Monday, January 16, 2006

Kak Hopes 2 Watch Your Movie, Sayang

Beautiful Rydiana (Rydee) Rahim of Malaysian Idol 1 (MI1) is always thankful to her beloved "kid brother" Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman of Akademi Fantasia 2 (AF2), for his strong support and words of encouragement.

Rydee is very proud of her fellow Kota Kinabalu native's success in the music industry, and follows his singing career closely.

She is very happy to hear that the film "Main-Main Cinta", in which handsome Adam plays the romantic hero alongside Kelantanese pop princess Misha Omar, is on the way to the cinemas.

The film's script is written by The Malay Mail journalist Meor Shariman Shafie.

Rydee will try to catch the film in the cinemas or on VCD, and she is confident it will help make Adam a popular and much-loved entertainer.

She said: "Sayang (darling), kak (elder sister) is very proud of your achievements this far. I always wish you success and happiness.

"What is important is, always be yourself, never forget your loved ones, and never forget your roots. I'm very confident you will achieve all your dreams."

Rydee also sent her best wishes to Adam's Esprit De Corps band mates Ijan Tahir and Sabhi Saddi, and Adam's sweet little "proteges", new artiste Balkish (Kiss) Khan and Ekin Rahman of Akademi Fantasia 3 (AF3).

She also wished her fellow Kota Kinabalu artistes Naufara Yasin, her younger sister Pija Yasin, and Azharina Azhar the same.





BAHASA MALAYSIA VERSION

Kak Harap Dapat Tengok Filem Baru Mu, Sayang

Si jelita Malaysian Idol 1 (MI1) Rydiana (Rydee) Rahim sentiasa berterima kasih atas sokongan "adik" kesayangannya Mohamad Aizam (Adam) Mat Saman dari Akademi Fantasia 2 (AF2).

Rydee berasa bangga dengan kejayaan Adam, rakan sekampungnya dari Kota Kinabalu, dalam dunia seni, dan sentiasa mengikuti perkembangannya.

Dia amat gembira mendengar kemunculan filem "Main-Main Cinta" di mana Adam memegang watak hero bersama puteri pop negara dari Kelantan, Misha Omar.

Filem ini adalah diilhamkan oleh skrip yang ditulis oleh wartawan The Malay Mail Meor Shariman Shafie.

Rydee akan cuba menonton filem Adam di pawagam ataupun VCD, dan berasa yakin ia akan membantu "adik" kacaknya menjadi penghibur yang popular dan disayangi.

Katanya: "Sayang, kak amat bangga dengan apa yang adik capai setakat ni, dan kak sentiasa doakan kebahagiaan adik.

"Kak doakan adik akan sentiasa ingat orang tersayang dan tak lupa asal-usul. Kak yakin adik akan berjaya mencapai segala impian mu."

Rydee turut mengirim salam kepada rakan band Esprit De Corps Adam iaitu Ijan Tahir dan Sabhi Saddi, serta "anak didik" Adam iaitu artis baru Balkish (Kiss) Khan dan Ekin Rahman dari Akademi Fantasia 3 (AF3).

Rydee juga mendoakan kejayaan penyanyi baru dari Kota Kinabalu, Naufara Yasin, adiknya Pija Yasin, dan Azharina Azhar.

Azizi's Rainbow - May 2006 Be A Great Year For Him

Butterscotch-haired Azizi Mohamad was driving in his car with television host and The Malay Mail entertainment editor Zainal Alam Kadir (a k a Mr Universe and the uncle of lovely Nana Mahazan) recently, when they both saw twin rainbows shining over Kuala Lumpur.

"Perhaps, a sign of great things to come for both of us," Zainal said.

"Yes, I think so, too," Azizi replied.

This blogger wishes great things will be coming their way, and the way of other reality show stars in Akademi Fantasia and Malaysian Idol, and those in American Idol, too.




BAHASA MALAYSIA VERSION

Pelangi Azizi - Semoga 2006 Mendatangkan Kebahagiaan Dan Kejayaan Kepadanya

Si rambut butterscotch Azizi Mohamad baru-baru ini melihat dua batang pelangi di langit tatkala memandu keretanya di Kuala Lumpur.

Zainal Alam Kadir, hos TV dan editor hiburan The Malay Mail merangkap pakcik kepada si jelita Nana Mahazan berada dalam kereta yang sama.

Zainal berkata: "Mungkin ni petanda baik bagi kita orang."

Azizi berkata: "Ya, aku ingat macam tu juga."

Blogger ini mendoakan kejayaan dan kebahagiaan mereka berdua tahun ini, dan juga mendoakan kejayaan dan kebahagiaan artis rancangan realiti Akademi Fantasia, Malaysian Idol dan American Idol.