Tuesday, October 30, 2007

I Fear For My Sisters' Safety - Farah Z

Farah Asyikin Zulkifli says she fears for her younger sisters' safety in the wake of many cases of abduction and murders of children around Malaysia.

She says it is time the lawmen "finish off" society's monsters and every Malaysian keeps a close watch on his or her little ones.

"Crime is out of control and we should not be complacent," she says.

Farah Z and her family convey their condolences and prayers to the families of all the little victims of abduction, rape and murder.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Saya Bimbang Keselamatan Adik-Adik Saya - Farah Z

Farah Asyikin Zulkifli berkata dia bimbang terhadap keselamatan adik-adik perempuannya berikutan peningkatan kes culik, rogol dan bunuh kanak-kanak di seluruh negara.

Katanya, sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa "menghabiskan" syaitan durjana yang bermaharajalela di jalan, dan untuk semua rakyat Malaysia melindungi anak-anak kecil mereka dengan lebih rapi.

"Kejadian jenayah amat teruk sekarang. Kita tak harus leka," katanya.

Farah Z dan familinya mengirim takziah dan doa buat keluarga kanak-kanak mangsa culik, rogol dan bunuh.

Don’t Worry, I’m Still Me!

Sporting a hairdo a wee bit shorter than usual, Amy Azlan can well disguise herself as Pretty Boy Saiful Bakeri’s “elder brother” today.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Jangan Bimbang, Kame Tetap Kame!

Dengan gaya rambut yang pendek dari biasa, Amy Azlan kini boleh menyamar sebagai “abang” Pretty Boy Saiful Bakeri.

Thursday, October 25, 2007

Atie Pays Tribute To Billionaire Uncle Lim

Lovely Bentong beauty Atie Abu Bakar describes the passing of Genting Highlands Resort founder Tan Sri Lim Goh Tong as a great loss to Malaysia.

The billionaire who was Malaysia’s third richest man passed away at the age of 90 two days ago.

She said Uncle Lim made many Malaysian children, herself included, happy by founding Genting Highlands, Malaysia’s and Southeast Asia’s most prominent mountain city of entertainment, four decades ago.

She also hailed the tycoon as a humble man who cared for Malaysians regardless of their status in society.

Genting Highlands is located in Atie’s hometown Bentong in the state of Pahang.

The resort has over the years played host to many entertainment events featuring international and local stars.

Reality show Malaysian Idol which lasted two seasons had its grand finals in the resort.

The annual Era Radio Awards of Astro TV (the producer of Atie’s reality show Akademi Fantasia) is also held in the resort.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Atie Beri Penghormatan Kepada Jutawan Uncle Lim

Jelitawan dari Bentong Atie Abu Bakar menyifatkan pemergian pemilik dan pengasas Genting Highlands Resort mendiang Tan Sri Lim Goh Tong sebagai kehilangan besar kepada Malaysia.

Jutawan bilion yang merupakan usahawan ketiga terkaya di Malaysia itu meninggal dunia 2 hari yang lalu tatkala berusia 90 tahun.

Atie berkata, mendiang Uncle Lim membuatkan ramai anak muda Malaysia gembira termasuk dirinya sendiri dengan mengasaskan Genting Highlands, bandar peranginan dan hiburan paling unggul di Malaysia dan Asia Tenggara 40 tahun yang lalu.

Katanya mendiang juga seorang yang prihatin terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan.

Genting Highlands terletak di kampung Atie iaitu Bentong di Pahang.

Bandar hiburan dan peranginan itu telah menjadi lokasi untuk banyak acara hiburan yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa.

Pertandingan akhir rancangan hiburan realiti Malaysian Idol yang berlangsung untuk 2 tahun berturut-turut telah diadakan di Genting Highlands.

Anugerah Radio Era, acara tahunan terbitan Astro TV (produser rancangan realiti Atie iaitu Akademi Fantasia) juga diadakan di Genting Highlands.

Friday, October 12, 2007

Shakey & HOT Pussycat Share Birthday

HOT Pussycat Zamil Idris shares the same birthdate as British author William Shakespeare, April 23.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Zamil Kongsi Hari Jadi Dengan Shakespeare

Si kucing HOT Zamil Idris berkongsi hari jadi dengan sasterawan agung Britain William Shakespeare, April 23.

