Saiful Anuar Baharin tahun lalu.

Amylea berdoa agar Atie dan Saiful sentiasa diberkati Nya dan menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing.

Dia turut mendoakan kejayaan Atie dan kawan karibnya Azza Suaymi dalam karier lakonan mereka.

Amylea turut mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Farah Anuar, Cheryl Samad, Saiful Bakeri, Nurul Hamid, Amy Azlan, Rizal Ayub, Amirul Ghazali, Dayang Nurfaizah Awang Dowty dan Adam Alli Kawi.

Amylea juga mengirim salam hari jadi ke-23 kepada Farah, rakan senegerinya dari Kedah yang menyambut hari jadi baru-baru ini.

Happy Chinese New Year 2008 Andrew - Nija

Lovely Nija Tahar wishes Andrew Tan a great Mouse Year 2008.

Andrew and Nija finished 4th in Malaysian Idol 1 and Akademi Fantasia 1 respectively.

Andrew was born in 1984, a Mouse Year in the Chinese calendar.

Nija says she is happy that Andrew has graduated with first class honours in Computer Science from Tunku Abdul Rahman University in Petaling Jaya, Selangor, and prays that he will do well in his postgraduate degree.

She also prays for the success and well-being of her friends Liza Ismail, Zarina Zainoordin and Edlin Abdul Rahim.

Nija is now the lead singer of her own band Fedora.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Selamat Tahun Baru Cina 2008, Andrew - Nija

Jelitawan comel Nija Tahar mengirim salam Tahun Baru Cina 2008 kepada Andrew Tan.

Nija berdoa semoga Tahun Tikus ini akan membawa kejayaan kepada Andrew dan keluarganya.

Andrew adalah pemenang keempat Malaysian Idol 1 manakala Nija adalah pemenang keempat Akademi Fantasia 1.

Andrew lahir pada tahun 1984, Tahun Tikus dalam kalendar Cina.

Nija amat gembira Andrew berjaya mendapat ijazah Sains Komputer kelas pertama di Universiti Tunku Abdul Rahman, Petaling Jaya, Selangor, dan berdoa agar Andrew akan lulus dengan cemerlang dalam ijazah pos-graduannya.

Nija turut mendoakan kejayaan dan kesihatan kawan karibnya Liza Ismail, Zarina Zainoordin dan Edlin Abdul Rahim.

Nija kini menganggotai kumpulan rock Fedora.

Farah Z Is Proud Of Dafi, Mila & Faizal Tahir

Lovely Farah Asyikin Zulkifli is proud of Mila Jirin, Dafi Ismail and Faizal Tahir and wishes them a great year ahead.

She prays that they will take good care of their health and work harder for their success.

She also wishes Kaer Azami, Nana Mahazan, Sufiah Noor, Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Farhan Azizan, Zila Seeron, Xerra Zaimi, Nita Hamzah, Shahila Amir Amzah, Rina Azahar, Tiara Hassan, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin, Alia Abu Hassan, Zana Hanizan, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Shafiq Ramadzan, Heliza Helmi, Faizal Ramly, Aswad Jaafar, Iz Sulaini, Awal Ashaari, Ashvin Nair, Diddy Muhid and Aidil Zamri all the best in their careers.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Farah Z Bangga Dengan Dafi, Mila & Faizal Tahir

Jelitawan Farah Asyikin Zulkifli amat berbangga dengan kejayaan Mila Jirin, Dafi Ismail dan Faizal Tahir dan mendoakan kejayaan, kesihatan dan kebahagiaan mereka bertiga.

Farah Asyikin berdoa agar mereka bertiga akan sentiasa sihat dan berusaha gigih untuk menjadi artis yang dihormati dan disegani.

Farah Asyikin turut mendoakan kejayaan Kaer Azami, Nana Mahazan, Sufiah Noor, Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Farhan Azizan, Zila Seeron, Xerra Zaimi, Nita Hamzah, Shahila Amir Amzah, Rina Azahar, Tiara Hassan, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin, Alia Abu Hassan, Zana Hanizan, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Shafiq Ramadzan, Heliza Helmi, Faizal Ramly, Aswad Jaafar, Iz Sulaini, Awal Ashaari, Ashvin Nair, Diddy Muhid dan Aidil Zamri dalam karier masing-masing.

Dafi At TV3 Music Awards (Dafi @ AJL)

Dafi Ismail Sabri attended the TV3 Music Awards (Anugerah Juara Lagu or AJL) 2008 on January 27, 2008. He met up-and-coming actresses Irma Hasmie and Fouziah Ghouse and TV host Hani Hamid.

[Dafi Ismail Sabri menghadiri Anugerah Juara Lagu atau AJL 2008 pada Januari 27, 2008. Dia berjumpa dengan aktres baru Irma Hasmie dan Fouziah Ghouse serta hos TV Hani Hamid]



Dafi Ismail & Kelantanese actress Irma Hasmie. Dafi is half Kelantanese.
[Dafi Ismail & aktres Kelantan Irma Hasmie. Dafi juga berdarah Kelantan]

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

QuickPost Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
Dafi Ismail & actress cum model Fouziah Ghouse of George Town, Penang. She is also a friend of Mila Jirin.
[Dafi Ismail & aktres & model Fouziah Ghouse dari George Town, Pulau Pinang. Fouziah ialah kawan Mila Jirin]

Rich The Lion “Slays” Jaclyn, Mawi & Siti

Lion King of Sabah Rich Gimbang and his rock band Estranged trounced super singer Jaclyn Victor, pop phenomenon Mawi Ani and pop queen Datuk Siti Nurhaliza Tarudin to win Best Song at the annual TV3 Music Awards or Anugerah Juara Lagu (AJL) on January 27, 2008.

