Thursday, June 28, 2007

Edlin & Zarina Are Now Pop Duo Cherry

Lovely Edlin Rahim and Zarina Zainoordin of Akademi Fantasia 2 are now members of pop duo Cherry. May they be a hit. All the best, girls!





BAHASA MALAYSIA VERSION
Edlin & Zarina Kini Kumpulan Pop Cherry

Jelitawan Akademi Fantasia 2 Edlin Rahim dan Zarina Zainoordin kini adalah ahli kumpulan pop Cherry yang dianggotai dua penyanyi. Semoga berjaya, saudari!

Reality Show Stars In Semi-Finals Of Ikon Malaysia

Congrats to Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Mawi Ani and Farah Anuar who have made it to the semi-finals of Ikon Malaysia.

They are the four lucky reality show stars who made it to the semi-finals.

Daniel Lee, Dina Nadzir and Adam Mat Saman were the reality stars who did not make it to the next round.

The singing contest screened on Astro TV is aimed at identifying new pop icons for Malaysia.

The winner will be known on August 12.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Bintang Realiti Layak Ke Separuh Akhir Ikon Malaysia

Tahniah kepada Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Mawi Ani dan Farah Anuar yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir pertandingan Ikon Malaysia.

Mereka adalah 4 graduan rancangan pop realiti yang berjaya ke pusingan seterusnya dalam Ikon Malaysia.

Daniel Lee, Dina Nadzir dan Adam Mat Saman turut bertarung untuk gelaran Ikon Malaysia tetapi gagal mara ke peringkat seterusnya.

Pertandingan yang disiarkan oleh Astro TV ini adalah untuk mengenalpasti penyanyi baru yang layak bergelar ikon pop negara.

Pemenang Ikon Malaysia akan diumumkan pada Ogos 12 nanti.

Monday, June 25, 2007

Malaysian Sean Bean Was A Likeable Person - Shah Rezza

1980s actor Datuk Shah Rezza has paid tribute to the late Izi Yahya, also known as the Sean Bean of Malaysia, who passed away of an illness today.

Izi and Shah starred with Akademi Fantasia 5 chief judge and Female Paul Moss Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy) in the romantic comedies Ali Setan 1 and 2 in 1985 and 1986 respectively.

Ali Setan 1 earned Fauziah her second Best Actress win in the annual Malaysian Film Festival.

It also earned lead actor Azmil Mustapha (a k a the Malaysian Michael J Fox) the Best Actor award.

Both films were about the adventures of an intelligent but naughty university student, Ali, played by Azmil, who falls in love with freshie Asmidar, played by Fauziah.

Their relationship is disturbed by millionaire student Jeffri, whose family has an axe to grind against Ali's family.

Izi played the villain Jeffri.

Shah played one of Ali's close pals, Jalil the Kelantanese prince.

The Ali Setan films were Izi's first. He was widely praised for his portrayal of Jeffri.

He is also the only man in Malaysian cinema who played the love interest of jazz queen Sheila Majid, the ex-wife of Malaysian Idol judge and Akademi Fantasia 5 principal Roslan Aziz.

Sheila acted as Ali's foster sister Tipah, the woman who wins Jeff's heart and makes him change his evil ways.

Her character gave rise to the famous Malaysian phrase Tipah Tertipu (Cheated Tipah) which refers to sweet, young women who are tricked into losing their virginity.

Tipah Tertipu also became a hit song for hip hop group Ruffedge in 2004. The group later acted in their very own romantic comedy, also called Tipah Tertipu.

The film also starred Diya Kholid of Akademi Fantasia 5.

Shah said: "Izi was a very kind and humble man. We will all miss him.

"I pray that the entertainment industry honours his services appropriately."

Shah said Izi's acting career grew from strength to strength since the Ali Setan films and he deservingly won Best Actor for his portrayal of a barbaric, sex maniacal Japanese general in the 2003 hit film Embun.

Embun was directed by Izi's family pal Erma Fatima Rahmad, who is training Akademi Fantasia 2's Mas Ghani in acting. The World War 2 film also starred Erma's sister Umie Aida (the Malaysian Kate Winslet) and the late, great Hani Mohsin.

Shah, a nephew of Sultan Ismail Petra of Kelantan, and a distant relative of Akademi Fantasia 2's Kaer Azami, was also the wedding planner of pop queen Datuk Siti Nurhaliza, who got married last year.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Izi Yahya Seorang Insan Yang Peramah - Shah Rezza

Aktor comel 1980an Datuk Shah Rezza amat meminati Allahyarham Izi Yahya, Sean Bean Malaysia, yang meninggal dunia akibat penyakit jantung hari ini.

Izi dan Shah berlakon bersama pengkritik utama Akademi Fantasia 5 dan Paul Moss Wanita Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy) dalam komedi romantik Ali Setan 1 (1985) dan Ali Setan 2 (1986).