Suki & Faizal Tahir Interview Black Eyed Peas

One In A Million champion Suki Low and runner-up Faizal Tahir recently interviewed acclaimed hip-hop group Black Eyed Peas from the US when it was performing in Bangkok, Thailand.

The Black Eyed Peas which comprises Stacey Ferguson, William Adams, Alan Pineda Lindo and Jaime Gomez will perform in Genting Highlands, Bentong, Pahang on October 26.


BAHASA MALAYSIA VERSION
Suki & Faizal Tahir Interbiu Black Eyed Peas

Juara One In A Million Suki Low dan naib juara Faizal Tahir baru-baru ini berpeluang menginterbiu kumpulan hip-hop terkemuka Amerika Black Eyed Peas di Bangkok, Thailand, ketika kumpulan itu membuat persembahan di sana.

Black Eyed Peas yang dianggotai Stacey Ferguson, William Adams, Alan Pineda Lindo dan Jaime Gomez akan beraksi di Genting Highlands, Bentong, Pahang pada Oktober 26.

Wednesday, October 10, 2007

Zila & Nana Proud Of Malaysian Astronaut

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (Wikipedia)

Lovely “mermaids” Zila Seeron and Nana Mahazan are happy that Malaysia has just sent its first man into space.

They are proud of Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, from Seremban, Negeri Sembilan, who went on board the Soyuz TMA-11 yesterday from Kazakhstan to the International Space Station, 402km away from earth.

“It’s a great day for Malaysia. The good doctor studied in my hometown, Muar,” said Nana.

“It would be great if we could meet him once he gets home,” said Zila.

Zila was born in Kuala Pilah, Negeri Sembilan and grew up in nearby Bahau. Her mother’s family is from Muar.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Zila & Nana Bangga Dengan Angkasawan Malaysia

“Puteri Duyung” Akademi Fantasia Zila Seeron dan Nana Mahazan gembira dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa lepas.

Mereka amat berbangga dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dari Seremban, Negeri Sembilan, yang menaiki roket Soyuz TMA-11 semalam dari Kazakhstan ke Stesen Angkasa Internasional, 402km jauhnya dari bumi.

“Ini hari bersejarah buat Malaysia. Dr Mus belajar kat kampung saya, Muar,” kata Nana.

“Kami semua harap dapat jumpa beliau selepas misinya tamat,” kata Zila.

Zila lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan menetap di Bahau yang berdekatan. Ibunya berasal dari Muar.

Have A Safe Journey Home Saiful - Amylea

Lovely Amylea Azizan recently caught up with cute Saiful Bakeri at a Ramadan party in Kuala Lumpur.

She wishes Saiful and his fellow Kuching, Sarawak singers Nurul Hamid, Dayang Nurfaizah and Rizal Ayub a safe journey home and conveys her Aidil Fitri greetings to them and Amy Azlan, Amirul Ghazali and Adam Alli Kawi.

Amylea also wishes the same to her fellow Sungai Petani, Kedah native Farah Anuar, whom she calls “kakak” (elder sister), her family pal Hidayah Othman of Mentor 2 fame, actresses Sharifah Amani, Atie Abu Bakar and Azza Suaymi and their families, and Malaysian Idol 2 host Cheryl Samad.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Amylea Doakan Saiful Selamat Pulang Ke Kampung

Jelitawan Amylea Azizan baru-baru ini berjumpa dengan si comel Saiful Bakeri di majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur.

Dia berdoa agar Saiful dan rakan sekampungnya dari Kuching, Sarawak iaitu penyanyi Nurul Hamid, Dayang Nurfaizah dan Rizal Ayub selamat pulang ke kampung, serta mengirim salam Aidil Fitri buat mereka dan Amy Azlan, Amirul Ghazali dan Adam Alli Kawi.