Estranged’s hit song Itu Kamu (That’s You) dedicated to Malaysian women in music emerged Best Rock Song and Best Song in the annual awards held at Bukit Jalil Stadium in Kuala Lumpur.

Rich wrote and composed the song.

The AJL is part of TV3’s popular music chart show Muzik Muzik hosted by ex-Malaysian Idol 2 host Cheryl Samad.

Muzik Muzik began in 1986 and was first hosted by veteran pop singer N D Lala, the father of Shahila Amir Amzah.

Jaclyn won Best Vocalist for her song Ceritera Cinta (Love Story) while Mawi won Best Performer for his song Angan Dan Sedar (Dreamy And Awake).

Siti’s rock song Destinasi Cinta (Love Destiny) lost to Rich’s song in the Rock Song category.

Kaer Azami’s hit song Izin Ku Pergi (Let Me Go) won Best Ballad Song.

AJL 2008 marked the annual awards’ biggest win by reality show graduates.

TV3 is Malaysia’s oldest private TV station and is a sister company of One In A Million and Malaysian Idol producer 8TV.

Rich and his band first trounced Jaclyn in the Era Radio Awards 2006 when they won the Best English Artiste category.

The Era Radio Awards is organised annually by Era FM, a radio station of Astro TV, Malaysia’s sole satellite TV station and the producer of Akademi Fantasia.

Kaer’s dear friend Nana Mahazan is a DJ of Era FM.

The results of the Era Radio Awards are determined by SMS votes while the results of AJL are determined by a professional jury.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Raja Singa Rich Tewaskan Jac, Mawi & Siti

Raja Singa Sabah Rich Gimbang dan kumpulan rocknya Estranged menewaskan penyanyi sensasi Jaclyn Victor, fenomena pop Mawi Ani dan ratu pop Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu (AJL) 2008 pada Januari 27, 2008.

Lagu hit Estranged Itu Kamu yang ditujukan khas buat artis wanita Malaysia memenangi hadiah Lagu Rock Terbaik dan Lagu Terbaik di anugerah tahunan yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Rich adalah penggubah dan penulis lagu itu.

AJL ialah sebahagian daripada rancangan carta muzik popular terbitan TV3 iaitu Muzik Muzik yang dihoskan oleh bekas hos Malaysian Idol 2 Cheryl Samad.

Muzik Muzik bermula pada tahun 1986 dan dihoskan oleh penyanyi veteran N D Lala, ayah kepada Shahila Amir Amzah.

Jaclyn memenangi Vokalis Terbaik untuk lagu Ceritera Cinta manakala Mawi memenangi Persembahan Terbaik untuk lagu Angan Dan Sedar.

Lagu rock Siti iaitu Destinasi Cinta dikalahkan oleh lagu Rich dalam kategori Lagu Rock.

Lagu dendangan Kaer Azami bertajuk Izin Ku Pergi memenangi Lagu Balada Terbaik.

AJL 2008 adalah kali pertama anugerah tahunan itu dimonopoli oleh artis rancangan realiti.

TV3 ialah stesen TV swasta tertua di Malaysia dan adalah saudara sebumbung kepada produser One In A Million dan Malaysian Idol iaitu 8TV.

Rich dan bandnya mula-mula menewaskan Jaclyn di Anugerah Radio Era 2006 apabila memenangi anugerah Artis Inggeris Terbaik.

Anugerah Radio Era dianjurkan setiap tahun oleh stesen radio milik Astro TV iaitu Era FM. Astro TV ialah stesen satelit TV Malaysia dan juga produser rancangan Akademi Fantasia.

Kawan karib Kaer iaitu Nana Mahazan ialah DJ di Era FM.

Keputusan Anugerah Radio Era adalah di tangan SMS pengundi manakala keputusan AJL adalah di tangan juri profesional.

Saturday, January 19, 2008

Be Safe On The Road Khai - Intan

Lovely Intan Sarafina hopes Khairul Nizam (Khai) Wahi will drive safely and stay out of danger at all times.

Khai, her fellow Johorean, always advises his fellow artistes, especially Johorean ones, to take good care of themselves while on the road.

She also hopes Khai will take care of and guide his juniors in reality shows such as Fatin Yahya, Haziq Rosebi, Salima Habibi, Asmawi Ani, Kefli Idir, Fuad Azri, and his own cousin Rosma Sidik.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sentiasa Berhati-Hati Di Jalan Raya, Khai - Intan

Jelitawan Intan Sarafina berharap Khairul Nizam Wahi (Khai) akan sentiasa memandu dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya.

Khai, rakan senegerinya dari Johor, sentiasa menasihati artis terutama anak jati Johor agar sentiasa berjaga-jaga tatkala memandu.

Intan turut berharap Khai akan membimbing dan membantu juniornya dalam dunia realiti seperti Fatin Yahya, Haziq Rosebi, Salima Habibi, Asmawi Ani, Kefli Idir, Fuad Azri, dan saudaranya sendiri Rosma Sidik.

Tuesday, January 15, 2008

Ayu Hopes Nora, Noni & Nikki Will Make Sabah's Flag Fly High

Lovely Ayu Damit hopes Nora Daud, Nikki Palikat and Noni Zainuddin will make Sabah's flag fly high in Malaysian music someday.

She salutes her seniors in reality shows as great inspirations and prays for their well-being.

She also wishes the same to Candra Clement, Rydiana Rahim, Ekin Rahman, Azam Yakob, Farha Jasmen, Fiq Halim, Pija Yasin, Yanie Julkarim, Balkish Khan and Adam Mat Saman.