Fauziah telah memenangi anugerah Aktres Terbaik atas lakonannya dalam filem Ali Setan 1 di Pesta Filem Malaysia yang diadakan setiap tahun.

Aktor utama Ali Setan 1 dan 2 Azmil Mustapha (Michael J Fox Malaysia) telah memenangi anugerah Aktor Terbaik untuk Ali Setan 1.

Kedua-dua filem mengisahkan kehidupan Ali, lakonan Azmil, seorang pelajar universiti yang pintar tetapi nakal. Dia bercinta dengan juniornya Asmidar, lakonan Fauziah.

Cinta suci mereka diganggu oleh pelajar jutawan Jeffri, yang datang dari keluarga yang memusuhi keluarga Ali.

Izi membawakan watak Jeffri.

Shah membawakan watak Jalil, putera Kelantan yang merupakan kawan baik Ali.

Filem Ali Setan 1 dan 2 adalah filem pertama Izi. Lakonannya sebagai Jeffri dipuji oleh peminat.

Izi adalah satu-satunya aktor yang bercinta dengan ratu jazz Sheila Majid dalam filem. Sheila ialah bekas isteri hakim Malaysian Idol dan pengetua Akademi Fantasia 5 Roslan Aziz.

Sheila membawakan watak adik angkat Ali, Tipah, yang menawan hati Jeff dan mengubah sikap jahatnya.

Watak Tipah menbawa kepada peribahasa Malaysia Tipah Tertipu yang bermaksud gadis ayu yang dicabul kehormatannya akibat tipu helah lelaki buaya darat.

Tipah Tertipu juga menjadi lagu hit buat kumpulan hip hop terkenal Ruffedge di tahun 2004.

Ruffedge kemudiannya berlakon dalam komedi romantis sendiri, juga dipanggil Tipah Tertipu, bersama Diya Kholid Akademi Fantasia 5.

Shah berkata: "Izi amat baik hati dan merendah diri. Kita semua akan merinduinya.

"Saya berdoa agar industri hiburan akan memberi penghormatan sewajarnya untuk Allahyarham."

Shah berkata karier lakonan Izi berkembang maju sejak Ali Setan 1 dan 2, dan amat tepat Izi memenangi anugerah Aktor Terbaik Pesta Filem Malaysia untuk watak jeneral Jepun yang gila seks lagi kejam dalam filem 2003 Embun.

Embun diarahkan oleh kawan keluarga Izi, Erma Fatima Rahmad, yang juga mentor lakonan kepada Mas Ghani Akademi Fantasia 2.

Filem Perang Dunia Kedua itu turut dibintangi oleh adik Erma iaitu Umie Aida (Kate Winslet Malaysia) dan Allahyarham Hani Mohsin.

Shah, anak saudara Sultan Ismail Petra Kelantan, dan saudara bau bacang Kaer Azami Akademi Fantasia 2, terkenal sebagai pengurus perkahwinan ratu pop Datuk Siti Nurhaliza tahun lalu.

Thursday, June 21, 2007

Vick To Star In Black Diary

Handsome Vick Teo of Malaysian Idol 1 (MI1) will soon be appearing in Black Diary, a Malaysia-Hong Kong film directed by Seed Of Darkness director Michael Chuah.

He will appear alongside model Constance Lau in the horror flick. In Seed, another horror flick, Vick starred with models Wong Sze Zen and Amber Chia and actor Alvin Wong.

Amber and Vick are both from Ipoh, Perak.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Vick Berlakon Dalam Black Diary

Si kacak Vick Teo dari Malaysian Idol 1 (MI1) akan berlakon dalam filem seram Black Diary, sebuah produksi bersama Malaysia dan Hong Kong. Ia diarahkan oleh direktor Seed Of Darkness, Michael Chuah.

Vick berlakon bersama model Constance Lau. Dalam filem Seed Of Darkness, Vick berlakon dengan model Amber Chia dan Wong Sze Zen, serta aktor popular Alvin Wong.

Amber dan Vick berasal dari Ipoh, Perak.

Thursday, June 14, 2007

We Have A Bright Future, Young Singers - David The Soul Man

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
David (L) & Loganathan (The Star)

Soul survivor David Arumugam recently lost his younger brother and soul mate Loganathan Arumugam.

On Loganathan's wishes, he is continuing with their band The Alleycats, and has roped in as his brother's replacement Gerard Abisheganaden, a cousin of Singaporean jazz singer Jacintha Abisheganaden.

David advises Malaysia's new singers especially those from Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor and One In A Million, to work hard and be serious in the music and entertainment industry.

He believes that Malaysian arts and music have a bright future for he and his late brother have always been optimists.

"Young artistes must always think positive and love what they are doing. If you love what you are doing you will work hard and excel," he says.

David advises all new artistes to always think Malaysian and perceive the entertainment industry as one big family.

"The best way to stay around for a long time and to keep your fans is to be kind and forgiving.

"We should not think of despising others because we are all one human family," he says.