Amylea turut mengirim mesej yang sama kepada rakan sekampungnya dari Sungai Petani, Kedah iaitu “kakak” Farah Anuar, kawan keluarganya Hidayah Othman Mentor 2, dan aktres Sharifah Amani, Atie Abu Bakar dan Azza Suaymi serta kaum keluarga mereka, dan hos Malaysian Idol 2 Cheryl Samad.

Monday, October 08, 2007

Mr World & Mr Universe Serenade Ramadan (Part 2)

Here are more pictures of Zainal Alam Kadir, Mawi Ani and friends in their Astro TV Ramadan choir roadshow.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Mr World & Mr Universe Menyanyi Di Bulan Ramadan (Bahagian 2)

Lagi gambar Zainal Alam Kadir, Mawi Ani dan rakan-rakan mereka dalam koir Ramadan Astro TV yang menjelajah negara.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Zila Seeron & Dafi Ismail.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Nana Mahazan (R) & Zila Seeron.

Sunday, October 07, 2007

Superman Faizal Tahir Visits Nurin’s Family

Superman Faizal Tahir recently visited the family of the late Nurin Jazlin Jazimin, with Nita Hamzah and Awal Ashaari. The One In A Million and Malaysian Idol stars pray for the well-being of her parents and sisters.

“There are too many monsters in town and they all must be eliminated,” said Faizal, who is a fan of Smallville.

Meanwhile, Mila Jirin and her family convey their Aidil Fitri greetings to Nurin’s family and pray for their well-being and safety.

Mila and her family also observed a minute’s silence in memory of Nurin and other children who met brutal ends.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Superman Faizal Tahir Lawat Keluarga Nurin

Superman Faizal Tahir baru-baru ini melawat keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin bersama Nita Hamzah dan Awal Ashaari. Bintang One In A Million dan Malaysian Idol itu mendoakan keselamatan dan kebahagiaan ibu bapa dan saudari Allahyarham.

“Terlalu banyak syaitan di luar sana dan mereka perlu dimusnahkan,” kata Faizal, peminat Smallville.

Sementara itu, Mila Jirin mengirim salam Aidil Fitri kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan keselamatan dan kebahagiaan mereka.

Mila dan keluarga turut berdoa seminit bagi mengenang Allahyarham dan kanak-kanak mangsa kekejaman yang lain.

Saturday, October 06, 2007

I'm Proud Of You, Dear Ash - Idayu

Lovely Idayu Yaakob is proud of Ashvin Nair, who is appearing in independent film Red Street Diner at the end of the year.

She is happy that Ash has come out with his own solo album and has collaborated with Vince Chong in the musical Frogway.

She says: "We've yet to meet, but I always pray for your well being, Ash. Lots of love."

BAHASA MALAYSIA VERSION
Saya Bangga Dengan Saudara Ash - Idayu

Jelitawan Idayu Yaakob berasa bangga dengan pencapaian Ashvin Nair, yang akan muncul dalam filem bebas Red Street Diner hujung tahun ini.

Idayu gembira Ash telah berjaya menghasilkan album solo dan berlakon dalam muzikal Frogway bersama Vince Chong.

Idayu berkata: "Walaupun kita belum berjumpa, saya sentiasa mendoakan kejayaan Saudara Ash, rakan seperjuangan yang saya amat hormati dan sayangi."

Condolences Mizz Nina - Shawal

Shawal Ruslan conveys his condolences to singer and radio presenter Nina Azman Hashim aka Mizz Nina of pop group Teh Tarik Krew following the death of her elder brother Shahaz, 43, of a heart ailment on October 4, 2007.

Shawal's father Ruslan Kassim works in leading Malaysian bank AmBank which is owned by Nina's father Tan Sri Azman Hashim.

Shawal was formerly a clerk with the bank and won its annual karaoke contests.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Takziah Mizz Nina - Shawal

Shawal Ruslan mengirim salam takziah kepada penyanyi dan penyampai radio Nina Azman Hashim aka Mizz Nina dari kumpulan pop Teh Tarik Krew atas pemergian abangnya Shahaz, 43, akibat penyakit jantung pada Oktober 4, 2007.

Ayah Shawal, Ruslan Kassim, bekerja di bank ternama Malaysia AmBank yang dimiliki oleh ayah Nina, Tan Sri Azman Hashim.