"We have no shortage of great singers or entertainers back home and reality talent shows such as One In A Million help promote us. They also unite us as Malaysians," she said.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ayu Berdoa Agar Nora, Noni & Nikki Akan Harumkan Nama Sabah

Jelitawan comel Ayu Damit berdoa agar Nora Daud, Nikki Palikat dan Noni Zainuddin akan menjulang nama Sabah dalam dunia hiburan satu hari nanti.

Dia amat menghormati seniornya dari rancangan realiti dan diilhamkan oleh perjuangan mereka.

Ayu mendoakan kejayaan artis-artis ini serta Candra Clement, Rydiana Rahim, Ekin Rahman, Azam Yakob, Farha Jasmen, Fiq Halim, Pija Yasin, Yanie Julkarim, Balkish Khan dan Adam Mat Saman.

"Ramai anak negeri kita yang berbakat besar sebagai penyanyi dan penghibur. Rancangan realiti bukan saja mempromosikan mereka tetapi juga menyatupadukan orang Malaysia sebagai Bangsa Malaysia," katanya.

Work Hard For Your Success - Jac & Suki

Malaysian Idol 1 champion Jaclyn Victor and One In A Million 1 champion Suki Low advise Joni Tham, Abraham Dungot, Mark Lorin and Shone Majimbun of One In A Million 2 to work hard for their success as singers and television personalities.

Jac says winning and losing are far less important than maintaining one's fans and giving them what they want.

"It is never easy to stay on top. We must maintain good performances and keep improving," says Jac.

"And it is better to have an additional skill such as playing the guitar or piano," says Suki.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kita Kena Rajin Berusaha Untuk Berjaya - Jac Dan Suki

Juara Malaysian Idol 1 Jaclyn Victor dan juara One In A Million 1 Suki Low menasihati Joni Tham, Abraham Dungot, Mark Lorin dan Shone Majimbun dari One In A Million 2 supaya rajin berusaha untuk menjadi artis yang berjaya dan dihormati serta selebriti yang popular.

Jac berkata menang atau kalah dalam pertandingan kurang penting. Yang penting ialah sentiasa berusaha memberikan persembahan yang terbaik untuk peminat dan melihatkan kemajuan dalam karier.

"Menjadi penyanyi nombor satu tidak mudah. Kita kena sentiasa membuat persembahan yang hebat serta mempertingkatkan bakat dan ilmu," katanya.

"Dan bakat bermain gitar atau piano membantu meningkatkan populariti dan imej seseorang penyanyi baru," kata Suki.

Iz Is A King In Waiting - Faizal Tahir

Handsome Faizal Tahir describes his fellow Terengganu singer Iz Sulaini as a "king in waiting".

He thinks Iz has what it takes to be a great singer, songwriter, host and producer as he is a man of many talents.

"I wish him all the best in his career. He has great potential to be the next big star and he should work hard for it," Faizal said.

Iz is an advertising graduate from Australia and is also a singer and songwriter.

He loves R&B and jazz music.

Iz also loves fashion and aspires to be a versatile television personality.

Faizal also wished reality talents Kaer Azami, Nana Mahazan, Sufiah Noor, Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Farhan Azizan, Zila Seeron, Shahila Amir, Tiara Hassan, Rina Azahar, Farah Asyikin Zulkifli, Xerra Zaimi, Nita Hamzah, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin, Alia Abu Hassan, Mila Jirin, Zana Hanizan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Heliza Helmi, Faizal Ramly, Diddy Muhid, Nik Aidil Nik Zamri, Awal Ashaari, Ashvin Nair, Dafi Ismail, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Shafiq Ramadzan and Aswad Jaafar all the best in their careers and a Happy New Year.

Iz is a fan of Faizal Tahir and Nita.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Iz "Bakal Raja" - Faizal Tahir

Jejaka idaman rock Faizal Tahir menyifatkan rakan senegerinya dari Terengganu iaitu penyanyi baru Iz Sulaini sebagai "bakal raja".

Katanya Iz berpotensi menjadi penyanyi, penulis lagu, komposer, hos dan produser sebab dia amat berbakat dan versatil.

"Saya mendoakan kejayaan Iz dalam kariernya. Dia mampu menjadi bintang besar yang baru dan perlu berusaha dengan gigih," kata Faizal.

Iz ialah graduan pengiklanan dari Australia dan juga penyanyi dan penulis lagu.

Dia menggemari muzik R&B dan jazz.

Iz turut menggemari fesyen dan ingin menjadi personaliti TV yang versatil.

Faizal turut mengirim salam tahun baru dan mendoakan kejayaan artis realiti Kaer Azami, Nana Mahazan, Sufiah Noor, Akma Abdullah, Idayu Yaakob, Farhan Azizan, Zila Seeron, Shahila Amir, Tiara Hassan, Rina Azahar, Farah Asyikin Zulkifli, Xerra Zaimi, Nita Hamzah, Anny Shariff, Mimi Shamsuddin, Alia Abu Hassan, Mila Jirin, Zana Hanizan, Diya Kholid, Dekna Ahmad, Heliza Helmi, Faizal Ramly, Diddy Muhid, Nik Aidil Nik Zamri, Awal Ashaari, Ashvin Nair, Dafi Ismail, Aizat Amdan, Shawal Ruslan, Shafiq Ramadzan dan Aswad Jaafar dalam karier masing-masing.

Iz adalah peminat Faizal Tahir selain Nita.

Sorry For Being Topless Superman - Faizal Tahir

Handsome rock singer, songwriter, composer and TV host Faizal Tahir says sorry for taking off his Superman T-shirt while performing live on stage at the 4th birthday party concert of TV station 8TV, the producer of One In A Million (OIAM) on January 13, 2008.