David says while Malaysia has lost many veteran artistes such as his brother, he believes new stars will emerge in the years to come.

Among the new stars David and his late brother greatly admire is Jaclyn Victor.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Kita Penyanyi Ada Masa Depan Yang Cerah - Raja Soul David Arumugam

Raja Soul David Arumugam yang baru saja kehilangan adiknya Loganathan Arumugam kini meneruskan perjuangan band mereka iaitu The Alleycats, bersama penyanyi baru Gerard Abisheganaden, sepupu penyanyi jazz tersohor Singapura Jacintha Abisheganaden.

David menasihati artis baru terutama bakat yang dicungkil melalui Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Mentor dan One In A Million, supaya berusaha gigih dan serius dalam dunia seni.

Katanya, dunia muzik dan dunia seni Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dan dia sentiasa bersikap optimis, seperti mendiang adiknya Loganathan.

"Artis muda kena sentiasa berfikiran positif dan mencintai bidang yang mereka ceburi. Hanya orang yang benar-benar mencintai dunia seni akan melangkah maju ke depan," katanya.

David menasihati semua artis baru supaya sentiasa berjiwa Malaysia dan menganggap industri hiburan sebagai keluarga yang besar.

"Petua terbaik untuk bertahan lama dan mengekalkan peminat ialah dengan bersikap baik dan mudah memaafkan orang.

"Kita sebagai manusia tidak harus benci-membenci kerana kita semua adalah saudara," katanya.

David berkata walaupun Malaysia sudah kehilangan ramai artis veteran seperti mendiang adiknya, dia percaya bintang baru akan tetap muncul.

Di antara bintang baru yang David dan mendiang adiknya amat hormati ialah Jaclyn Victor.

Friday, June 08, 2007

Be Versatile, Rizal & Amirul - Saiful

Cute Saiful Bakeri (Malaysian Idol 1) advises his fellow Kuching singers Rizal Ayub (AF5) and Amirul Ghazali (AF4) to be versatile.

On his part, he is branching into acting, and he thinks they both have the talent for it.

“Rizal and Amirul have great voices, and I have confidence in them. They have to work hard to excel in their singing careers,” he said.

“But at the same time, they should try to act and host TV shows. They have charisma.”

He wishes his fellow Sarawakian reality show graduates Nurul Hamid (AF2), Amy Azlan (AF3) and Adam Alli Kawi (Malaysian Idol 2) all the best in their singing and acting careers. Nurul, who is like an elder sister to him, is now a theatre actress and has graduated with a diploma in business.

Saiful also conveys his love and prayers to lovely Kedahans Farah Anuar (AF2) and Amylea Azizan (AF3), actresses Atie Abu Bakar (AF1) and Azza Suaymi (AF1), and Sarawak superstars OAG, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Camelia and Deja Moss.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Saudara Kena Versatil - Saiful Kepada Rizal & Amirul

Si comel Saiful Bakeri (Malaysian Idol 1) menasihati rakan sekampungnya dari Kuching, Sarawak, Rizal Ayub (AF5) dan Amirul Ghazali (AF4) supaya menjadi versatil.

Saiful sendiri kini menjadi pelakon dan dia yakin Rizal dan Amirul memiliki bakat berlakon.

“Rizal dan Amirul memiliki suara mantap, dan saya yakin mereka akan menjadi penyanyi yang bagus. Mereka kena rajin berusaha dalam karier nyanyian masing-masing,” katanya.

“Mereka juga boleh perkembangkan bakat dalam bidang lakonan dan sebagai hos TV. Mereka ada karisma.”

Saiful mengirim salam maju jaya kepada rakan senegerinya dalam rancangan pop realiti Nurul Hamid (AF2), Amy Azlan (AF3) dan Adam Alli Kawi (Malaysian Idol 2) dalam karier nyanyian dan lakonan masing-masing. Nurul, yang semacam kakak angkat Saiful, kini seorang aktres teater dan pemilik diploma bisnes.

Saiful turut mendoakan kejayaan dan kebahagiaan artis comel Kedah Farah Anuar (AF2) dan Amylea Azizan (AF3), aktres jelita Atie Abu Bakar (AF1) dan Azza Suaymi (AF1), dan bintang pop Sarawak OAG, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, Camelia dan Deja Moss.

About The AF5 Kids

1 MILA JIRIN - Many AF followers find Mila sweet and sexy.
Mila first sang as a member of the in-house band of Evergreen Hotel in George Town, Penang last year.
She represented Penang in the 2004 Malaysia Festival as a dancer.
Mila is a big fan of Anita Sarawak and Datuk Siti Nurhaliza.
The AF gentleman she would love to date is Kaer Azami of AF2. She finds him handsome, funny, intelligent, fluent in English, mature and loving.

2 EBI YAIMAL - This ex-Malaysia Games sprinter and model can play the guitar and admires rocker Jason Lo as well as Rich Gimbang's (AF4) band Estranged.
Ebi from Menggatal in Kota Kinabalu also admires Jamal Abdillah, Felix Agus (AF3) and Marsha Londoh (AF3).

