Thursday, August 10, 2006

AF4 Kids Pix (Gambar Artis AF4)


Diddy Muhid (L) & Faizal Ramly


Zila Seeron (L) & Farhan Azizan


Salima Habibi (L) & Haziq Rosebi

Sunday, August 06, 2006

Faizal Hopes To Meet Xerra

Akademi Fantasia 4 (AF4) champion Faizal Ramly hopes to meet Malaysian Idol 2 (MI2) beauty Xerra Zaimi, who is from his home state Terengganu.

Faizal thanks Xerra for her support, and admires her versatility as a pop singer.

"I'm a family pal of her aunt, pop singer Anis Suraya. Xerra is a beautiful and talented princess I'd love to perform with," he said, adding that he wished her all the best in her singing career.

Xerra is a member of the Terengganu royal clan. Her uncle, Sultan Mizan Zainal Abidin Shah of Terengganu, will become the King of Malaysia in December.

Faizal also greeted Raihan Zaki, a fan of his who failed to qualify for TV3 reality show Mentor, and advised her not to give up in her quest to be a recording artiste.

Meanwhile, Haziq Rosebi, who finished fourth in AF4, wished Akademi Fantasia 1 (AF1) runner-up Khairul Nizam (Khai) Wahi and Akademi Fantasia 2 (AF2) champion Zahid Baharuddin all the best in their careers, and thanked them for their support.

He also paid tribute to Nadia Rusali, his neighbour who did not qualify for Mentor. Haziq advised Nadia not to give up in her quest to be a successful recording artiste.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Faizal Ingin Berjumpa Xerra

Juara Akademi Fantasia 4 (AF4) Faizal Ramly ingin berjumpa dengan peserta Malaysian Idol 2 (MI2) yang jelita dan berbakat Xerra Zaimi, seorang kerabat diraja negeri asalnya, Terengganu.

Faizal berterima kasih atas sokongan Xerra kepadanya di musim AF4. Dia memuji bakat, kejelitaan dan versatiliti Xerra.

"Saya adalah kawan keluarga kepada mak saudaranya, penyanyi pop Anis Suraya. Xerra memang jelita, berbakat dan bersuara power. Saya ingin menyanyi bersamanya," katanya.

Faizal berharap Xerra akan terus maju dalam karier nyanyiannya.

Xerra adalah anak saudara Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Shah yang bakal menjadi Yang Dipertuan Agung Malaysia di bulan Disember.

Faizal juga mengirim salam kepada Raihan Zaki, peminatnya yang gagal melayakkan diri untuk rancangan nyanyian realiti terbitan TV3 Mentor.

Dia menasihati Raihan supaya jangan putus asa dan terus berusaha untuk menjadi penyanyi yang berjaya.

Sementara itu, Haziq Rosebi, pemenang tempat ke-4 AF4, mengirim salam terima kasih kepada naib juara Akademi Fantasia 1 (AF1) Khairul Nizam (Khai) Wahi dan juara Akademi Fantasia 2 (AF2) Zahid Baharuddin atas sokongan mereka, dan mendoakan kejayaan mereka dalam karier masing-masing.

Dia juga mengirim salam kepada jirannya Nadia Rusali, yang tidak berjaya melayakkan diri untuk rancangan Mentor. Haziq menasihati Nadia supaya jangan putus asa dan terus berusaha untuk menjadi artis yang terkenal.

AF1 & AF2 On AF4

This is what the Akademi Fantasia 1 (AF1) and Akademi Fantasia 2 (AF2) contestants said of their juniors in Akademi Fantasia 4 (AF4).

Zahid Baharuddin (Akademi Fantasia 2 or AF2 winner)
"I have great respect for Salima Habibi and Haziq Rosebi for their honesty.
"They are comfortable with their own images and do not want to copy other singers.
"Salima is good at singing Arabic-influened songs like Waheeda, while Haziq is great in traditional Malay pop.
"Salima and Haziq must work hard to be successful singers, and I am confident they will do so."

Rueben (Burn) Thevandran (Akademi Fantasia 1)
"Rich Gimbang is extremely talented and can emerge as a world-class entertainer.
"He is good in both English and Malaysian, and he can play the guitar well.
"Even though his forte is rock music, he can also perform pop ballads with ease.
"Lotter Edin has an interesting personality and is very entertaining.
"His voice may be a bit nasal, but this can be improved."

Nurul Hana (Nana) Che Mahazan (Akademi Fantasia 1)
"Farhan Azizan is a world-class singer in the making. She is a disciplined, diligent and consistent AF4 contestant.
"She also has a powerful and melodious voice.
"Zila Seeron has a sweet, cute and adorable personality, and is always polite and friendly.
"While she still has a long way to go, she can sing and is capable of becoming a successful radio or television presenter."





BAHASA MALAYSIA VERSION
AF4 Di Mata AF1 Dan AF2

Ini adalah komen peserta Akademi Fantasia 1 (AF1) dan Akademi Fantasia 2 (AF2) pasal peserta Akademi Fantasia 4 (AF4).