Smallville fan Faizal took off his T-shirt to reveal a Superman logo painted on his chest. Smallville actor Tom Welling, whom he admires, once performed the same gimmick.

The incident happened in Petaling Jaya outside the 8TV station.

"I am truly sorry for offending Malaysians. I have done this gimmick before and nobody complained about it. It was all for fun.

"In future, I will bear in mind that not everyone in Malaysia is open-minded enough to accept mildly "wild" antics associated with rock performances," he said.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Faizal Tahir Minta Maaf Atas Aksi Tanpa Baju

Penyanyi rock, komposer, penulis lagu dan hos TV kacak Faizal Tahir meminta maaf atas aksinya membuka baju-T semasa konsert ulangtahun ke-4 stesen TV popular 8TV yang juga produser One In A Million (OIAM) baru-baru ini.

Faizal, peminat setia Smallville dan pelakonnya Tom Welling, telah membuka baju Supermannya dan mempamerkan logo cat merah Superman di atas dadanya semasa membuat persembahan di luar pejabat 8TV di Petaling Jaya pada Januari 13, 2008.

Persembahan itu disiarkan langsung di saluran 8TV.

Aksi ini juga pernah dilakukan oleh Welling.

"Saya meminta maaf kerana menyinggung perasaan sesetengah penonton. Saya pernah lakukan gimik ini dan tidak ada seorangpun yang tersinggung masa itu.

"Saya tidak berniat mencari publisiti dan hanya melakukan aksi gila-gila untuk menghiburkan penonton, sama seperti penyanyi rock lain.

"Kejadian ini telah menyedarkan diri saya bahawa bukan semua orang Malaysia dapat menerima aksi gila-gila konsert rock yang tidak keterlaluan," katanya.

Tuesday, January 08, 2008

Daniel Prays Sarah Has A Great Year Ahead

Handsome Daniel Lee Chee Hun prays that lovely Siti Sarah Raisuddin will have a great year ahead. He also wishes her all the best in One In A Million 2 (OIAM2) and would love to collaborate with her if given the chance.

"Sarah is a super singer and I have the utmost respect for her. She is a sweetie, too," he said.

Daniel also wishes Alif Satar, Dina Nadzir, Elliza Razak, Zahid Baharuddin, Zaihanee Zainal Abidin, Azfar Ishak, Lokman Mutalip, Shahmeen Halim Shah, Intan Sarafina, Khai Wahi, Malisa Janudin, Rosma Sidik, Bob Usop, Kefli Idir, Fuad Azri, Haziq Rosebi, Fatin Yahya, Salima Habibi, Asmawi Ani, Syazwan Roslan, Nabil Damanhuri and Khatijah Hassan all the best in their careers.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Daniel Doakan Tahun Ini Bertuah Buat Sarah

Jejaka comel dan tampan Daniel Lee Chee Hun berdoa agar tahun ini membawa tuah untuk penyanyi comel jelita Siti Sarah Raisuddin yang kini bertarung dalam One In A Million 2 (OIAM2).

Daniel ingin berkolaborasi dengan Sarah andainya diberi peluang.

Katanya: "Sarah ialah seorang penghibur yang natural, versatil serta manis dan mesra. Saya amat menghormatinya sebagai insan seni."

Daniel turut doakan kejayaan Alif Satar, Dina Nadzir, Elliza Razak, Zahid Baharuddin, Zaihanee Zainal Abidin, Azfar Ishak, Lokman Mutalip, Shahmeen Halim Shah, Intan Sarafina, Khai Wahi, Malisa Janudin, Rosma Sidik, Bob Usop, Kefli Idir, Fuad Azri, Haziq Rosebi, Fatin Yahya, Salima Habibi, Asmawi Ani, Syazwan Roslan, Nabil Damanhuri dan Khatijah Hassan dalam karier masing-masing.

Monday, January 07, 2008

About Akademi Fantasia

Akademi Fantasia is the most popular reality talent show in Malaysia.

A production of the country’s sole satellite TV station Astro TV, it is derived from Mexico’s hugely popular reality talent show La Academia or The Academy.

Hosted until this year by zany actor and singer Aznil Nawawi, the show first came on air in 2003 and is now in its sixth season / year.

Aimed at creating singers, actors or television presenters with a truly Malaysian outlook, Akademi Fantasia secludes 12 to 16 young Malaysians, equally divided between the genders, in an unknown “hostel and academy” close to the Malaysian capital Kuala Lumpur for each season’s 10-week run.

The youngsters, aged between 19 and 29, are guided by professionals in the music and entertainment industry who include vocal, dance, theatre and choreography specialists.

Every seasonal show is helmed by a “principal” often a successful music producer, who oversees the youngsters’ progress.

While Akademi Fantasia is conducted in Bahasa Malaysia, its contestants perform songs in the language as well as English, Chinese, Arabic and sometimes Spanish.

The contest’s champion is determined by the number of Short Messaging Service (SMS) votes he / she receives in every Saturday-evening concert.

The contestant with the lowest number of SMS votes at the end of the concert gets eliminated from the race.

The elimination process repeats itself in every weekly concert, until the final contestant left standing is declared the champion.

Akademi Fantasia talents have been selected from around Malaysia.

The Akademi Fantasia Kids - Full List (Home state in brackets, Selangor includes Kuala Lumpur and Putrajaya and Sabah includes Labuan).