Shawal adalah bekas kerani di bank itu dan pernah memenangi pertandingan karaoke tahunannya.

Mr World & Mr Universe Serenade Ramadan

Mr World Mawi Ani & Mr Universe Zainal Alam Kadir toured Malaysia as members of Astro TV’s Ramadan choir for the whole of Ramadan (September 13 to October 13), the Muslim fasting month.

The Ramadan choir also comprised Akademi Fantasia stars Zahid Baharuddin, Haziq Rosebi, Fitri Zainal Abidin, Farah Anuar, Edlin Rahim, Mila Jirin, Dafi Ismail, Zila Seeron, Akma Abdullah, Shafiq Ramadzan, Aswad Jaafar, Shawal Ruslan, Idayu Yaakob, Faizal Ramly, Heliza Helmi, Nora Daud and Ebi Yaimal.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Mr World & Mr Universe Berdakwah Di Bulan Ramadan

Mr World Mawi Ani & Mr Universe Zainal Alam Kadir berdakwah dalam koir Ramadan Astro TV sepanjang bulan Ramadan 2007 (September 13 ke Oktober 13).

Koir Ramadan Astro turut dianggotai oleh bintang AF Zahid Baharuddin, Haziq Rosebi, Fitri Zainal Abidin, Farah Anuar, Edlin Rahim, Mila Jirin, Dafi Ismail, Zila Seeron, Akma Abdullah, Shafiq Ramadzan, Aswad Jaafar, Shawal Ruslan, Idayu Yaakob, Faizal Ramly, Heliza Helmi, Nora Daud dan Ebi Yaimal.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Mr Universe Zainal Alam Kadir & Mr World Mawi Ani (R).

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Mr Universe Zainal Alam Kadir & Dafi Ismail (R).

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
(L-R) Mila Jirin, Zila Seeron, Dafi Ismail & Akma Abdullah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Idayu Yaakob & Shawal Ruslan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
(L-R) Heliza Helmi, Idayu Yaakob & Faizal Ramly.

Linda Confident Vince's Sisters Can Win Amazing Race

Linda Nanuwil congratulates Vince Chong's sisters Vanessa and Pamela, who are participating in The Amazing Race Asia 2007.

She and her brother Habil (also her manager) believe the Chongs have a good chance of winning the Race.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Linda Yakin Kakak, Adik Vince Boleh Menang Amazing Race

Linda Nanuwil mengirim tahniah kepada kakak Vince Chong iaitu Vanessa dan adiknya Pamela, yang kini terlibat dalam The Amazing Race Asia 2007.

Linda dan abangnya Habil (juga pengurusnya) yakin dua beradik Chong itu boleh menang pertandingan yang mencabar itu.

Thursday, October 04, 2007

Jennifer Hudson Is A Gem - Linda

Linda Nanuwil is very proud of Jennifer Hudson who won Best Supporting Actress in the recent Oscars for her role in Dreamgirls.

She says: “Jennifer is a brilliant singer and she proves that losing American Idol or any reality show is not the end of one’s career.

“A singing contest is bound to have winners and losers but not getting first place should never stop us from proving that we can be winners in our own right.

“Jennifer has shown us just that.”

Linda also wishes Kelly Clarkson, Tamyra Gray, Fantasia Barrino, Latoya London, Carrie Underwood, Vonzell Solomon, Nadia Turner, Katharine McPhee, Paris Bennett, Kellie Pickler, Lisa Tucker, Jordin Sparks, Melinda Doolittle, Lakisha Jones, Haley Scarnato, Gina Glocksen and Stephanie Edwards all the best in their careers.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Jennifer Hudson Artis Hebat - Linda

Linda Nanuwil amat berbangga dengan kejayaan Jennifer Hudson memenangi hadiah Aktres Pembantu Terbaik untuk filem Dreamgirls dalam Anugerah Oscars tahun ini.

Katanya: “Jennifer penyanyi hebat dan beliau membuktikan bahawa kalah dalam American Idol tidak bermakna gagal dalam dunia seni.

“Pertandingan nyanyian selalunya ada seorang saja juara tetapi mereka yang tak menang tetap boleh menjadi artis yang berjaya dengan usaha sendiri.