3 ASWAD JAFAR - This humble orphan is often compared to Mawi Ani of AF3.
He learnt to sing at the Yamaha music school in George Town and aspires to be a singer, lyricist and actor.
While he likes Mawi, he is more of a fan of rockers MAY, Faizal Ramly (AF4) and Faizal Tahir (One In A Million).
As a kid, he dreamed of becoming a stuntman.

4 HELIZA HELMI - This student of University Malaysia Sabah (UMS) in Kota Kinabalu is also a talented dancer, poet and motivational speaker. She speaks fluent Malaysian, English and Chinese.
Heliza's heroes are Datuk Siti Nurhaliza and Faizal Ramly (AF4).

5 CANDY CLEMENT - Candy aspires to be a singer, composer and songwriter. She is a great fan of her fellow Tambunan singer Nikki Palikat and Marsha Londoh.

6 SHAWAL RUSLAN - Shawal is a cousin of Afiq, and his late uncle from Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan was comedian A K Jailani who acted with the late king of the screen Tan Sri P Ramlee.
Shawal is often called the Leon Lai Ming of AF.
Shawal used to be a clerk in major bank AmBank, where his father Ruslan Kasim works.
He used to be a football player for the Kuala Lumpur state squad but a leg injury made him retire early.
He admires Mizz Nina (Shazrina Tan Sri Azman Hashim) the lead singer of pop group Teh Tarik Crew, and the child of AmBank boss Tan Sri Azman Hashim.
Nina is also a presenter of TV3's radio station Fly FM.
Shawal loves 1980s retro singers Ibnor Riza and Shidee.
His favourite AF stars are Idayu Yaakob (AF3) and Farhan Azizan (AF4).
He does not mind being a male model, and would love to have Diya Kholid of AF5 as his modelling partner.

7 DAFI ISMAIL - Handsome Dafi shares the same university as Kaer Azami of AF2 and Farah Asyikin Zulkifli of Malaysian Idol 2 (and One In A Million) namely Limkokwing University College in Cyberjaya, Sepang, Selangor.
He has been a follower of AF from the start.
His favourite seniors are Nana Mahazan (AF1) and Kaer who has given him lots of useful advice.
Dafi used to study in Sri Hartamas Secondary School in Kuala Lumpur and sang Indonesian pop king Glenn's ballad Januari in his school's annual singing contest, Hartamas Idol.
He won the contest 2 years ago.

8 AIZAT AMDAN - To many fans, Aizat of Raub, Pahang is cute, knowledgeable, talented and has a complete package for a pop star.
He aspires to be a songwriter and composer, and is also a gifted cartoonist.
Aizat studied in St John's Secondary School in KL which is the alma mater of Malaysian deputy prime minister Datuk Seri Najib Razak, the sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and pop queen Datuk Siti Nurhaliza's wedding planner 1980s singer and actor Datuk Shah Rezza.
Aizat once sang before the raja of Perlis Tuanku Syed Sirajuddin.
He is a fan of Muse, Iklim, Dewa 19, M Nasir, Ramli Sarip, Sudirman, Lat (his favourite cartoonist), Faizal Ramly (AF4) and Faizal Tahir (OIAM).

9 RIZAL AYUB - Rizal, the son of a fisherman is a rock and ballad lover.
He is a fan of rockers OAG and Slam, and divas Anita Sarawak, Dayang Nurfaizah and Camelia.
Rizal would also love to act and his favourite film stars are Umie Aida and Rosyam Nor.
Rizal admires his seniors Amylea Azizan (AF3) and Farah Anuar (AF2).
He also admires Azza Suaymi (AF1) and Atie Abu Bakar (AF1) who are both budding actresses.
Azza hopes a Sarawakian will one day win AF, and conveys her love and best wishes to Rizal.

10 DEKNA AHMAD - Dekna is loving, caring and humble. She sent a get well soon greeting to her favourite actress Catriona Baharin Ross who met with an accident not long ago.
Dekna aspires to be a successful actress and singer, and would love to be a DJ with Era FM if given a chance.
She is a big fan of her seniors Farhan Azizan, Faizal Ramly, Nana Mahazan, Zila Seeron, Akma Abdullah and Idayu Yaakob. Her idol is Paul Moss' bandmate Aishah Ariffin.

11 NONI ZAINUDDIN - Noni had a hard childhood. Her parents were divorced and her house was burnt down.
Noni aspires to be a successful singer and would love to be an actress.
Her hero is Adam Mat Saman of AF2. She also admires KRU, Will Smith, Nikki Palikat, Ekin Rahman (AF3), Nora Daud (AF4), Azharina Azhar, Ning Baizura and Shakira.
Like Nora, she would love to learn Chinese some day.