Asmawi Ani (Johor) [Season 3 Champion], Khairul Nizam Mohamad Wahi (Johor) [Season 1 Runner-Up], Ahmad Zahid Baharuddin (Perak) [Season 2 Champion], Elliza Abdul Razak (Perak), Salima Habibi (Perak), Haziq Rosebi (Johor), Fatin Yahya (Johor), Zulkefli Mohamad Idir (Selangor), Fuad Razlan Azri (Selangor), Yusrizan Usop (Sarawak) and Rosmayati Sidik (Pahang).

Vincent Chong Ying-Cern (Selangor [Kuala Lumpur]) [Season 1 Champion], Linda Nanuwil (Sabah) [Season 2 Runner-Up], Marsha Milan Londoh (Sabah), Karen Tan Lee Suan (Kelantan), Velvet Aduk (Sabah), Rueben Thevandran (Selangor [Kuala Lumpur]), Rich Gimbang (Sabah), Lotter Edin (Sabah) [Season 4 Runner-Up], Yazer Yusof (Sabah), Asma Abdul Ghani (Sabah), Felix Agus (Sabah) [Season 3 Runner-Up] and Ebi Kornelis Firdaus Yaimal (Sabah) [Season 5 Runner-Up].

Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kelantan), Nurul Hana Che Mahazan (Johor), Asiah Tunakma Abdullah (Perak), Idayu Yaakob (Kelantan), Farhan Azizan (Johor), Nur Azilah Seeron (Johor), Nor Syarmilla Jirin (Penang) [Season 5 Champion], Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Pahang), Aizat Datuk Amdan (Pahang), Wan Nurul Zhana Wan Hanizan (Terengganu), Shawal Ruslan (Negeri Sembilan), Adyana Kholid (Selangor), Aryanna Najwa Ahmad (Penang), Shafiq Ramadzan (Negeri Sembilan), Heliza Helmi (Terengganu), Faizal Ramly (Terengganu) [Season 4 Champion], Aswad Jaafar (Penang), Nik Aidil Nik Zamri (Kelantan) and Shamsul Hirdi Muhammad Muhid (Johor).

Muhammad Aizam Mat Saman (Sabah), Norashikin Abdul Rahman (Sabah [Labuan]), Nordawati Daud (Sabah), Nonny Nadirah Zainuddin (Sabah), Candra Clement (Sabah) and Farha Jasmen (Sabah).

Edlin Datuk Abdul Rahim (Melaka), Zarina Zainoordin (Johor), Nurlizawaty Ismail (Perak) and Siti Harnizah Tahar (Johor).

Farah Diana Anuar (Kedah), Nurullah Abdul Hamid (Sarawak), Amylia Azlan (Sarawak), Amylea Azizan (Kedah), Suriati Abu Bakar (Pahang), Azzariah Suaymi (Selangor), Amirul Azwan Ghazali (Sarawak) and Hasfarizal Ayub (Sarawak).

Ahmad Azizi Mohamad (Pahang), Fitri Zainal Abidin (Selangor), Reza Mohamad (Sarawak), Anding Indrawani Zaini (Sarawak), Adi Fashla Juraimi (Selangor) and Sahri Sarip (Melaka).

This is the list of principals and students (contestants) for each season of Akademi Fantasia. Contestants are arranged in descending order from first to last.

Season 1.
_________
Principal
__________
Freddie Fernandez (composer and producer).
Students
_________
Vincent Chong Ying-Cern (Vince), Khairul Nizam Mohamad Wahi (Khai), Ahmad Azizi Mohamad, Siti Harnizah Tahar (Nija), Nurlizawaty Ismail (Liza), Sahri Sarip, Nurul Hana Che Mahazan (Nana), Rosmayati Sidik (Rosma), Rueben Thevandran (Burn), Suriati Abu Bakar (Atie), Adi Fashla Juraimi and Azzariah Suaymi (Azza).

Season 2.
_________
Principal
_________
Ramli MS (composer and producer).
Students
_________
Ahmad Zahid Baharuddin, Linda Nanuwil, Muhammad Aizam Mat Saman (Adam), Farah Diana Anuar, Yusrizan Usop (Bob), Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), Asma Abdul Ghani (Mas), Nurullah Abdul Hamid (Nurul), Zarina Zainoordin, Anding Indrawani Zaini, Fitri Zainal Abidin and Edlin Datuk Abdul Rahim.

Season 3.
_________
Principal
_________
M. Nasir (composer, producer and artiste).
Students
________
Asmawi Ani (Mawi), Felix Agus, Amylea Azizan, Marsha Milan Londoh, Yazer Yusof, Zulkefli Mohamad Idir (Kefli), Asiah Tunakma Abdullah (Akma), Norashikin Abdul Rahman (Ekin), Nik Aidil Nik Zamri, Amylia Azlan (Amy), Reza Mohamad, Idayu Yaakob, Fuad Razlan Azri and Elliza Abdul Razak.

Season 4.
_________
Principal
_________
Ramli Sarip (composer, producer and artiste).
Students
________
Faizal Ramly, Lotter Edin, Farhan Azizan, Hazwan Haziq Rosebi, Velvet Aduk, Amirul Azwan Ghazali, Shamsul Hirdi Muhammad Muhid (Diddy), Nor Salima Habibi, Nur Azilah Seeron (Zila), Rich Gimbang, Karen Tan Lee Suan and Nordawati Daud (Nora).

Season 5.
_________
Principal
_________
Roslan Aziz (producer).
Students
________
Nor Syarmilla Jirin (Mila), Ebi Kornelis Firdaus Yaimal, Aswad Jaafar, Heliza Helmi, Candra Clement (Candy), Shawal Ruslan, Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Dafi), Aizat Datuk Amdan, Hasfarizal Ayub (Rizal), Aryanna Najwa Ahmad (Dekna), Nonny Nadirah Zainuddin (Noni), Farha Jasmen, Fatin Yahya, Shafiq Ramadzan, Adyana Kholid (Diya) and Wan Nurul Zhana Wan Hanizan (Zana).

