Sunday, March 27, 2005

Saipul Pays Tribute To Sudirman And Four Beauties Of Akademi Fantasia

Saipul Bakeri, Malaysian Idol’s cute fifth placer from Kuching, Sarawak is a big fan of the late Sudirman Arshad, Malaysia’s legendary pop king and the country’s equivalent of Freddie Mercury.

Sudirman died after a long illness in 1992, when Saipul was only six. Saipul said that had the pop king lived, he would have loved to meet him.

“I grew up listening to his music. There will never be another Sudirman,” he said.

Saipul is also a fan of Native Pop stars M. Nasir and Yassin Sulaiman.

Saipul also admires Camelia, the beautiful Kuching-born pop star.

She recently paid tribute to him and Nurul (Nurullah) Hamid, the eighth placer of Akademi Fantasia Season Two (AF2), and described them as pop stars with a lot of potential.

On Nurul, Saipul said that it was good to have a fellow Kuching-born in the pop reality show industry, to guide him along the rocky road of stardom.

He said that Nurul was a special friend of his family, and she is perhaps the elder sister he never had.

Saipul has two younger sisters named Nurul, while Nurul has an elder cousin named Saipul.

Nurul and Saipul live a 15-minute drive apart in Petra Jaya, northern Kuching.

He visited her Hari Raya Aidil Fitri open house last year.

Saipul said that Nurul was a loving and caring “kakak” (elder sister), who always gave him strong support, and encouraged him to be brave and to do his best in everything.

Saipul and Nurul have known each other through their participation in talent contests in Kuching over the last few years.

Nurul’s closest friend in AF2, Farah Diana Anuar, is another AF2 singer he greatly admires.

“Farah has a great voice. I’d love to duet with her. She carries herself well, too.

“Farah has the potential to become a great pop star, if she maintains her consistency,” he said.

Saipul paid tribute to Suriati (Atie) Abu Bakar, the 10th placer in Akademi Fantasia Season One (AF1), who recently expressed her love and admiration for him.

Atie, who is an actress, recently said that Saipul had what it takes to become a great entertainer.

She advised him to “stay on the middle path” in coping with fame.

She said that this was Malaysian pop queen Siti Nurhaliza’s advice to her.

“Thanks for your support Kak Atie. You are a great actress and a great friend.”

Atie is a fan of Sudirman. She hails from Janda Baik, near Genting Highlands, the mountain resort where the Malaysian Idol finals was held.

Sudirman hails from Temerloh, and thus shares the state of Pahang with Atie.

Siti Nurhaliza is also a Pahangite. She hails from Kuala Lipis.

Saipul also sent his greetings to Azza Suaymi, who finished 12th in AF1.

Model and actress Azza, who has hosted a cookery show on satellite television station Astro, recently said she admired Saipul’s courage in facing the harsh criticisms of Malaysian Idol judge Roslan Aziz and Paul Moss.

She, too, is a Sudirman fan.


Bahasa Malaysia Version

Saipul Menghormati Sudirman Dan Empat Jelitawan Akademi Fantasia

Saipul Bakeri, si comel dari Kuching yang mendapat tempat kelima dalam Malaysian Idol (MI), amat meminati Allahyarham Sudirman Arshad, raja pop Malaysia.

Sudirman meninggal dunia dalam tahun 1992, ketika Saipul berumur enam tahun.

Saipul berkata bahawa jikalau Sudirman masih hidup, sudah tentu dia mahu berjumpa dengan idolanya.

“Semasa kecil, saya amat meminati lagu Sudirman. Beliau sukar dicari ganti,” katanya.

Saipul juga meminati bintang pop M. Nasir dan Yassin Sulaiman, serta rakan sekampungnya, Camelia.

Baru-baru ini, Camelia telah berkata bahawa Saipul dan Nurul (Nurullah) Abdul Hamid (AF2) adalah bakat baru dalam dunia hiburan yang berpotensi tinggi.

Saipul berkata bahawa dia bernasib baik kerana rakan sekampungnya, Nurul, juga berkecimpung dalam bidang hiburan menerusi rancangan pop realiti.

Katanya, Nurul dapat membimbingnya dalam menghadapi cabaran dunia hiburan setelah bergelar bintang.

Saipul menganggap Nurul sebagai kawan istimewa keluarganya serta “kakak angkatnya” yang ideal.

Kebetulannya, dua adik perempuan Saipul bernama Nurul, manakala sepupu Nurul bernama Saipul.

Nurul dan Saipul tinggal berdekatan di Petra Jaya, Kuching Utara. Keluarga Nurul boleh mengambil masa 15 minit untuk berkereta ke rumah Saipul.

Saipul telah melawat rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri Nurul tahun lalu.

Saipul berkata bahawa Nurul adalah seorang “kakak” yang amat prihatin dan penyayang, dan sentiasa menyokongnya, serta menggalakkannya supaya memberanikan diri dan berjaya dalam hidup.

Saipul dan Nurul berkenalan menerusi pertandingan nyanyian di Kuching beberapa tahun yang lalu.

Kawan karib Nurul di AF2, Farah Diana Anuar, juga amat diminati oleh Saipul.

“Farah mempunyai suara yang mantap dan hebat. Saya ingin berduet dengannya. Farah juga mempunyai personaliti yang menarik.

“Farah berpotensi menjadi bintang yang hebat dalam dunia seni, selagi dia mengekalkan konsistensi yang ada,” katanya.

Saipul juga menghormati Suriati (Atie) Abu Bakar, peserta tempat ke-10 dalam AF1.

Tahun lalu, Atie berkata bahawa dia amat mengkagumi bakat nyanyian Saipul serta keberaniannya berdepan dengan sindiran tajam hakim MI, Roslan Aziz, serta kritikan tajam hakim MI dari New Zealand, Paul Moss.

Atie, yang kini seorang pelakon, menasihati Saipul supaya mengamalkan kesederhanaan dalam hidup, kerana itulah azimat yang paling berkesan untuk seseorang penghibur apabila berdepan dengan cabaran dunia hiburan.

Nasihat Atie kepada Saipul adalah nasihat ratu pop negara, Siti Nurhaliza, kepadanya.

“Terima kasih kerana sokonganmu, Kak Atie. U memang aktres dan kawan yang hebat.”

Atie juga seorang peminat Sudirman. Dia berasal dari Janda Baik, dekat Genting Highlands, iaitu tempat persembahan “finals” MI tahun lalu.

Sudirman berasal dari Temerloh, dan merupakan rakan senegeri dengan Atie.

Siti Nurhaliza juga berasal dari Pahang, iaitu dari Kuala Lipis.

Saipul turut mengirim salam kepada Azza Suaymi, iaitu peserta tempat ke-12 dalam AF1.

Azza, yang berbakat sebagai model dan aktres, serta hos rancangan masakan di stesen TV Astro, amat mengkagumi keberanian Saipul ketika berdepan dengan Roslan dan Paul.

Azza, yang berasal dari Kuala Lumpur, juga seorang peminat Sudirman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home