12 FARHA JASMEN - Farha and Adam Mat Saman (AF2) are distant cousins.
Farha is a rock and ballads fan.
He is a strong supporter of Amy Search and his protege Fiq Halim, the cousin of Nora Daud (AF4).
His favourite female singer from AF is Ekin Rahman (AF3).

13 FATIN YAHYA - Fatin is of Celebes ancestry like her hero Haziq Rosebi who is a promoter of traditional Native Malaysian pop.
Fatin, like Haziq, admires Noraniza Idris, Yusni Hamid and Datuk Ahmad Jais.
Fatin is also a fan of Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain and Datuk Sharifah Aini.
When Fatin was ill, Anuar sent her a get well soon greeting.
Her favourite senior is Khai Wahi (AF1) who is mature and caring.

14 SHAFIQ RAMADZAN - Afiq, a cousin of Shawal is from Kuala Klawang, Jelebu in Negeri Sembilan and suffers from mild epilepsy.
He is a culinary arts graduate from the Tun Abdul Razak Technology Institute in Petaling Jaya.
Afiq once played football for the state squad of Negeri Sembilan.
He would love to be a singer, TV host and actor.
He would love to be a part-time model, with Dekna as his partner, since she cares about his health and well-being.
Afiq is a great fan of Hattan and Roslan Aziz and hopes they will be his album producers some day.
His favourite senior is Farhan Azizan (AF4).

15 DIYA KHOLID - Diya of Gombak (Selayang), Selangor once acted in TV advertisements and the film Tipah Tertipu.
She loves singing but is more of an actress.
Her favourite AF seniors are Farhan Azizan, Akma Abdullah, Idayu Yaakob and Nana Mahazan.

16 ZANA HANIZAN - Zana or Chunky Chick is a former DJ with Traxx FM (Radio Television Malaysia) and has joined a new private radio station under TV3.
Zana is the niece of Nila Kurnia, the veteran DJ of Era FM (Astro TV). She is a great fan of Fara Fauzana (DJ of TV3 radio station HOT FM) and Nana Mahazan.





BAHASA MALAYSIA VERSION
Sedikit Pasal Bebudak AF5

1 MILA JIRIN - Ramai pengikut AF sifatkan Mila comel lagi seksi.
Mila mula menyanyi dalam band di Evergreen Hotel, George Town, Pulau Pinang tahun lalu.
Dia juga pernah wakili Pulau Pinang sebagai penari di Citrawarna Malaysia 2004.
Mila amat minati Anita Sarawak dan Datuk Siti Nurhaliza.
Jika dia mahu date seorang senior di AF, Mila pilih Kaer kerana jejaka AF2 itu kacak, pandai cakap Bahasa Inggeris, berilmu, matang dan penyayang.

2 EBI YAIMAL - Bekas pelari Sukan Malaysia dan bekas model ini pandai bermain gitar dan meminati penyanyi rock Jason Lo serta band Rich Gimbang AF4 iaitu Estranged.
Ebi yang berasal dari Menggatal di Kota Kinabalu turut meminati Jamal Abdillah, Felix Agus AF3 dan Marsha Londoh AF3.

3 ASWAD JAFAR - Anak yatim yang merendah diri ini sering dikaitkan dengan Mawi Ani AF3.
Dia yang belajar menyanyi di sekolah muzik Yamaha di George Town ini bercita-cita menjadi penulis lirik lagu dan juga minat berlakon.
Dia meminati Mawi, tetapi lebih suka band rock MAY, Faizal Ramly AF4 dan Faizal Tahir One In A Million.
Semasa muda, dia bercita-cita menjadi stuntman.

4 HELIZA HELMI - Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu ini juga pandai menari, menulis puisi dan memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar. Dia fasih dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.
Hero Heliza ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Ramly AF4.

5 CANDY CLEMENT - Candy bercita-cita menjadi penyanyi, komposer dan penulis lagu yang terkenal.
Dia amat meminati nyanyian Nikki Palikat yang juga dari Tambunan dan Marsha Londoh.

6 SHAWAL RUSLAN - Shawal ialah saudara bau bacang Afiq dan arwah bapa saudaranya dari Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan ialah pelakon zaman Tan Sri P Ramlee, A K Jailani.
Shawal kerap dipanggil Leon Lai Ming di AF.
Shawal dahulunya kerani di AmBank, tempat kerja ayahnya Ruslan Kasim.
Dia pernah menjadi pemain bola simpanan untuk squad Kuala Lumpur tetapi cedera di kaki dan terus bersara.
Dia meminati nyanyian Mizz Nina (Shazrina Tan Sri Azman Hashim) iaitu penyanyi utama Teh Tarik Crew, anak bos AmBank dan penyampai di stesen radio TV3, Fly FM.
Shawal juga amat suka muzik retro nyanyian bintang 1980an Ibnor Riza dan Shidee.
Personaliti AF yang diminatinya ialah Idayu Yaakob AF3 dan Farhan Azizan AF4.
Jika berpeluang menjadi model sambilan, dia ingin berpasangan dengan Diya Kholid AF5.