BAHASA MALAYSIA VERSION
Tentang Akademi Fantasia

Akademi Fantasia ialah rancangan pop realiti terpopular di Malaysia.

Diterbitkan oleh stesen satelit negara, Astro TV, Akademi Fantasia diilhamkan dari rancangan realiti La Academia di Mexico.

Akademi Fantasia atau AF disiarkan di Astro TV setiap tahun mulai tahun 2003.

Rancangan itu telah dihoskan oleh pelawak dan aktor terkenal Malaysia Aznil Nawawi untuk 5 musim.

Akademi Fantasia bertujuan mencungkil bakat nyanyian, lakonan dan personaliti TV yang baru. Ia menyediakan bimbingan yang sistematik dan berdisiplin untuk anak-anak muda yang ingin menjadi selebriti hiburan yang berjaya.

Di setiap musim/tahun, pelajar/peserta yang dipilih untuk Akademi Fantasia akan diasingkan di dalam "kampus"/"akademi" di kawasan sekitar Kuala Lumpur selama 10 minggu.

Peserta yang berjumlah antara 12 hingga 16 orang, separuh daripadanya wanita, akan dilatih dan dibimbing oleh profesional dari dunia hiburan dalam nyanyian, tarian, lakonan dan persembahan.

Tenaga pengajar Akademi Fantasia diketuai oleh Pengetua yang merupakan produser atau komposer tanah air yang dihormati.

Konsert mingguan Akademi Fantasia berlangsung setiap hari Sabtu dan peserta yang mendapat undian Servis Mesej Ringkas atau SMS terendah dari penonton akan tersingkir dari pertandingan itu.

Penyingkiran akan berlaku di setiap konsert mingguan sehingga peserta terakhir diisytiharkan sebagai juara tahunan Akademi Fantasia.

Astro TV memilih calon pelajar atau peserta dari seluruh pelosok negara.

Berikut ialah senarai pelajar atau peserta Akademi Fantasia (negeri asal dalam kurungan, Selangor merangkumi Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Sabah merangkumi Labuan).

Asmawi Ani (Johor) [Juara Musim 3], Khairul Nizam Mohamad Wahi (Johor) [Naib Juara Musim 1], Ahmad Zahid Baharuddin (Perak) [Juara Musim 2], Elliza Abdul Razak (Perak), Salima Habibi (Perak), Haziq Rosebi (Johor), Fatin Yahya (Johor), Zulkefli Mohamad Idir (Selangor), Fuad Razlan Azri (Selangor), Yusrizan Usop (Sarawak) dan Rosmayati Sidik (Pahang).

Vincent Chong Ying-Cern (Selangor [Kuala Lumpur]) [Juara Musim 1], Linda Nanuwil (Sabah) [Naib Juara Musim 2], Marsha Milan Londoh (Sabah), Karen Tan Lee Suan (Kelantan), Velvet Aduk (Sabah), Rueben Thevandran (Selangor [Kuala Lumpur]), Rich Gimbang (Sabah), Lotter Edin (Sabah) [Naib Juara Musim 4], Yazer Yusof (Sabah), Asma Abdul Ghani (Sabah), Felix Agus (Sabah) [Naib Juara Musim 3] dan Ebi Kornelis Firdaus Yaimal (Sabah) [Naib Juara Musim 5].

Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kelantan), Nurul Hana Che Mahazan (Johor), Asiah Tunakma Abdullah (Perak), Idayu Yaakob (Kelantan), Farhan Azizan (Johor), Nur Azilah Seeron (Johor), Nor Syarmilla Jirin (Pulau Pinang) [Juara Musim 5], Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Pahang), Aizat Datuk Amdan (Pahang), Wan Nurul Zhana Wan Hanizan (Terengganu), Shawal Ruslan (Negeri Sembilan), Adyana Kholid (Selangor), Aryanna Najwa Ahmad (Pulau Pinang), Shafiq Ramadzan (Negeri Sembilan), Heliza Helmi (Terengganu), Faizal Ramly (Terengganu) [Juara Musim 4], Aswad Jaafar (Pulau Pinang), Nik Aidil Nik Zamri (Kelantan) dan Shamsul Hirdi Muhammad Muhid (Johor).

Muhammad Aizam Mat Saman (Sabah), Norashikin Abdul Rahman (Sabah [Labuan]), Nordawati Daud (Sabah), Nonny Nadirah Zainuddin (Sabah), Candra Clement (Sabah) dan Farha Jasmen (Sabah).

Edlin Datuk Abdul Rahim (Melaka), Zarina Zainoordin (Johor), Nurlizawaty Ismail (Perak) dan Siti Harnizah Tahar (Johor).

Farah Diana Anuar (Kedah), Nurullah Abdul Hamid (Sarawak), Amylia Azlan (Sarawak), Amylea Azizan (Kedah), Suriati Abu Bakar (Pahang), Azzariah Suaymi (Selangor), Amirul Azwan Ghazali (Sarawak) dan Hasfarizal Ayub (Sarawak).

Ahmad Azizi Mohamad (Pahang), Fitri Zainal Abidin (Selangor), Reza Mohamad (Sarawak), Anding Indrawani Zaini (Sarawak), Adi Fashla Juraimi (Selangor) dan Sahri Sarip (Melaka).

Berikut ialah senarai Pengetua dan pelajar untuk setiap musim Akademi Fantasia.
Peserta diatur menurut kedudukan dalam pertandingan.