“Ini telahpun dibuktikan oleh Saudari Jennifer Hudson.”

Linda mengirim salam tahniah dan maju jaya buat Kelly Clarkson, Tamyra Gray, Fantasia Barrino, Latoya London, Carrie Underwood, Vonzell Solomon, Nadia Turner, Katharine McPhee, Paris Bennett, Kellie Pickler, Lisa Tucker, Jordin Sparks, Melinda Doolittle, Lakisha Jones, Haley Scarnato, Gina Glocksen dan Stephanie Edwards dalam karier masing-masing.

Care For Our Kids, Says Linda

Linda Nanuwil’s wish for her country in its 50th year of Independence is for everyone to make it safe for children.

She fully agrees with her fellow Kadazan-Dusun singer Adam Mat Saman that there are “many monsters out there” who prey on children.

“All of us must play our part in making sure our kids are safe. Gender-sensitive education is a good start,” she said.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Kita Mesti Jaga Anak Dengan Baik - Linda

Linda Nanuwil berdoa agar Malaysia menjadi tempat selamat buat kanak-kanak pada ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.

Dia amat bersetuju dengan rakan Kadazan-Dusunnya dalam dunia seni Adam Mat Saman bahawa terdapat “ramai syaitan di luar sana” yang membahayakan kanak-kanak.

“Kita semua kena pastikan kanak-kanak sentiasa selamat. Pendidikan dalam isu jantina amat penting sebagai titik permulaan,” katanya.

I’m The Mouse That Loves Rice - Linda Nanuwil

Lovely Linda Nanuwil has plans to sing in Chinese, and is very much The Mouse That Loves Rice, Singaporean singer Jocie Kok’s famous Chinese song.

Her hero Vince Chong covered the song and also sang it in Bahasa Malaysia while Australian group North covered it as Because I Love You.

“I am a Mouse, that’s my Chinese zodiac. And yes, I do love rice, chicken rice,” she said.

Prior to the arrival of Jaclyn Victor, soft-spoken Linda was the highest-ranked woman in reality talent shows.

The native of Ranau, near the foothills of Mount Kinabalu, won second prize in Akademi Fantasia 2 (AF2), a few months before Jaclyn upstaged her by winning Malaysian Idol 1.

The lanky lass from a family active in church-based social service was overjoyed and welcomed “Kak” (elder sister) Jaclyn into the entertainment world.

They even collaborated musically in Suluhkan Sinar [Bring On The Light], the KRU-produced, all-star tribute song in aid of December 26, 2004 tsunami victims.

Linda’s faith in Jaclyn is always strong.

From Day One, she believed Jaclyn would be Asia’s top singer, and was proven right when Jaclyn won the Voice Of Asia 2005 in Shanghai, China.

Linda and Jaclyn were initially named as the two Malaysian representatives in the contest.

Sadly, Linda had to be replaced by AF2 fourth-prize winner and second-placed female Farah Anuar of Kedah.

The organisers required contestants to have released an album, and Linda’s was months away from completion.

Nevertheless, Jaclyn thanked “Udoi” (Linda’s pet name given by her parents meaning “baby sister” in Kadazan-Dusun) upon returning home, and always prays for her well-being.

Linda’s album was finally launched during Chinese New Year 2006. She composed 2 songs in it and wrote one.

Linda took a year off entertainment last year, because of a throat ailment.

Fully recovered now, she is working on her second album.

“While I have been away for a year, I have not lost my interest in singing.

“Back home in Ranau, I kept myself busy, as I still do, teaching music to young ones in the district, as part of church work,” she said.

As her voice improved, she began appearing with Sabahan singers (including Akademi Fantasia’s) in various dinner and cultural shows around the State.

No longer attached to Astro TV’s artiste management subsidiary Maestro Talent And Management since May, she is currently managed by her elder brother, former hair-stylist Habil.

Linda is the seventh of eight children of police officer Nanuwil Galida and his wife Jaunim Sulinging.

The former student of Sanzac School in Kota Kinabalu and her siblings were members of their church choir when they were young.

When she was 12, Linda learnt to play the guitar and keyboards.