7 DAFI ISMAIL - Jejaka tampan ini sama universiti dengan Kaer Azami AF2 dan Farah Asyikin Zulkifli Malaysian Idol 2 (dan One In A Million) iaitu Limkokwing University College di Cyberjaya, Sepang, Selangor.
Sejak AF1 lagi, Dafi meminati rancangan itu.
Personaliti AF kesukaannya ialah Nana Mahazan AF1 dan juga Kaer yang banyak berinya nasihat berguna.
Dafi pernah bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan menyanyikan lagu Glenn berjudul Januari dalam pertandingan nyanyian tahunan sekolah, Hartamas Idol.
Dia menjadi Hartamas Idol 2 tahun lalu.

8 AIZAT AMDAN - Aizat dari Raub, Pahang comel, berilmu, berbakat dan memiliki pakej lengkap sebagai bintang pop.
Dia pandai menjadi penulis dan penggubah lagu dan juga pandai melukis kartun.
Aizat berasal dari Sekolah Menengah St John's iaitu sekolah timbalan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selain perancang perkahwinan ratu pop Datuk Siti Nurhaliza iaitu pelakon dan penyanyi 1980an Datuk Shah Rezza.
Aizat pernah menyanyi di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin Raja Perlis.
Dia meminati Muse, Iklim, Dewa 19, M Nasir, Ramli Sarip, Sudirman, Lat, Faizal Ramly AF4 dan Faizal Tahir OIAM.

9 RIZAL AYUB - Rizal anak nelayan suka lagu rock dan balada.
Dia peminat setia OAG, Slam, Anita Sarawak, Dayang Nurfaizah dan Camelia.
Rizal juga meminati bidang lakonan dan aktor kegemarannya ialah Umie Aida dan Rosyam Nor.
Rizal amat hormati Amylea Azizan AF3 dan Farah Anuar AF2.
Dia turut tabik Azza Suaymi AF1 dan Atie Abu Bakar AF1 yang kedua-duanya aktres berbakat.
Azza pernah doakan jejaka Sarawak akan menang AF satu hari nanti, dan mengirim salam sayang kepada Rizal.

10 DEKNA AHMAD - Dekna amat penyayang dan merendah diri. Dia mendoakan agar pelakon kesayangannya Catriona Baharin Ross selamat sembuh setelah ditimpa kemalangan.
Dekna meminati bidang lakonan selain nyanyian dan mungkin akan menjadi DJ Era FM jika diberi peluang.
Dia amat hormati Farhan Azizan, Faizal Ramly, Nana Mahazan, Zila Seeron, Akma Abdullah dan Idayu Yaakob. Idolanya ialah Aishah Ariffin.

11 NONI ZAINUDDIN - Noni pernah mengalami kehidupan yang susah. Ibu bapanya bercerai dan rumahnya terbakar.
Noni berazam menjadi artis yang berjaya, dan ingin cuba bidang lakonan.
Heronya Adam Mat Saman AF2, dan dia turut meminati KRU dan Will Smith.
Dia juga amat meminati Nikki Palikat, Ekin Rahman AF3, Nora Daud AF4, Azharina Azhar, Ning Baizura dan Shakira.
Seperti Nora Daud AF4, Noni ingin belajar bahasa Cina satu hari nanti.

12 FARHA JASMEN - Farha dan Adam Mat Saman AF2 saudara bau bacang.
Farha amat meminati rock dan balada.
Dia penyokong setia Amy Search dan Fiq Halim, iaitu sepupu Nora Daud AF4.
Penyanyi wanita kesukaannya di AF ialah Ekin Rahman AF3.

13 FATIN YAHYA - Fatin berketurunan Celebes macam heronya Haziq yang turut menjadi jaguh irama Melayu Asli.
Fatin, seperti Haziq, amat meminati Noraniza Idris, Yusni Hamid dan Datuk Ahmad Jais.
Fatin juga penyokong setia Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Datuk Sharifah Aini.
Ketika Fatin sakit, Anuar ada mengirim salam selamat sembuh kepada Fatin.
Senior kesukaannya di kalangan veteran AF ialah Khai Wahi AF1 yang matang dan penyayang.

14 SHAFIQ RAMADZAN - Afiq, saudara bau bacang kepada Shawal berasal dari Kuala Klawang, Jelebu di Negeri Sembilan dan mengidap penyakit epilepsi (sawan).
Dia seorang graduan bidang masakan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak di Petaling Jaya.
Afiq juga pernah menjadi pemain bola sepak skuad Negeri Sembilan.
Selain menyanyi, dia cenderung menjadi hos TV dan pelakon.
Jika menjadi model sambilan, dia memilih Dekna sebagai rakan model wanitanya kerana Dekna sentiasa prihatin terhadap kesihatannya.
Afiq amat hormati Hattan dan Roslan Aziz dan berharap mereka dapat menjadi produser albumnya kelak.
Senior yang dihormatinya Farhan Azizan AF4.