Musim 1.
________
Pengetua
__________
Freddie Fernandez (komposer dan produser).
Pelajar
_________
Vincent Chong Ying-Cern (Vince), Khairul Nizam Mohamad Wahi (Khai), Ahmad Azizi Mohamad, Siti Harnizah Tahar (Nija), Nurlizawaty Ismail (Liza), Sahri Sarip, Nurul Hana Che Mahazan (Nana), Rosmayati Sidik (Rosma), Rueben Thevandran (Burn), Suriati Abu Bakar (Atie), Adi Fashla Juraimi dan Azzariah Suaymi (Azza).

Musim 2.
________
Pengetua
_________
Ramli MS (komposer dan produser).
Pelajar
_________
Ahmad Zahid Baharuddin, Linda Nanuwil, Muhammad Aizam Mat Saman (Adam), Farah Diana Anuar, Yusrizan Usop (Bob), Wan Muhammad Khair Wan Azami (Kaer), Asma Abdul Ghani (Mas), Nurullah Abdul Hamid (Nurul), Zarina Zainoordin, Anding Indrawani Zaini, Fitri Zainal Abidin dan Edlin Datuk Abdul Rahim.

Musim 3.
_________
Pengetua
_________
M. Nasir (komposer, produser dan penyanyi).
Pelajar
________
Asmawi Ani (Mawi), Felix Agus, Amylea Azizan, Marsha Milan Londoh, Yazer Yusof, Zulkefli Mohamad Idir (Kefli), Asiah Tunakma Abdullah (Akma), Norashikin Abdul Rahman (Ekin), Nik Aidil Nik Zamri, Amylia Azlan (Amy), Reza Mohamad, Idayu Yaakob, Fuad Razlan Azri dan Elliza Abdul Razak.

Musim 4.
_________
Pengetua
_________
Ramli Sarip (komposer, produser dan penyanyi).
Pelajar
________
Faizal Ramly, Lotter Edin, Farhan Azizan, Hazwan Haziq Rosebi, Velvet Aduk, Amirul Azwan Ghazali, Shamsul Hirdi Muhammad Muhid (Diddy), Nor Salima Habibi, Nur Azilah Seeron (Zila), Rich Gimbang, Karen Tan Lee Suan dan Nordawati Daud (Nora).

Musim 5.
_________
Pengetua
_________
Roslan Aziz (produser).
Pelajar
________
Nor Syarmilla Jirin (Mila), Ebi Kornelis Firdaus Yaimal, Aswad Jaafar, Heliza Helmi, Candra Clement (Candy), Shawal Ruslan, Gadaffi Datuk Ismail Sabri (Dafi), Aizat Datuk Amdan, Hasfarizal Ayub (Rizal), Aryanna Najwa Ahmad (Dekna), Nonny Nadirah Zainuddin (Noni), Farha Jasmen, Fatin Yahya, Shafiq Ramadzan, Adyana Kholid (Diya) dan Wan Nurul Zhana Wan Hanizan (Zana).

Ramli MS Is AF6 Principal

Ramli Mohamad Salleh or Ramli MS is the new principal of Akademi Fantasia 6.

He was the principal of AF2 in 2004. AF2 was the most popular AF season.

AF6 begins in March 2008.

Ramli is a respected Malaysian composer, lyricist, music director and producer.

He hails from a poor family in Singapore and learnt music by himself. As a child of musicians, he was also guided by his parents and uncles including respected musician S Atan.

Ramli is known as Malaysia's Simon Cowell as he is a no-nonsense taskmaster to his proteges, many of whom have become successful Malaysian singers.

He has spent three decades in entertainment and has been involved in the production of more than 2,000 songs and more than 300 albums.

He has also collaborated with Hong Kong artistes such as Jacky Cheung and Ronald Cheng.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Ramli MS Pengetua AF6

Ramli Mohamad Salleh atau Ramli MS ialah pengetua baru Akademi Fantasia 6.

Beliau pernah menjadi pengetua AF2 pada tahun 2004. AF2 ialah musim AF yang paling popular.

AF6 akan bermula pada bulan Mac 2008.

Ramli ialah komposer, penulis lagu, direktor muzik dan produser muzik terkenal di Malaysia.

Beliau yang berasal dari sebuah keluarga yang miskin di Singapura telah belajar muzik bersendirian serta mendapat bimbingan dari keluarganya yang berkecimpung dalam bidang muzik.

Bapa saudaranya ialah pemuzik terkenal S Atan.

Ramli terkenal sebagai Simon Cowell Malaysia kerana bersikap tegas dan mementingkan disiplin apabila melatih anak muridnya di kalangan artis.

Ramai daripada anak muridnya telah menjadi artis terkenal di Malaysia.

Beliau telah berkecimpung dalam dunia seni selama 30 tahun dan terbabit dalam lebih 2,000 produksi lagu serta lebih daripada 300 album.

Beliau juga telah berkolaborasi dengan artis Hong Kong terkenal seperti Jacky Cheung dan Ronald Cheng.

Sunday, January 06, 2008

One In A Million 2

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
(L - R) Abraham Edwin Dungot, Mark Glen Malim Lorin & Shone Eric Majimbun Jr.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
(L - R) Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya, Tengku Tiara Yasmin Sofia Tengku Hassan & Siti Sarah Raisuddin.

Saturday, January 05, 2008

Joni Inspired By Jac & Vince

Lovely Joni Tham is a big fan of Jaclyn Victor and Vince Chong.

She loves their duet, You Are The Music In Me, from High School Musical 2.

Joni hails from Ipoh, Perak but lives in George Town, Penang.