Zahid Baharuddin (juara Akademi Fantasia 2 atau AF2)
"Saya hormati Salima Habibi dan Haziq Rosebi kerana kejujuran mereka.
"Mereka selesa dengan imej unik masing-masing, dan tidak mahu meniru orang lain.
"Salima pandai membawa lagu rentak Arab macam Waheeda, manakala Haziq hebat dengan lagu Melayu aslinya.
"Salima dan Haziq kena rajin berusaha untuk menjadi penghibur terkenal, dan saya yakin mereka mampu melakukannya."

Rueben (Burn) Thevandran (Akademi Fantasia 1)
"Rich Gimbang mempunyai potensi menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa.
"Dia fasih berbahasa Inggeris dan Malaysia. Dia juga amat berbakat dan pandai bermain gitar.
"Walaupun dia seorang rocker, dia juga mampu membawa lagu balada pop dengan baik.
"Lotter Edin mempunyai personaliti yang menarik dan pandai menghiburkan penonton.
"Walaupun suaranya agak sengau, dia mampu merubahnya."

Nurul Hana (Nana) Che Mahazan (Akademi Fantasia 1)
"Farhan Azizan berpotensi menjadi penyanyi bertaraf dunia. Dia berdisiplin, rajin dan konsisten sebagai peserta AF4.
"Suaranya juga amat mantap dan merdu.
"Zila Seeron mempunyai perwatakan yang ayu, comel dan bersopan. Bakat nyanyiannya boleh digilapkan lagi, dan dia juga mampu menjadi penyampai radio atau televisyen yang berjaya."

I'm Right Behind U Kak Fa - Farhan

Beautiful Farhan Azizan of Akademi Fantasia 4 (AF4) thanks her old pals Sufiah Noor, Nita Hamzah, Xerra Zaimi and Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) of Malaysian Idol for their support in her quest to win AF4.

Farhan finished 3rd in AF4.

While she did not win, she has no regrets joining the reality talent show hosted by Astro television, Malaysia's major satellite television station.

"I'm happy to be part of the wonderful AF family. Now that the show is over, I'd love to give all the support Kak Fa needs to win One In A Million," she said.

Farah Asyikin is a contestant in reality show One In A Million (OIAM) which is a production of Malaysian television station 8TV.

It is filling in the gap left by Malaysian Idol which is taking a break in 2006 due to the World Cup.



BAHASA MALAYSIA VERSION
Farhan Sokong Kak Fa Untuk Menang OIAM

Jelitawan Farhan Azizan dari Akademi Fantasia 4 (AF4) berterima kasih kepada kawan lamanya Sufiah Noor, Nita Hamzah, Xerra Zaimi dan Farah Asyikin Zulkifli (Farah Z) dari Malaysian Idol atas sokongan mereka ketika pertandingan merebut gelaran juara AF4.

Farhan mendapat tempat ke-3 dalam AF4.

Walaupun tidak menang, Farhan amat bangga menjadi peserta AF4 yang diterbitkan oleh stesen televisyen satelit utama Malaysia, Astro.

"Saya bangga menjadi sebahagian keluarga AF. Kini, setelah tamat konsert AF4, saya akan memberi sepenuh sokongan untuk Kak Fa memenangi One In A Million," katanya.

Farah Asyikin adalah peserta rancangan nyanyian realiti One In A Million (OIAM) yang diterbitkan oleh stesen televisyen 8TV.

OIAM mengambil tempat Malaysian Idol yang berehat selama setahun akibat siaran Piala Dunia 2006.

Congrats, Faizal!

Congrats to Akademi Fantasia 4 (AF4) winner Faizal Ramly. He won the contest on Aug 5, 2006.

Congrats, too, to Lotter Edin, Farhan Azizan, Haziq Rosebi and Velvet Aduk, the second, third, fourth and fifth winners of AF4.




BAHASA MALAYSIA VERSION
Tahniah, Faizal!

Tahniah kepada Faizal Ramly, pemenang Akademi Fantasia 4 (AF4). Dia memenangi AF4 pada Ogos 5, 2006.

Tahniah juga kepada pemenang ke-2 Lotter Edin, pemenang ke-3 Farhan Azizan, pemenang ke-4 Haziq Rosebi dan pemenang ke-5 Velvet Aduk.

Malatop, Kor!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

(L to R) Karen & Velvet

Akademi Fantasia 4 (AF4) beauties Karen Tan and Velvet Aduk are big fans of handsome Akademi Fantasia 1 (AF1) champion Vince Chong, who is also called Kor in Cantonese (it means elder brother).

Velvet greets her fans and idols with the term "Malatop" which means "U R Da Bomb" in Kadazan (Dusun).




BAHASA MALAYSIA VERSION

Malatop, Kor!

Jelitawan Karen Tan dan Velvet Aduk adalah peminat setia juara Akademi Fantasia 1 (AF1) Vince Chong yang juga digelar Kor atau abang dalam bahasa Kantonis.

Velvet sentiasa berkata "Malatop" kepada peminatnya dan idolanya dan maksudnya ialah "Saudara/Saudari Memang Meletup".