15 DIYA KHOLID - Diya dari Gombak (Selayang), Selangor pernah berlakon dalam iklan TV dan juga filem Tipah Tertipu.
Dia minat menyanyi tetapi lebih cenderung menjadi pelakon.
Senior AF yang amat dihormatinya ialah Farhan Azizan, Akma Abdullah, Idayu Yaakob dan Nana Mahazan.

16 ZANA HANIZAN - Zana atau Chunky Chick ialah bekas DJ Traxx FM (Radio Televisyen Malaysia) dan kini masih menjadi DJ di stesen yang lain.
Zana adalah anak saudara Nila Kurnia DJ Era FM dan amat menyayangi Fara Fauzana (DJ di stesen TV3 HOT FM) dan Nana Mahazan.

Monday, June 04, 2007

We Will All Miss Loga The Soul Man - Fred F


Malaysia's soul band The Alleycats is no more with the passing of one half of the band's lead singers Loganathan Arumugam.

Loganathan, 54, passed away yesterday of cancer in his hometown, George Town, Penang. He had been suffering from the disease for a year.

The other vocalist of the group is his elder brother David Arumugam, 57.

An old friend of Loganathan and David, Akademi Fantasia 1 principal Freddie Fernandez, said Loga was a unique singer and a remarkable individual.

"Together with his brother David, they were both humble, hard-working and men of integrity.

"They believed in making their own music and having their own identity. This is the secret of their success," he said.

Fernandez said Loganathan and David were like brothers to him as the three of them emerged as musicians during the late 1960s and early 1970s. Fernandez was a member of the band The Revolvers.

He said The Alleycats took Malaysian music to great heights and they best represented a uniquely multi-racial Malaysian sound. They could sing in Malaysian, English, Indian (Tamil and Hindi) and even Chinese.

AF3 principal M. Nasir described Loga as a dear friend who was always passionate about his craft and always humble.

"There will never be another like him. We have all lost a friend, and an icon," he said.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kita Semua Akan Rindui Loga Raja Soul - Fred F

Kumpulan soul nombor wahid negara The Alleycats kini sudah tiada dengan pemergian seorang daripada 2 penyanyinya Loganathan Arumugam.

Loganathan, 54, meninggal dunia semalam akibat barah paru-paru di kampungnya, George Town, Pulau Pinang. Dia mengidap penyakit itu selama setahun.

Abang mendiang, David Arumugam, 57, juga penyanyi utama The Alleycats.

Kawan lama Loganathan dan David, pengetua Akademi Fantasia 1 Freddie Fernandez, berkata Loga penyanyi yang unik dan juga insan yang mulia.

"Loga dan David sentiasa rendah diri, rajin berusaha dan penuh dengan nilai kejujuran dan integriti.

"Mereka berdua serius dalam membuat muzik sendiri serta memiliki identiti sendiri. Ini menyebabkan mereka amat berjaya," katanya.

Fernandez berkata Loganathan dan David semacam saudaranya sebab mereka bertiga mucnul sebagai penyanyi dan pemuzik di hujung tahun 1960an dan awal 1970an.

Fernandez adalah ahli band The Revolvers.

Katanya The Alleycats berjasa menaikkan nama muzik Malaysia dan amat mencerminkan muzik Bangsa Malaysia yang berbilang kaum. Mereka boleh membawakan lagu Bahasa Malaysia, Inggeris, India (Tamil dan Hindi) dan Cina.

Pengetua AF3 M. Nasir menyifatkan Loga sebagai kawan karib yang sentiasa serius dalam bidang muzik serta sentiasa merendah diri.

"Kita kehilangan seorang kawan, ikon dan insan mulia yang sukar dicari ganti," katanya.

Sunday, June 03, 2007

Dear Noni, U R Beautiful & I’d Love 2 Act With U - Adam

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Jessica & Awal

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Jessica & Adam

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Adam & Balkish

Handsome Kadazan-Dusun hero Adam Mat Saman of Akademi Fantasia 2 (AF2) is set to appear in Malaysian-Indonesian film Diva alongside pop queen Ning Baizura (the mentor of his dear friend Nikki Palikat), Awal Ashaari (One In A Million), Indonesian actress Jessica Iskandar (of the hit film Dealova) and his fellow Sabahan singer Balkish Khan (from singing contest Audition).

Adam and Balkish starred together in the 2005 romantic comedy Cinta Fotokopi (Photocopied Love).

Adam is happy to be given the chance to work with Ning and Jessica, whom he greatly respects, and with Balkish and Awal who are his old friends.

He welcomes his fellow Sabahans from Akademi Fantasia 5 (AF5) Noni Zainuddin, Candy Clement, Farha Jasmen and Ebi Yaimal to the entertainment world and advises them to work hard for their success.

He describes Noni as a sweet and adorable beauty who can be a potential film star. He would love to act with the beauty who hails from his hometown Kota Kinabalu. However, she needs to brush up on her singing.