Joni also admires Suki Low, Linda Nanuwil and Marsha Londoh, and calls them her “sifus” amongst reality show contestants.

Joni, Suki and Linda can play the guitar while Marsha excels in the keyboards.

Joni also admires Velvet Aduk, Karen Tan, Atilia Sarani, Trish De Cruz, Dianne Guerzo, EJ Wong, Ebi Yaimal, Felix Agus, Lotter Edin, Yazer Yusof, Mas Ghani, Rueben Thevandran and Rich Gimbang of Estranged.

She prays for their well-being and success in their respective careers.

Meanwhile, handsome Sabahan bachelors Abraham Dungot, Shone Majimbun and Mark Lorin wish the above seniors in reality show history all the best in their singing and acting careers.

Shone is happy to sing Rich’s hit song Itu Kamu (That’s You) while Abraham is happy to sing Ronan Keating’s Picture Of You (from Mr Bean, The Ultimate Disaster Movie), a favourite of Vince.

Mark thinks Marsha is a beauty with brains.

Siti Sarah Raisuddin would love to sing with Daniel Lee and describes him as a sensitive and caring hunk.

She and her husband James Fuad Robinson wish him all the best in his career.

Sarah is the ambassador for Bata shoes in Malaysia while Daniel is the ambassador of Tinge mineral water.

Sarah also prays that Elliza Razak, Zahid Baharuddin and Dina Nadzir will have a great year ahead and thanks them for their support.

Elliza and Sarah hail from Kuala Kangsar, Perak, even though Sarah grew up in Kuala Lumpur and Selayang, Selangor.

Intan Sarafina Yahya prays that Khairul Nizam (Khai) Wahi will have a successful second album and looks forward to getting hold of it.

Her cousin Tiara Hassan looks forward to Mila Jirin’s new album and wishes her all the best in her singing and television hosting career.

Tiara is the niece of One In A Million 2 (OIAM2) judge Syafinaz Selamat (her mother’s sister) and Syafinaz has guided Khai in musical theatre acting.

Tiara also admires Idayu Yaakob, Syafinaz’s student who participated in Akademi Fantasia 3, and Idayu’s friends Farhan Azizan, Zila Seeron, Awal Ashaari (OIAM2 host), Dafi Ismail, Kaer Azami, Nana Mahazan and Akma Abdullah.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Joni Kagumi Jac & Vince

Jelitawan Joni Tham amat meminati Jaclyn Victor dan Vince Chong.

Dia amat menyukai duet mereka, You Are The Music In Me, tema High School Musical 2.

Joni berasal dari Ipoh, Perak tetapi tinggal di George Town, Pulau Pinang.

Joni turut kagumi Suki Low, Linda Nanuwil dan Marsha Londoh, dan menyifatkan mereka “sifu” di kalangan bintang rancangan nyanyian realiti.

Joni, Suki dan Linda pandai bermain gitar manakala Marsha pandai bermain piano.

Joni turut kagumi Velvet Aduk, Karen Tan, Atilia Sarani, Trish De Cruz, Dianne Guerzo, EJ Wong, Ebi Yaimal, Felix Agus, Lotter Edin, Yazer Yusof, Mas Ghani, Rueben Thevandran dan Rich Gimbang dari kumpulan Estranged.

Dia mendoakan kesihatan dan kejayaan mereka dalam karier masing-masing.

Sementara itu, jejaka Sabah yang tampan Abraham Dungot, Shone Majimbun dan Mark Lorin mendoakan kesihatan dan kejayaan bintang realiti di atas dalam karier nyanyian dan lakonan masing-masing.

Shone berasa gembira menyanyikan lagu ciptaan Rich berjudul Itu Kamu manakala Abraham berasa gembira menyanyikan lagu hit Ronan Keating berjudul Picture Of You (dari Mr Bean, The Ultimate Disaster Movie), lagu kegemaran Vince.

Mark menyifatkan Marsha jelitawan yang bijak lagi berbakat besar.

Siti Sarah Raisuddin ingin berduet dengan Daniel Lee dan menyifatkan penyanyi itu seorang jejaka tampan yang comel, sensitif dan prihatin.

Sarah dan suaminya James Fuad Robinson mendoakan kejayaan Daniel dalam kariernya.

Sarah ialah duta kasut Bata di Malaysia manakala Daniel ialah duta air mineral Tinge.

Sarah turut berdoa agar Elliza Razak, Zahid Baharuddin dan Dina Nadzir akan menempuh kejayaan tahun ini dan berterima kasih atas sokongan mereka.

Elliza dan Sarah berasal dari Kuala Kangsar, Perak, walaupun Sarah tinggal di Kuala Lumpur dan Selayang, Selangor.

Intan Sarafina Yahya berdoa agar Khairul Nizam (Khai) Wahi akan menghasilkan album kedua yang popular dan ingin memiliki album itu apabila dilancarkan kelak.

Saudaranya dari kerabat diraja Johor Tiara Hassan berharap album sulung Mila Jirin akan mendapat sambutan baik serta mengirim salam maju jaya kepada penyanyi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang itu dalam kariernya di bidang nyanyian dan hos TV.

Tiara ialah anak saudara kepada hakim dan pengkritik One In A Million 2 (OIAM2) Syafinaz Selamat (adik kepada ibunya) dan Syafinaz banyak membimbing Khai di bidang lakonan muzikal teater.

Tiara turut kagumi Idayu Yaakob, anak murid Syafinaz dalam Akademi Fantasia 3, dan kawan Idayu iaitu Farhan Azizan, Zila Seeron, Awal Ashaari (hos OIAM2), Dafi Ismail, Kaer Azami, Nana Mahazan dan Akma Abdullah.