Linda said: “I decided to give AF a try, when my family encouraged me. At that time I had just completed my Form 5 examination.

“I learnt a lot about Malaysians in AF. We trained, dined and planned our performances together.

“Reality shows help promote Bangsa Malaysia [United Malaysian Nation],” she said.

Linda has followed every Akademi Fantasia season on television and keenly follows its singers’ careers.

The Celine Dion, Juwita Suwito, Kelly Clarkson and Francissca Peter fan admires her fellow Sabahan “graduates” such as Marsha Londoh (her cousin), Velvet Aduk, Rich Gimbang and Candra Clement, as well as Suki Low of One In A Million.

She’s also a fan of American Idol’s Carrie Underwood, Fantasia Barrino, Jennifer Hudson, Latoya London, Katharine McPhee, Elliott Yamin, Paris Bennett, Jordin Sparks, Melinda Doolittle and Lakisha Jones.

However, her biggest reality hero is Akademi Fantasia 1 champion Vince.

Vince’s duet with Jaclyn, You’re The Music In Me was an “answered prayer” of Linda.

“Kor (“elder brother” in Cantonese) Vince and Jaclyn are both super singers with superb chemistry,” she said.

Linda also hails Vince’s recent theatre debut in Frogway alongside her favourite actresses Elaine Daly and Chelsia Ng.

“I seldom meet Vince but I quickly fell under his spell the few times we met. He is a real gentleman, full of love, and advises me to be brave, strong and confident,” she said.

Linda’s determination to write and compose her own songs was largely inspired by Vince and composer Aubrey Suwito.

Linda, who acted in the film Gila-Gila Pengantin Popular [Crazy Popular Lovers] in 2005, said she would love to act with her favourite actor Hans Isaac, and Daly, some day.

Her advice to her juniors amongst reality show graduates is simple - be yourself and be serious if you want to be a star.

BAHASA MALAYSIA VERSION
Sayalah Tikus Yang Cintakan Beras - Linda

Jelitawan Linda Nanuwil ingin menyanyi dalam Bahasa Cina, dan sememangnya Tikus Yang Cintakan Beras dalam lagu popular dendangan penyanyi Singapura Jocie Kok.

Heronya Vince Chong telah menyanyikan lagu itu dalam Bahasa Malaysia manakala kumpulan pop Australia North menyanyikannya dengan tajuk baru Because I Love You.

“Saya memang Tikus, itu zodiak saya dalam kalendar Cina. Saya juga amat cintakan beras, iaitu nasi ayam,” katanya.

Sebelum kedatangan Jaclyn Victor, Linda yang agak pendiam adalah ratu rancangan nyanyian realiti.

Anak jati Ranau, dekat kaki Gunung Kinabalu itu muncul sebagai naib juara Akademi Fantasia 2 (AF2), beberapa bulan sebelum Jaclyn menundukkannya dengan menjuarai Malaysian Idol 1.

Gadis tinggi lampai dari keluarga Kristian yang mementingkan kerja sosial itu amat mengalu-alukan kehadiran “Kak” Jaclyn dalam dunia seni.

Mereka berdua telah menyanyi bersama dalam lagu Suluhkan Sinar, projek artis-artis Malaysia terbitan KRU untuk membantu mangsa-mangsa tsunami Disember 26, 2004.

Linda sentiasa berdiri teguh di belakang Jaclyn.

Dari awal Malaysian Idol lagi, Linda yakin Jaclyn akan menjadi penyanyi terhandal di Asia dan tanggapan itu terbukti benar apabila Jaclyn menjuarai Voice Of Asia 2005 di Shanghai, China.

Linda dan Jaclyn pada mulanya dicalonkan sebagai 2 wakil Malaysia dalam pertandingan nyanyian benua Asia itu.

Malangnya, Linda terpaksa diganti oleh pemenang keempat AF2 merangkap pemenang wanita kedua tertinggi AF2 Farah Anuar dari Kedah.

Penganjur mahukan calon Malaysia yang memiliki album, dan album Linda belum siap masa itu.