Adam would also love to act with lovely Nora Daud of Akademi Fantasia 4 (AF4) whom he describes as his favourite AF4 beauty.

Some fans call Adam the Jay Chou of Sabah and Nora the Jolin Tsai of Sabah, after Taiwan’s king and queen of pop, who are an item off stage.

Nora and her cousin, Fiq Halim of reality show Mentor 2, are close pals of Adam and his band Esprit De Corps which also comprises Ijan Tahir of Kota Kinabalu and Sabhi Saddi of Sandakan.

He sends his Kaamatan (Sabah Indigenous Peoples’ Annual Harvest Festival) greetings to all Sabahan singers, and prays for their well-being and success.

Adam also wishes Malaysian Idol 1 star Mavick Teo all the best in his singing and acting career.

Adam, Balkish, Jessica, Awal and Vick recently attended and entertained fans at the Movie Carnival 2007 held at the One Utama shopping centre in Petaling Jaya, Selangor.

The annual event is a celebration of the latest offerings of the international and local film industry.

Balkish conveys her love, best wishes and prayers to AF, Malaysian Idol and Mentor stars of Sabah especially Ekin Rahman of AF3, Nora, Noni, Farha, Candy, Ebi, Rydee Rahim of Malaysian Idol 1, Nikki, Azam Yakob of Malaysian Idol 2, Pija Yasin of Mentor 1, Fiq and Yanie Julkarim of Mentor 1.

Jessica, Ning, Vick and Awal also convey their best wishes to the stars of AF5. They congratulate AF5 winner Mila and wish her all the best in her singing career.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Noni, Kau Memang Cantik Dan Abang Ingin Lakon Denganmu - Adam

Jejaka Kadazan-Dusun tampan Adam Mat Saman dari Akademi Fantasia 2 (AF2) akan muncul dalam filem Malaysia-Indonesia Diva bersama ratu pop Ning Baizura (mentor kawan baik Adam Nikki Palikat), Awal Ashaari (One In A Million), pelakon Indonesia Jessica Iskandar (dari filem hebat Dealova) dan rakan senegerinya penyanyi Balkish Khan (dari rancangan Audition).

Adam dan Balkish pernah berlakon dalam filem komedi romantis 2005 Cinta Fotokopi.

Adam berasa gembira berlakon dengan Ning dan Jessica, yang amat dihormatinya, serta kawan lamanya Balkish dan Awal.

Adam mengirim salam maju jaya kepada rakan senegerinya dari Akademi Fantasia 5 (AF5) Noni Zainuddin, Candy Clement, Farha Jasmen dan Ebi Yaimal dan menasihati mereka agar berusaha gigih untuk maju dalam dunia seni.

Adam menyifatkan Noni seorang gadis yang comel dan cantik serta seorang yang berpotensi menjadi aktres popular. Dia ingin berlakon dengan rakan sekampungnya itu. Walau bagaimanapun, Noni kena berusaha meningkatkan mutu nyanyiannya.

Adam juga ingin berlakon dengan jelitawan Nora Daud dari Akademi Fantasia 4 (AF4) yang disifatkannya gadis tercantik di AF4.

Beberapa orang peminat AF menyifatkan Adam sebagai Jay Chou Sabah dan Nora sebagai Jolin Tsai Sabah, kerana raut wajah mereka menyerupai raja dan ratu pop Taiwan yang memang pasangan romantis.

Nora dan sepupunya Fiq Halim dari Mentor 2 ialah kawan rapat Adam dan bandnya Esprit De Corps yang turut dianggotai Ijan Tahir dari Kota Kinabalu dan Sabhi Saddi dari Sandakan.

Adam mengirim salam Kaamatan kepada semua artis Sabah dan mendoakan kejayaan dan kesihatan mereka.

Adam turut mengirim salam maju jaya kepada Mavick Teo dari Malaysian Idol 1 yang kini seorang pelakon dan penyanyi popular.

Adam, Balkish, Jessica, Awal dan Vick baru-baru ini berjumpa dengan peminat di Movie Carnival 2007 yang berlangsung di kompleks beli-belah One Utama di Petaling Jaya, Selangor.

Pesta filem tahunan itu bertujuan meraikan filem-filem terbaru di sinema-sinema sekitar tanah air.

Balkish turut mendoakan kejayaan artis AF, Malaysian Idol dan Mentor dari Sabah terutama Ekin Rahman AF3, Nora, Noni, Farha, Candy, Ebi, Rydee Rahim Malaysian Idol 1, Nikki, Azam Yakob Malaysian Idol 2, Pija Yasin Mentor 1, Fiq dan Yanie Julkarim Mentor 1.

Jessica, Ning, Vick dan Awal turut mengirim salam sayang kepada artis baru AF5. Mereka mengirim salam tahniah kepada Mila atas kemenangannya dan mendoakan kejayaan karier nyanyian gadis dari George Town, Pulau Pinang itu.