Walau bagaimanapun, Jaclyn amat berterima kasih kepada “Udoi” atas sokongannya yang tidak pernah pudar, setelah beliau pulang dari Shanghai.

Jaclyn sentiasa mendoakan kesihatan, kejayaan dan kebahagiaan Linda.

Album Linda akhirnya muncul pada Tahun Baru Cina 2006.

Dia menggubah 2 lagu dan menulis sebuah lagu.

Linda telah berehat dari dunia seni selama setahun akibat sakit tekak yang serius.

Dia kini sudah sihat semula dan sedang giat merancang album keduanya.

“Walaupun saya bercuti setahun, saya tidak pernah memisahkan diri dari muzik dan nyanyian.

“Di Ranau, saya amat aktif [dan masih aktif] mengajar muzik kepada anak-anak muda di kampung, sebagai kerja sosial dan amal gereja,” katanya.

Apabila suara Linda semakin pulih, dia muncul bersama penyanyi Sabah termasuk artis Akademi Fantasia dalam pertunjukan makan malam dan kebudayaan di seluruh Sabah.

Linda telah meninggalkan anak syarikat Astro TV yang menguruskan artis Akademi Fantasia iaitu Maestro Talent And Management pada bulan Mei, dan kini diurus oleh abangnya, bekas jurustail rambut Habil.

Linda ialah anak ketujuh daripada lapan orang anak bekas pegawai polis Nanuwil Galida dan isterinya Jaunim Sulinging.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sanzac di Kota Kinabalu ini serta adik-beradiknya menjadi ahli koir gereja mereka semasa di sekolah rendah lagi.

Ketika berumur 12 tahun, Linda telah belajar bermain gitar dan piano.

Linda berkata: “Saya digalakkan oleh keluarga untuk menyertai AF. Pada masa itu saya baru saja habiskan peperiksaan SPM Tingkatan 5.

“AF banyak mengajar saya tentang keindahan negara Malaysia. Saya dan rakan sekelas telah makan, minum, berlatih, berbincang serta merancangkan setiap persembahan bersama-sama.

“Rancangan realiti amat berjasa memupuk perpaduan dan membentuk Bangsa Malaysia,” katanya.

Linda telah mengikuti kesemua musim Akademi Fantasia serta memantau perjalanan seni rakan-rakannya.

Peminat setia Celine Dion, Juwita Suwito, Kelly Clarkson dan Francissca Peter ini amat mengkagumi rakan senegerinya di Akademi Fantasia seperti sepupunya Marsha Londoh, Velvet Aduk, Rich Gimbang dan Candra Clement, serta Suki Low One In A Million.

Dia turut meminati bintang American Idol Carrie Underwood, Fantasia Barrino, Jennifer Hudson, Latoya London, Katharine McPhee, Elliott Yamin, Paris Bennett, Jordin Sparks, Melinda Doolittle dan Lakisha Jones.

Tetapi hero terbesarnya dalam dunia seni tanah air ialah juara Akademi Fantasia 1 Vince.

Duet Vince dan Jaclyn, You’re The Music In Me adalah “doa yang terjawab” buat Linda.

“Kor (“abang” dalam Kantonis) Vince dan Jaclyn adalah penyanyi hebat yang paling serasi,” katanya.

Linda turut mengalu-alukan lakonan Vince dalam pementasan teater Bahasa Inggeris berjudul Frogway bersama-sama aktres kesayangannya Elaine Daly dan Chelsia Ng baru-baru ini.

“Saya jarang dapat jumpa Vince tetapi amat tertarik dengan personalitinya. Dia budiman sejati, amat penyayang dan sentiasa menasihati saya agar berani, kuat dan yakin,” katanya.

Kegigihan Linda dalam menggubah serta menulis lagu sendiri diilhamkan oleh Vince dan komposer Aubrey Suwito.

Linda, yang berlakon dalam filem Gila-Gila Pengantin Popular pada tahun 2005 ingin berlakon dengan aktor kesayangannya Hans Isaac dan Daly satu hari nanti.

Dia menasihati penyanyi baru dalam rancangan realiti supaya sentiasa jujur kepada diri sendiri dan sentiasa serius tatkala memiliki karier dalam dunia seni.